999
999 dari 1000 anak cucu Adam adalah ahli neraka. 999 dari seluruh
manusia adalah Yakjud dan Makjud. Jadi manusia (makhluk) Yakjud dan
Makjud itu nisbahnya 99.9 peratus penduduk dunia ini.
Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.”
… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?”
Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Kafir - Terlindung dari kebenaran
Syirik - Mengambil 'yang lain' sebagai tuhan selain Allah (termasuk nafsu).
Munafik - Menipu. Berbohong dan Khianat.
Selain dari Mukminin (sejati), manusia itu adalah Yakjud dan Makjud bermakna 999 dari kalangan manusia itu adalah AHLI NERAKA kerana setiap Yakjud dan Makjud akan menjadi penghuni neraka. Adakah kita tergulung dalam kalangan Yakjud dan Makjud ini? Yakjud dan Makjud itu sememangnya manusia dari bani Adam.
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya” Riwayat Hadith At-Tarmizi
Al Mahadi adalah tokoh yang kemunculannya akan melengkapkan tanda besar kiamat.
Sabda Rasulullah SAW: "Belum lagi terjadi kiamat sehingga bumi ini dipenuhi kezaliman dan permusuhan. Kemudian lahirlah daripada keturunanku atau keluargaku orang yang memenuhi dunia dengan keadilan dan kedamaian. Dunia dipenuhi keadilan seperti dipenuhi kezaliman dan permusuhan sebelumnya." (Riwayat Ahmad).
Sebelum kedatangan al Mahdi akan berlaku Kezaliman dan Permusuhan di kalangan manusia. Hilangnya keadilan dan kedamaian dan terjadi huru hara. Manusia menjadi keliru dan tidak dapat pastikan mana yang baik dan mana yang buruk. Penuh perasangka, tuduh menuduh dan saling salah menyalahkan terhadap sesuatu kejadian buruk.
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
Seronok Keterlaluan
Hidup Mewah
Mengumpul Harta
Menipu
Marah Memarahi
Saling Menghasut
Zalim Mezalimi
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat. Dunia Islam pula dilanda krisis rohani yang sangat meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu.
Mereka menggunakan segala macam cara (halalkan cara) seperti penipuan, khianat dan pelbagai helah. Hilanglah nilai-nilai mulia: akhlak, kesopanan dan kesusilaan dan yang wujud hanyalah kecurangan, pengkhianatan, hasutan dan berbagai kegilaan manusia jahiliah. Marilah kita merenung maksud hadis tersebut dan kita muhasabah diri.
Muncul makhluk kejam digelar Dajjal dan dengan pelbagai kekuatan sihirnya, dia mengaku sebagai Tuhan. Lalu di bawah pengaruhnya, ramai manusia syirik dan terlalu jauh meninggalkan petunjuk agama. Ajaran Allah SWT diingkari secara terang-terangan, solat dan zakat diabaikan, arak menjadi minuman kegemaran, zina dan pembunuhan pula menjadi satu keseronokan.

No comments:
Post a Comment