Showing posts with label AQSA. Show all posts
Showing posts with label AQSA. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

(58) Penggalian di bawah kota Baitul Maqdis : Satu pendedahan

Suara Peduli Palestin

 

Usaha rejim Zionis untuk merobohkan masjid al-Aqsa dan juga mengYahudikan Baitul Maqdis adalah serius. Usaha siang dan malam mereka amat memalukan umat Islam sedunia yang hanya memandang sepi terhadap apa yang telah berlaku, apa yang berlaku kini dan apa yang bakal berlaku terhadap kota suci Baitul Maqdis dan juga kiblat pertama mereka, iaitu Masjid al-Aqsa.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan dan terus berjalan sehingga kini. Bermula dengan merobohkan penempatan kaum Arab muslim dan Kristian di kota tersebut, membina penempatan Yahudi dan membawa para warga Yahudi dari seluruh dunia untuk mendiaminya, membawa pulang tulang belulang datuk nenek mereka dari Eropah dan Amerika untuk di tanam di dalam kawasan kota Baitul Maqdis, kini mereka telah ke tahap yang lebih agresif dengan membina tembok untuk memisahkan di antara umat Islam dengan Masjid al-Aqsa dan juga dengan menggali terowong di bawah bangunan Masjid al-Aqsa, serta pelbagai lagi makar mereka yang lain.
Suara negara Islam mesti mengaum bukan menikus

Di antara kesemua usaha mereka, usaha penggalian terowong di bawah kota Baitul Maqdis dan juga bangunan Masjid al-Aqsalah yang paling merbahaya. Ianya bukan hanya sekadar mengancam masjid suci tersebut yang merupakan masjid ketiga suci umat Islam, malah ianya mencabar maruah umat Islam dan juga bakal memadamkan sejarah yang telah terbina semenjak 1400 tahun yang lalu. Sayangnya persoalan ini tidak begitu diambil berat oleh umat Islam, walaupun ianya telah berlaku semenjak tahun 1967 lagi. Umat Islam sedunia hanya menyedari perkara tersebut apabila kerajaan rejim Zionis Israel merasmikan terowong yang mereka gali semenjak tahun 1967 itu pada 24 September 1996 apabila mereka merayakan sambutan “3,000 tahun bandar Daud”, sekaligus membuktikan pemilikan mereka terhadap kota dan juga tapak masjid berkenaan. Sayangnya, ianya semua telah terlambat, terowong tersebut telah pun menjangkau panjang sebanyak 488 meter dan juga dengan ketinggian melebihi 13 meter dan juga 20 meter di sesetengah tempat.
Kesedaran Umat Islam
Umat Islam juga hanya tersedar apabila pertubuhan-pertubuhan pengganas Zionis yang ingin membina kuil mereka meletakkan batu asas pembinaan kuil mereka di kompleks di bawah masjid al-Aqsa hadil galian mereka selama lebih tiga dekad. Sayangnya, tidak semua umat Islam sedar hal ini, jika ada yang sedar, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Lebih malang lagi, para pemimpin umat Islam yang mengetahui hal ini hanya rela berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan serius selain daripada merayu kepada pihak Zionis agar tidak meneruskan tancangan mereka sahaja. Pertubuhan OIC juga bagaikan tidak berkuasa apa-apa di berhubung kes ini, buktinya, sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang mereka ambil untuk mengahalang usaha Zionis untuk terus menggali di bawah Masjid al-Aqsa dan juga kota Baitul Maqdis.
Para pengunjung yang kini bebas memasuki terowong tersebut untuk tujuan pelancongan akan dapat melihat dengan jelas pelan masa depan rejim Zionis terhadap kota tersebut. Satu peta eletronik yang memaparkan pelan masa depan kota tersebut didakwa berdasarkan apa yang tercatit di dalam “Old Testament” ataupun Torah menurut panggilan Kaum Yahudi. Yang menariknya, Masjid al-Aqsa tidak langsung disebutkan di dalam pelan tersebut, yang ada hanyalah gambar Beit HaMikdash ataupun kuil Sulaiman yang mereka ingin bina di atas tapak masjid. Ternyata sudah, iautlah objektif uatama mereka, iaitu membina kuil tersebut dan meruntuhkan Masjid al-Aqsa. Perayaan 3000 tahun Bandar Daud itu, menurut pihak berkuasa Zionis adalah antara usaha mereka untuk memberitahu dunia bahawa kaum Yahudi Zionislah adalah pemilik paling berhak ke atas kota lama tersebut dan mereka berhak menentukan apa yang akan berlaku kepada kota tersebut dan juga tapak masjid berkenaan. Terowong tersebut hanyalah permulaan…perjalanan pelan masa depan mereka masih jauh. Ini selaras dengan ucapan mantan Perdana Menteri-Perdana Menteri rejim Zionis dan juga pemimpin-pemimpin Zionis yang lain yang berbunyi “Urshalem (Baitul Maqdis) adalah ibu kota Israel sampai bila-bila”.
 
Mungkinkah al-Quds hanya boleh ditatap dibuku2 sejarah atau muzium pada masa akan datang ?


Jelas dan pasti, mereka tidak hanya sekadar mengukir kata-kata seperti kebanyakan pemimpin umat Islam. Mereka telah membuktikannya dengan pembinaan terowong tersebut dan juga usaha-usaha menghalau umat Islam dan umat Kristian keluar dari kota Baitul Maqdis serta mempersukarkan umat Islam dari memasuki Masjid al-Aqsa setiap waktu. Usaha mengubah bentuk-bentuk bangunan yang bercirikan Islam kepada reka bentuk arkitek Yahudi kuno giat dijalankan. Nama-nama jalan dan kawasan-kawasan penempatan yang asalnya mempunyai ciri-ciri Islam dan Arab kini ditekuarkan kepada nama-nama Yahudi dan nama-nama berinspirasikan cerita-cerita di dalam “Old Testament”. Lebih dahsyat lagi, Masjid al-Aqsa sendiri seolah-olah tidak wujud di kawasan tersebut, dan seringkali dipanggil sebagai “Temple Mount” sahaja. Perakara ini tanpa disedari telah diadaptasi oleh media-media barat. Malah CNN katika melaporkan tentang Baitul Maqdis tidak menyebutkan Masjid al-Aqsa, tetapi mengikut panggilan kaum Zionis kepada tapak tersebut sebagai “The Temple Mount”. Tidak tahulah samada ini disedari oleh umat Islam ataupun tidak, yang pastinya jangan terkejut satu hari nanti jika media di negara-negara umat Islam pun akan menggunakan perkataan yang sama, hatta di Malaysia sekalipun.
Fasa-Fasa Pembinaan
Usaha jahat Zionis ini telah bermula semenjak tahun 1967 lagi, apabila mereka berjaya menawan kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Bermula dari tarikh tersebut, mereka telah memulakan penggalian di bawah Masjid al-Aqsa di atas alasan mencari kuil lama mereka yang didakwa telah tertimbus di dawah bangunan Masjid al-Aqsa. Selepas itu pelabagi percubaan lain yang mereka lakukan seperti membakar, percubaan meletupkan, merempuh masuk, melakukan penyembelihan ke atas mereka yang bersolat, dan yang terakhir sekali ialah ugutan-ugutan golongan fundamentalis Yahudi untuk merobohkan masjid al-Aqsa sebanyak lebih enam kali pada tahun 2005 sahaja, selepas Ariel Sharon menajisi Masjid al-Aqsa pada tahun 2000 yang lalu. Fakta yang tidak dapat disangkalkan dan ianya sangat-sangat membahayakan Masjid al-Aqsa ialah usaha penggalian terowong masih lagi aktif dilakukan, dan ianya berterusan sehingga kini dan di masa-masa hadapan, dan kita ianya telah mencapai fasa kelapan. Berikut adalah perincian kepada fasa-fasa penggalian terowong tersebut:

height="200"> Buka matamu luas2 !! Saya sedang dirogol oleh rejim Zionis sekarang !!
1) Fasa pertama (penghujung 1967 sehingga 1968):
Terowong sepanjang 70 meter di bawah tembok sebelah barat bangunan al-Haram al-Sharif (Masjid al-Aqsa), di sebelah belakang kawasan solat muslimah dan di bawah muzium Islam sehingga ke kubah al-Fakhriah.
2) Fasa Kedua (1969):
Terowong sepanjang 80 meter pula digali bermula daripada terowong yang telah digali sewaktu fasa pertama. Terowong kali ini digali sehingga mencecah pintu “Magharibah” juga di sebelah barat bangunan al-Harm al-Sharif. Ianya berada di bawah bangunan-bangunan milik Zawiyyah Fakhriah yang sekarang ini dikenali sebagai Institut al-Shafie.
3) Fasa Ketiga (bermula 1970, tergendala sebentar sehingga 1974, dan kemudian disambung penggaliannya semula pada 1975 sehingga kini:
Ianya digali sejauh 180 meter di bawah mahkamah Syariah bersebelahan dengan bangunan al-Haram al-Sharif, serta merupakan bangunan yang tertua di dalam kota Baitul Maqdis. Terowong yang digali ini berada di bawah lima pintu pagar utama Masjid al-Aqsa dan juga beberapa bangunan bersejarah serta empat buah masjid, kubah-kubah Qayt Bay, pasar al-Qatanin, beberapa buah sekolah dan juga kawasan-kawasan perumahan di sekitar Masjid al-Aqsa. Dianggarkan tiga ribu orang Arab Muslim yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.
4 & 5) Fasa keempat dan kelima (dari tahun 1973 sehingga 1974 di empat tempat yang berlainan):
Tempat pertama: Di bawah mihrab Masjid al-Aqsa, sehingga 20 meter jarak ketinggiannya.
Tempat kedua: Di kawasan tenggara Masjid al-Aqsa yang utama.
Tempat ketiga: Di kawasan sebelah barat Masjid utama.
Tempat keempat: Di sekitar keempat-empat pintu masuk utama ke masjid utama.
Di ketiga-tiga tempat tersebut, ketinggian terowong yang digali itu telah menjangkaui 13 meter ke bawah. Penggalian ini telah menyebabkan keretakan yang nyata di dalam kawasan Masjid yang utama (masjid Omar yang dikenali dengan Masjid al-Aqsa). Sebarang gegaran yang kuat sudah cukup untuk meretakkan masjid tersebut serta merobohkannya).
6) Fasa Keenam (Bermula pada tahun 1975 dan berterusan sehingga kini):
Terowongnya bermula dari tembok sebelah timur, di antara tembok Mariam dan juga kawasan Timur laut tembok kota Baitul Maqdis. Penggalian terowong ini menjejaskan kawasan perkuburan yang terdapat di atas terowong tersebut dan bersebelahan dengan Masjid al-Aqsa.
7) Fasa Ketujuh (Bermula 1975 sehingga kini):
Ianya bertujuan untuk meluaskan medan al-Buraq (ataupun dipanggil oleh kaum Zionis sebagai medan “Kotel” yang bermaksud tembok ratapan). Pembinaan medan tersebut sahaja telah memusnahkan beberapa bangunan milik umat Islam, seperti perpustakaan al-Khaliddiya (perpustakaan tertua yang wujud di Baitul Maqdis), Mahkamah Syariah dan juga 35 buah bangunan yang merupakan kawasan penempatan bagi 250 orang Arab Muslim yang mendiami kawasan tersebut. Terowong yang dibina adalah merupakan kesinambungan daripada medan tersebut dan menjadi sebahagian daripada kawasan “suci” bagi penganut agama Yahudi pro-Zionis.
8) Fasa Kelapan (Bermula 1976 sehingga kini):
Ianya bertujuan untuk mencari kubur-kubur lama milik raja-raja Yahudi yang mereka dakwa ditanam di bawah kota lama Baitul Maqdis mengelilingi kawasan sebelah barat Masjid al-Aqsa. Motto utama penggalian ini ialah “Discover the graves of the kings of Israel in David’s City”. Penggalian terowong ini telah menyebabkan keretakan pada tembok sebelah barat bangunan masjid utama secara keseluruhan.
Penggalian di waktu kini
Sehingga kini, pihak rejim Zionis meneruskan usaha penggalian terowong di bawah masjid. Panjang terowong yang pertama hasil dari kerja-kerja mereka sebanyak lapan fasa telah menjangkau 500 meter dari tembok al-Buraq (Kotel menurut Zionis) sehinggalah ke kawasan sebelah timur Baitul Maqdis. Terowong kedua pula bermula dari pintu al-Ghawanim di dalam bangunan masjid menjangkau sehingga kawasan perumahan Arab Kristian di dalam kota lama. Terowong ketiga pula bermula dari pintu Magharibah sehinggalah ke pintu al-Amud.


Gerakan intifada untuk menyelamatkan masjid Aqsa amat2 ditakuti rejim Zionis
Terowong-terowong ini pada asalnya hanyalah kawasan laluan air yang telah dibina semenjak zaman berzaman untuk mengalirkan air hujan yang turun sewaktu musim sejuk. Malangnya apabila pihak rejim Zionis berkuasa penuh ke atas kota Baitul Maqdis, mereka mendakwa ianya adalah sebahagian daripada bangunan lama kuil mereka (yang mereka panggil Beit Ha Mikdash). Terowong yang telah dibuka secara rasmi oleh kerajaan rejim Zionis pada 24 September 1996 sebenarnya hanyalah hasil pertemuan tiga saluran air bawah tanah yang wujud semenjak pemerintahan Islam lagi dan berakhir di pintu Alwad berdekatan dengan kubah batu (Qubah al-Sakhra). Usaha rejim Zionis hanyalah membesarkan terowong tersebut sehingga boleh dilalui oleh para pengunjung, dan kemudiannya mendakwa bahawa itu adalah sebahagian daripada kuil Sulaiman seterusnya menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi-lokasi suci mereka.
Pendedahan Syeikh Raed Salah
Usaha jahat rejim Zionis ini telah didedahkan oleh Syeikh Raed Salah, Dato’ bandar Umm al-Fahm dan juga ketua Harakah Islamiyyah (gerakan Islam) di dalam kawasan Palestin 1948 (yang dikenali sebagai negara Israel). Menurut Syeikh Raed Salah, “Rancangan jahat Zionis (menggali terowong-terowong yang wujud) adalah untuk membina kembali kuil Sulaiman yang mereka dakwa, dan mereka merancang untuk menukarkan masjid Marwani (tingkat bawah tanah Masjid al-Aqsa yang dibina semenjak zaman Marwan al-Hakkan salah seorang pemimpin Bani Umayyah) kepada kuil mereka di bawah tanah. Mereka juga bercadang untuk menghubungkan di antara masjid Marwani (yang akan mereka tukarkan kepada kuil) dengan tembok al-Buraq (tembok ratapan menurut dakwaan Zionis) menerusi sebuah terowong yang akan merentasi Masjid al-Aqsa. Syeikh Raed juga telah mendedahkan satu dokumentari yang pernah ditayangkan oleh salah sebuah saluran televisyen Zionis mengenai keruntuhan Masjid al-Aqsa yang bakal berlaku di dalam tempoh yang terdekat.
Menurut Syeikh Raed juga, tujuan utama penggalian terowong adalah untuk merobohkan masjid al-Aqsa secara semulajadi. Sebarang gegaran, samada berpunca dari gempa bumi atau letupan yang kuat sudah cukup untuk merobohkan masjid al-Aqsa. Jika berlaku yang sedemikian, pihak rejim Zionis akan berlepas tangan dan tidak akan bertanggung jawab di atas keruntuhan tersebut dan akan segera membina kuil mereka kerana mereka akan mendakwa Masjid itu roboh dengan sendiri, dan tanah tersebut akan menjadi milik mereka kerana tiada lagi masjid di atasnya. Apakah tindakan kita???

Thursday, August 18, 2011

(45) Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya

 

 




Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek keagamaan sahaja, tetapi daripada aspek fizikal pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi kiblat pertama bagi umat Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Sabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: 
Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah)

Sehinggalah penjajahan Zionis ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionis, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa.

Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian email dan laman web seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini. 



Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar

Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute.

Dr Haithem F. al-Ratrout

Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Pembina Al Aqsa Yang Sebenarnya

Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah 
“Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….

Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ

Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam.

Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.

Konsep Binaan Masjid Di Dalam Islam

Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:
  1. Lokasi.
  2. Sempadan.
  3. Qiblah.
  4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.
Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.

Lokasi Al-Aqsa

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan penempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan penempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.











Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa

Kesimpulan

1. Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionis sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.

Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah.

Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.

Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.


Anda mungkin juga meminati:


Bangunan Al-Aqsa Yang Sebenar

Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.

Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa

Plan Kaabah Di Al-Masjid Al-Haram

Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini berkemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah melakarkan plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut: