Thursday, June 17, 2010

(12) SIRI PERJALANAN KE SEMPADAN

Menunjukkan catatan terbaru dengan label SIRI PERJALANAN KE SEMPADAN.
Isnin, 2010 April 19 TIBA DI SEMPADAN SIRI AKHIR PERJALANAN REJIMEN KE 10 KE SEMPADAN
Berikut adalah gambar sebahagian anggota Rejimen Ke-10 yang tiba di kawasan sempadan. Sejumlah besar mereka datang bersama Pasukan Hang Jebat manakala beberapa orang datang terlebih dahulu lagi. Perlu diterangkan bahawa, bukan semua anggota berpeluag merakam gambar dan sebahagiannya pula telah gugur lebih awal. Mereka adalah pengasas basis kawasan sempadan.


tamat
Dicatat oleh WASIAT PEJUANG di 06:26
Label: SIRI PERJALANAN KE SEMPADAN
Ahad, 2010 April 18Makan Buah-buahan Hutan dan Sayuran Liar
Perjalanan kali ini agak luar biasa, tak seperti yang sudah-sudah. Kami tanpa utusan, terpaksa menempuhi kawasan tanpa manusia, dan tanpa ladang Orang Asli. Saya menggunakan kompas dan peta untuk menentukan arah yang hendak dituju. Masalah perbekalan harus bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan di dalam hutan rimba.

Pengaturan kami diatur sesuai dengan keperluan. Pengakap depan terdiri dari kawan-kawan yang handal bertempur juga handal berburu dan memanjat pokok serta kenal buah-buahan dan sayur-sayuran hutan. Sepanjang perjalanan, pasukan pengakap depan akan memungut buah-buahan dan sayur-sayuran lalu meletakkan di tepi jalan. Pasukan yang menyusul di belakang mereka akan mengambilnya dan membawa ke tempat bermalam untuk sama-sama menikmatinya.

Nasib baik juga masa itu musim buah-buahan. Banyak buah-buahan hutan seperti petai dan lain-lain kami petik untuk dijadikan makanan. Selain itu kami berburu dan menangkap ikan. Di sungai-sungai besar terdapat ikan tengas, kelah dan sebagainya.

Akhirnya kami tiba di Sungai Tiang. Nasib baik di Sungai Tiang kami bertemu dengan rombongan kader pimpinan yang dihantar Markas Agung. Beliau menugaskan beberapa orang dari rombongannya memandu kami ke Kampung Belum.

lihat KAMPUNG BELUM MANGSA KEKEJAMAN INGGERIS

Dari kampung Belum, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Hala. Kami tiba di Hala pada 7 Oktober 1954. Kampung Hala terletak berhampiran kawasan sempadan di sebelah Negeri Thai. Massa di Kampung Hala juga telah dihalau ke Dusun Nyor. Di situ hanya terdapat kesan-kesan rumah dan tanaman yang telah dimusnahkan.

Pihak organisasi Parti telah menyediakan ribuan gantang padi dan seekor kerbau jantan besar untuk kami. Dengan ini tugas perjalanan kami telah selesai. Kami berehat sementara untuk menjalankan tugas baru di kawasan sempadan.
Dicatat oleh WASIAT PEJUANG di 07:35
Label: SIRI PERJALANAN KE SEMPADAN
PEJABAT PARTI KOMUNIS DI PERAK
Siri perjalanan ke sempadan tertinggal satu siri. Oleh itu terbitan kali ini menyiarkan siri tersebut.


Pejabat Sementara di Perak



Selepas tamat kempen kepung basmi di Cameron Highlands, kami meneruskan perjalanan ke Perak. Pada penghujung bulan Februari 1954, kami tiba di pejabat Setiausaha Jawatankuasa Parti Negeri Perak di kawasan Sungai Raya. Kami mendapat sambutan yang hangat oleh kawan-kawan di situ. Rashid Maidin dan beberapa orang kawan Rejimen Ke-10 bersamanya juga menyambut kedatangan kami.
buku-buku dan risalah terbitan Rejimen Ke-10
Markas Besar Rejimen Ke-10 dan Eng Ming Ching mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Jawatankuasa Negeri Parti di situ. Eng Ming Ching disamping menterjemahkan fikiran saya, Rashid dan Musa dari bahasa Inggeris ke bahasa Tionghua juga memberikan cadangan-cadangan yang berfaedah untuk kami. Eng Ming Ching pernah menjadi wakil Parti dalam Kompeni Teladan di Rejimen Ke-5 pada masa Perang Anti-Jepun dan pernah menjadi wakil PKM Perak dalam masa aman. Kawan penanggungjawab itu pula seorang kader yang kenal beliau dan sangat menghormati Eng Ming Ching. Jadi semua perbincangan berjalan dengan lancar. Mereka memberikan apa saja yang kami perlukan.

Penanggungjawab Jawatankuasa Parti menyerahkan sepucuk mauser buatan Jerman kepada saya. Dia memberitahu "Mauser ini dihadiahkan oleh Kawan Chen Ping khas untuk Kawan Abdullah C.D." Keistimewaan senjata ini ialah kecil saiznya tapi kuat daya tembaknya dan gagangnya boleh dipanjangkan menjadi senapang panjang.

Ketika itu hubungan utusan ke utara sudah lama terputus. Oleh kerana itu, kami mendirikan pejabat sementara di Perak.

Setelah beberapa hari di pejabat penanggungjawab Jawatankuasa Parti Rejimen Ke-5, kami bertolak ke Ulu Kinta dengan dipandu oleh Orang Asli. Rashid Maidin dan beberapa kawan Melayu bersamanya juga bergabung bersama Pasukan Hang Jebat. Pada pertengahan April kami tiba di Ulu Kinta.

Orang Asli membawa kami ke suatu kawasan yang terdapat gua batu besar di kaki Gunung Kerbau. Di kawasan sekitarnya terdapat ladang Orang Asli. Gua batu ini juga sangat unik, ada tanda-tanda pernah didatangi pengunjung pada masa lampau. Di tepi gua tersebut mengalir anak air yang boleh digunakan untuk makan dan minum.

Beberapa hari kami berkhemah di sekitar gua batu itu, penanggungjawab Jawatankuasa Parti Negeri Perak tersebut datang berbincang lagi dengan kami. Dalam perbincangan kali ini kami menetapkan beberapa rancangan sementara iaitu: Mendirikan pejabat penerbitan untuk menerbitkan AKHBAR PERAK dan MAJALAH TENTERA; menghantar regu penyusun massa Melayu bergabung dengan pasukan Tionghua dan India menyusun massa di kawasan Sungai Siput. Sementara itu saya sendiri membuat keputusan untuk mengambil sedikit waktu mengadakan penyelidikan di kalangan Orang Asli. Di bawah ini saya terangkan satu persatu beberapa perkara di atas.


Pejabat Penerbitan


Pejabat penerbitan ini didirikan di suatu tempat kira-kira 40 minit berjalan kaki daripada gua batu yang saya sebutkan di atas, dipimpin oleh Rashid Maidin dan Musa Ahmad. Kemudian setelah selesai melakukan kerja penyelidikan di kalangan Orang Asli, saya bergabung semula dengan pasukan untuk sama-sama memimpin kerja penerbitan dan seluruh pekerjaan pasukan.

Kawan-kawan yang terlibat langsung dalam kerja penerbitan ini ialah Darus, Samsiah, Aida, Nasir, Agus, Napi dan Pak Ngah. Akhbar-akhbar ini dihantar kepada penanggungjawab Jawatankuasa Parti Rejimen Ke-5 untuk diedarkan ke berbagai tempat. Masa itu, walaupun penjajah British dengan ketat mengawal hubungan kami dengan massa, akan tetapi kami dapat membeli akhbar Inggeris untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Kerja penerbitan ini diteruskan sehinggalah musuh melancarkan serangan udara besar-besaran di Ulu Kinta.
Dicatat oleh WASIAT PEJUANG di 03:51
Label: SIRI PERJALANAN KE SEMPADAN
Sabtu, 2010 April 17SERANGAN UDARA TERBESAR DI ULU KINTA


Pada 8 Julai 1954, penjajah British melancarkan serangan udara secara besar-besaran ke atas Rejimen Ke-10 di Ulu Kinta. Serangan ini diarahkan secara langsung oleh Gen. Bonn, Panglima Gerakan British di Malaya dari udara dan adalah serangan udara terbesar dalam sejarah Perang Pembebasan Nasional Anti-British. Penjajah British yang mendapat maklumat terperinci daripada pengakuan penyerahan diri Sulaiman Songsang telah merangka satu rancangan kempen kepung basmi besar-besaran ke atas Markas Besar Rejimen Ke-10 di Ulu Kinta.

Pada pagi 8 Julai, kapal-kapal terbang penjajah mengaung-ngaung di udara perkhemahan kami menggugurkan bom tepat di gua batu tempat saya melakukan penyelidikan ke atas Orang Asli. Buny

No comments:

Post a Comment