Friday, October 21, 2011

(13) kenapa gadafi di bunuh


Dengan begini banyak kebajikan untuk Rakyat.. Gaddafi dibunuh juga.. kenapa?


Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu.

Dengan sebegini banyak (senarai dibawah) kebajikan untuk rakyatnya.. tapi beliau dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. kenapa?


Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang baik kepada mereka!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah.

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!


Al-Fatihah Buat Allahyarham...
Sumber : Blog

Saturday, September 17, 2011

(12)'Ketuanan' bawa malapetaka

'Ketuanan' bawa malapetaka
Hishamuddin Rais
Ogos 22, 11
1Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin di mana sahaja mereka terbuang akan menyambut hari Nakba - hari Malapetaka. Pada 15 Mei 1948 negara Israel telah dicacakkan ke bumi Arab. Semenjak tarikh itu warga Palestin dan Arab terus hidup dalam kesengsaraan. Tanah mereka telah dirampas. Mereka menjadi orang pelarian. Huru hara berterusan di bumi Arab kerana kerenah kaum Zionis Israel. Nakba ialah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu pula menerima Malapetaka. Ini terjadi apabila British meninggalkan kuasa pentabiran kepada United Malays National Organistion. Semenjak 31 Ogos 1957 anak semua bangsa di Tanah Melayu telah hidup dalam kesangsaraan. Dasar 'ketuanan Melayu' telah membawa Malapetaka kepada Tanah Melayu. Justeru, 31 Ogos adalah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada bulan Ogos tahun 2011 ini saya akan cuba membawa para pembaca untuk memahami konsep dan intipati Malapetaka ini. Memahami Malapetaka 31 Ogos ini amat penting. Jika kita tidak tahu dari mana kita datang maka kita juga tidak akan tahu arah mana yang hendak kita tuju.

Dari sejarah Tanah Melayu, kita diberitahu bahawa pada 20 Jun 1948 British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Untuk saya, darurat ini macam kita dalam kereta tetiba merasa sakit perut yang amat sangat. Maka kita berhenti dan mencari tandas. Kerana tidak berjumpa tandas maka kita terberak dalam belukar di tepi jalan. Kerana tidak ada sumber air maka kita dedat dengan daun. Apa yang saya kisahkan ini ialah suasana darurat. Tetapi pada tahun 1948 dahulu, tidak ada seorang pun warga Tanah Melayu yang dalam darurat. Tidak ada sesiapa yang hendak terberak di tepi jalan.

Apa yang berlaku ialah kuasa kolonial British telah diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya. Gerakan bersenjata ini bertujuan menghalau penjajah British dari Tanah Melayu. Dengan licik Britsih telah mengalihkan perjuangan untuk mendapat kemerdekaan ini kepada darurat. Tidak ada apa yang darurat. Yang hendak terberak di tepi jalan kerana diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya ialah soldadu upahan British. Soldadu upahan inilah yang sedang dalam darurat.

Berjuang mengangkat senjata ini telah membuka lanskap politik baru ke Tanah Melayu. Kuasa kolonial yang dianggap gagah dan lengkap bersenjata kini telah diserang oleh gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Kuasa kolonial British amat memerlukan bumi Tanah Melayu kerana dari bumi kita ini terdapat kekayaan bijih dan getah. Punca ekonomi inilah yang ingin dipertahankan oleh penjajah. Politik ialah ekonomi. Memiliki kuasa politik memiliki punca ekonomi. Justeru penjajah British bertahan kerana lombong bijih dan ladang getah.

Serangan bersenjata dari gerila pembebasan ini menjadikan kuasa kolonial terus berdarurat. Akhirnya British merancang satu strategi baru. Jika terus menjajah maka perjuangan bersenjata yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya ini akan merebak luas. Tuntutan untuk merdeka akan merebak untuk menjadi ajenda anak semua bangsa. Keadaan sedemikian amat bahaya untuk British.

Justeru, British memerlukan budak suruhan yang baik sebagai ganti sebelum mengundur. Dengan licik dan terancang British telah memasang dua "kuda tunggang" -- Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Seperti di Iraq hari ini kuasa kolonial Amerika memasang lebih dari seekor kuda. Ada kuda bernama Nouri al-Maliki, ada Jalal Talabani dan ada Tariq al-Hashmi.

Kuasa kolonial kulit putih sedar dengan memasang beberapa ekor kuda mereka akan dapat mencari budak suruhan yang setia. Terlalu ramai anak tanah jajahan yang bersedia untuk menjadi budak suruhan dan mengikut kata tuan kolonial. Taktik British cukup senang - siapa yang dapat membuktikan yang mereka lebih setia kepada tuan penjajah maka sosok itu akan dinobatkan. Inilah taktik kuasa kolonial dalam percaturan realpolitik. Ia berlaku dahulu dan sedang dijalankan sekarang.

Di Tanah Melayu kuasa kolonial British telah memilih United Malay National Organsiation untuk menjadi budak suruhan mereka. Parti Kebangasan Melayu Muda, AWAS, API, Hisbul Muslimin, Parti Komunis Malaya - adalah parti-parti yang menentang British. Parti-parti ini mengangkat senjata menentang British. Parti ini akan membawa merdeka tetapi amat bahaya untuk kepentingan British. Ini berbeza dengan United Malay National Organisation yang bekerjasama dan menjadi budak suruhan.

Buktinya apa yang saya tulis ini cukup jelas. Pada bulan Ogos ini cuba baca - tak perlu beli - akhbar milik United Malaya National Organisation. Akan penuh dengan dengan kisah melawan komunis. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka. Ketika anak semua bangsa bangun melawan penjajah British, United Malay National Organisation seperti diupah oleh British untuk menentang dan melawan orang yang menentang British. Orang angkat senjata lawan British, gerombolan ini angat senjata lawan orang yang lawan British. Inilah kerja budak suruhan. Inilah Malapetaka yang saya maksudkan.

Kita akan muntah setiap tahun apabila melihat Bukit Kepong di kaca TV. Memang betul ada serangan ke rumah pasong Bukit Kepong. Memang betul polis yang diserang ketika itu adalah polis Melayu. Tetapi polis Melayu ini adalah polis upahan British. Kerana mereka Melayu tidak semestinya apa yang mereka lakukan baik dan betul. Melayu bukan bermakna betul. Ada Melayu budak suruhan dan ada Melayu nasionalis.

Anak muda hari ini juga wajib diberitahu bahawa serangan Bukit Kepong itu dipimpin oleh Mat Indera. Mat Indera ialah seorang nasionalis kiri Melayu. Ini tidak terdapat dalam filem Bukit Kepong kerana United Malay National Organisation tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa ada Melayu yang berani angkat senjata melawan British. Dan dalam Parti Komunis Malaya amat ramai ahlinya, kadernya dan pucuk pimpinan terdiri dari orang Melayu.

Dari awal lagi British telah menjalankan dasar pecah dan perentah. Melayu, Cina dan India tidak akan dibenarkan bersatu. Pada tahun 1947 apabila ada kerjasama dan setiakawan yang erat di antara bangsa-bangsa maka muncul Perlembagaan Rakyat. Jawapan British kepada Perlembagan Rakyat 1947 ialah melakukan penangkapan beramai-ramai. Satu tahun kemudian Tanah Melayu diistiharkan darurat - perang kolonial bermula.

Dasar pecah dan perintah dan dasar rasisme British ini telah diambil oleh United Malay National Organsation untuk digunapakai hingga ke hari ini. Justeru, sebagai contoh terbaru, kita lihat bagaimana media dan TV United Malay National Organisation cuba menunjukan kepada umum bahawa tidak ramai bukan Melayu yang turut serta dalam tunjuk perasaan BERSIH pada 9 Julai dahulu. Maknanya gerakan BERSIH ini tidak dapat sokongan dari masyarakat bukan Melayu. Ertinya 9 Julai gagal.

Taktik pecah dan perintah ini adalah taktik yang ampuh untuk digunapakai oleh pemerintah yang zalim. Lihat di Palestin. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini tanpa henti henti. Warga Palestin terus diserang oleh kaum Zionis. Bagitu juga di Tanah Melayu, semenjak 31 Ogos 1957 dahulu, Malapetaka ini bukan berkurangan malah terus bertambah. Malapetaka yang dibawa oleh United Malay National Organisation ini dari hari ke hari semakin mencekik kehidupan warga.

Kaum Zionis di Palestin telah menggunakan rasisme sebagai senjata yang ampuh. Kaum Yahudi telah dinobatkan sebagai kaum terpilih bukan sahaja di dunia ini malah di akhirat juga. Di Tanah Melayu ini, United Malay National Organisation telah mengunakan falsafah 'ketuanan Melayu' dimana dikatakan manusia Melayu memiliki hak-hak yang istemewa. Diheboh dan dicanang ke hulu ke hilir bahawa tanpa 'ketuanan Melayu' dan tanpa United Malay National Organisation negara kita ini tidak mungkin wujud. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka.

Hari ini secara dirancang melalui akta dan peraturan garis pisah bangsa-bangsa telah diwujudkan. Melalui hukum dan syarat yang disadur dengan hujah agama, tembok pemisah telah didirikan. Setiakawan antara India, Melayu dan Cina tidak dibenarkan mengampuh budaya bangsa. Prasangka antara bangsa -bangsa sengaja diatur dan disusun untuk memastikan orang ramai terus syak wasangka sesama sendiri. Suasana syak wasangka ini amat baik untuk United Malay National Organisation meneruskan kuasa. Inilah yang saya maksudkan dengan Malapetaka.

Ogos bulan Malapetaka ini sedang memperlihatkan kepada orang ramai bagaimana taktik pecah dan perintah dijalankan. Minggu lalu, tiba-tiba media kita heboh dengan berita Melayu murtad. Berita Melayu makan dalam gereja. Berita tentang penganut agama Kristian bersedekah kerana berniat untuk memurtadkan Melayu. Semua yang berlaku ini sebenarnya ialah taktik United Malay National Organisation.

Sebelum berita Melayu murtad ini kita telah membaca berita kepala babi ditemui dalam kawasan masjid. Berita masjid dilempar cat. Berita gereja dibakar.

Apa makna semua ini?

Semua ini adalah taktik dan strategi gerombolan untuk menakut-nakutkan Melayu. Manusia Melayu wajib terus ditakutkan. Jika manusia Melayu takut maka mereka akan mencari perlindungan. United Malay National sedang memasang lukah untuk memerangkap Melayu yang takut. Apa dia Melayu yang takut?

Melayu yang takut adalah Melayu yang rendah diri. Melayu yang berjiwa hamba. Melayu yang sanggup mencium ke bawah duli. Melayu yang telah bagitu lama ditakut-takutkan sehinggakan tidak lagi memiliki inisiatif sendiri. Melayu yang takut ini cukup bijak dengan budaya bodek yang telah disebarkan oleh United Malay National Organisation. Melayu yang takut ini hanya sanggup menerima fatwa kerana tidak ada memiliki fikrah yang kritikal. Otak manusia Melayu yang takut ini telah di bonsaikan oleh United Malay National Organisation semenjak 31 Ogos 1957. Justeru tarikh itu saya nobatkan sebagai hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. END

(11) Zainal Kling Sudah Gigil, Kini Pusing Kata Kehadiran British Sebagai Penjajahan

Saya lihat kehadiran British sebagai penjajahan

“Ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan (colonialism) juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain,” kata Prof Datuk Dr Zainal Kling.

Namun, jelasnya terdapat sedikit perebezaan antara penjajahan berbentuk 'colony' seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Canada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk 'protectorate' di dalam FMS dan UFMS.

Katanya, ada beza antara konsep 'colony' dan 'protecorate'.

Menurutnya, pada realitinya di zaman British itu, ada beza antara pentadbiran Singapura dengan Kelantan atau Trengganu.

“Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar,” ujarnya dalam tulisan yang diemel kepada Harakahdaily, petang ini.

Tambahnya, walaupun antara 'colony' dan 'protectorate' berbeza tetapi kesan dari pentadbiran 'protectorate' adalah juga penjajahan.

Oleh kerana itu, ujarnya para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai 'breach of trust' (pecah amanah).

Katanya lagi, para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai 'idirect rule' (pemerintahan taklasung).

“Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai 'penjajahan' (colonialism) juga,” jelasnya.

Berikut tulisan penuh beliau.

YBhg. Saudara Editor Harakah Daily,

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doa agar saudara dan rakan-rakan di Harakah sentiasa dalam barakah dan sihat sentosa.

Sukacita saya merujuk kepada penerbitan Harakah, Edisi Jumaat, 18-20 Syawal 1432 bersamaan 16-18 September 2011 berkaitan pelbagai berita, ulasan dan pandangan pada halaman N1, N2, N4, N11, N13, N14, F3, F4, F11, F17, N21, N26, N29, yang terdapat di dalam penerbitan pada hari itu.

Saya amat berterikasih dan syukur jika Saudara dapat menyiarkan petikan dari apa yang dirakam dan diedarkan dalam 'Kenyataan Akhbar' dalam persidangan media Majlis Profesor Negara pada Hari Jumaat September 2011 itu. Tujuannya sekadar menjelaskan dan memaklumkan catatan sebenar agar perselisihan pandangan mungkin dapat dibetulkan. Saya akan mengutip edaran Kenyataan Akhbar yang dimaksudkan itu.

Berkaitan isu Tanah Melayu ukan Koloni tetapi Naungan, Kenyataan Akhbar itu ditulis, antara lain, seperti berikut:

"Negeri-negteri Melayu (B- FMS- atau tidak Bersekut - UFMS) tidak pernah menjadi colony atau tanah jajahan British .... Tanah Melayu tidak pernah terjajah (kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) walaupun kesan pentadbiran itu merupakan satu bentuk 'penjajahan' (colonialism)...Penilaian pengkaji sejarah kolonialsme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'Breach of trust' (R. Braddell) dan 'indirect rule' (R.Emerson)...Mereka melakukan penjajahan walaupun tidak sahih (illegitimate)."

Dua perkara yang ditegaskan di situ. Pertama, ada beza antara konsep 'colony' dan 'protecorate'. Pada realitinya di zaman British itu, ada beza antara penbtadbiran Singapura dengan Kelantan atau Trengganu. Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar. Kedua, walaupun antara 'colony' dan 'protectorate' berbeza tetapi kesan dari pentadbiran 'protectorate' adalah juga penjajahan. Oleh kerana itu, para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai 'breach of trust' (pecah amanah). Para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai 'idirect rule' (pemerintahan taklasung). Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai 'penjajahan' (colonialism) juga.

Dengan demikian, ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan (colonialism) juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain. Namun terdapat sedikit perebezaan antara penjajahan berbentuk 'colony' seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang) , Canada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk 'protectorate' di dalam FMS dan UFMS. Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah colony maka institusi raja itu terhapus begitu sahaja. Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah 'protectorate' maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri-Negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini. Perbezaan 'tipis' (seperti kata Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana, kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang.

Diharap sedikit penjelasan ini dapat mengurangkan jurang pendapat yang telah muncul. Salam bahagia dan terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah.


Profesor Datuk Dr Zainal Kling.


Pemuda PAS buat laporan terhadap Zainal Kling

Pemuda PAS hari ini membuat laopran polis terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, laporan itu dibuat pada jam 2.30 tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi oleh setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurut salinan repot yang dihantar kepada media, Pemuda PAS mendakwa kenyataan itu mengganggu-gugat kestabilan dan mengelirukan masyarakat yang sekian lama diajar bahawa British penjajah.

"Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain," laporan itu dipetik.

Kenyataan ini juga sekali gus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain.

Pemuda PAS juga mengesyaki terdapat agenda tersembunyi yang dirancang pihak tertentu di sebalik kenyataan itu, bertujuan menggugat keharmonian dan mewujudkan kegusaran masyarakat bagi mengalih perhatian terhadap isu-isu lain, tambah pengadu.

Sayap kanan PAS itu menuntut Dr Zainal disiasat dan didakwa di mahkamah kerana didakwa jelas melakukan kesalahan bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Seskyen itu meliputi kesalahan mengeluarkan kenyataan atau berita menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong dan/atau mengapikan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

13 comments:

ketuanancukong said...
aikkkk!!!!!!!!! U turn nampak,,pah ni musti ckp konar2 pulak.hahah...lawk..
Anonymous said...
mungkin najib yg terpukul itu yang bagi kata dua pd kling.
ramliomar said...
Itu lah, orang-orang dulu kata kalau jumpa ular dan k---g, kita kena tangkap k---g dulu kamudian tangkap ular supaya k---g ini dapat tiup serunai dan main ular ini, dapat juga wang, kalau bunuh apa dapat.
Anonymous said...
Prof Tikus baiki labu..kah..kah..kah.
Anonymous said...
kesian anak kling lidahnya bercabang... cukuplah biawak yang bercabang lidahnya.. malu pada biawak lidahnya anak kling dah amik
Anonymous said...
Cikgu Univ. nih jika dia 'gam' mulut dia dulu kan bagus. Ini nak tumpang minum semangkuk juga. Tapi terminum air kuala sg pahang... kan ke dah naya tuh....
Khairi said...
Zainal, gelaran yg anda dapat bukanlah satu keistimewaan utk anda perbodohkan rakyat, anda sudah hilang hormat rakyat terhadap ilmu yg anda ada, anda hanya bercakap senada dgn pemerentah walaupun tidak betul, pengajaran buat para Imluan yg lain, nyatakan pandangan anda berdasarkan fakta, bukan auta.
zairil said...
Nasihat kepada Prof-prof sekalian:

Berhati-hati lah apabila bercakap. Jangan ingat rakyat macam student-student you all yang menadah mangkuk nak lulus exam. Apa yang dikuliahkan tu "ya" saja.

Implikasi sejarah dan rentetan sangat tebal. Kalau tak pernah dijajah...Malaya tak pernah merdeka dan pembentukan Malaysia tak sah. Jadi semua negeri-negeri tak termaktub di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. (Yang juga diperkenalkan oleh British).

Jadi secara langsungnya negeri-negeri di Malaysia adalah bebas untuk membentuk negara masing-masing. Abis kalau Kelantan, Trengganu, Sabah dan Sarawak nak keluar dari Malaysia macamana? Mungkin Prof Aziz Bari boleh jawab.
NC said...
Mampus klu dia ni jd lecturer gua! kompem gua pening. Exam gua kompem lingkup! Kalau orgtua ni jd Advisor Tesis Master gua kompem jahanammmm. Jahanammm wOooiiii... Wey orgtua kau jgn2 nk masuk mengajar UiTM ek hehehehehe... Lu jgn nk konfius kn member2 sekampus gua ok! Gua Warning nie! Ahahahhaaa :op
Anonymous said...
memang kaki putar belit, selalu dengar komen dia dalam berita Radio RTM, kot mana pun mesti bodek punya.
mkk said...
woi!!! hampa kan tak tau perangai keling kot.memang macan tu
Anonymous said...
Ada satu lagi Mamak yang kata Tanah Melayu tak pernah dijajah - tak lain,tak bukan Mamak Kutty.Agaknya semasa Raja Abdullah dibuang kePulau Seychelles tahun 1876 dan sewaktu Residen British,JWW Birch dibunuh oleh pengikut Dato Maharaja Lela pada tahun 1875 - keluarga Mahathir Kutty belum sampai lagi keKedah dari India.
Anonymous said...
Org. ni mengajar kat mana? risau juga aku..Ni cakap belit2 ni apekebende..Secara teknikal lah, coloni lah , protektokratlah, bendanya sama saja, British nak kaut hasil bumi sesuatu negara nak untungkan negara mereka .Tak semua benda yang boleh menguntungkan mereka ada di England seperti getah , bijih timah ,rempah dan sebagainya.. Ada prof baca buku 'Churchill HIS LIFE AND TIME" oleh Malcolm Thomson..Bawah tajuk kecil Troubles in MALAYA and with MAU MAU(m.s.436/437) British masa tu(1952)menganggap Malaya seperti ini"ON 19 march he(SIR GERALD TEMPLER) announced a full Programme of reforms. including common citizenship,the creations of effective police force and federation army (recruited from all communities in the country), medical,social and education improvements,land settlement and economic measures to equip the country for it independence(KEMERDEKAAN).Perengganseterusnya" Malaya did not remain the only trouble centre in the overseas territories of THE BRITISH EMPIRE(Tanah jajahan/Empayar British). sekian

Friday, September 16, 2011

(10) PEJUANG SEJATI TANAH AIR

KEMATIAN DAN KISAH PERJUANGAN PEJUANG SEJATI TANAHAIR

Berikut adalah beberapa kisah pejuang2 yang telah meninggal dunia selepas daripada Perjanjian Damai.


KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN: Kawan Nordin telah pulang ke rahmatullah pada 5 Julai 2010. Berita ini disampaikan oleh seorang wakil keluarga Allahyarham yang datang ke Kampung Perdamaian Sukhirin.

Kawan Nordin 70, atau nama sebenarnya Deroman (gambar kiri) berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Akan tetapi beliau telah berhijrah dan menetap di Kampung Jadeh, daerah Sukhirin, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand sejak masa muda lagi. Kampung Jadeh adalah antara basis Rejimen Ke-10 yang awal di kawasan sempadan.

Kawan Nordin adalah salah seorang anak Kelantan yang ingin melihat tanah airnya mencapai pembebasan dan kemerdekaan penuh dan kebahagiaan masyarakat. Pada tahun 1968, Kawan Nordin telah menyertai pasukan Rejimen Ke-10 yang melancarkan perjuangan bersenjata untuk pembebasan nasional. Beliau adalah antara perajurit awal di kawasan sempadan.

1961 - 1975 beliau telah menyertai 3 kali pasukan penggempur mara ke selatan di bawah pimpinan Allahyarham Abu Samah Mohd. Kassim. Kemudian beliau berkhidmat dalam Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 yang bergerak di kawasan Chendek, Narathiwat.

Setelah pasukan Rejimen Ke-10 dibubarkan di bawah perjanjian perdamaian 3 pihak 1989, beliau memilih menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin bersama rakan seperjuangan yang lain, menikmati layanan di bawah syarat perjanjian damai dari Kerajaan Diraja Thailand dan pihak organisasi PKM.

Semoga Allah memberikah rahmata ke atas roh Allahyarham..

ALLAHYARHAM HASHIM

Saudara Ahmad Cik Amat atau nama perjuangannya Hashim telah meninggal dunia pada 6 Mei 2009, 4.00pm waktu tempatan di rumahnya di Kampung Punggok, Tanjung Mas. Beliau meninggal dunia dalam usia 95 tahun kerana sakit tua.
Allahyarham adalah antara tokoh veteran perajurit kawasan sempadan yang menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 pada tahun 1969.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.


KAWAN TANGGOK , PUTERA SUNGAI PAHANG YANG TEGUH


musuh dapat mencungkil biji matanya tapi tak dapat mencungkil rahsianya
Pada bulan November 1948, di tengah-tengah berita kemenangan pasukan asas Rejimen Ke-10 menyerang pos-pos kaum reaksioner di Tekai Estet dan Gong Estet kawasan Kuala Krau, di Temerloh pula seorang gerilawan dengan tak semena-mena telah tertangkap oleh musuh sewaktu menjalankan tugas. Musuh telah menyiksanya tetapi tidak mendapatkan apa-apa hasil daripadanya. Musuh lalu silih berganti menggunakan macam-macam siksaan dan bujukan untuk menggoyangkan pendiriannya, namun semuanya tak berhasil. Akhirnya musuh dengan kejam mencungkil sebiji matanya dengan ugutan untuk dibunuh mati. Tapi itupun tak mampu menundukkannya. Semangat kepahlawanannya yang tak mengenal tunduk di hadapan musuh itu telah sangat menggempar kaum penjajah dan mengkagumkan orang ramai.
Beliau ialah kawan Ibrahim bin Busu, lebih dikenali dengan nama Kawan Tanggok, seorang pemuda revolusioner yang berjiwa besar. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang.

Kawan Tanggok menceburkan diri ke dalam pergerakan revolusioner melawan imperialis British selepas Perang Dunia Kedua. Ketika imperialis British menghasut-hasut pergaduhan bangsa-bangsa di Pahang, organisasi PKM bawah tanah telah membentuk satu pasukan propaganda khusus menerangkan kebenaran revolusi dan menyatu padukan rakyat berbagai kaum di kawasan Temerloh di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Kawan Tanggok adalah salah seorang anggota pasukan propaganda ini. Salah seorang rakan seperjuangan beliau ialah Ahmad Taha (Allahyarham). Mereka telah memberikan sumbangan yang besar menyatu padukan rakyat berbagai kaum di sana. Beliau aktif dalam gerakan API/PETA yang marak berkobar di Temerloh. Ini juga merupakan pendahuluan kepada berbagai pergerakan revolusioner di sana yang akhirnya membuahkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British di sekitar lembah Sungai Pahang.

Pada ketika awan gelap kontra revolusi peristiwa 20 Jun menyelubungi angkasa raya, Kawan Tanggok mengundurkan diri bergerila sekitar kawasan berhampiran bandar Temerloh. Gerup mereka diberi tugas berpropaganda mengembangkan revolusi bersenjata, mengutip derma dan menghantar bekalan kepada pasukan bersenjata. Mereka terus menerus bekerja dan berjuang dengan tak kenal susah payah. Kerana musuh selalu melakukan penyerbuan-penyerbuan, mereka terpaksa bergerak-gerak dan berpindah randah. Pada masa itu mereka belum ada pengalaman, maka itu banyak menemui kesulitan-kesulitan. Namun semua itu telah dikalahkan dengan semangat juang tinggi yang menyala-nyala. Akan tetapi pada suatu hari malang menimpa Kawan Tanggok, dia terjatuh ke dalam perangkap musuh.

di dalam kem tahanan musuh pendiriannya teguh teruskan perjuangan.

Mula-mula Kawan Tanggok disumbatkan ke dalam kem tahanan Tanjung Beruas Melaka. Pada tahun 1951 beliau dipindahkan ke kem tahanan di Ipoh, Perak. Di dalam kem-kem tahanan juga ada organisasi-orgniasasi rahsia parti menjalankan aktiviti revolusioner di kalangan para tahanan. Kawan Tangguk segera menggabungkan diri dengan gerakan rahsia parti di sana. Di bawah anjuran parti, mereka telah menjalankan bermacam-macam aktiviti revolusioner seperti melakukan propaganda revolusioner, menampalkan poster-poster anti-imperialis, membuat ucapan-ucapan, mementaskan sandiwara-sandiwara, mendirikan gerup-gerup belajar, mengadakan gerakan bantahan dengan melakukan mogok lapar, bahkan pernah melakukan perarakan membantah kekejaman kontra revolusi kaum penjajah dan boneka-bonekanya. Kira-kira pada tahun 1949 organisasi rahsia parti di kem tahanan Tanjung Beruas Melaka dengan jayanya menganjurkan perarakan politik yang besar membantah hukum gantung yang dikenakan imperialis British ke atas Kawan Ganapathy, Presiden Gabungan Syarikat Buruh Malaya. Di dalam kem tahanan Ipoh, mereka telah mendirikan gerup sandiwara mempropagandakan revolusi. Kawan Tanggok menjadi salah seorang anggota gerup sandiwara itu. Pada hari-hari yang cerah, mereka sentiasa mengadakan perayaan-perayaan seperti merayakan Hari May Day, Oktober Merah dan lain-lain. Pada tahun 1951, benggolan nombor satu kolonial British, Henry Gurney telah dibunuh mati oleh pasukan gerila di dalam satu serangan hendap di Pahang. Sebaik tersebar berita yang menggembirakan itu, para tahanan di semua tempat secara spontan merayakan dengan besar-besaran.

Kem-kem tahanan didirikan musuh dengan tujuan hendak menyiksa ahli-ahli perjuangan itu tidak berhasil menggoyangkan semangat revolusioner mereka, sebaliknya telah berubah menjadi kem latihan menguji semangat revolusioner patriot sejati. Di dalam kem-kem tahanan, musuh juga banyak menggunakan macam-macam tipu helah yang lain, tapi mamcam-macam tipu helah telah dibongkar oleh organisasi rahsia, membangkitkan massa tahanan menghancur leburkannya. Akhirnya musuh menggunakan tipu helah yang berbelit-belit, satu segi membebaskan dengan memaksa syarat-syarat mengikat kebebasan mereka, segi yang lain memperkuat pengawasan ke atas mereka. Pada tahun 1952, Kawan Tanggok telah dibebaskan.
menggabungkan diri dalam pasukan
Sebaik dibebaskan, beliau segera mencari hubungan dengan pasukan gerila. Beliau telah melaporkan segala-gala yang dialaminya selama 4 tahun di dalam kem tahanan musuh dan mengemukakan permohonannya untuk menyertai perjuangan bersenjata membalas dendam terhadap penjajah. Akan tetapi organisasi parti memberi tugas tugas menjalankan kerja rahsia parti di kawasan bandaran, khasnya menyampaikan maklumat-maklumat pergerakan musuh kepada pasukan gerila. Beliau telah menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.
Kawan Tanggok sentiasa berulang alik secara sulit-sulit ke perkhemahan pasukan gerila yang berdekatan dengan bandar Temerloh menyampaikan maklumat-maklumat rahsia pergerakan musuh. Pada suatu malam, ketika beliau pergi ke perkhemahan pasukan gerila menyampaikan maklumat dan bermesyuarat, tiba-tiba musuh melakukan penyerbuan secara besar-besaran menggelidah rumah-rumah di kampungnya, mencari dia hendak ditangkap. Esok pagi-pagi lagi ketika dia balik ke kawasan kampung, dilihatnya banyak askar musuh berpusu-pusu di sana. Ini segera menarik perhatiannya. Dalam ada itu, orang ramai yang melihat kepulangannya segera memberitahu: “cepat pergi, musuh hendak menangkap kamu”.
Sejak hari itu diapun menceburkan diri dalam pasukan gerila menjadi seorang perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Setelah berjaya menggabungkan diri ke dalam pasukan gerila Tentera Pembebasan Nasional, beliau berusaha keras menempa diri, bekerja siang dan malam berkecimpung di tengah-tengah perjuangan yang menggelora dengan membawa dendaman kelas dan dendaman nasional yang meluap-luap di rongga dada. Beliau berazam dengan sepenuh hati dan jiwa raganya berjuang terus hingga ke titisan darah yang terakhir demi usaha pembebasan massa rakyat dan kemerdekaan tanah air.
Pada awal tahun 1953, Kawan Tanggok bersama 4 rakan seperjuangan lagi telah terkorban dalam suatu pertempuran terkena serangan hendap musuh di kawasan Tongkiat, Pahang Timur. Mereka gugur di dalam usaha mulia memperjuangkan pembebasan massa rakyat dan kemerdekaan ibu pertiwi yang tercinta. Kawan Tanggok telah mengotakan keazamannya dengan tindakan yang nyata.
Abadilah para kesatrua di dalam catatan sejarah perjuangan kemerdekaan pertiwi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kesatria yang telah gugur.

Allahyarham Cek Leh @ Pakcu Bidin dan Allahyarham Dolmat.



21 dan 24 April adalah hari duka bagi warga Kampung Perdamaian Sukhirin. 2 orang bekas perajurit berasal dari kawasan sempadan telah pulang menemui Illahi. Mereka ialah Allahyarham Cek Leh @ Pakcu Bidin dan Allahyarham Dolmat.
Allahyarham Pakcu Bidin, 90, (gambar kiri) seorang berasal dari dari Daerah Sungai Padi, Narathiwat, menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10 pada tahun 1968. Beliau pernah bertugas sebagai penyusun massa, utusan dan anggota unit produksi. Selepas penandatanganan hadyai tahun 1989, beliau terus menetap bersama rakan seperjuangan yang lain di Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Beliau mengidap sakit lumpuh selama 7 tahun sehingga khirnya meninggal dunia pada pukul 5.00 p.m. (waktu Thailand). Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung asalnya di daerah Sungai Padi.
Allahyarham Dolmat, 80, (gambar kanan) berasal dari Cabang Tiga, Patani, menyertai perjuangan pada awal tahun 60-an. Allahyarham pernah ikut serta dalam regu penyusun massa, utusan dan pasukan penggempur mara ke selatan di bawah pimpinan Abu Samah Mohd. Kassim. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Pasukan Penggempur ke-15 di bawah pimpinan Rashid Maidin. Setelah perjanjian perdamaian Hadyai, beliau menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin. Beliau menderita sakit akibat kemalangan jalan raya dalam masa yang panjang dan akhirnya meninggal dunia pada pukul 1.00 p.m. (waktu Thailand) pada 24 April 2010. Jenazahnya di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.
Semoga Allah Taala meletakkan roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

PAHLAWAN DOLAH - PERAJURIT KECIL YANG TAK TAKUT MATI


Kampung Tanjung Batu, Daerah Temerloh, adalah antara basis kukuh Rejimen Ke-10. Massa di sini tinggi kesedaran nasionalnya. Dalam masa aman selepas kekalahan Jepun, mereka giat menceburkan diri ke dalam berbagai organisasi patriotik-demokratik seperti PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain. Bagi kanak-kanak juga didirikan Barisan Pelopor Kanak-Kanak yang dianggotai oleh kanak-kanak berusia antara 9 hingga belasan tahun. Mereka menjalankan bermacam-macam tugas membantu perjuangan untuk kemerdekaan.

Apabila diisytiharkannya Undang-Undang Darurat,sejumlah massa di sini telah memanggul senjata menyertai pasukan gerila anti-British, yang tidak masuk hutan pula menyertai pasukan lasykar rakyat dan menyokong pasukan gerila. Sebuah pasukan gerila iaitu Platun 2, Rejimen Ke-10 bergerak di Kampung Tanjung Batu dan kampung-kampung di sekitarnya.

Sejumlah anggota Barisan Pelopor Kanak-Kanak atau Tentera Semut di bawah pimpinan Dollah dibentuk di kampung tersebut. Mereka membuat kerja-kerja mengawal kampung, mengawasi gerak geri musuh, menyampaikan maklumat, membuat kerja-kerja hubungan utusan dan lain-lain.

Walaupun umurnya masih kecil, tapi semangat bencikan penjajah British istimewa mendalam dijiwa Dollah. Dia bercita-cita untuk menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Akan tetapi kerana umurnya masih kecil, dia dinasihatkan supaya buat kerja di kampung dulu. Setiap kali bertemu dengan pasukan gerila, dia mengajukan permintaannya itu. Walau bagaimana pun, Dollah mengajukan 2 tuntutan iaitu pertama, apabila dia besar kelak, mestilah menerimanya menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional dan kedua, sekiranya dia terkorban mestilah menerimanya sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Pada bulan Mac 1949, musuh telah memasuki kampung untuk menangkap dan mengugut orang ramai. Komander memberikan Dollah sebiji bom tangan untuk dilemparkan ke atas musuh. Akan tetapi ketika dia hendak membuang bom itu keadaannya telah berubah. Musuh telah bercampur gaul dengan orang ramai. Dalam saat genting ini Dollah memikir bahaya kepada massa jika bom itu dibuang. Lalu dia berpatah balik mendapatkan pasukan yang sedang bersembunyi di belukar. Musuh yang mencurigai gerak geri Dollah terus mengejarnya. Pasukan Tentera Pembebasan segera melepaskan tembakan hebat ke atas musuh. Musuh lari balik mendapatkan motobot. Manakala Dollah pula memimpin pasukan Tentera Semut bersama lasykar rakyat mengejar musuh untuk membantu Tentera Pembebasan. Sejumlah besar musuh telah terbasmi.

Atas tuntutan Dollah, ibunya seorang aktivis gerakan wanita telah menjahitkan sepasang pakaian seragam Tentera Pembebasan iaitu sepasang bajutentera berwarna hijau, sebuah topi berbucu lima dengan sebiji bintang merah di depannya serta sepasang patis.

Pada 12 Mei 1949, Platun 2 dikerahkan ke kampung tersebut untuk mengadakan perhimpunan massa. Dollah datang menyambut mereka dengan pakaian seragam Tentera Pembebasan. Dengan penuh bangga, beliau berkata: "Lihatlah kawan sekalian, alangkah perkasanya, alangkah mulianya seorang perajurit Tentera Pembebasan!" Katanya, "Kemuliaan ini bukan semata-mata kerana mengenakan pakaian seragam, melainkan kerana semangat revolusioner yang bertempur dengan gagah berani". Kawan-kawan Tentera Pembebasan memberikan tepukan yang hangat kepadanya.

Pada hari tersebut juga Dollah telah ditugaskan berkawal di penghujung kampung. Dengan menggenggam kejat-kejat senapang kulai berlaras dua dia berdiri tegak di atas sebuah busut. Kira-kira setengah jam kemudian, beberapa orang askar orang putih datang dari arah rusuk. Apabila melihat Dollah berpakaian Tentera Pembebasan, musuh cuba menangkapnya hidup-hidup. Dollah mengetahui musuh sudah mendekatinya. Dollah mengangkat senapang lalu berkata: "Hantu orang putih, saya akan basmi kalian semua" sambil melepaskan tembakan. 2 orang askar orang putih yang berjalan di depan segera tumbang. Seiring itu musuh telah melepaskan tembakan gencar ke arah Dollah. Beliau gugur sebagai pahlawan. Ketika itu beliau baru berusia 14 tahun.

Seluruh kawan bersedih kerana pengorbanannya. Setelah berdirinya Rejimen Ke-10 tak lama selepas peristiwa itu, saya atas nama Markas Besar Rejimen Ke-10 mengesahkan beliau sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan menganugerahkannya gelaran Pahlawan untuk menunaikan hasratnya ketika hidup. Darah pahlawan telah membasahi pertiwi, demi kemerdekaan dan pembebasan negara dan rakyat.

Sebuah lagu telah dicipta untuk mengenangi Pahlawan Dollah, seni katanya sebagai berikut:

Kawan Dollah -Pahlawan Muda
Yang Tak Mengenal Mati

Kawan Dollah berusia empat belas,
Punya cita-cita besar,
Kerana usia terlalu muda,
Tak disahkan masuk tentera.
Kawan Dollah setia pada parti,
Ikut parti jalankan perintah,
Kalau korban minta disahkan,
Masuk Tentera Pembebasan mulia.

Menyusun tentera semut kampung,
Bawa kanak-kanak revolusioner,
Punggah barang mengawasi musuh,
Ikut bertempur membasmi musuh.

Masuk kampung membawa tugas,
Nak lempar bom membasmi musuh,
Sayang keadaan telah berubah,
Segera laporkan kepada kawan.

Musuh sedar segera mengejar,
Dollah membawa masuk perangkap,
Kesempatan basmi musuh tiba,
Perajurit kita yang perkasa.

Pakai uniform tentera perwira,
Topi berbintang merah bersinar,
Senapang kulai kejat ditangan,
Tegak berkawal di pinggir kampung.

Orang Putih tiba dari rusuk,
Dollah tenang mengangkat senjata,
Bertekad bulat lantang berteriak:
"Saya akan hapuskan kalian".

Petik treger senapang gemuruh,
Segera tumbang dua orang musuh,
Musuh menembak secara gila,
Pahlawan gugur jasa abadi.

Dollah sumbangkan keremajaannya,
Kawan dan pimpinan bersemadi,
Rasmikan Dollah jadi perajurit,
Semangat sateria kekal abadi.


AHMAD TAHA

KINI DAN SILAM telah menerima massage dan emel dari sahabat-sahabat bahawa Saudara Ahmad Taha telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira pukul 7pm 22 Januari 2010 di Hospital Temerloh. Jenazah allahyarham akan disemadikan di tanah tumpah darahnya Kampung Buntut Pulau. Alfatihah…..

Allahyarham Ahmad Taha dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang, menerima pelajaran sehingga darjah 6 sekolah Melayu.
Di dalam Rejimen Ke-10 beliau pernah menggunakan beberapa nama perjuangan seperti Remaja, PWD dan Pakwa. Di kalangan rakan seperjuangannya, beliau lebih dikenali sebagai Pakwa.

Beliau adalah antara putera terpuji Sungai Pahang yang tidak rela melihat tanah air diinjak-injak semahunya oleh penjajah British. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyertai API, kemudian PETA yang gigih menyebarkan propaganda membangkitkan kesedaran masyarakat menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air. Sesuai dengan jiwanya sebagai seorang seniman, Ahmad Taha berkhidmat dalam rombongan bangsawan sebagai palakon, mempersembahkan drama, opera dan lain-lain di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau pernah ikut serta dalam rombongan mendamaikan pergaduhan bangsa-bangsa di Bentong.

Kerana aktif dalam gerakan untuk kemerdekaan, beliau menjadi perhatian penjajah British. Apabila Undang-undang Darurat diisytiharkan pada bulan Jun 1948, rumahnya diserbu polis, tapi beliau telah berundur ke hutan belukar. Pada bulan Oktober 1948, barulah beliau dapat berhubung dan menyertai Rejimen Ke-10.

Sebagai seorang gerilawan, dalam tahun-tahun 1948 - 1953 beliau pernah bertempur belasan kali dengan askar komanwel British.

Pada tahun 1953 – 1954, beliau ikut serta dalam perpindahan strategik Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ditugaskan menyusun massa. Pada tahun 1977 beliau berkhidmat di Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 dan pada tahun 1984 berkhidmat di Platun Ke-12.

Selepas penandatanganan perjanjian damai Haadyai, beliau pulang ke kampung halamannya di Buntut Pulau.

Ahmad bin Taha…..
Kau adalah pahlawan rakyat yang sejati!
Hidupmu berjasa, matimu mulia!

MAT TAIB IBRAHIM

Mat Taib Ibrahim mempunyai beberapa nama perjuangan iaitu Arif, Dewasa dan Pak Ngah. Beliau dilahirkan pada bulan November 1917 di Kampung Teluk Mengkuang, Mukim Bangau, tetapi membesar di Belangka, Mukim Sanggang daerah Temerloh.

Ayahnya bernama Ibrahim, seorang guru silat dan amat membenci penjajah British. Mat Taib yang menimba pelajaran selama 7 tahun di sekolah Melayu bercita-cita menjadi guru. Tetapi cita-citanya ini ditentang oleh ayahnya kerana menganggap makan gaji dengan orang putih adalah kafir.

Selepas Perang Dunia Kedua, gerakan API marak berkobar di Temerloh meniupkan semangat kemerdekaan. Mat Taib yang memang sudah tebal semangat anti-penjajahnya menerjunkan diri dalam gerakan API di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau menyertai perhimpunan-perhimpunan API, berlatih berkawad dan lain-lain.

20 Jun 1948, penjajah British melakukan penangakapan besar-besaran ke atas anasir anti-British di Temerloh. Mat Taib berundur ke pinggir hutan bersama sejumlah pemuda pemudi yang lain untuk mengelakkan penangkapan penjajah British.

Awal tahun 1949, beliau meninggalkan isteri dan seorang anaknya yang tersayang untuk menyertai perjuangan bersenjata dalam Rejimen Ke-10. Di dalam pasukan gerila, beliau menghadapi berbagai kesukaran dan susah payah seperti pertempuran, cedera atau korban, kesukaran makanan dan lain-lain. Namun ini tidak melunturkan semanat juangnya. Beliau menganggap mati adalah adat perjuangan.

Pada tahun 1950, beliau ikut serta dalam suatu unit menjalakan propaganda di kalangan massa di Mentakab. Akan tetapi, seorang hantu yang menyeludup di kalangan orang ramai telah menyampaikan maklumat itu kepada kaum penjajah. Rapat yang berlangsung sehingga jam 12 malam itu dikepung oleh musuh. Dalam pertempuran yang sengit itu, 2 orang perajurit gugur di situ juga. Mat Taib bersama seorang ketua regu terselamat, tetapi senapangnya tercicir.

Beliau pernah menjadi utusan seorang diri menghubungkan antara Paya Banir dengan pasukan markas di Kerdau. Beliau pernah tersesat salama 2 hari. Kebetulah beliau bertemu dengan sebuah stor pasukan sesaudara. Beliau menunggu di situ sehingga dapat berhubung semula dengan pasukan. Kemudian, Abdullah C.D. memindahkan beliau ke pejabat percetakan sebagai penulis dan penaip stensels tulisan jawi.

Mat Taib Ibrahim (kanan) bersama Rashid Maidin dan Selamah
Pada tahun 1953, beliau menyertai pasukan Hang Jebat melakukan perjalanan jauh ke kawasan sempadan. Dalam perjalanan selama 1 tahun lebih itu, Mat Taib dan seluruh anggota pasukan menghadapi ujian-ujian yang luar biasa hebatnya, terputus perbekalan, menghadapi kempen kepung basmi dan pengejaran musuh dan lain-lain. Mereka pernah 1 tahun tak makan nasi.

Pada tahun 1954 Pasukan Hang Jebat yang berada di Ulu Kinta menghadapi serangan udara besar-besaran dari penjajah British. Diberitakan diarah sendiri oleh Jeneral Bonn dari udara. Namun bom-bom yang bertan-tan beratnya dan menggegarkan bumi itu tidak pernah melunturkan semangat juang Mat Taib dan kawan-kawan Pasukan Hang Jebat. Begitu juga dengan siaran merayu penyerahan diri yang digugurkan dari kapal terbang tidakpun dapat menundukkan semangat juang mereka.

Pada penghujung 1954, Pasukan Hang Jebat tiba di kawasan sempadan dengan jayanya. Di kawasan sempadan, Mat Taib berkhidmat dalam regu penerbitan, menerbitkan berbagai jenis buku dan risalah propaganda. Pada tahun 1969, apabila pasukan menggunakan wayarles, Mat Taib ditambah pula dengan tugas sebagai penterjemah kod wayaless. Kerja ini dilakukannya sehinggalah Rejimen Ke-10 dibubarkan selepas penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Hadyai pada tahun 1989.

Mat Taib yang lebih popular di kalangan kawan-kawan berbagai peringkat dengan panggilan Pak Ngah mempunyai langgam yang jujur dan kasih mesra dengan kawan-kawan. Beliau dapat bergaul rapat dengan berbagai peringkat perajurit dalam pasukan. Sebagai Naib Ketua Kompeni dan bertanggungjawab dalam Platun II (Platun Nyala), beliau selalu bertukar-tukar fikiran, menyelami perasaan suka duka setiap perajurit.

Sebagai seorang kader veteran, beliau sememangnya dianggap sebagai orang yang berpengalaman dan khazanah berharga pasukan. Namun ini tidak pula menyebabkan beliau tinggi hidung. Beliau merasa dirinya sebagai seiji sekeru di dalam sebuah jentera, sentiasa mendengar pendapat secara merendah hati dengan kawan-kawan. Justeru itu beliau dihormati oleh setiap perajurit.

Pada tahun 1988, Pasukan induk Rejimen Ke-10 atau disebut juga sebagai Kompeni Ke-21 menghadapi serangan besar-besaran dari Tentera Thai dibiayai sepenuh oleh Kerajaan Malaysia. Markas Besar Rejimen Ke-10 telah mengambil taktik berundur ke kawasan pergunungan di kawasan Chenet untuk mengelakkan pertempuran secara lansung. Ketika mencari kayu untuk membuat tempat kediaman di kaki sebuah gunung, beliau sekali lagi tersesat selama 22 hari. Selama 22 hari tersebut, beliau hanya mengalas perut dengan pucuk kayu dan umbut-umbut sahaja sehinggalah beliau ditemui oleh regu khas yang mencari sejak kehilangan beliau.

Ketika ditanya apa pendapatnya tentang 40 tahun lebih perjuangan bersenjata, beliau menjawab “saya merasa mulia kerana dapat menyumbangkan sedikit tenaga dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, menghalau penjajah British dari Malaya”.

Selepas perdamaian ditandatangani, beliau pulang ke kampung halamannya di Temerloh. Di kampung, beliau dijaga oleh anak-anaknya. Di beritakan bahawa setelah pulang ke kampung halamannya, beliau minta masuk ke sekolah pondok untuk mengisi hari tuanya dengan ilmu agama. Akan tetapi, pihak SB selalu datang mencarinya di pondok menyebabkan suasana aman dan tenang di pondok terganggu. Untuk memberikan suasana aman kepada pelajar lain, beliau terpaksa memberhentikan hajat yang murni itu.

Beliau meninggal di tanah tumpah darahnya Temerloh. Alfatihah

Allahyarham Bapa Rashid Maidin



1 September 2006, seorang putera sejati tanah air telah meninggalkan kita, kembali menemui Allah Yang Maha Esa. Beliau adalah Rashid Maidin, seorang pemimpin Rejimen Ke-10 TRM. Beliau pergi dengan tenang setelah menyaksikan 49 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Berikut adalah surat belasungkawa dari Abdullah C.D., Suriani Abdullah dan Abu Samah Moh. Kassim:

Sekalung Al Fatihah

1 September 2006 kita kehilangan seorang putera besar pejuang kemerdekaan bangsa dan tanah air Allahyarham Haji Rashid Maidin. Beliau pulang ke rahmatullah pada pukul 9.45 pagi dalam usia 89 tahun.
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang. Pemergian Allahyarham telah meninggalkan suatu catatan sejarah besar bangsa Melayu dalam perjuangan anti-kolonial demi kemerdekaan bangsa dan tanah air. Seluruh jiwa raga beliau telah disumbangkan untuk usaha agung tersebut. Nama beliau sejajar dengan pahlawan terbilang bangsa kita seperti Datok Maharajelela dan Sagor di Perak, Datok Bahaman dan Mat Kilau di Pahang dan lain-lain. Sejarah sudah pasti akan mencatatkan bahawa kemerdekaan yang kita rayakan pada 31 Ogos semalam, diselit dengan pengorbanan beliau yang suci.
Kami menyeru kepada generasi baru supaya tidak lupa akan perjuangan dan pengorbanan Allahyarham Haji Rashid dalam perjuangan untuk kemerdekaan dan pembebasan tanah air.
Marilah kita menadah tangan berdoa ke hadrat Allah Taala memohon keampunan semoga roh Allahyarham diletakkan di golongan orang-orang yang dikasihi Allah.

Hj.Abdullah C.D.
Hjh. Suriani Abdullah
Hj. Abu Samah Mohd. Kassim

1.9.2006

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah



Ibu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kawah sehinggalah pertubuhan itu diharamkan pada tahun 1948. Berikut adalah profail ringkas Ibu Zaleha Mat Roni.
  • Nama: Zaleha binti Mat Roni (1924 – 2004) atau nama samarannya Rosmah@ Wan, dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang.
  • Pendidikan: Lulus darjah 4 Sekolah Melayu Bangau. Belajar agama dengan guru agama kampung.
  • Datuknya Mat Ali (sebelah ibu) pejuang angkatan perang Bahaman, selalu menceritakan kisah perang tersebut kepadanya. Semangat patriotisme dan bencikan penjajah mula berputik di benaknya sejak dari kecil.
  • 1940, pindah ke Kampung Lubuk Kawah. Pengaruh patriotisme anti penjajah lebih diperdalam lagi dengan gerakan PKMM, PKM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain yang berkembang pesat di Temerloh.
  • Tahun 1946 menjadi anggota AWAS, dipilih menjadi Ketua Cawangan Lubuk Kawah hingga AWAS diharamkan pada tahun 1948. Di sekolah API Lubuk Kawah ada kelas politik yang memperkenalkan imperializem, kapitalizem, sosializem, komunizem dan lain-lain. Guru yang mengajar ialah Kamarulzaman Teh dan Pak Da Hamid.
  • AWAS Cawangan Lubuk Kawah:
Ketua – Zaleha Mat Roni
Pembantu Ketua – Mak Ngah Minah (merangkap bahagian propaganda)
Setiausaha – Zaharah
Bendahari – Zawiah binti Hj Ibrahim
Ahli Jawatankuasa – Siti, Rahmah.
Semasa AWAS didirikan anggotanya seramai 15 orang saja. Tapi menjelang darurat anggotanya bertambah sampai 100 orang.
  • Oktober 1947, hadir kongres AWAS di Kajang, Selangor. Pahang menghantar 7 orang wakil.
  • Jun 1948 darurat diisytiharkan, beliau ditugaskan menyusun massa dan membantu pasukan gerila di kampung. Walaupun AWAS sudah diharamkan, beliau masih meneruskan perjuangan AWAS dengan menubuhkan cawangan AWAS di kampung-kampung, menerangkan soal kemerdekaan dan membela nasib wanita.
  • 1949 penjajah mahu menangkapnya, beliau menyertai Rejimen Ke-10 bertugas menyusun massa. Lebih 50 anggota AWAS Kampung Lubuk Kawah menyertai perjuangan bersenjata.
  • Disember 1949, pertempuran di Jerangsang antara 300 orang Rejimen Ke-10 dan Kompeni Ke-26 Rejimen Ke-6 dengan 1 batalion askar Gurkha. Beliau ditugaskan mengundurkan barang-barang dengan selamat.
  • 1951 ikut bersama rombongan Abdullah C.D. ke Bentong mesyuarat dengan Chen Ping dan bertemu Rashid Maidin yang baru lepas dari tahanan penjajah.
  • 1953 menyertai pasukan Hang Jebat berpindah ke kawasan sempadan, ditugaskan sebagai Ketua Seksyen Wanita.
  • Di sempadan ditugaskan menyusun massa. Massa sangat menghormati dan menggelarnya Mak Bidan kerana berjaya menyelamatkan ibu yang mendapat masalah ketika bersalin dan perkhidmatan perubatan lain kepada massa.
  • 1960 mendirikan rumah tangga dengan Sukur Ismail.
  • 1968 – 76 ikut serta dalam 3 kali pasukan penggempur Rejimen Ke-10 beroperasi di Ulu Kelantan, bertugas menyusun massa berbagai kaum termasuk massa Orang Asli. Beliau sentiasa memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada Orang Asli.
  • 1977 - 89 – ikut serta memimpin Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10, dilantik sebagai Ketua Kompeni.
  • 25 September 2004 meninggal dunia dalam usia 80 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.

Tun Minah Pulang Ke Rumah


Setelah meninggalkan rumah kira-kira sebulan lebih lalu, kini Ibu Siti Norkiah Mahmood Baginda (lebih dikenali dengan panggilan Tun Minah oleh rakan seperjuangannya disini), kini telah pulang ke rumahnya di Kampung Chulabhorn Patana 12, (Kampung Perdamaian Sukhirin) T. Sukhirin, A. Sukhirin, C. Narathiwat. Tun Minah adalah bekas Ketua Awas Pahang dan kader Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya.

Beliau meninggalkan rumah kerana menjaga suaminya Allahyarham Abu Samah yang sakit berat di Hospital Sungai Golok. Allahyarham Abu Samah mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis. Kerana itu Allahyarham beberapa kali dimasukkan ke bilik ICU.



Semasa di hospital beliau sentiasa menerima kunjungan rakan-rakan seperjuangan dan sanak saudara baik di Thailand mahupun di Malaysia.

Hidup mati manusia sudah ditakhdir oleh Allah (S.W.T.) Pada 6 April, keadaan sakit Allahyarham Abu Samah menunjukkan tanda-tanda positif, tekanan darah dan keadaan jantung kembali normal. Pihak doktor telah mengeluarkan beliau dari bilik ICU.

Akan tetapi pada keesokannya, kira-kira pukul 5am, Allahyarham kembali ke rahmatullah dengan tenang di Hospital Sungai Golok. Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok. Ibu Siti Norkiah berkabung untuk Allahyarham suaminya di rumah saudaranya di Sungai Golok.

Pada 20 April, Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani telah menghantar kereta khas untuk menjemput Ibu Siti Norkiah pulang ke kampung.


Di rumah, rakan-rakan seperjuangan berdahulu kemudian datang menyampaikan takziah dan memberikan semangat kepada beliau supaya tabah menghadapi dugaan Allah dan untuk terus meniti hidup di penghujung usia.

Pada sebelah malam pula, rakan-rakan seperjuangan mengadakan majlis tahlil dan berdoa di rumah beliau. Semoga Allah Subhanahuwataala meletakkan roh Allahyarham Abu Samah di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Amin



Pakcu Duwi


Pakcu Duwi (nama rasminya Ibrahim Mat Sarip - 1935 – 2009) meninggal dunia pada pukul 10 pagi, 9 April 2009. Berita awal yang diterima, beliau meninggal ketika berada di rumah isterinya di Daerah Raman, Wilayah Yala.

Sebuah kereta telah dihantar untuk membawa jenazah pulang. Allahyarham dikebumikan pada malam itu juga di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12).

Allahyarham berasal dari Kampung Paya Pasir, Temerloh, Pahang, Pernah menyertai Platun 5 Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Manap. Tahun 1953, mengikuti Pasukan Hang Jebat Rejimen Ke-10 berpindah ke kawasan sempadan.

Tahun 1970-an, Allahyarham berkhidmat dalam beberapa pasukan penggempur Rejimen Ke-10 bergerak di Ulu Kelantan. Kemudiannya beliau berkhidmat dalam Kompeni Ke-22, Rejimen Ke-10.

Setelah Rejimen Ke-10 menamatkan perjuangan bersenjata di bawah persetujuan damai Kerajaan Malaysia - Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya, Allahyarham menetap bersama-sama rakan seperjuangan lain di Kampung Perdamaian Sukhirin.

PAK ABU SAMAH MOHD. KASSIM

Pak Abu Samah Mohd. Kassim (1926 - 2009) telah pulang ke rahmatullah pada 7 April 2009, pukul 5 pagi (waktu Thailand), di Hospital Sungai Golok, Narathiwat Selatan Thailand. Jenazahnya dibawa ke rumah warisnya Ustaz Abdullah Hanafi, Sungai Golok.

Pak Abdullah C.D. bersama lebih 50 orang rakan seperjuangan dari Kampung Perdamaian Sukhirin atau nama rasminya Kampung Chulabhorn Patana 12 berkejar ke Golok untuk mengadakan pemakaman jenazah dan menyampaikan takziah buat isteri beliau Siti Norkiah Mahmood Baginda.

Adik ipar Alllahyarham, Tuan Haji Mokhtar Mahmood Baginda berkejar dari Pahang ke Golok dan tiba selepas solat Zohor. Jenazah Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok pada pukul 2 petang.

Allahyarham mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis.

(9) PERGADOHAN ANTARA BANGSA 2 1945 FASIS JEPON

SIAPAKAH DALANG DI SEBALIK KISAH PEMBUNUHAN

KAUM OLEH KUMPULAN PARANG PANJANG - INI FAKTANYA



Sekarang marilah kita melihat sejumlah fakta tentang peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa di beberapa negeri yang didalangi dan dirancang oleh fasis Jepun dan imperialis British menjelang dan selepas kekalahan Jepun di Malaya..

Pada tahun 1945, dalam masa sebelum dan sesudah fasis Jepun menyerah diri di Johor telah berlaku peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang didalangi fasis Jepun. Mereka menggunakan Onn bin Jaafar yang ketika itu merupakan Pegawai Daerah Batu Pahat dan Kiai Salleh yang ketika itu menjadi panglima kumpulan parang panjang untuk merancang dan mencetuskan peristiwa itu. Salleh menggembar-gemburkan konon orang boleh menjadi kebal dengan memakai azimat yang dijualnya.
Orang Jepun melalui dua orang bangsat telah mempersenjatai anggota-anggota parang panjang di Batu Pahat dan Muar supaya membunuh orang Tioanghua. Fasis Jepun secara mencuri-curi telah menyembelih babi dan mencampakkannya ke dalam masjid Kampung Bagan Serai, Batu Pahat dan memfitnah orang Tionghua di situ bertanggungjawab melakukannya. Kerana tertipu oleh hasutan dan fitnahan musuh, orang Melayu menjadi sangat kepada orang Tionghua. Kemudian atas arahan Jepun dan dengan bantuan 1 platun tentera Jepun, Onn bin Jaafar dan Kiai Salleh telah mengerahkan kumpulan parang panjang melancarkan pembunuhan ke atas orang Tionghua secara besar-besaran. Mereka telah membunuh ratusan orang dan mencederakan ribuan orang Tionghua di kawasan Batu Pahat, Senggarang, Rengit dan Benut dan telah membakar banyak kampung orang Tionghua. Massa rakyat Tionghua itu terpaksa berundur ke dalam hutan meminta perlindungan tentera kita. Mereka meminta senjata untuk melawan. Akan tetapi, kawan-kawan kita dengan sabar menjelaskan polisi parti bahawa, kita hanya boleh ambil sikap membela diri, dan sekali-kali tidak boleh pergi menyerang.

Beberapa hari kemudian, ketika tentera Jepun dan kumpulan parang panjang mara ke Pontian, TAJRM terpaksa bertindak. Satu pagi, tentera fasis Jepun telah datang menyerang kampung Tionghua dengan membawa bersama meraka ribuan anggota parang panjang. Mula-mula TAJRM berseru kepada massa yang tertipu dan diugut, mendedahkan komplotan jahat imperialis Jepun. TAJRM menerangkan bahawa orang Melayu dan Tionghua bukan musuh, tetapi adalah saudara yang sama-sama ditindas oleh fasis Jepun, bahawa musuh bersama kita ialah fasis Jepun dan menasihati orang Melayu yang tertipu itu supaya meletakkan parang mereka. Akan tetapi, tentera Jepun yang amat ganas mengugut mereka dengan senjata dan memaksa mereka menyerbu TAJRM. Untuk membela diri dan menghancurkan komplotan imperialis Jepun, TAJRM terpaksa menyerang balas. Seluruh platun tentera Jepun itu telah dibasmi dan senjata mereka semuanya dirampas oleh tentera kita. Bersamaan dengan itu, sejumlah anggota parang panjang telah terbunuh dalam pertepuran. Di bawah keadaan demikian, massa yang tertipu dan diugut telah beramai-ramai meletakkan parang mereka. TAJRM telah menangkap beberapa orang yang didedahkan sebagai benggolan parang panjang di situ juga. Seterusnya TAJRM segera dihantar ke beberapa buah kampung untuk menghimpunkan massa dan mempropagandakan polisi parti komunis dan TAJRM. Massa telah memahami lebih lanjut pendirian parti komunis. Ramai orang telah menggugat jenayah fasis Jepun dan membongkarkan semua orang yang menjadi benggolan parang panjang. TAJRM menyatakan bahawa para benggolan itu boleh dilepaskan kalau ada massa yang mahu menjamin bahawa mereka tidak melakukan kejahatan lagi. Akibatnya kebanyakan benggolan tersebut telah dilepaskan kerana adanya jaminan daripada massa. Hanya beberapa kerat saja yang tidak ada seorang pun yang mahu menjamin telah dijatuhi hukuman yang setimpal. Setelah perhimpunan itu, kesedaran massa telah ditingkatkan lebih lanjut. Ramai di antara mereka telah menyertai gerakan revolusioner yang dipimpin parti komunis dan sesetengahnya telah menyertai perjuangan bersenjata anti-British pada bulan Jun 1948.

Dengan pembongkaran dan bantuan massa rakyat, TAJRM telah masuk ke Batu Pahat dan telah menangkap biang keladi peristiwa pembunuhan besar-besaran itu, iaitu Onn bin Jaafar dan seorang benggolan polis wargengara Jepun. Sungguhpun Onn bin Jaafar telah terbukti kejahatannya, tapi TAJRM tetap melaksanakan polisi bermurah hati terhadapnya dan telah melepaskannya setelah dia menyatakan kesediaan hendak bertaubat. Sedangkan benggolan polis warganegara Jepun itu telah dikenakan hukuman mati dengan segera.

Di Muar, Onn bin Jaafar juga telah menghasu orang Melayu supaya menyerang dan membunuh orang Tionghua. Satu malam, kira-kira 3,000 anggota penyokong kumpulan parang panjang telah mara beramai-ramai dari seberang Sungai Muar dengan bersenjata lengkap sambil membawa obor untuk menyerang orang Tionghua di sebelah sini. Di sebelah sini terdapat 1 platun tentera kita member perlindungan kepada orang ramai. Mereka bertalu-talu member amaran supaya orang parang panjang jangan menyerang dan mengamuk membunuh orang yang tidak berdosa. Akan tetapi, kerana penyerang-penyerang itu tetap berdegil mahu menyeberang juga, kawan-kawan kita terpaksa melepaskan tembakan yang mengakibatkan semua anggota parang panjang itu berpatah balik dan tidak jadi menyerang pada malam itu.

Dalam pada itu, akibat peristiwa di Batu Pahat, massa rakyat Tionghua telah melarikan diri ke Parit Jawa dan meminta perlindungan daripada 1 kompeni TAJRM yang bergerak di situ. Akan tetapi mereka terus diburu oleh orang-orang parang panjang. Bertolak dari prinsip membela diri dan melindungi nyawa orang ramai, kawan-kawan kita telah bertahan di tepi sebatang anak sungai dan berseru kepada anggota-anggota parang panjang supaya jangan menyerbu. Beberapa orang kawan Melayu telah tampil ke depan member nasihat kepada mereka supaya jangan berbunuhan sesama sendiri, serta menunjukkan bahawa massa rakyat Melayu dan Tionghua tidak bermusuhan; baik orang Melayu mahupun orang Tionghua kedua-duanya sama ditindas dan menghadapi musuh yang sama iaitu fasis Jepun. Malangnya, anggota-anggota parang panjang enggan mendengar penjelasan dan amaran itu, bahkan mereka terus mara dengan menghayun parang mereka. Akhirnya, di bawah keadaan terpaksa, kawan-kawan kita pun melepaskan tembakan dan berjaya mengundurkan penyerang-penyerang itu.