Wednesday, June 30, 2010

(70) DARURAT 1948 SEBENARNYA PERANG ANTI MERDEKA

PAK SAKO


Ramai orang melihat Pengisytiharan Darurat pada 18 Jun 1948 sebagai suatu akta dan undang-undang mengawal keamanan. Bagi British adalah sebuah peperangan terhadap rakyat yang dilancarkan tanpa disedari. Atas nama kebebasan dan keamanan ; maka mudahlah aktivis politik progresif yang mengancam kedudukan Inggeris ditangkap dan dilumpuhkan. Jika mengisytihar perang, Inggeris mungkin terikat dengan undang-undang perang antarabangsa termasuk Convention Geneva yang terpaksa mengambilkira soal peraturan dan hak asasi kemanusiaan. Justeru istilah ini telah digunakan dengan berkesan di banyak tanah-tanah jajahannya.

Undang ini juga pernah dipaksakan ke atas India dan Palestin sebagai alat mengawal kepentingan politik Inggeris dengan kuasa negara atau state power, menangkap pemimpin-pemimpin parti yang menentangnya dan melumpuhkan gerakan itu sekaligus.

Pengalaman British sekitar tahun 1890 – 1930 tatkala menghadapi tentangan dari pejuang patriotik Melayu seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Janggut, Dato Sagor serta yang lainnya dalam Perang Bahaman, Perang Perak dan perang di Selangor telah memberi pelajaran berguna kepada Inggeris untuk mengguna satu kaedah yang boleh disandarkan atas nama negara. Justeru Undang-Undang Darurat 1948 sebenarnya ialah alat yang dirancang awal bagi menggantikan istilah ‘perang’. Kaedah ini memberi kelebihan kepada British dalam semua aspek tanpa disedar.

Dato’ Bahaman pernah diburu oleh 800 tentera Inggeris-Melayu kerana menentang dasar cukai baru ‘Wise’ di Pahang. 450 dari tentera ini lengkap dengan senjata Rifel. Walaupun beliau menang dalam semua pertempuran dalam perang gerilanya terhadap sasaran Inggeris di Pahang namun beliau terpaksa berundur ke Kelantan, Terengganu dan Pahang demi menjaga hati Sultan. Beliau menghentikan serangannya terhadap Inggeris kononnya itulah yang diminta oleh Sultan Ahmad kepada wakilnya dalam satu perundingan yang dianjurkan oleh Sultan ketika itu (lihat Memoir Abdullah C.D Bhg 2 hal. 63). Ada juga kisah beliau telah ke Thailand kerana tidak mahu bertembung dengan askar Inggeris kerana tersinggung setelah mendapat tahu bahawa Sultan telah menggelar dirinya sebagai “si celaka durhaka” berikutan keengganannya mematuhi dasar cukai yang diperkenalkan oleh Wise dan Clifford di Pahang.

Menurut buku-buku sejarah di sekolah, undang-undang darurat telah diistiharkan apabila tiga orang peladang getah Inggeris telah ditembak mati di sebuah ladang di Sungai Siput oleh PKM. Buku yang sama tidak menyebut bahawa tiga hari sebelum itu, Inggeris telah menembak 10 buruh India yang melancarkan demontrasi di Batu Gajah. Walau bagaimanapun kedua-dua insiden ini bukanlah sebab sebenar yang mendorongan pengisytiharan darurat.
Sebab sebenarnya ialah apabila Inggeris melihat rakyat yang dipimpin oleh aktivis progresif telah bersatu dengan teguh dan melaung-laungkan semboyan Merdeka di bawah gabungan PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Pak Sako. Semangat Merdeka di bawah gabungan ini merebak di seluruh pelusuk tanah air dan membakar semangat rakyat hingga Inggeris menjadi begitu bimbang.
Haji Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako

Sebelum darurat diistiharkan, parti dan pertubuhan-pertubuhan Patriotik-Demokrasi seperti PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Muslimin dan sebagainya telah diharamkan. Dalam masa dua hari sahaja beribu-ribu pemimpin dan aktivis patriotik-demokratik telah ditangkap di seluruh negara dan digiring ke penjara. Ramai dari mereka terdiri daripada pemimpin-pemimpin Melayu kerana kelekaan mereka terhadap rancangan ini. Ramai di siksa, malah ramai juga mati di tali gantung atas sebab dituduh bersubahat dengan komunis. Aktivis Tionghua, lebih peka dan menyelamatkan diri. Mereka masuk ke hutan dan melancarkan perang gerila. Pengharaman dan penangkapan beramai-ramai pemimpin Melayu telah memberi laluan yang mudah kepada UMNO yang pada ketika itu di bawah pimpinan Sir Onn Jaafar yang lebih bersetuju dengan kelangsungan pentadbiran British di Malaya.

Gerakan Kemerdekaan sebenarnya telah berkembang sejak tahun 1920an lagi oleh Dato’ Bahaman dan para pengikutnya di Benta. Benta suatu ketika pernah menjadi pengkalan suara merdeka menentang British di Pahang. Slogan ‘Merdeka’ adalah suara yang boleh menyatupadukan rakyat dan mengancam rancangan British untuk terus menguasai kekayaan di Malaya. Justeru itu pemimpin dan pertubuhan yang bersemboyankan Merdeka dianggap subversif hinggalah berlaku penangkapan besar-besaran pada 18-19 Jun 1948 dan seterusnya.

UMNO pada ketika itu bersemboyankan “Hidup Melayu” dan bukan Merdeka. Semboyan ini disenangi oleh Inggeris yang mengamal dasar pecah-perintah. Bukti sikap lunak UMNO terhadap Inggeris dapat dilihat ketika rombongan Sir Onn Jaafar ke London pada tahun 1951, hanyalah menyentuh tentang soal pelajaran dan jawatan dalam polis diperingkat ASP sahaja dan tidak langsung menyebut soal merdeka walaupun gelombang merdeka begitu hangat diperjuangkan oleh PUTERA-AMCJA. (Mustapha Hussain – Malay Nasionalism Before UMNO, hal 342)

Selepas 1948-1960, UMNO telah meneruskan undang-undang yang sama iaitu ISA - Tahanan tanpa bicara, juga sebuah peperangan baru pasca merdeka terhadap seteru politiknya atas nama mengancam keamanan. ISA bukanlah timbul dari otak Melayu malah saduran strategi memerangi dan melumpuhkan musuh politik dalam sebuah negara yang dipanggil demokrasi berparlimen yang telah diwarisi dari British bagi tujuan survival politik bangsawan Melayu. Seperti biasa golongan ulama’ fulus ternakan burjuis Melayu tetap berdiam diri melihat akta bertentangan dengan Islam ini. Ulama fulus ini lebih berminat berdebat soal tahi cicak dan soal sah-batal tidak air sembahyang daripada melawan kemungkaran yang lebih besar seperti ISA. Mereka berfatwa kerana tembolok dan malah sanggup berdoa untuk roh-roh askar British yang gugur.

(69) SEJARAH MEMBUKTIKAN ORANG MELAYU ADA KESEDARAN POLITIK


KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS berpandangan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 orang Melayu dan 40 bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, ini angka petunjuk kegagalan Umno sebagai tonggak kepada negara pada hari ini untuk menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berpendapat perkara itu terjadi kerana Umno BN yang berkuasa di negara ini telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau.
Katanya, orang Melayu yang dilanda dengan budaya itu memang mereka tidak akan mempedulikan soal politik dan apa sahaja gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita.


“Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini,” katanya kepada Harakahdaily.


Maka, katanya Umno BN akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat Melayu ini tidak mempedulikan apa yang Umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti Blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunei.
“Nampaknya strategi tempang telah makan tuan sehingga orang Melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi,” ujarnya.
Katanya, PAS berpedapat bahawa akibat longgarnya pegangan agama di kalangan orang Melayu terutama remaja, sehingga mereka tidak ada kesedaran politik untuk mendaftar.
Sejarah, jelasnya membuktikan orang Melayu sedar politik pada peringkat awal apabila golongan islah yang dipimpin oleh ulamak seperti Sheikh Tahir Jalaludin dan Syed Sheikh al-Hadi yang pulang daripada Timur Tengah meniupkan kesedaran agama dan politik.
Akhirnya, kata beliau orang Melayu ada kesedaran politik dan bangkit menentang penjajah tetapi keadaan berlaku sebaliknya apabila Umno cuba merenggangkan agama dan politik, dengan membendung fungsi masjid sebagai pusat ilmu untuk menerangkan Islam yang syumul.
Maka sekarang, ujarnya terimalah padahnya kerana orang Melayu sudah mati kesedaran untuk berpolitik dan tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi.
PAS, menurutnya lagi melihat gagalnya orang Melayu mendaftar kerana Umno telah menanamkan budaya takut semasa di pusat pengajian tinggi lagi.
Baginya, politik ugut dan tidak bermaruah dalam pilihanraya kampus, akhirnya mereka menjadi ulat buku yang tidak berdunia dengan masyarakat serta tidak ada kesedaran politik.
Tambahnya, mereka mengambil pendekatan untuk tidak mahu terlibat dalam politik kampus, sehingga setengah kampus terpaksa mewajibkan pelajar turun mengundi, kalau tidak mereka akan diambil tindakan seperti buang daripada asrama.
“Semua ini kesilapan Umno yang mematikan tunas kesedaran politik di kalangan mahasiswa sedangkan mereka ini adalah generasi pelapis negara, sekarang siapa yang rugi,” tanya beliau.
Justeru, katanya PAS menyeru supaya ahli yang sudah cukup umur lahir sebelum tahun 1989, diwajibkan mendaftar sebagai pengundi sementara semua jentera parti mesti menjadikan agenda daftar pemilih sebagai program yang diutamakan.
“Semua penceramah, pengkuliah, naqib memberi penekanan dalam ceramah dan kuliah mereka supaya mendaftar sebagai pengundi. Tekankan bahawa dafar mengundi adalah wajib.
“Kalau kuat bertakbir tetapi tidak daftar sebagai pengundi, kuasa  Umno BN tidak akan jatuh di dalam PRU yang akan datang. Ini bererti negara akan menuju kepada kehancuran dan muflis,” katanya lagi.

Tuesday, June 29, 2010

(68) DATO BAHAMAN PERJUANGAN HALAU PENJAJAH

AMANAT PEJUANG BAHAMAN KEPADA REJIMEN KE-10


“Jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan sebagai pahlawan.”

“Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita kekalahan”.

“Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah dan akan celakalah seumur hidupnya.”

angkatan perang dato bahaman
100 tahun lebih yang lalu, daerah Temerloh pernah berkobar pemberontakan kaum tani Melayu melawan penjajah British di bawah pimpinan Datok Bahaman. Pemberontakan yang bermula di daerah Temerloh itu dengan cepat merebak ke seluruh Negeri Pahang. Pada masa itu kaum tani di sana di bawah pimpinan Datok Bahaman telahpun mengenal sifat-sifat pencerobohan dan niat jahat penjajah British yang hendak merompak kekayaan bumi tanah air dan hendak menghamba abdikan rakyat. Yang paling dirasakan mereka ialah sejak dari mula lagi British telah menggunakan kekuatan merampas hak-hak milik tanah dari kaum tani dan mengenakan cukai tanah serta merampas kebebasan kaum tani membuka tanah-tanah yang baru. Tindakan penjajah British ini benar-benar telah melanggar kepentingan asasi kaum tani. Perasaan tak puas hati yang demikianlah telah membangkitkan perasaan amarah yang meluap-luap sehingga mereka bangkit memberontak terhadap penjajah British.
para pejuang Datok Bahaman
Walaupun pemberontakan itu dengan cepat telah berkembang ke seluruh negeri, akan tetapi disebabkan pengkhianatan-pengkhianatan daripada golongan berkuasa dan Datok Purba Jelai, maka akhirnya pemberontakan itu telah gagal. Walaupun pemberontakan itu telah gagal, tetapi kerana kepentingan asasi kaum tani telah dirosaki, maka perasaan dendam amarah rakyat terutama kaum tani tetap membara seperti api dalam sekam selama puluhan tahun lamanya—menunggu ketika akan meletus sahaja. Begitupun, kadang-kadang muncul juga di sana sini kebangkitan-kebangkitan kaum tani melawan penjajah British. Begitulah halnya pada tahun 1929, tiba-tiba balai polis Merpatih diserang dan ditawan oleh sekumpulan kaum tani yang bersenjatakan raifel yang ditawan mereka di dalam peperangan Bahaman dahulu.
Apabila Rejimen Ke-10 melancarkan perjuangan bersenjata melawan British pada tahun 1948, maka segala dendaman nasional kaum tani yang selama ini terpendam itupun meletus semula seperti api menyala di padang lalang. Memang penguasaan penjajah British selama ratusan tahun di Malaya itu bukan suatu yang sia-sia bagi penjajah, di samping merompak sumber kekayaan tanah air kita, penjajah juga telah memupuk entah berapa banyak anjing-anjing buruannya, duduk bersama orang ramai di kampung-kampung menjadi mata dan telinga penjajah. Akan tetapi, bagaimanapun seruan-seruan: Tumbangkan penjajah British! Rebut Kebebasan! Berjuang untuk kemerdekaan! Dengan cepat telah meresap ke dalam lubuk hati rakyat sehingga telah menjadi kebanggaan nasional, lalu mereka bangkit dengan semangat dendaman nasional yang tinggi. Di mana-mana, Rejimen Ke-10 telah mendapat sambutan rakyat, ada yang mendermakan wang ringgit, barang-barang makanan, bahkan ada yang menyerahkan anak-anak tersayang sebagai ganti dirinya turut serta ke dalam perjuangan bersenjata melawan penjajah British.
Pada tahun 1949, di Kuala Krau terdapat seorang tua yang telah berumur dalam lengkongan 75 tahun, pernah turut serta dalam perang Bahaman melawan British. Dia juga adalah penyokong setia Pak Sako. Bila mendengar Rejimen Ke-10 telah melancarkan peperangan terhadap penjajah British, pejuang veteran itu dengan serta merta menjadi segar dan gagah, tubuh badannya menjadi ringan. Dia memanggil wakil Rejimen Ke-10 datang ke rumahnya. Dalam pertemuan itu, dia menerangkan pengalaman-pengalamannya sewaktu berperang melawan penjajah bersama Datok Bahaman dahulu.Sebagai amanat, katanya: “sebagai seorang yang pernah turut di dalam peperangan rakyat begitu, saya faham betul segala macam kesukaran yang akan ditempuh”. Dia berkali-kali menegaskan “jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan sebagai pahlawan.” Dia berpesan lagi: “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita kekalahan”.
Pada hari itu juga dia menyuruh semua anak cucunya berkumpul. Dia berpesan : “Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah dan akan celakalah seumur hidupnya."
Begitulah semangat peperangan di zaman Bahaman telah menjadi kebanggaan kepada generasi-generasi muda yang mewarisi tradisi mulia revolusioner itu.
Begitulah juga dalam praktiknya, Rejimen Ke-10 tak pernah terlintas akan menyerah diri kepada penjajah British dan anjing-anjing buruannya. Pada awal tahun-tahun 60-an, awan mendung menyelubugi revolusi Malaya, pihak Jawatankuasa Pusat PKM pernah mengeluarkan tawaran pengunduran diri dari perjuangan kepada sesiapa yang uzur, lanjut usia atau yang tidak mahu meneruskan perjuangan lagi. Tawaran itu dijawab sebagai “Walaupun terpaksa mati dipangkal banir, perjuangan akan diteruskan!

Dicatat oleh Mat Amin pada 05:29

Label: Pahlawan Kemerdekaan, perjuangan kemerdekaan, Rejimen Ke-10 TRM

(67) ZIARAH PEJUANG-OLEH AHMAD NIZAM HAMID

ZIARAH PEJUANG


Kawan Tahir atau lebih dikenali oleh kawan-kawan Rejimen Ke-10 sebagai Penghulu adalah seorang kader veteran yang amat dihormati oleh para perajurit. Beliau pulang ke kampung halamannya selepas Rejimen Ke-10 memberhentikan perjuangan bersenjata selaras dengan perjanjian perdamaian 3 pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Pari Komunis Malaya yang ditandatangani di Hadyai pada 2 Disember 1989. Berikut adalah petikan posting dari blog Saudara Ahmad Nizam Hamid.
Saturday, June 26, 2010

Ziarah Pejuang-Abdullah Hashim @ Tahir @ Penghulu


Saya sering menyebut malah menulis juga bahawa bangsa kita kelihatannya terlalu miskin jiwa untuk memberikan penghargaan kepada mereka-individu mahupun kumpulan-yang menyumbang kepada perjuangan.Penghargaan malah catatan sejarah hanya di juruskan kepada UMNO (dan pemimpinnya) seolah-olah hanya UMNO-Perikatan-Barisan Nasional sahaja yang menyumbang kepada kemerdekaan tanahaiar.

Hari ini,bersama Sdr.Syed Hamid Ali,Bung Hassan Karim,Pak Sanusi Abas dan Bung Tajudin Ramli sempat mengziarahi seorang pejuang yang sedang terlantar keuzuran di Kg.Bangau Tanjung Temerloh.Pejuang tersebut merupakan salah seorang anggota Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Malaya,PKM yang memilih untuk kembali ke tanahair berikutan Perjanjian Damai Tahun 1989 dahulu.
Pak Abdullah Ibrahim yang juga dikenali dengan nama Tahir dan Penghulu sekarang ini sedang keuzuran terlantar di teratak usang milik keluarga isteri beliau.Anak Semantan yang berjiwa kental ini lahir di Kg.Tualang Temerloh memilih menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 didalam usia 18 tahun.


Semangat untuk merdeka dan menghalau penjajah British serta kesedaran politik yang mendalam mendorong beliau memilih perjuangan bersenjata.Kebenciannya yang membuak akan penjajahan membuatkan beliau tanpa tangguh mempertaruhkan nyawanya bergerila di hutan belantara.
Beliau menyertai long march Rejimen Ke-10 ke sempadan Thailand bersama denganAbdullah CD dan sahabat-sahabatnya yang lain;atas nama perjuangan beliau memilih berkelana ke negeri orang lain dari memilih berputih mata tunduk kepada penjajah.
Tahir telah menyumbang seluruh usia mudanya kepada perjuangan yang beliau yakini;lebih 40 tahun-sebahagian besar dari usianya-untuk perjuangan membebaskan bangsa dan tanahairnya dari cengkaman British.
Dan lelaki ini tidak pernah menyesali pilihan yang diambilnya.Dalam keuzuran dengan suara yang perlahan tapi tegas,beliau menyebut bahawa beliau tidak pernah kesal dengan perjuangannya.Saya mengesani kekukuhan semangat dan kekentalan hatinya yang saya kira kukuh-kejap bersemangat untuk berjuang.
Pak Abdullah Ibrahim atau Penghulu hari ini hanya mampu terbaring di rumah sahaja dengan di temani seekor kucing comel yang setia berbaring sepanjang waktu di sisinya.Beliau mengidap sakit pasang atau mempasang,ulu ari-arinya bengkak.Tubuhnya kini kurus jangkung tanpa daging namun matanya tetap bercahaya dan tajam.
Pejuang ini hidup didalam kedaifan tetapi masih bersemangat kental.
Kepada individu atau mana-mana pihak,para dermawan yang ingin memberikan sumbangan bolehlah berhubung dengan Sdr.Bung Tajudin Ramli,Bendahari KEADILAN Cabang Temerloh di nombor berikut:019 9887111 e-mel:joodean.ramli@gmail.comPosted by ahmadnizamhamid at Saturday, June 26, 2010

Dicatat oleh Mat Amin pada 06:12

Saturday, June 26, 2010

(66) KENYATAAN AKBAR PSM PEMERGIAN SEORANG LAGI REVOLUSIONER RAKYAT

YB NASIR PSM
Selasa, 2009 April 14


Kenyataan Akhbar PSM

ABU SAMAH 1926-2009


PEMERGIAN SEORANG LAGI REVOLUSIONER RAKYAT


Pagi ini, kami mendapat berita bahawa Pak Abu Samah telah meinggal dunia kira-kira pukul 5 pagi (waktu Thailand) di Hospital Sungai Golok.


Seluruh kepimpinan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedih atas berita ini dan ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan juga kepada kawan-kwan seperjuangan beliau

Abu Samah Mohd Kassim atau lebih dikenali sebagai Pak Abu Samah, cucu kepada Datok Bahaman adalah salah seorang revolusioner Tanah Air Negara kita dan terlibat dalam Perang menentang penjajah Jepun dan British. Beliau pernah menjadi ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939, menyertai gerakan Anti Jepun pada tahun 1945, menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1946 dan bersama Parti Komunis Malaya (PKM) terlibat dalam menyertai perang Anti British. Pada tahun 1975, beliau telah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKM.


Abu Samah pernah berkata, “ Perjuangan bersenjata anti-British merupakan intisari terpokok perjuangan kemerdekaan. Justeru kerana latarbelakang perjuangan yang besar inilah penjajah British terpaksa mempercepat proses pemerintahan sendiri dan kemudian mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi, selepas kemerdekaan pejuang-pejuang kemerdekaan ini tidak diiktiraf oleh kerajaan persekutuan bahkan terus melancarkan perang terhadapnya sehingga berlaku perang dalam negeri yang berlarut selama 32 tahun”(Sehingga Persetujuan kedamaian pada 2 Disember 1989 ditandatangani).
PSM amat menghargai pengorbonan pejuang ini. Pada ketika ini, PSM berharap Perdana Menteri Malaysia yang baru Datuk Seri Najib berdasarkan semangat satu Bangsa akan membenarkan para pejuang kemerdekaan tanahair Negara pulang tanpa sebarang syarat sepertimana menghargai Persetujuan Damai di Haadyai , Selatan Thailand pada 2 Disember 1989.

Sudah tiba masanya, para pejuang Tanahair diiktiraf dan dibenarkan pulang .


Dikeluarkan Oleh
Dr. Nasir Hashim S.Arutchelvan



Pengerusi PSM Setiausaha Agung

Dicatat oleh M.A. di Selasa, April 14, 2009



Label: alfatihah

(65) PAKCU DUWI (NAMA RASMINYA IBRAHIM B MAT SARIP(1935-2009 )


Rabu, 2009 April 15

Alfatihah Untuk Pakcu Duwi


Pakcu Duwi (nama rasminya Ibrahim Mat Sarip - 1935 – 2009) meninggal dunia pada pukul 10 pagi, 9 April 2009. Berita awal yang diterima, beliau meninggal ketika berada di rumah isterinya di Daerah Raman, Wilayah Yala.



Sebuah kereta telah dihantar untuk membawa jenazah pulang. Allahyarham dikebumikan pada malam itu juga di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12).



Allahyarham berasal dari Kampung Paya Pasir, Temerloh, Pahang, Pernah menyertai Platun 5 Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Manap. Tahun 1953, mengikuti Pasukan Hang Jebat Rejimen Ke-10 berpindah ke kawasan sempadan.



Tahun 1970-an, Allahyarham berkhidmat dalam beberapa pasukan penggempur Rejimen Ke-10 bergerak di Ulu Kelantan. Kemudiannya beliau berkhidmat dalam Kompeni Ke-22, Rejimen Ke-10.



Setelah Rejimen Ke-10 menamatkan perjuangan bersenjata di bawah persetujuan damai Kerajaan Malaysia - Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya, Allahyarham menetap bersama-sama rakan seperjuangan lain di Kampung Perdamaian Sukhirin.





Dicatat oleh M.A. di Rabu, April 15, 2009



Label: alfatihah



1 ulasan:



(64) ALLHYARHAM ABU SAMAH YANG SAKIT BERAT DI HOSPITAL SG KOLOK

TUN MINAH PULANG KE RUMAH




Setelah meninggalkan rumah kira-kira sebulan lebih lalu, kini Ibu Siti Norkiah Mahmood Baginda (lebih dikenali dengan panggilan Tun Minah oleh rakan seperjuangannya disini), kini telah pulang ke rumahnya di Kampung Chulabhorn Patana 12, (Kampung Perdamaian Sukhirin) T. Sukhirin, A. Sukhirin, C. Narathiwat. Tun Minah adalah bekas Ketua Awas Pahang dan kader Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya.



Beliau meninggalkan rumah kerana menjaga suaminya Allahyarham Abu Samah yang sakit berat di Hospital Sungai Golok. Allahyarham Abu Samah mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis. Kerana itu Allahyarham beberapa kali dimasukkan ke bilik ICU.
Semasa di hospital beliau sentiasa menerima kunjungan rakan-rakan seperjuangan dan sanak saudara baik di Thailand mahupun di Malaysia.
Hidup mati manusia sudah ditakhdir oleh Allah (S.W.T.) Pada 6 April, keadaan sakit Allahyarham Abu Samah menunjukkan tanda-tanda positif, tekanan darah dan keadaan jantung kembali normal. Pihak doktor telah mengeluarkan beliau dari bilik ICU.
Akan tetapi pada keesokannya, kira-kira pukul 5am, Allahyarham kembali ke rahmatullah dengan tenang di Hospital Sungai Golok. Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok. Ibu Siti Norkiah berkabung untuk Allahyarham suaminya di rumah saudaranya di Sungai Golok.
Pada 20 April, Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani telah menghantar kereta khas untuk menjemput Ibu Siti Norkiah pulang ke kampung.
Di rumah, rakan-rakan seperjuangan berdahulu kemudian datang menyampaikan takziah dan memberikan semangat kepada beliau supaya tabah menghadapi dugaan Allah dan untuk terus meniti hidup di penghujung usia.
Pada sebelah malam pula, rakan-rakan seperjuangan mengadakan majlis tahlil dan berdoa di rumah beliau. Semoga Allah Subhanahuwataala meletakkan roh Allahyarham Abu Samah di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Amin







(63) IBU ZALEHA-KETUA AWAS LUBUK KAWAH


Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah



Ibu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kawah sehinggalah pertubuhan itu diharamkan pada tahun 1948. Berikut adalah profail ringkas Ibu Zaleha Mat Roni.

Nama: Zaleha binti Mat Roni (1924 – 2004) atau nama samarannya Rosmah@ Wan, dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang.

Pendidikan: Lulus darjah 4 Sekolah Melayu Bangau. Belajar agama dengan guru agama kampung.

Datuknya Mat Ali (sebelah ibu) pejuang angkatan perang Bahaman, selalu menceritakan kisah perang tersebut kepadanya. Semangat patriotisme dan bencikan penjajah mula berputik di benaknya sejak dari kecil.

1940, pindah ke Kampung Lubuk Kawah. Pengaruh patriotisme anti penjajah lebih diperdalam lagi dengan gerakan PKMM, PKM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain yang berkembang pesat di Temerloh.

Tahun 1946 menjadi anggota AWAS, dipilih menjadi Ketua Cawangan Lubuk Kawah hingga AWAS diharamkan pada tahun 1948. Di sekolah API Lubuk Kawah ada kelas politik yang memperkenalkan imperializem, kapitalizem, sosializem, komunizem dan lain-lain. Guru yang mengajar ialah Kamarulzaman Teh dan Pak Da Hamid.

AWAS Cawangan Lubuk Kawah:

Ketua – Zaleha Mat Roni

Pembantu Ketua – Mak Ngah Minah (merangkap bahagian propaganda)

Setiausaha – Zaharah

Bendahari – Zawiah binti Hj Ibrahim

Ahli Jawatankuasa – Siti, Rahmah.

Semasa AWAS didirikan anggotanya seramai 15 orang saja. Tapi menjelang darurat anggotanya bertambah sampai 100 orang.

Oktober 1947, hadir kongres AWAS di Kajang, Selangor. Pahang menghantar 7 orang wakil.

Jun 1948 darurat diisytiharkan, beliau ditugaskan menyusun massa dan membantu pasukan gerila di kampung. Walaupun AWAS sudah diharamkan, beliau masih meneruskan perjuangan AWAS dengan menubuhkan cawangan AWAS di kampung-kampung, menerangkan soal kemerdekaan dan membela nasib wanita.

1949 penjajah mahu menangkapnya, beliau menyertai Rejimen Ke-10 bertugas menyusun massa. Lebih 50 anggota AWAS Kampung Lubuk Kawah menyertai perjuangan bersenjata.

Disember 1949, pertempuran di Jerangsang antara 300 orang Rejimen Ke-10 dan Kompeni Ke-26 Rejimen Ke-6 dengan 1 batalion askar Gurkha. Beliau ditugaskan mengundurkan barang-barang dengan selamat.

1951 ikut bersama rombongan Abdullah C.D. ke Bentong mesyuarat dengan Chen Ping dan bertemu Rashid Maidin yang baru lepas dari tahanan penjajah.

1953 menyertai pasukan Hang Jebat berpindah ke kawasan sempadan, ditugaskan sebagai Ketua Seksyen Wanita.

Di sempadan ditugaskan menyusun massa. Massa sangat menghormati dan menggelarnya Mak Bidan kerana berjaya menyelamatkan ibu yang mendapat masalah ketika bersalin dan perkhidmatan perubatan lain kepada massa.

1960 mendirikan rumah tangga dengan Sukur Ismail.

1968 – 76 ikut serta dalam 3 kali pasukan penggempur Rejimen Ke-10 beroperasi di Ulu Kelantan, bertugas menyusun massa berbagai kaum termasuk massa Orang Asli. Beliau sentiasa memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada Orang Asli.

1977 - 89 – ikut serta memimpin Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10, dilantik sebagai Ketua Kompeni.

25 September 2004 meninggal dunia dalam usia 80 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.

Dicatat oleh M.A. di Khamis, Julai 30, 2009

Label: alfatihah, pahlawan rakyat, Rejimen Ke-10 TRM, wanita

(62) PERANG PERANG PATRIOTIK ANTI BRITISH

RASHID PULANG

Di masa silam, kawasan sempadan yang merupakan kawasan strategik perang gerila pernah menjadi sandaran belakang perang-perang patriotik anti-British seperti Perang Bahaman di Pahang (1891-1895), Perang Tok Janggut di Kelantan (1915) dan Perang Haji Abdul Rahman di Terengganu (1928). Rakyat kedua-dua belah perbatasan tersebut adalah dari ras dan rumpun yang sama iaitu rumpun Melayu. Datok Bahaman dan beberapa pemimpin perang itu bersemadi di negera jiran tersebut.”




“Perjuangan di kawasan sempadan telah menempa pasukan Rejimen Ke-10 menjadi sebuah pasukan yang benar-benar teguh dan tabah memperjuangkan cita-cita kemerdekaan. Di akhir tahun 1950-an hingga awal 1960-an, pasukan bersenjata TPNM di kawasan sempadan dilanda awan mendung kecenderungan memberhentikan perjuangan bersenjata. Akan tetapi kerana asas perjuangan dan sokongan massa rakyat kawasan sempadan yang begitu mengkagumkan terhadap Rejimen Ke-10, kecenderungan negatif tersebut telah disanggah dengan semangat yang tinggi oleh para kader dan perajurit Rejimen Ke-10 sehingga pasukan pahlawan ini muncul sebagai pemegang panji perjuangan yang paling teguh….”



“Pada 2 Disember 1989, sekali lagi kawasan sempadan telah menciptakan satu sejarah, sejarah perdamaian besar yang menamatkan konflik bersenjata peninggalan penjajahan British yang bermula dari Jun 1948. Terciptanya perdamaian tersebut telah membawa keamanan dan perdamaian untuk Malaysia dan kawasan sempadan Thailand - Malaysia.”

(61) RAIS:ISU BLOG KOMUNIS KE KABINET

Rais: Isu blog komunis ke kabinet


Mei 25, 09 6:56pm



Isu penyebaran sejarah komunis termasuk di blog dan laman web jaringan sosial akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri, kata menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.


"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan di bawah bidang tugas saya, tetapi saya sedang berurusan dengan menteri berkenaan supaya dia juga bersiap siaga melihat kecenderungan seperti

ini," kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau sama ada di tanyanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan seperti ISA terhadap pihak yang cuba memberi gambaran positif terhadap komunis, lapor Bernama.
"Apa-apa maklumat yang kita miliki kita akan sampaikan kepada pihak berkuasa pada mesyuarat jemaah menteri minggu ini kerana didapati ada beberapa blog yang sudah mula muncul seolah-olah beri pujian melahirkan perasaan nostalgia kepada komunisme serta angkara yang mereka lakukan," katanya lagi.
Sebuah akhbar semalam melaporkan laman Facebook memuatkan satu daftar Parti Komunis Malaya (PKM) - dengan 19 orang sebagai "penyokong" - dan blog "Kam Perdama Sukhi - Ki Dan Sila" menceritakan perjuangan gerakan gerila Melayu dalam pertubuhan yang diharamkan itu.
Menurut agensi berita itu lagi, Rais juga menyeru rakyat agar tidak terburu-buru mengikuti dan meminati pembaharuan yang dibuat sesetengah pihak khususnya penulis blog yang cuba mendewa-dewakan fahaman komunisme.
"Komunis telah mendera negara ini dan kita telah dibelenggu melalui

pembunuhan dan pelbagai tindakan dahsyat, ribuan yang telah mati di tangan komunis sudah cukup bagi kita untuk insaf supaya kita tidak keluarkan sesuatu yang menyamarkan fikiran kita terhadap satu rejim yang begitu dahsyat ketika dulu," katanya.
Dr Rais berkata, komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini kerana dosa mereka membunuh beribu-ribu rakyat Tanah Melayu pada ketika itu tidak boleh dilupai.
Sehubungan itu beliau meminta pemimpin yang melahirkan perasaan positif terhadap bekas pemimpin PKM Chin Peng supaya menyatakan

pendirian mereka dengan jelas dan tidak berlindung di belakang tabir parti politik masing-masing.
"Komen saya mudah, Chin Peng dan para komandonya yang bunuh ramai orang dahulu sekali-kali tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat," Dr Rais dipetik berkata selepas menyampaikan syarahan 1Malaysia kepada para pegawai kanan kementerian itu di Angkasapuri hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai desakan Gerakan Pulau Pinang supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia atas sebab kemanusiaan.



(60) AHMAD TAHIR PERJUANG PAHANG

PERGINYA SEORANG PUTERA TERBAIK SUNGAI PAHANG




Alfatihah…..
Pada 15 Julai 2009, seorang putera terbaik Sungai Pahang telah pulang kerahmatullah. Beliau adalah Ahmad bin Taha, bekas kader Rejimen Ke-10 TRM. Rakan seperjuagan di Kampung Perdamaian Sukhirin berdoa semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang soleh. – Amin
Allahyarham Ahmad Taha atau nama samarannya Remaja, dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang, menerima pelajaran sehingga darjah 6 sekolah Melayu.
Selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyertai API, kemudian PETA. Beliau berkhidmat dalam rombongan bangsawan sebagai palakon, mempersembahkan drama, opera dan lain-lain untuk membangkitkan semangat kemerdekaan di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau pernah ikut serta dalam rombongan mendamaikan pergaduhan bangsa-bangsa di Bentong.
Beliau menjadi perhatian penjajah British kerana menyertai perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada bulan Jun 1948, rumahnya diserbu polis, tapi beliau telah berpindah ke hutan belukar. Pada bulan Oktober 1948, barulah beliau dapat berhubung dan menyertai Rejimen Ke-10. 1948 - 1953 pernah bertempur belasan kali dengan askar komanwel British.
Pada tahun 1953 – 1954, beliau ikut serta dalam perpindahan strategik Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ditugaskan menyusun massa. Pada tahun 1977 beliau berkhidmat di Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 dan pada tahun 1984 berkhidmat di Platun Ke-12.
Selepas penandatanganan perjanjian damai Haadyai, beliau pulang ke kampung halamannya di Buntut Pulau.
Ahmad bin Taha…..

Kau adalah pahlawan rakyat yang sejati!

Hidupmu berjasa, matimu mulia!

(59) MB PERAK HARUS BERJIMAT CERMAT,WANG RAKYAT JIKA NAK KEKAL BN


Perak, Datuk Seri Zamry Kadir diminta memberikan rasionalnya mengapa mesyuarat exco kerajaan negeri kerap kali diadakan di hotel bertaraf lima binatang di Kuala Lumpur.
Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang juga setiausaha DAP Perak berkata kali terakhir mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Kuala Lumpur ialah pada Rabu lalu.
Katanya, ketika rakyat Perak menghadapi kekangan kewangan dan defisit kerajaan negeri mencecah RM70 juta pada tahun ini, kerajaan negeri pula boros berbelanja.
“Sedangkan bangunan Perak di Ipoh telah siap dengan segala kemudahan. Tindakan Zamry adalah satu pemborosan wang rakyat dengan puluhan ribu elaun, sewa hotel dan kos penginapan serta kos pengangkutan yang terpaksa dibiayai rakyat kerana mesyuarat exco di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Taiping, semalam.
Nga berkata, adalah tidak masuk akal untuk sering-kali mengadakan mesyuarat exco Perak diadakan di Kuala Lumpur, mahupun di tempat-tempat peranginan lain sedangkan hutang negara yang mencecah jumlah RM377 billion semakin membimbangkan.
Perak negeri ke-3 termiskin
“Tambahan lagi, negara kita sedang menghadapi risiko menjadi muflis menjelang tahun 2019 seperti yang diramalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala,” katanya.
Merujuk perangkaan Jabatan Perdana Menteri, Nga berkata 40 peratus daripada keluarga rakyat di negara ini, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan.
“Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5 peratus dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. Di bawah pemerintahan BN, Perak juga merosot menjadi negeri ke-3 termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Terengganu,” katanya.
Nga juga membidas kerajaan yang menasihatkan rakyat berjimat-cermat dan membayangkan kemungkinan subsidi barangan asas ditarik balik atau dikurangkan tetapi pada masa yang sama boros berbelanja.
“Contohnya, kerajaan belanja RM6,700 juta untuk membeli kapal peronda TLDM walaupun Malaysia adalah anggota treati antarabangsa anti perang dan berada di luar zon perang,” katanya.
Beliau berkata pengurusan kewangan yang lemah dan tindakan boros kian serius dan menyeru rakyat berubah untuk menyelamatkan negara daripada menjadi muflis menjelang tahun 2019.

Friday, June 25, 2010

(58) 40 ULAMA MUDA SERTAI UMNO TANPA DR ASRIi




Ulama masuk umno untuk di badutkan, dulu spt pas bekas dato asri, ustaz nakei dan pas akan di kuburkan nampak nya
Sumber The MalaysianInsider KUALA LUMPUR, 25 Jun – Sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno malam ini tanpa penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak disebut-sebut sebelum ini.Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mereka merupakan kumpulan pertama dan akan disusuli dengan sekumpulan KUALA LUMPUR, 25 Jun Sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno malam ini tanpa penyertaan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang banyak disebut-sebut sebelum ini. Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mereka merupakan kumpulan pertama dan akan disusuli dengan sekumpulan kedua dalam waktu terdekat. “Sebenarnya ada dua golongan yang menyokong Umno. Satu sebagai ahli secara langsung dan lagi bukan ahli tetapi menyokong Umno. “Dr Asri termasuk dalam kedua-dua kumpulan ini. Tetapi pada masa sekarang Dr Asri dalam kumpulan kedua iaitu menyokong dari luar dan satu hari nanti akan menjadi ahli Umno,” kata beliau menjawab soalan status Asri yang disebut-sebut akan menyertai Umno hari ini. Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. MENYUSUL LAGI 40 ulama muda sertai Umno tanpa Asri

Thursday, June 24, 2010

(57) LATAR BELAKANG MAT INDERA (PERISTIWA BUKIT KEPONG)

LATAR BELAKANG MAT INDERA (PERISTIWA BUKIT KEPONG)




Mat Indera lahir dalam sebuah keluarga miskin di Muar, Johor dan mempunyai tiga orang adik beradik. Kerana kemiskinan, beliau hanya dapat bersekolah Melayu beberapa tahun sahaja dan kemudian meneruskan pelajarannya ke sekolah agama. Berkat kemajuannya dalam belajar dan atas perhatian guru besarnya, beliau dapat menjadi guru agama untuk sementara waktu. Sebagai seorang guru yang baik, pengaruhnya dengan cepat tersebar luas di kalangan pelajar-pelajar dan orang ramai di Muar serta daerah sekitarnya.
Pemimpin Buruh
Pada tahun 1945, setelah tamat Perang Dunia Kedua, Mat Indera bekerja sebagai buruh lembaga pelabuhan Muar. Kerana keberanian dan kebolehannya menyatukan kaum buruh dan memimpin perjuangan, beliau telah dilantik sebagai ketua kesatuan buruh pelabuhan serta melancarkan berbagai bentuk perjuangan untuk membela kepentingan kaum buruh.
Seiring dengan menggeloranya perjuangan kemerdekaan selepas Perang Dunia kedua yang dipelopori oleh PKM, PKMM, Kawan Mat Indera menyertai PKMM dan menjadi salah seorang pemimpin API di Johor. Dalam masa yang sama, beliau juga menjadi anggota PKM. Setelah API diharamkan, beliau secara otomatik memimpin PETA.
Semangat perjuangan yang tinggi telah mendorongnya bekerja keras, di samping menjadi buruh untuk mendapatkan nafkah sara hidup juga aktif dalam gerakan kemerdekaan. Pada waktu siang, beliau mengembangkan pekerjaan di kalangan buruh dan lain-lain lapisan masyarakat yang progresif serta membakar semangat mereka untuk melawan penjajah demi kemerdekaan tanah air. Pada waktu malam pula, beliau bersama rombongannya menjelajah ke kampung-kampung mengumpulkan orang ramai mengadakan rapat-rapat umum dan berpidato untuk membangkitkan semangat orang rami. Orang ramai sangat tertarik pada pidatonya serta memberikan sokongan yang hangat kepadanya. Di sinilah beliau mencipta nama yang harum di kalangan massa rakyat di Muar dan kawasan sekitarnya.
Dalam perjuangan yang besar ini, Mat Indera bukan saja menjadi seorang guru agama yang tinggi prestijnya, juga seorang pemimpin buruh yang ulung. Pernah berlaku peristiwa kaum buruh pelabuhan Muar mengemukakan tuntutan kenaikan upah dan berbaikan layanan kerja kepada pihak majikan. Akan tetapi, pihak majikan yang hanya tahu mengeruk untuk itu telah menolak tuntutan menasabah mereka. Kaum buruh sangat marah lalu mengadakan pemogokan besar-besaran menuntut kenaikan upah dan perbaikan syarat kerja. Pihak majikan telah menekan pemogokan itu dengan memerintahkan polis menyerbu pemogokan dan menangkap Kawan Mat Indera dan menghumbannya ke penjara.
Akan tetapi kawan Mat Indera teguh bagaikan waja. Di dalam penjara, beliau menyerukan kaum buruh meneruskan perjuangan hingga majikan menerima tuntutan mereka. Beliau berkata: “Saudara-saudara jangan takut, biar kita semua masuk penjara taka apa. Kita mesti bersatu padu, kemenangan pasti milik kita!”
Pemenjaraan beliau selama beberapa bulan itu semakin membajai tekad juangnya. Dengan meremehkan polis penjajah, beliau sentiasa memberi penerangan dan pendidikan kepada rakan-rakan sepenjara dan mendapat sambutan yang baik dari mereka. Walaupun beratus-ratus buruh pelabuhan hendak menjaminnya supaya dia keluar dari penjara, tapi sebagai membantah kepada pemenjaraannya yang tidak adil itu beliau menasihati kaum buruh agar tidak perlu berbuat demikian. Sebaliknya beliau mengobarkan semangat para buruh supaya meneruskan perjuangan dengan gigih lagi di luar sementara beliau berjuang dari dalam penjara.
Abdullah C.D. yang bertanggungjawab langsung memimpin PKMM dan Jabatan Kerja Melayu PKM di Johor menulis dalam memoirnya:
“Muar juga satu kawasan yang kuat gerakan kemerdekaannya dan luas organisasi pasukan bersenjatanya. Di Muar ada pejabat cawangan PKMM. Istimewanya pejabat ini menjadi pejabat untuk organisasi patriotik-demokratik yang lain seperti JKM, API/PETA, AWAS dan juga kesatuan buruh di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih.”
“Selain itu, di Muar juga ada cawangan Balai Pustaka. Walaupun ia lebih kecil berbandingkan Balai Pustaka di Kuala Lumpur, tetapi menyediakan banyak buku progresif serta menerbitkan akhbar. Balai Pustaka ini dipimpin langsung oleh ahli Jawatankuasa Pusat Jabatan Kerja Melayu Samsuddin Salleh.“
Yang dimaksudkan pejabat PKMM itu ialah pejabat buruh pelabuhan Muar di bawah pimpinan Mat Indera.Pejabat itu tidak setakat pejabat kesatuan buruh sahaja, malah menjadi pusat gerakan kemerdekaan di mana berbagai oraganisasi seperti Kesatuan Buruh, PKMM, Jabatan Kerja Melayu dan API/PETA. Setelah terbentuknya PMFTU, pejabat tersebut menjadi pejabat PMTU bahagian Muar pula.
Salah Seorang Pemimpin Rejimen Ke-10
20 Jun 1948, Kaum penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh negara. Seruan revolusi bergema di serata tempat. Kawan Mat Indera tampil ke depan memimpin belasan pemuda revolusioner memasuki Tentera Pembebasan Nasional Malaya, mengibarkan panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan perang terhadap penjajah British.
Tak lama kemudian beliau telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu serta menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Di dalam pasukan bersenjata, beliau bekerja kencang siang dan malam mencurahkan segenap tenaga bagi pembangunan pasukan, memperkukuh dan memperluas kawasan basis dan daerah gerila di negeri Johor.
Beliau mesra dengan para perajurit dan amat di kasihi perajurit amat menghormatinya. Beliau dapat menyelami isi hati kawan-kawan dan sentiasa bertukar-tukar fikiran dengan kawan-kawan secara dari hati ke hati. Sebagai seorang kader, beliau dengan tegas mempertahankan langgam hidup sederhana dan berjuang keras, memperlakukan perajurit secara sama derajat. Dengan semangat persaudaraan sekelas yang tebal mendalam beliau menyimpan kesusahan bagi diri sendiri dan memberikan kemudahan kepada orang lain. Pernah terjadi peristiwa beliau tidur bertemankan kesejukan dalam hutan belantara yang tebal kerana selimutnya diberikan kepada kawan yang sakit.
Kawan Mat Indera mempunyai semangat gagah berani, kecekapan dan ketangkasan. Pada bulan Oktober 1948, beliau telah memandu satu regu perajurit menyerang hendap sebuah jeep yang membawa seorang manger orang putih bersama 5 orang askar di sebuah estet getah di batu 6, Jalan Muar – Air Hitam, Johoar. Semua musuh dalam jeep itu telah ditewaskan, 4 orang terbunuh termasuk manager Briitsh manakala 2 lagi luka-luka. Mereka berjaya merampas 4 laras senapang dan sejumlah alat perlengkapan militer
Pertempuran menyerang balai polis Bukit Kepung daerah Muar pada 23 Februari 1950 telah lebih meninggikan prestij Mat Indera dan pasukan gerila di kalangan massa revolusioner. Pertempuran meletus pada waktu subuh dan berlangsung dengan sengitnya selama beberapa jam. Dengan mengobarkan kekuatan tembakan kita, kawan-kawan berjaya memberikan pukulan hebat ke atas musuh dan menembak mati sejumlah mereka.
Untuk memberi peluang polis-polis itu hidup, Mat Indera memerintahkan mereka menyerah diri, buang senapang tak mati. Akan tetapi polis-polis itu tetap berdegil dan meneruskan perlawanan. Kita tak dapat tidak terus menekan musuh dengan tembakan gencar dan lontaran bom tangan sehingga akhirnya balai polis itu terbakar dan seluruh musuh dibasmi.
Pada hari itu juga Mat Indera mengadakan rapat umum besar-besaran di pekan itu. Di tengah-tengah sorak sorai massa rakyat, Kawan Mat Indera telah berpidato dengan berapi-api menyampaikan berita kemenangan kepada mereka. Orang ramai yang terberangsang dengan pertempuran itu telah memberikan derma wang serta bahan-bahan makanan dan alat perlengkapan dalam jumlah yang besar sehingga tak habis dipunggah oleh kawan-kawan

Kawan Mat Indera juga seorang kader penyusun massa yang sangat efektif. Pengaruh beliau yang sudahpun tersebar di berbagai daerah negeri Johor sebagai hasil perjuangan beliau pada masa aman dahulu. Pasukan kerja bersenjata pimpinan beliau yang penyusun massa di berbagai kawasan terutamanya di Muar membawa ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat, telah memperoleh hasil-hasil yang menonjol. Beliau telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di merata kampung dan memperluaskan pengaruh serta tapak organisasi di kalangan massa pekerja khasnya kaum tani
Hubungan beliau dengan massa bagaikan isi dengan kuku. Beliau sangat mengambil berat kehidupan massa di segala bidang. Massa rakyat yang luas pula menyambutnya seperti putera terbaik kesayangan mereka sendiri. Mereka lebih-lebih lagi gembira kerana mempunyai tentera mereka sendiri dan Kawan Mat Indera yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin bagi mereka di waktu aman dahulu kini muncul pula di tengah-tengah mereka sebagai seorang komander Tentera Pembebasan. Banyak kampung telah disusun dan menjadi basis untuk menyokong perjuangan bersenjata. Pasukan bela diri rakyat telah didirikan di berbagai tempat untuk mempertahankan kampung halaman dan menjaga keamanan. Banyak perajurit baru telah dikutip. Massa rakyat berbondong-bondong menghantar perbekalan dan alat-alat kelangkapan kepada pasukan serta menyerahkan putera puteri tersayang mereka menyertai pasukan. Dengan demikian terbentuklah satu jaringan luas kawasan pedesaan pantai barat negeri Johor sebagai pangkalan Tentera Pembebasan.
Kerana pengaruh yang tinggi di kalangan orang ramai, maka terciptalah beberapa dongeng yang menganggap beliau sebagai “keramat”, “boleh menghilangkan diri dan boleh muncul dengan tiba-tiba”, “kebal tak lut dek peluru”, dan lain-lain. Askar-askar upahan penjajah pula gementar ketakutan bila mendengar nama dan kehandalannya. Mereka mengatakan hanya “peluru emas” saja dapat melukai Kawan Mat Indera.
Mat Indera amat disayangi oleh massa revolusioner yang cintakan kemerdekaan ibu pertiwi tetapi amat dibenci oleh kaum penjajah British. Oleh itu kaum penjajah telah menawarkan hadiah 25,000 ringgit jika dapat menangkap hidup-hidup Mat Indera dan 10,000 ringgit jika dapat ditangkap Mat Indera bersama rakan guru agama kerajaan Johor. Tahun 1951, ketika Mat Indera dan sejumlah kawan Melayu bergerak di Batu 6 Jalan Air Hitam, seorang hantu penjajah yang diseludupkan di kalangan orang ramai menjalankan tipu daya memberikan makanan beracun kepada Mat Indera. Mat Indera pengsan kerana keracunan. Mengambil peluang inilah penjajah telah menangkap Mat Indera dan mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atasnya.

Mengetahui Mat Indera tertangkap, massa rakyat mengutuk keras kebiadaban penjajah British. Ratusan massa datang ke penjara menyampaikan rasa hormat mereka kepada Mat Indera serta menghadiahkan makanan sebagai menyatakan simpati dan hiburan yang mendalam.

Di penjara, penjajah British menggunakan berbagai siasat baik keras mahupun lembut, baik penyeksaan mahupun pujuk rayu dan tipu muslihat. Akan tetapi, semua tipu muslihat penjajah itu tidak dapat melunturkan tekad teguh Mat Indera.

Kerana habis segala cara, penjajah British cuba membawa Mat Indera ke mahkamah terbuka. Akan tetapi beratus-ratus massa rakyat dari berbagai tempat dan lapisan datang beramai-ramai untuk menyatakan sokongan tegas mereka kepada Mat Indera serta mengutuk kezaliman penjajah. Mereka menyerahkan surat bantahan menuntut beliau segera dibebaskan tanpa syarat.


Kerana takutkan pengaruh Mat Indera dan kebangkitan massa rakyat, penjajah British membatal- kan mahkamah terbuka tersebut. Mat Indera kemudiannya digantung sampai mati di penjara Kemunting, Perak. Ketika terkorban beliau baru berusia 33 tahun.

Mat Indera seorang pahlawan kemegahan bangsa Melayu yang telah menyumbangkan seluruh jiwa raganya untuk kemerdekaan nusa, bangsa dan agama.

dipetik dari Memoir Abdullah C.D. bahagian pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, SIRD 2005"


Wednesday, June 23, 2010

(56) PENGKHIANATAN UMNO KEPADA TANAH AIR, BANGSA DAN AGAMA

PENGKHIANATAN UMNO KEPADA TANAH AIR, BANGSA DAN AGAMA


Semalam, aku berpeluang solat Jumaat bersama Bapa Abdullah C.D. dan rakan seperjuangan lain yang menetap di Kampung Perdamaian. Abdullah C.D. masih sihat, begitu memasuki masjid beliau bersolat sunat.
Selesai solat Jumaat dan bersalaman dengan rakan-rakan yang lain, aku mengikuti Abdullah C.D. ke rumahnya. Belum sempat aku melabuhkan punggung, Abdullah C.D. mencapai helaian kertas sambil berkata: "Tengak, tengok ini.“ Sambil menerima pemberiannya aku duduk di sebelahnya. Beliau terus bercerita panjang tentang beliau, Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam dan lain-lain semasa dalam PKMM dulu.
“Nasionalisme PKMM luas lengkongannya, merangkumi seluruh rumpun Melayu. PKMM tidak sahaja bergerak di Malaya tetapi mempunyai hubungan yang erat dengan Indonesia, ada cawangan di Brunei dan Selatan Thai.”
Sambil mendengar penerangan beliau aku mencuri pandang pada kertas di tangan yang tajuknya tertulis Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura, berita dari Malaysia kini yang sudah dicetak. Fahamlah aku apa maksud beliau yang sebenar. Lalu ku lontarkan satu pertanyaan apakah negara merdeka anjuran PKMM itu merangkumi Brunei dan Selatan Thai?
“Ya la,” beliau menjawab, “bukan itu saja, tetapi merangkumi Indonesia sekali.” Sambil menunjukkan kertas di tangan aku beliau menyambung, “awak tengok, dulu Singapura sudah diasingkan dari Malaya, kemudian Pulau Batu Putih pula terlepas, kini Najib nak gadai lagi negara kita kepada Singapura.”
Satu lagi soalan ku lontarkan, “apakah Dr. Burhnauddin dan Boestamam juga menentang Singapura keluar dari Malaysia?”
Beliau terus menjawab “Kita semua tak terima, itu projek new kolonial Abdul Rahman di bawah tunjangan Inggeris”.
Hampir 2 jam beliau mencurahkan perasaannya pada ku. Akhirnya aku meminta diri untuk memberi peluang beliau berehat memandangkan usianya yang sudah hampir 87 tahun.



Sepanjang perjalanan pulang, otak aku berkisar pada tajuk perbualan tadi. Betapa luhurnya cita-cita pejuang dahulu, mereka mahu mempersatukan rumpun Melayu. Kalau rancangan itu berjaya, sudah pasti satu dunia Melayu terbentuk di rantau Asia Tenggara ini, dan aku pastikan yang Dunia Melayu ini tak akan kalah dari Republik Rakyat China yang wujud sejak tahun 1949. Kini negara itu sudah hampir menandingi USA di sesetengah bidang.





Amat malang bagi Malaya, rancangan yang begitu luhur ini telah dikhianati oleh UMNO. Sejak didirikan, UMNO bekerjasama dengan penjajah Inggeris menentang PKMM dan PKM termasuk organisasi-organisasi di bawahnya. Ini telah menyediakan ruang penting bagi Inggeris menekan perjuangan kemerdekaan. UMNO yang menjadi anak emas Inggeris telah diberi kepercayaan oleh Ratu Elizebeth untuk menggantikan Inggeris memerintah Malaya setalah Inggeris semakin melemah dilanda perjuangan kemerdekaan rakyat berbagai lapisan semua kaum termasuk perjuangan bersenjata yang dilancarkan Tentera Pembebasan Nasional di bawah pimpian PKM.



Setelah memegang tampuk pemerintahan, UMNO telah meneruskan strategi Inggeris dengan memerangi PKM. Walaupun PKM telah menunjukkan sikap ikhlas mahu menamatkan perang dan ambil bahagian dalam mengisi kemerdekaan tanah air dalam perundingan Baling, tetapi Tunku tidak berniat untuk menamatkan peperangan yang dipaksakan Inggeris itu.



Tahun 1965, sekali lagi tanah air Malaya menitis air mata apabila Tunku menjalankan dasar pecah dan perintah Inggeris dengan mengeluarkan Pulau Temasik dari Persekutuan Tanah Melayu.



Ini suatu pengkhianatan terbesar UMNO kepada tanah air dan bangsa. Jika dimasukkan kes meluluskan lesen judi bola sepak yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini, maka tidaklah salah jika dikatakan UMNO adalah pengkhianat bangsa, tanah air dan agama.



Hari ini kita amat bimbang apa akan terjadi di sebalik perjanjian Najib dan Lee Hsien Loong. Apakah peristiwa seperti kehilangan Pulau Batu Putih akan berulang?





Dicatat oleh Hati Merah@Aman pada 16:33

Label: Penjajah, Umno

(55) MEMORI TERAKHIR PENJARA PUDU




MEMORI TERAKHIR PENJARA PUDU
Setakat tempoh 36 tahun ( 1960-1996), ia telah meragut seramai 180 nyawa manusia yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah berat. Ini belum dikira dari semenjak Penjara Pudu pada tahun 1895, di mana beribu-ribu dipercayai mati di tali gantung kerana melakukan pelbagai kesalahan berat seperti membunuh, menculik dan mengedar dadah.
Dalam zaman Jepun dipercayai ramai tahanan-tahanan perang yang dijatuhkan hukuman di sini termasuklah orang-orang Cina yang menjadi tahanan perang. Kegerunannya dirasaikan oleh sesiapapun apabila ianya disebut-sebut dan diceritakan.
Begitulah badi yang ditinggalkan oleh bilik maut Penjara Pudu. Kalau hendak disingkap peristiwa yang terakam di dalam Penjara ini memang sangat banyak. Antaranya:-
Kejadian Doktor Radzi bin Jaffar yang dijadikan tebusan pada 16hb Oktober 1986 adalah yang paling bersejarah. Punca kejadian, di klinik penjara apabila sekumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah menahan dan menjadikan dua pegawai perubatan dari Hospital Besar yang membuat pemeriksaan sebagai tebusan. Bagaimanapun, kejadian yang menggemparkan negara malah di seluruh dunia itu berakhir pada pukul 5.40 pagi pada 22hb Oktober 1986, apabila Unit Tindakan Khas (UTK) yang diketuai oleh Datuk Zaman Khan menyerbu dan menyelamatkan tebusan tanpa pertumpahan darah.
Sementara itu 2 rakyat Australia, Brain Geoffrey Chamber, 28 tahun dan Kevin Barlow, 27 tahun, menjadi rakyat asing pertama dihukum gantung di penjara ini, iaitu pada subuh o7hb Julai 1986 kerana mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pulau Pinang dalam tahun 1983.
Wong Swee Chin ( Botak Chin) merupakan pejenayah yang paling terkenal yang dihukum gantung di Penjara Pudu kerana kesalahan senjata api. Kes perbicaraan Botak Chin menarik perhatian ramai kerana beliau ( Botak Chin) dikatakan merompak dari orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat yang miskin, ala- Robin hood.
Mona Afendy. Pernah ditahan di Penjara Pudu sebelum dipindahkan ke Penjara Kajang pada 2 nov 2001 untuk digantung..
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahu 1895
Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X.
embok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).
Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.
Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.
Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.
Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895
Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.

Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.

Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.
Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil daerah daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.
Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 lite

Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.

(54) KISAH PARA WALI-MANSUR AL-HALLAJ DI SALIB

Jun 23, 2010 3:19 pm Post subject: Kisah Para Wali - Mansur Al-Hallaj



MUNGKIN ada di antara kita yang masih tertanya-tanya : "Kalau begitu mengapa pula Al-Hallaj telah dijatuhkan hukuman mati???
Barangsiapa mengenal sejarah Islam, pasti mengenal kata-kata "Ana Al-Haq". Kata-kata ini sendiri, sebenarnya sudah menggoda keawaman, apalagi kesolehan seorang Muslim.
Terlebih lagi ketika ia terkait pada riwayat dan kisah-kisah Mansur Al-Hallaj seorang Sufi besar.
Pada abad ke-14 ahli Sufi terkenal Al-Hallaj, iaitu Abu al-Mughith al-Husain ibn Mansur al-Hallaj, lahir pada 858 Masihi di Tur, Iran dan meninggal dunia (mati dipancung) di tiang gantungan pada 26 Mac 922 di Baghdad, di tepi sungai Euphrat, tempat mengalir bukan hanya sebahagian peradaban Islam, tetapi juga sebahagian peradaban dunia kita ini. Dibunuh kerana dituduh murtad dan kafir.
Dia pada mulanya mendapat pengiktirafan daripada Ulama' sezamannya. Ini kerana beliau seorang pengibadat yang sangat handal. Beliau seorang yang kuat sembahyang (solat) dan sentiasa berpuasa setiap masa.
Tetapi apabila beliau mendakwa bahawa dirinya adalah hak, beliau dipandang serong dan kafir oleh beberapa ramai Ulama'.
Beliau berkata : "Saya adalah Haq", di mana di dalam bahasa Arab disebut "Ana Al-Haq" atau disebut dalam bahasa Inggeris "I am the truth". Ungkapan itu ditafsirkan bahawa beliau menganggap zat Allah berada dalam diri.
Dengan berfalsafah sebegitu rupa, Al-Hallaj dipenjara dan disebat. Beliau kemudian disalib selepas dipotong tangan dan kakinya. Malah mayat beliau dibakar dan abunya dihanyutkan ke sungai Dajlah. Sedang kepalanya dibawa ke Khurasan untuk selanjutnya dipersaksikan oleh ummat, Islam dan sejarahnya.

Begitulah kekuasaan, masa itu, dinasti Abbasiah memuas dirinya dengan kematian Mansur Al-Hallaj.

Seorang lagi Sufi besar iaitu Syeikh Al-Syibli berkata bahawa meskipun beliau sendiri dan Abu al-Mughith al-Husain mengeluarkan kata-kata yang sama (Ana Al-Haq), tetapi beliau dibiarkan begitu sahaja kerana orang menyangkanya gila, tetapi Abu al-Mughith al-Husain disalib kerana orang menganggap dia bukan gila dan bijak pula.
Mansur Al-Hallaj, menerima pendidikan dan asuhan pertamanya daripada 'Alim Sahal Ibn 'Abdullah seorang Sufi besar yang terkenal.
Sesudah menguasai berbagai cabang pengajaran, yang religius dan intelektual, ia mengembalikan perhatiannya kepada Sufisme. Di sinilah ia menerima pengolahan rohaniah Syeikh Abul Hussain Al-Nuri, Syeikh Junaid Al-Baghdadi dan Syeikh Umar Ibn Uthman.
Dan adalah dari gurunya yang terakhir, Al-Hallaj yang tersohor itu menerima suatu alamat yang semakin berkembang sedemikian kuat dalam dirinya, sehingga ia mulai dengan gelap mata mengucapkan hal-hal yang memperkosa perintah-perintah syariat. Gurunya telah beberapa kali melarang Al-Hallaj mengucap ucapan-ucapan yang bertentangan dengan syariat itu, tetapi sia-sia; sehingga Al-Hallaj akhirnya diperintahkan meninggalkan perguruannya itu.
Begitulah Al-Hallaj meninggalkan Basra dan kembali ke Baghdad, masuk kembali ke perguruan (khanqah) Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Tetapi juga di sini Al-Hallaj mulai lagi mengucapkan ucapan-ucapannya yang mengungkapkan rahsia Ketuhanan walaupun ia telah dilarang gurunya.
Pada suatu hari Syeikh Junaid berkata,
"Hei, Mansur, tidak lama lagi, suatu titik dari sebilah papan akan diwarnai oleh darahmu!"
"Benar", kata Al-Hallaj, "Tetapi dalam hal yang demikian, engkau juga akan melemparkan pakaian Kesufianmu dan mengenakan pakaian Maulwi - Ana Al-Haq". Kedua ramalan itu secara harafiah menjadi kenyataan.
Pada suatu hari Al-Hallaj benar-benar dirangsang oleh api cinta Ilahiahnya dan ia kembali meneriakkan "Ana Al-Haq". Dan begitulah ia terus, sering tanpa henti. Gurunya, Syeikh Junaid dan teman-temannya seperti Syeikh Al-Syibli dan lain-lainnya menasihati Al-Hallaj agar menahan hati, namun tetap tidak mempan. Al-Hallaj terus saja dengan seruan-seruannya "Ana Al-Haq" pada waktu-waktu istirehat. Lalu bangkitlah kaum Ulama' syariat melawan Al-Hallaj dengan mendapat dukungan dari Hamid Ibn Abbas, Perdana Menteri (PM) wilayah Baghdad dan akhirnya malah mengeluarkan "Fatwa Kufur", menyatakan bahawa Al-Hallaj secara hukum dapat dihukum mati.
Ketika keadaan yang sebenarnya itu akhirnya diajukan untuk mendapat persetujuan Khalifah Muqtadir-Billah, beliau menolak memberikan persetujuannya. Kecuali, kalau Fatwa itu ditandatangani oleh Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Fatwa itu kemudiannya enam kali dikirim kepada Syeikh Junaid, tetapi kembali tanpa tandatangannya. Khalifah, untuk ke tujuh kalinya mengirimkan Fatwa itu disertai permintaan khusus agar ia menjawab "ya" atau "tidak". Menghadapi hal itu, guru yang besar itu membuang pakaian Kesufiannya, dan mengenakan jubah ke-Ulama'-annya ia menulis pada surat jawabannya :

"Menurut hukum syariat, Al-Hallaj dapat dijatuhi hukuman mati; tetapi menurut ajaran-ajaran rahsia kebenaran, Tuhan adalah maha tahu!".


[Irshadat : Syeikh Muhammad Ibrahim, Iran - Mempunyai nama jolokan, "Gazur-i-Ilahi" (the washerman of God - tukang cuci Tuhan)]

Diceritakan bahawa Al-Hallaj sebelum disalib, beliau bersembahyang (solat) dan berdoa dengan berkata :
"Mereka adalah hamba yang berhimpun, sangat dahaga untuk membunuh ku kerana agama Kau, dan untuk mendapatkan keredaan Kau, maka ampunkan mereka wahai Tuhan ku, dan memberi rahmat kepada mereka, kerana jika Kau membuka kepada mereka seperti Kau membuka kepada ku, mereka tidak akan melakukan seperti yang mereka sedang lakukan sekarang, dan jika Kau tutup pada ku seperti Kau tutup pada mereka, aku tidak akan menghadapi malapetaka ini, baiklah apa

yang Kau lakukan dan baiklah apa yang Kau mahukan."
Begitulah berakhirnya hidup Al-Hallaj dan beberapa Ulama' dan ahli Sufi lain yang hidup dalam abad ke-8 sehingga ke abad ke-14.
Tentang kes Al-Hallaj ini bukanlah menjadi rahsia lagi. Kisahnya telah diketahui umum. Ia mempunyai kekuatan dan daya tarikan yang menjadi tumpuan orang ramai di mana-mana ia berada. Seperti ahli-ahli Sufi yang lain beliau mengasihi keluarga Rasulullah SAW. Pada ketika itu keluarga Rasulullah SAW, bercita-cita untuk mengambil semula kuasa pemerintahan. Golongan Bani Abbas sudah pasti tidak merasa senang terhadap setiap tokoh seperti yang ada pada Al-Hallaj yang memberi sokongan dan simpati sepenuhnya kepada keluarga Rasulullah SAW. Oleh kerana di'ayah beliau begitu kuat tersebar luas, maka demi untuk menjaga "keamanan atau keselamatan negara" seperti yang selalunya dijadikan alasan oleh setiap yang tamakkan kuasa pastilah diambil tindakan segera.
Ramai Ulama' dituduh murtad apabila tidak sehaluan!


Kes Al-Hallaj yang menerima hukuman bunuh bukan sekali-kali bersebabkan kerana isu agama tetapi semata-mata kerana politik. Memang menjadi perkara yang amat mudah bagi pihak yang berkuasa secara kuku besi untuk memutarbelitkan kenyataan dan kedudukan kes yang sebenar, membawakannya ke muka pengadilan, serta membuktikannya dengan sebilangan besar para saksi dusta, bahkan boleh mempengaruhi dengan wang dan kedudukan untuk mencapai kehendak nafsunya. Demikianlah kes Al-Hallaj. Tidak ada kaitan pun dengan masalah agama, walaupun telah cuba dikatkannya. Semua kata-kata dan pendapatnya tidak ada dalam buku-buku atau kitab-kitab hasil dari tulisan tangan dan catitan penanya, dan setengah daripada kitabnya yang masih ada tidak menyokong dakwaan musuh-musuhnya.
Menurut neraca logik yang benar seorang jurubina tidak layak untuk memberi fatwa dalam bidang kajian perubatan atau ketabiban. Demikian juga seorang sasterawan dengan kesasterawannya tidak layak untuk memberikan fatwa dalam bidang senibina. Maka adilnya, tidaklah begitu mudah untuk membuat putusan hukum ke atas orang-orang seperti Ibnul 'Arabi, Al-Hallaj, Ibnu al-Farid, Hamzah Fansuri, Syeikh Sitijenar, kalau orang-orang itu bukan dari ahli yang setaraf dengan mereka.
Pernah dikatakan kepada seorang dari para guru yang soleh lagi dihormati bahawa : Si polan telah mengkritik Ibnul 'Arabi dalam sebuah majalah. Beliau mengatakan apakah layak seekor lipas untuk menilai amalan seekor singa? Memang ia tidak layak untuk menilai bahkan untuk memperkatakannya, kerana logik yang menjadi ukurannya adalah logik lipas.
Imam Al-Sya'rani sendiri menegaskan tentang kedudukan orang-orang yang memusihi Ibnul 'Arabi bahawa penilaian dan hukuman mereka adalah penilaian dan hukuman nyamuk yang cuba menghembus gunung dengan tujuan untuk meruntuhkannya. Yang lenyap dibawa angin ialah si nyamuk walau bagaimana banyaknya, si nyamuk itu sedangkan gunung akan tetap kukuh di tempatnya yang menjadi pengimbang putaran dunia ini.
Pendapat yang benar dan penuh insaf ialah pendapat Imam Al-Sya'rani tentang kedudukan ahli Sufi umumnya dan Ibnul 'Arabi khususnya :
"Demi umurku! Penyembah-penyembah berhala tidak berani untuk menjadikan Tuhan-Tuhan berhalanya itulah sebagai Zat Allah, sebaliknya mereka hanya mengatakan : "Kami tidak menyembahnya hanyalah semata-mata untuk menjadi perantaraan yang boleh memperdekatkan kami kepada Allah." Betapa pula Tasauf ialah akhlak. Sesiapa yang semakin bertambah akhlak bererti semakin bertambah kejernihan hatinya. Semoga Allah meredhoi mereka sekalian."
Biarlah kita sampai atau hampir sampai dahulu ke tarafnya, maka baharulah kita memberikan hukum. Maka hukuman kita itu nanti tidak akan berbeza dari hukuman para " Ulama'" salaf.
Di bawah ini saya sertakan petikan ucapan-ucapan Al-Hallaj yang melampaui (unnatural) daripada pemikiran manusia biasa.


Mansur al-Hallaj : Sayings

"ana'l-Haqq - I am the Truth."

(this is the saying which apparently earned al-Hallaj his martyrdom - al Haqq also means God)


Which means :

"Ana Al-Haqq - Aku adalah Kebenaran."

(ini adalah pengucapan yang menyebabkan al-Hallaj dihukum bunuh - al Haqq juga bermaksud Tuhan)


* "You know and are not known; You see and are not seen."

Which means :

"Kau tahu dan Kau tidak diketahui; Kau lihat dan Kau tidak dilihat."


* "Your spirit mixed with my Spirit little, by turns, through reunions and

abandons. And now I am Yourself, Your existence is my own, and it is also my will."


Which means :

"Semangat Engkau bercampur dengan semangat ku sedikit demi sedikit oleh pusingan (peredaran), melalui penyatuan semula dan perpisahan (tanpa rasa takut) dan kini aku adalah diri Mu, kebenaran Mu adalah aku sendiri dan ianya juga adalah kehendak ku (keupayaan).

* "I find it strange that the divine whole can be borne by my little human part, Yet due to my little part's burden, the earth cannot sustain me."
Which means :

"Aku mendapati suatu keganjilan yang seluruh kecintaan, boleh dilahirkan oleh tubuh ku yang kecil, sehinggakan disebabkan oleh bebanan yang kecil, bumi tidak dapat menanggung ku."

* "I have seen my Lord with the eye of my heart, and I said : "Who are You?" He said : "You.""

Which means :

"Aku telah melihat Tuhan ku dengan mata hati, dan aku berkata : "Siapa Kau?" Dia berkata : "Engkau.""

* "I do not cease swimming in the seas of love, rising with the wave, then descending; now the wave sustains me, and then I sink beneath it; love bears me away where there is no longer any shore."
Which means :

"Aku tidak berhenti berenang dalam lautan cinta, timbul bersama gelombang, kemudian turun ke bawah (go down). Kini gelombang menetapkan (support/maintain) aku, dan kemudian aku tenggelam dibawahnya. Cinta membawa aku pergi di mana tidak ada lagi pantai."
Kata-kata yang cukup simbolik dan "mencarik adat", serta di luar daripada pemikiran waras manusia biasa. Dengan penzahiran kata-kata sebegini jugalah beliau dituduh murtad dan kafir bagi mereka-mereka yang tidak sehaluan dengan fahaman dan aliran Sufismanya yang penuh dengan mistik tradisional.
Bagi saya ucapan-ucapan beliau ini "is not tangible", iaitu sesuatu yang tidak dapat dirasai oleh sentuhan. Tetapi ianya bukanlah khayalan dan terbukti kebenaran!
Saya juga tertarik dengan ulasan Syeikh Fariduddin 'Attar seorang ahli Sufi dari Iran, pengarang kitab Tazkiratul-Auliya', berkenaan dengan Al-Hallaj katanya :
"Alangkah sedihnya seorang Sufi yang agung ini (Al-Hallaj) tidak difahami oleh orang-orang sezamannya. Anda boleh hormati pokok jika ia berkata "Ana Al-Haq" (Akulah Yang Benar), tetapi kenapa seorang manusia yang menucapkan kata-kata itu disalib pula. Anda patutlah tahu bahawa perkataan seperti itu adalah diucapkan oleh orang-orang Sufi yang agung yang dalam keadaan "dzauk" (mabuk) Allah atau fana' diri, dan mereka berucap seperti itu melalui Allah. Atau dengan lain perkataan, Allah yang bercakap melalui lidah-lidah mereka. Diri mereka itu telah "mati"."
AKHIR sekali, kita boleh bertanya sekarang. Ada apa makna Mansur Al-Hallaj dengan "Ana Al-Haq" itu sampai naik ke tiang gantungan? Kekuatan apa gerangan yang telah menggebu Mansur Al-Hallaj? Kepentingan apa pula yang telah bermain sehingga pemerintah akhirnya membawa seorang Sufi sebesar itu ke tiang gantungan dan membakar mayatnya supaya ia pupus?

Jawapan terhadap pertanyaan tersebut, pertama-tama mungkin lebih bersifat sejarah, ketimbang yang lainnya. Tetapi tidakkah sejarah itu juga lautan Iman, ilmu dan hari depan?
Husain ibn Mansur al-Hallaj menjadi salah satu sufi paling terkenal dikarenakan ucapannya yang mengatakan “Ana AlHaq” (Akulah Kebenaran). Sebuah ucapan yang kemudian membuatnya dieksekusi di tiang gantungan. Bagi para ulama ortodoks, kemauan ini dijustifikasi dengan alasan bid’ah, sebab Islam eksoteris tidak menerima pandangan bahwa seorang manusia bisa bersatu dengan Allah dan karena Kebenaran (Al-Haqq) adalah salah satu nama Allah, maka ini berarti al-Hallaj menyatakan ketuhanannya sendiri.
Kaum sufi sezaman dengan al-Hallaj juga terkejut oleh pemyataannya, karena mereka yakin bahwa seorang sufi semestinya tidak boleh mengungkapkan segenap pengalaman batiniahnya kepada orang lain. Mereka berpandangan bahwa al Hallaj tidak mampu menyembunyikan berbagai misteri atau rahasia Illahi dan eksekusi atas dirinya adalah akibat dari kemurkaan Allah lantaran ia telah mengungkapkan segenap kerahasiaan tersebut.
Oleh karena pandangan-pandangannya tentang agama yang dinilai menyimpang, atas perintah Khalifah pada 923 M, al-Hallaj akhimya ditangkap dan dijebloskan ke dalam penjara. Berbagai keanehan terjadi bahkan sejak ia mulai dimasukkan ke dalam penjara.
Pada malam pertama sewaktu ia dipenjara, para sipir penjara merasa kebingungan karena al-Hallaj tidak ada dalam sel. Pada malam kedua, bukan hanya al-Hallaj yang hilang, penjara itu sendiri pun hilang. Pada malam ketiga, barulah segala sesuatunya kembali normal.
Para sipir penjara itu bertanya kepada al­ Hallaj, kemana ia pada malam pertama dan kedua? Al-Hallaj menjawab, “Pada malam pertama aku ada di hadirat Allah. Karena itu aku tidak ada di sini. Pada malam kedua, Allah ada di sini, karenanya aku dan penjara ini tidak ada. Pada malam ketiga aku di suruh kembali.”
Al-Hallaj dipenjara selama hampir sembilan tahun. Beberapa hari sebelum
dieksekusi di tiang gantungan, ia berjumpa dengan sekitar tiga ratus narapidana yang ditahan bersamanya dan semuanya dibelenggu. Ia berkata kepada para narapidana itu bahwa ia akan membebaskan mereka semua.
Para narapidana merasa heran, karena al-Hallaj berbicara hanya tentang kebebasan mereka dan bukan kebebasan dirinya sendiri. Al-Hallaj mengatakan kepada mereka, ” Kita semua dalam belenggu Allah di sini. Jika kita mau, kita bisa membuka semua belenggu ini” Kemudian ia menunjuk belenggu­-belenggu itu dengan jarinya dan semuanya pun terbuka. Namun para narapidana masih bingung, bagaimana mereka bisa melarikan diri karena semua pintu terkunci. Al-Hallaj . lalu menunjukkan jarinya ke tembok, dan tiba-tiba terbukalah tembok itu. “Engkau tidak ikut bersama kami?” tanya salah seorang dari narapidana.
“tidak”, jawab al-Hallaj ‘Ada sebuah rahasia yang hanya bisa diungkapkan di tiang gantungan.”
Keesokan harinya, para sipir penjara panik melihat sel kosong dan hanya ada al-Hallaj di sana. Al-Hallaj mengatakan bahwa ia telah membebaskan mereka semua. “Mengapa engkau tidak sekalian pergi bersama mereka?” Tanya sipir penjara
“Dia mencela dan menyalahkanku. Karenanya aku harus tetap tinggal di sini untuk menerima hukuman,” jawabnya.
Sang khalifah yang mendengar percakapan ini berpikir bahwa al-Hallaj bakal menimbulkan kesulitan. Ia kemudian memerintahkan untuk mencambuk atau membunuh al-Hallaj sampai ia menarik kembali ucapannya.
Al-Hallaj dicambuk tiga ratus kali dengan rotan, namun ia tidak bergeming. Bahkan setiap kali cambukan mengenai tubuhnya, terdengar suara gaib berseru, “Jangan takut, putra Manshur.”
Sampai pada akhirnya. Husain ibn Mansur al-Hallaj digiring untuk dieksekusi. Banyak sekali orang berkumpul untuk menyaksikan eksekusi tersebut, dan al-Hallaj berseru lantang kepada mereka; “Haq, Haq, Ana al-Haq” (Kebenaran, Kebenaran, Akulah Kebenaran):
Al-Hallaj berjalan dengan begitu bangga menuju tempat eksekusi. Orang-orang bertanya kepadanya, mengapa ia begitu bangga menerima semua ini. Sang sufi menjawab, “aku bangga karena aku tengah berjalan menuju ke tempat pejagalanku” Ketika dekat dengan tiang gantungan, dengan suka rela ia menaiki tangga sendiri. Seseorang bertanya lagi kepadanya tentang keadaan emosi batinnya pada saat ini. Al ­hallaj menjawab, “Perjalanan spiritual para pahlawan justru dimulai di puncak tiang gantungan ” la kemudian berdoa dan berjalan menuju tiang gantungan.
Beberapa saat kemudian, sahabatnya Syibli, yang hadir di situ tiba-tiba bertanya epada al-Hallaj tentang apa itu tasawuf.

Al-Hallaj menjawab bahwa apa yang disaksikan oleh Syibli saat itu adalah ingkatan tasawuf paling rendah.”Adakah yang lebih tinggi dari ini?” Tanya Syibli lagi. “Kurasa, engkau tidak akan

nengetahuinya,” Jawab al-Hallaj.
Kerumunan orang mulai melempari Al-Hallaj dengan batu, narnun Syibli. melemparinya dengan bunga. Tiba-tiba saja, Al-Hallaj untuk pertama kalinya merasa kesakitan. Seseorang bertanya, “Mengapa engkau tidak merasa kesakitan dilempari batu, tapi lembaran sekuntum bunga justru membuatmu kesakitan?”
Al-Hallaj menjawab, “Orang-orang yang jahil dan bodoh bisa dimaafkan. Sulit rasanya melihat Syibli melempar lantaran ia tahu bahwa seharusnya ia tidak melakukannya”
Sang algojo kemudian memotong kedua tangan al-Hallaj, tetapi ia justru tertawa dan berkata, “Memang mudah memotong tangan seseorang yang terbelenggu. Akan tetapi, diperlukan seorang pahlawan untuk memotong tangan segenap sifat yang memisahkan seseorang dari Allah.” (Dengan kata lain, meninggalkan alam kemajemukan dan bersatu dengan Allah membutuhkan. usaha keras dan luar biasa).
Sang Algojo lantas memotong kedua kakinya. Al-Hallaj lagi-lagi hanya tersenyum dan berkata, “aku berjalan di muka bumi dengan dua kaki ini, aku masih punya dua kaki lainnya untuk berjalan di kedua alam. Potonglah kalau kau memang bisa melakukannya.”
Al-Hallaj kemudian mengusapkan kedua lengannya yang buntung ke wajah sehingga wajahnya berdarah.
“Mengapa engkau mengusap wajahmu dengan darah?” Tanya orang-orang.
Ia menjawab bahwa karena ia sudah kehilangan darah sedemikian banyak dan wajahnya menjadi pucat, maka ia mengusap pipinya dengan darah agar orang jangan menyangka bahwa is takut mati.
Sang algojo kemudian mencungkil mata a1-Hallaj. Orang-orang histeris dan menangis, namun lainnya malah melontarkan sumpah serapah. Setelah itu, telinga dan hidungnya juga dipotong. Sang algojo hendak memotong lidahnya, namun al-Hallaj memohon waktu sebentar untuk mengatakan sesuatu, “Ya Allah, janganlah engkau usir orang-orang ini dari haribaanMu lantaran apa yang mereka lakukan karena Engkau. Segala puji bagi Allah, mereka memotong tanganku karena Engkau semata. Dan kalau mereka memenggal kepalaku, itu pun mereka lakukan karena keagunganMu.” Kemudian ia mengucapkan sebuah ayatAl-Qur’an:

Orang-orang yang mengingkari hari kiamat bersegera ingin mengetahuinya, tetapi orang-orang beriman berhati-hati karena mereka tahu bahwa itu adalah benar.
Kata-kata terakhir al-Hallaj adalah: “Bagi mereka yang ada dalam ketidaksadaran diri, cukuplah sudah satu kekasih.”
Tubuhnya yang terpotong-potong tetapi masih.menunjukkan tanda-tanda kehidupan dibiarkan berada di atas tiang gantungan sebagai pelajaran bagi yang lainnya.
Esoknya, baru sang algojo memenggal kepalanya. Ketika kepalanya dipenggal, al-Hallaj tersenyum dan meninggal dunia. Orang-orang yang menyaksikan histeris tapi, al-Hallaj menunjukkan betapa berbahagia ia bersama dengan kehendak Allah. Dan tiba-tiba saja, secara ajaib setiap bahan tubuhnya berseru,’Akulah kebenaran”, dan setiap tetesan darahnya yang jatuh ke tanah membentuk nama Allah.
Hari berikutnya, mereka yang menentang al-Hallaj memutuskan untuk membakar tubuhnya, karena tubuh yang sudah terpotong-potong tersebut masih saja “menimbulkan masalah” . Setelah dibakar, abu jenazah al-Hallaj bahkan juga berseru, “Akulah Kebenaran.”
Jauh-jauh hari, sebenamya al-Hallaj telah meramalkan kematiannya sendiri dan memberitahu pembantunya bahwa ketika abu jenazahnya dibuang ke sungai Tigris, permukaan sungai akan naik sehingga seluruh Baghdad pun terancam tenggelam. Ia memerintahkan pembantunya menaruh jubahnya ke sungai untuk meredakan ancaman banjir tersebut.
Pada hari ketiga kematiannya, abu jenazahnya memang dibuang ke sungai Tigris. Dan tiba-tiba saja, air sungai naik. Si pembantu al-Hallaj kemudian menaruh jubah sang tuan ke sungai dan permukaan air pun segera surut.
Demikianlah keajaiban pada kematian seorang sufi Husain ibn Mansur al-Hallaj. Tak hanya sampai di situ. Pada suatu hari, seorang tokoh terkemuka mengatakan bahwa ia melakukan shalat sepanjang malam di bawah tiang gantungan al-Hallaj. Saat fajar menyingsing, terdengarlah suara gaib berseru, “Kami berikan salah satu rahasia kami dan ia tidak menjaganya. Sungguh, inilah hukuman bagi mereka yang mengungkapkan segenap rahasia kami.’
Sahabat al-Hallaj, Syibli, juga mengalami hal serupa. Pada suatu malam ia mimpi bertemu dengan al-Hallaj dan bertanya, “Bagaimana Allah menghakimi orang-orang ini?”
Al-Hallaj menjawab bahwa mereka yang tahu bahwasanya ia benar dan juga mendukungnya berbuat demikian, karena Allah semata. Sementara itu mereka
yang ingin melihat dirinya mati tidaklah mengetahui hakikat kebenaran.
Oleh sebab itu, mereka menginginkan kematiannya, kematiannya karena Allah semata. Allah merahmati kedua kelompok ini. Keduanya memperoleh berkah dan rahmat dari Allah.
Al-Hallaj terkenal tidak hanya karena kontroversinya, tetapi juga karena kezuhudannya. Pada usia lima puluh tahun ia mengatakan bahwa ia memilih untuk tidak mengikuti agama tertentu, melainkan mengambil dan mengamalkan praktek apa saja yang paling sulit bagi nafs (ego) nya dari setiap agama. Ia tidak pemah meninggalkan shalat wajib, karena dengan shalat wajib tersebut ia melakukan wudhu jasmani secara sempuma.
Ketika ia mulai menempuh jalan itu, ia hanya mempunyai sehelai jubah tua lusuh yang telah dikenakannya selama bertahun­-tahun. Suatu hari, jubah itu diambil secara paksa oleh seseorang dan diketahui bahwa ada banyak kutu dan serangga bersarang di dalamnya, yang salah satunya berbobot setengah ons.
Pada kesempatan lain, ketika ia memasuki sebuah desa, orang-orang melihat kalajengking besar yang mengikutinya. Mereka ingin membunuh kalajengking itu, namun ia menghentikan mereka seraya mengatakan bahwa kalajengking itu telah bersahabat dengannya selama dua belas tahun.
Meskipun al-Hallaj tidak punya banyak pendukung di kalangan kaum sufi pada zaman itu, namun hampir semua sufi memuji dirinya dan berbagai pelajaran yang diajarkannya. Aththar, dalam karyanya Tadzkirah al-Awliya,menyatakan, “Saya heran bahwa kita bisa menerima semak belukar terbakar (mengacu pada percakapan Allah dengan Nabi Musa as) yang
menyatakan Aku adalah Allah, serta meyakini bahwa kata-kata itu adalah kata-kata Allah, tapi kita tidak bisa menerima ucapan Al-­Hallaj,’Akulah Kebenaran’, padahal itu kata­-kata Allah sendiri”.
Sementara di dalam syair epiknya, Matsnawi, Jalaluddin Rumi mengatakan, “Kata-kata Akulah Kebenaran’ adalah pancaran cahaya di bibir Manshur (al-Hallaj), sementara Akulah Tuhan yang berasal dari Fir’aun adalah kezaliman.”
Dengan caranya sendiri, al-Hallaj telah menunjukkan pada para pencari kebenaran langkah-langkah yang mesti ditempuh sang pecinta agar sampai pada kekasih