Monday, June 21, 2010

(52) PELANCARAN MEMOIR ABDULLAH C.D

PELANCARAN MEMOIR ABDULLAH C.D.: ALU-LUAN DARI WAKIL PENAJA 0 ulasan Rejimen Ke-10 , pasukan Melayu dari PKM, adalah barisan pahlawan, barisan pengibar panji antara rejimen-rejimen TPNM yang lain. Kenyataan terbukti bahawa Kampung Perdamaian Sukhirin yang didiami bekas perajurit-perajurit Melayu juga yang terbesar dan teramai sekali penduduknya antara empat kampung perdamaian PKM di selatan Thai. ALU-ALUAN Saudara-saudari sekalian, Sahabat-sahabat lama dan Kawan-kawan sekalian, Dalam pelancaran buku baru ini, biarlah saya atas nama keempat-empat penaja iaitu Penerbitan Abad Dua Puluh Satu, Strategic Infromation and Research Development Centre, Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia dan Persatuan Sahabat Lama Selangor – Kuala Lumpur, mengalu-alukan kedatangan Saudara-saudari sekalian, Sahabat-sahabat lama dan Kawan-kawan sekalian, dan juga ribuan terima kasih kepada tiga tetamu agung dari Kampung Perdamaian termasuk Sdr. Anas, kepada Sdr. Afandi yang menterjemahkan memoir Abdullah C.D. , Sdr.Said Zahari sebagai penulis terkenal, Sdr. James Wong Wing An seorang pengulas berita, para penaja, pembeli buku berkenaan serta saudara-saudari sekalian. Kawan Afandi (kiri) sedang memperkenalkan 3 bahagian memoir yang diterjemahkannya kepada Kawan Abdullah C.D. Sebagai Ketua PKM, Saudara Abdullah C.D. memang berbakat baik menulis maupun berjuang. Hidupnya penuh legenda. Beliau berkecimpung dalam gerakan patriotik untuk kemerdekaan. Beliau menganggotai PKM semasa mengorganais penduduk kampung halamannya melawan Jepun yang datang menceroboh. Semasa perdamaian pula, sebagai penanggungjawab Jabatan Kerja Melayu PKM, beliau mengorganais dan memimpin kesatuan-kesatuan pekerja Melayu. Selepas Darurat diisytiharkan pada tahun 1948, beliau menaja dan memimpin Rejimen Ke-10, pasukan bersenjata Melayu, berjuang bersama rejimen-rejimen lain Tentera Pembebasan Nasional Anti-British untuk kemerdekaan tanah air. Setelah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, perang penjajah masih berlarutan. Oleh itu, PKM membangun basisnya di sempadan Malaysia-Thai berjuang terus untuk menamatkan perang kolonial. Rejimen Ke-10 pimpinan Abdullah C.D. berbasis di bahagian timur sempadan dan juga memimpin pertubuhan bawah tanah serta front persatuan kaum Melayu di dalam negeri. Beliau menempuhi perjuangan bersenjata selama 41 tahun sehinggalah penandatanganan Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Disember 1989. Sebagai salah seorang wakil PKM dalam penandatanganan perjanjian itu, Kawan Abdullah C.D. kini mendiami Kampung Perdamaian Sukirin di Thai Selatan dan rajin menulis. Memoir ini bukan sahaja berupa kenang-kenangan pribadi beliau, tetapi juga pencerminan hidup keadaan masyarakat, wadah kiri Melayu dalam melawan Jepun dan British untuk kemerdekaan, demokrasi dan perdamaian. Besok, justeru 20 haribulan Jun, hari pihak penjajah mengenakan Darurat dan mencetuskan perang kolonial 62 tahun yang lalu, juga ulang tahun Ke-62 Perang Pembebasan Nasional Anti-British oleh rakyat berbilang bangsa negara ini. Sebagaimana dimaklumi, dalam perang itu, pihak penjajah di samping melakukan penindasan kejam juga berhelah memecah-belah dan mengadu-domba antara kaum, serta berpropaganda berleluasa agar kaum Melayu memusuhi PKM dan menjauhi pergerakan progresif. Bagaimanapun, Ketua Abdullah C.D. dengan pengalamannya sendiri telah membuktikan bahawa kekuatan progresif Melayu tak tertunduk dan tak akan teperdaya. Rejimen Ke-10, pasukan Melayu dari PKM, adalah barisan pahlawan, barisan pengibar panji antara rejimen-rejimen TPNM yang lain. Kenyataan terbukti bahawa Kampung Perdamaian Sukhirin yang didiami bekas perajurit-perajurit Melayu juga yang terbesar dan teramai sekali penduduknya antara empat kampong perdamaian PKM di selatan Thai. Memoir Abdullah C.D. satu lagi rekod penting sejarah perjuangan PKM selepas MY SIDE OF HISTRY dari Setiausaha Agung Chen Ping amnya dan catatan yang sangat berharga tentang perjuangan Melayu khasnya. Kami berasa amat bangga dan bersyukur kerana melancarkannya. Tepat sebagaimana yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Chen Ping tidak lama dulu bahawa “Sungguhpun kami tidak menang, tetapi kita memperlihatkan kepada generasi-generasi mendatang ‘semangat kami yang berani berjuang dan rela berkorban walau jiwa-raga sekalipun demi pencapaian cita-cita kami’” . Demikianlah justerusnya Ketua Abdullah C.D. yang berjuang tak berhenti-hentinya puluhan tahun sehingga kini. Syabas kata Setiausaha Agung Chen Ping, seseorang tidak akan berasa kecewa atau sia-sia hidupnya asalkan pernah berusaha demi membangun masyarakat lebih indah untuk semua. Saudara-saudari sekalian, harap-harap ianya juga moto kita semua . Dicatat oleh Mat Amin pada 05:57 Pautan pada catatan

No comments:

Post a Comment