Friday, September 3, 2010

2 )Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar




Gambar2 Pencemaran Masjid di Dunia - termasuk Syeikh Azhar







Oleh Ustaz Saiful Bahri



Ketika dunia Islam lain bergerak pantas menggamit umat manusia kepada Islam tetapi pemerintah UMNO masih lagi bagai katak didalam gelas kaca. Mereka melihat perkembangan drastik orang memeluk Islam khususnya di Eropah dan Amerika hatta menjangkau 200% tetapi di Malaysia, Islam di ISAkan oleh UMNO.



Terkongkong dalam selaput yang dicipta oleh UMNO sendiri. Sudahlah perkembangan Islam lambat bahkan ramai pula orang melayu yang murtad. Ini disebabkan sikap dan cara berpolitik UMNO yang tidak menguntungkan Islam tetapi hanya sekadar keuntungan sementara yang ingin diraih oleh UMNO-BN. Sentiasa mengapi-apikan perbalahan agama dan kaum demi meraih politik murahan.

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.



1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.



2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.



3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.



4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.



Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.



Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.



1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam



(1) INDONESIA BUAT KAPAL SELAM SENDIRI


Indonesia buat kapal selam sendiri


Posted on Wednesday, September 01 @ 08:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: amkns


"Indonesia akan buat kapal selam mereka sendiri untuk tentera laut mereka. Sebelum ini Indonesia telah berjaya membuat senapang tempur, roket, kereta perisai, kapal perang terbesar di Asia Tenggara, kapalterbang dan helikopter. Indonesia juga akan membangunkan jet pejuang dengan kerjasama Korea Selatan. Institut Teknologi Bandung ialah universiti terbaik dalam bidang kejuruteraan di kalangan negara Islam OIC.


Wednesday, September 01, 2010

Menhan: Kapal Selam Buatan Indonesia Akan di Umumkan ke Publik Tahun Ini


JAKARTA - Guna memperkuat armada tempur untuk menjaga kedaulatan NKRI serta menjaga perbatasan RI dengan negara lain, Menteri Pertahanan (Menhan) Purnomo Yusgiantoro menyatakan segera membuat kapal selam tempur. Kapal selam tempur tersebut akan menjadi yang pertama kali dibuat di Indonesia.


Setelah berhasil membuat kapal perang terbesar se-Asia Tenggara dengan dilengkapi peralatan tempur canggih, kini Kementerian Pertahanan mulai serius mempersiapkan rencana pembuatan kapal selam yang merupakan alat tempur bawah laut tersebut.


Bahkan, Purnomo menjadwalkan kapal tempur dasar laut tersebut akan rampung pada tahun ini. "Pada tahun ini kami akan deklarasikan untuk membangun kapal selam di Indonesia. Kami akan bekerja keras mewujudkannya. Saya, Wakil Menhan, segenap Sekjen, Dirjen di lingkup Kemenhan saat ini sedang mencari satu program, satu master plan bagaimana kami bisa membangun kapal selam di Indonesia," ujar Purnomo saat memberikan sambutannya dalam acara buka puasa bersama di kantor Kemenhan, Selasa (31/8).


Purnomo juga menjelaskan, hingga saat ini produk-produk hasil industri pertahanan dalam negeri yang terus dikembangkan sudah mendapat respons positif dunia internasional. Karena selain untuk memenuhi kuota persediaan peralatan tempur dalam negeri, peralatan serta kendaraan tempur yang diproduksi nasional juga dipasarkan ke negara lain.


Beberapa produk seperti helikopter, pesawat tempur, hingga kapal tempur teknologi canggih serta persenjataan lainnya juga kerap mendapat pujian negara-negara lain. "Beberapa hasil industri pertahanan hingga saat ini memang terus kami pasarkan ke luar negeri,"



"



Tuesday, August 24, 2010

(44) VIDEO DOKUMENTARI SEJARAH RASHID MAIDIN PART 1,3,4

(43) ALLAHYARHAM BAPA RASHID MAIDIN


Allahyarham Bapa Rashid Maidin



1 September 2006, seorang putera sejati tanah air telah meninggalkan kita, kembali menemui Allah Yang Maha Esa. Beliau adalah Rashid Maidin, seorang pemimpin Rejimen Ke-10 TRM. Beliau pergi dengan tenang setelah menyaksikan 49 tahun negara mencapai kemerdekaan.



Berikut adalah surat belasungkawa dari Abdullah C.D., Suriani Abdullah dan Abu Samah Moh. Kassim:



Sekalung Al Fatihah



1 September 2006 kita kehilangan seorang putera besar pejuang kemerdekaan bangsa dan tanah air Allahyarham Haji Rashid Maidin. Beliau pulang ke rahmatullah pada pukul 9.45 pagi dalam usia 89 tahun.

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang. Pemergian Allahyarham telah meninggalkan suatu catatan sejarah besar bangsa Melayu dalam perjuangan anti-kolonial demi kemerdekaan bangsa dan tanah air. Seluruh jiwa raga beliau telah disumbangkan untuk usaha agung tersebut. Nama beliau sejajar dengan pahlawan terbilang bangsa kita seperti Datok Maharajelela dan Sagor di Perak, Datok Bahaman dan Mat Kilau di Pahang dan lain-lain. Sejarah sudah pasti akan mencatatkan bahawa kemerdekaan yang kita rayakan pada 31 Ogos semalam, diselit dengan pengorbanan beliau yang suci.

Kami menyeru kepada generasi baru supaya tidak lupa akan perjuangan dan pengorbanan Allahyarham Haji Rashid dalam perjuangan untuk kemerdekaan dan pembebasan tanah air.

Marilah kita menadah tangan berdoa ke hadrat Allah Taala memohon keampunan semoga roh Allahyarham diletakkan di golongan orang-orang yang dikasihi Allah.



Hj.Abdullah C.D.

Hjh. Suriani Abdullah

Hj. Abu Samah Mohd. Kassim



1.9.2006

(42) PAHLAWAN DOLAH - PERAJURIT KECIL YANG TAK TAKUT MATI





Kampung Tanjung Batu, Daerah Temerloh, adalah antara basis kukuh Rejimen Ke-10. Massa di sini tinggi kesedaran nasionalnya. Dalam masa aman selepas kekalahan Jepun, mereka giat menceburkan diri ke dalam berbagai organisasi patriotik-demokratik seperti PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan lain-lain. Bagi kanak-kanak juga didirikan Barisan Pelopor Kanak-Kanak yang dianggotai oleh kanak-kanak berusia antara 9 hingga belasan tahun. Mereka menjalankan bermacam-macam tugas membantu perjuangan untuk kemerdekaan.



Apabila diisytiharkannya Undang-Undang Darurat,sejumlah massa di sini telah memanggul senjata menyertai pasukan gerila anti-British, yang tidak masuk hutan pula menyertai pasukan lasykar rakyat dan menyokong pasukan gerila. Sebuah pasukan gerila iaitu Platun 2, Rejimen Ke-10 bergerak di Kampung Tanjung Batu dan kampung-kampung di sekitarnya.



Sejumlah anggota Barisan Pelopor Kanak-Kanak atau Tentera Semut di bawah pimpinan Dollah dibentuk di kampung tersebut. Mereka membuat kerja-kerja mengawal kampung, mengawasi gerak geri musuh, menyampaikan maklumat, membuat kerja-kerja hubungan utusan dan lain-lain.



Walaupun umurnya masih kecil, tapi semangat bencikan penjajah British istimewa mendalam dijiwa Dollah. Dia bercita-cita untuk menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Akan tetapi kerana umurnya masih kecil, dia dinasihatkan supaya buat kerja di kampung dulu. Setiap kali bertemu dengan pasukan gerila, dia mengajukan permintaannya itu. Walau bagaimana pun, Dollah mengajukan 2 tuntutan iaitu pertama, apabila dia besar kelak, mestilah menerimanya menjadi perajurit Tentera Pembebasan Nasional dan kedua, sekiranya dia terkorban mestilah menerimanya sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya.



Pada bulan Mac 1949, musuh telah memasuki kampung untuk menangkap dan mengugut orang ramai. Komander memberikan Dollah sebiji bom tangan untuk dilemparkan ke atas musuh. Akan tetapi ketika dia hendak membuang bom itu keadaannya telah berubah. Musuh telah bercampur gaul dengan orang ramai. Dalam saat genting ini Dollah memikir bahaya kepada massa jika bom itu dibuang. Lalu dia berpatah balik mendapatkan pasukan yang sedang bersembunyi di belukar. Musuh yang mencurigai gerak geri Dollah terus mengejarnya. Pasukan Tentera Pembebasan segera melepaskan tembakan hebat ke atas musuh. Musuh lari balik mendapatkan motobot. Manakala Dollah pula memimpin pasukan Tentera Semut bersama lasykar rakyat mengejar musuh untuk membantu Tentera Pembebasan. Sejumlah besar musuh telah terbasmi.



Atas tuntutan Dollah, ibunya seorang aktivis gerakan wanita telah menjahitkan sepasang pakaian seragam Tentera Pembebasan iaitu sepasang bajutentera berwarna hijau, sebuah topi berbucu lima dengan sebiji bintang merah di depannya serta sepasang patis.



Pada 12 Mei 1949, Platun 2 dikerahkan ke kampung tersebut untuk mengadakan perhimpunan massa. Dollah datang menyambut mereka dengan pakaian seragam Tentera Pembebasan. Dengan penuh bangga, beliau berkata: "Lihatlah kawan sekalian, alangkah perkasanya, alangkah mulianya seorang perajurit Tentera Pembebasan!" Katanya, "Kemuliaan ini bukan semata-mata kerana mengenakan pakaian seragam, melainkan kerana semangat revolusioner yang bertempur dengan gagah berani". Kawan-kawan Tentera Pembebasan memberikan tepukan yang hangat kepadanya.



Pada hari tersebut juga Dollah telah ditugaskan berkawal di penghujung kampung. Dengan menggenggam kejat-kejat senapang kulai berlaras dua dia berdiri tegak di atas sebuah busut. Kira-kira setengah jam kemudian, beberapa orang askar orang putih datang dari arah rusuk. Apabila melihat Dollah berpakaian Tentera Pembebasan, musuh cuba menangkapnya hidup-hidup. Dollah mengetahui musuh sudah mendekatinya. Dollah mengangkat senapang lalu berkata: "Hantu orang putih, saya akan basmi kalian semua" sambil melepaskan tembakan. 2 orang askar orang putih yang berjalan di depan segera tumbang. Seiring itu musuh telah melepaskan tembakan gencar ke arah Dollah. Beliau gugur sebagai pahlawan. Ketika itu beliau baru berusia 14 tahun.



Seluruh kawan bersedih kerana pengorbanannya. Setelah berdirinya Rejimen Ke-10 tak lama selepas peristiwa itu, saya atas nama Markas Besar Rejimen Ke-10 mengesahkan beliau sebagai Perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan menganugerahkannya gelaran Pahlawan untuk menunaikan hasratnya ketika hidup. Darah pahlawan telah membasahi pertiwi, demi kemerdekaan dan pembebasan negara dan rakyat.



Sebuah lagu telah dicipta untuk mengenangi Pahlawan Dollah, seni katanya sebagai berikut:



Kawan Dollah -Pahlawan Muda

Yang Tak Mengenal Mati



Kawan Dollah berusia empat belas,

Punya cita-cita besar,

Kerana usia terlalu muda,

Tak disahkan masuk tentera.

Kawan Dollah setia pada parti,

Ikut parti jalankan perintah,

Kalau korban minta disahkan,

Masuk Tentera Pembebasan mulia.



Menyusun tentera semut kampung,

Bawa kanak-kanak revolusioner,

Punggah barang mengawasi musuh,

Ikut bertempur membasmi musuh.



Masuk kampung membawa tugas,

Nak lempar bom membasmi musuh,

Sayang keadaan telah berubah,

Segera laporkan kepada kawan.



Musuh sedar segera mengejar,

Dollah membawa masuk perangkap,

Kesempatan basmi musuh tiba,

Perajurit kita yang perkasa.



Pakai uniform tentera perwira,

Topi berbintang merah bersinar,

Senapang kulai kejat ditangan,

Tegak berkawal di pinggir kampung.



Orang Putih tiba dari rusuk,

Dollah tenang mengangkat senjata,

Bertekad bulat lantang berteriak:

"Saya akan hapuskan kalian".



Petik treger senapang gemuruh,

Segera tumbang dua orang musuh,

Musuh menembak secara gila,

Pahlawan gugur jasa abadi.



Dollah sumbangkan keremajaannya,

Kawan dan pimpinan bersemadi,

Rasmikan Dollah jadi perajurit,

Semangat sateria kekal abadi.





(41) TAIB IBRAHIM PENTERJEMAH KOD WAYARLESS

Taib Ibrahim mempunyai beberapa nama perjuangan iaitu Arif, Dewasa dan Pak Ngah. Beliau dilahirkan pada bulan November 1917 di Kampung Teluk Mengkuang, Mukim Bangau, tetapi membesar di Belangka, Mukim Sanggang daerah Temerloh.
Ayahnya bernama Ibrahim, seorang guru silat dan amat membenci penjajah British. Mat Taib yang menimba pelajaran selama 7 tahun di sekolah Melayu bercita-cita menjadi guru. Tetapi cita-citanya ini ditentang oleh ayahnya kerana menganggap makan gaji dengan orang putih adalah kafir.
Selepas Perang Dunia Kedua, gerakan API marak berkobar di Temerloh meniupkan semangat kemerdekaan. Mat Taib yang memang sudah tebal semangat anti-penjajahnya menerjunkan diri dalam gerakan API di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh. Beliau menyertai perhimpunan-perhimpunan API, berlatih berkawad dan lain-lain.


20 Jun 1948, penjajah British melakukan penangakapan besar-besaran ke atas anasir anti-British di Temerloh. Mat Taib berundur ke pinggir hutan bersama sejumlah pemuda pemudi yang lain untuk mengelakkan penangkapan penjajah British.


Awal tahun 1949, beliau meninggalkan isteri dan seorang anaknya yang tersayang untuk menyertai perjuangan bersenjata dalam Rejimen Ke-10. Di dalam pasukan gerila, beliau menghadapi berbagai kesukaran dan susah payah seperti pertempuran, cedera atau korban, kesukaran makanan dan lain-lain. Namun ini tidak melunturkan semanat juangnya. Beliau menganggap mati adalah adat perjuangan.


Pada tahun 1950, beliau ikut serta dalam suatu unit menjalakan propaganda di kalangan massa di Mentakab. Akan tetapi, seorang hantu yang menyeludup di kalangan orang ramai telah menyampaikan maklumat itu kepada kaum penjajah. Rapat yang berlangsung sehingga jam 12 malam itu dikepung oleh musuh. Dalam pertempuran yang sengit itu, 2 orang perajurit gugur di situ juga. Mat Taib bersama seorang ketua regu terselamat, tetapi senapangnya tercicir.
Beliau pernah menjadi utusan seorang diri menghubungkan antara Paya Banir dengan pasukan markas di Kerdau. Beliau pernah tersesat salama 2 hari. Kebetulah beliau bertemu dengan sebuah stor pasukan sesaudara. Beliau menunggu di situ sehingga dapat berhubung semula dengan pasukan. Kemudian, Abdullah C.D. memindahkan beliau ke pejabat percetakan sebagai penulis dan penaip stensels tulisan jawi.

Mat Taib Ibrahim (kanan) bersama Rashid Maidin dan Selamah

Pada tahun 1953, beliau menyertai pasukan Hang Jebat melakukan perjalanan jauh ke kawasan sempadan. Dalam perjalanan selama 1 tahun lebih itu, Mat Taib dan seluruh anggota pasukan menghadapi ujian-ujian yang luar biasa hebatnya, terputus perbekalan, menghadapi kempen kepung basmi dan pengejaran musuh dan lain-lain. Mereka pernah 1 tahun tak makan nasi.
Pada tahun 1954 Pasukan Hang Jebat yang berada di Ulu Kinta menghadapi serangan udara besar-besaran dari penjajah British. Diberitakan diarah sendiri oleh Jeneral Bonn dari udara. Namun bom-bom yang bertan-tan beratnya dan menggegarkan bumi itu tidak pernah melunturkan semangat juang Mat Taib dan kawan-kawan Pasukan Hang Jebat. Begitu juga dengan siaran merayu penyerahan diri yang digugurkan dari kapal terbang tidakpun dapat menundukkan semangat juang mereka.
Pada penghujung 1954, Pasukan Hang Jebat tiba di kawasan sempadan dengan jayanya. Di kawasan sempadan, Mat Taib berkhidmat dalam regu penerbitan, menerbitkan berbagai jenis buku dan risalah propaganda. Pada tahun 1969, apabila pasukan menggunakan wayarles, Mat Taib ditambah pula dengan tugas sebagai penterjemah kod wayaless. Kerja ini dilakukannya sehinggalah Rejimen Ke-10 dibubarkan selepas penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Hadyai pada tahun 1989.


Mat Taib yang lebih popular di kalangan kawan-kawan berbagai peringkat dengan panggilan Pak Ngah mempunyai langgam yang jujur dan kasih mesra dengan kawan-kawan. Beliau dapat bergaul rapat dengan berbagai peringkat perajurit dalam pasukan. Sebagai Naib Ketua Kompeni dan bertanggungjawab dalam Platun II (Platun Nyala), beliau selalu bertukar-tukar fikiran, menyelami perasaan suka duka setiap perajurit.


Sebagai seorang kader veteran, beliau sememangnya dianggap sebagai orang yang berpengalaman dan khazanah berharga pasukan. Namun ini tidak pula menyebabkan beliau tinggi hidung. Beliau merasa dirinya sebagai seiji sekeru di dalam sebuah jentera, sentiasa mendengar pendapat secara merendah hati dengan kawan-kawan. Justeru itu beliau dihormati oleh setiap perajurit.
Pada tahun 1988, Pasukan induk Rejimen Ke-10 atau disebut juga sebagai Kompeni Ke-21 menghadapi serangan besar-besaran dari Tentera Thai dibiayai sepenuh oleh Kerajaan Malaysia. Markas Besar Rejimen Ke-10 telah mengambil taktik berundur ke kawasan pergunungan di kawasan Chenet untuk mengelakkan pertempuran secara lansung. Ketika mencari kayu untuk membuat tempat kediaman di kaki sebuah gunung, beliau sekali lagi tersesat selama 22 hari. Selama 22 hari tersebut, beliau hanya mengalas perut dengan pucuk kayu dan umbut-umbut sahaja sehinggalah beliau ditemui oleh regu khas yang mencari sejak kehilangan beliau.


Ketika ditanya apa pendapatnya tentang 40 tahun lebih perjuangan bersenjata, beliau menjawab “saya merasa mulia kerana dapat menyumbangkan sedikit tenaga dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, menghalau penjajah British dari Malaya”.
Selepas perdamaian ditandatangani, beliau pulang ke kampung halamannya di Temerloh. Di kampung, beliau dijaga oleh anak-anaknya. Di beritakan bahawa setelah pulang ke kampung halamannya, beliau minta masuk ke sekolah pondok untuk mengisi hari tuanya dengan ilmu agama. Akan tetapi, pihak SB selalu datang mencarinya di pondok menyebabkan suasana aman dan tenang di pondok terganggu. Untuk memberikan suasana aman kepada pelajar lain, beliau terpaksa memberhentikan hajat yang murni itu.
Beliau meninggal di tanah tumpah darahnya Temerloh. Alfatihah



(40) MERDEKA DAN SEJARAHNYA

MERDEKA DAN SEJARAHNYA


Tak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan tanah air kita yang ke-53. Walaupun sudah lebih setengah abad, sejarah kemerdekaan tanah air masih dipersoal oleh berbagai pihak dalam masyarakat kita.
Kononnya, perjuangan kemerdekaan Malaya bermula setelah UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu dengan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Kemudian muncul pula apa yang disebut “pengganas komunis”. Lalu kerajaan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu "membantu" mengalahkan "pengganas komunis" dan "mengurniakan" kemerdekaan kepada Malaya. Manakala UMNO dan Tunku Abdul Rahman pula menjadi "wira kemerdekaan" itu. Demikianlah sejarah kemerdekaan Malaya versi resmi yang diguna pakai hari












(39) PAS AKUI PARTI KOMUNIS BANTU CAPAI KEMERDEKAAN

PAS akui Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan


PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan



Di bawah ini kami siarkan terjemahan sebuah rencana dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 29 Ogos, 2006 mengenai sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tanahair.
Sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) berperanan dalam perjuangan kemerdekaan negeri ini, demikian kata seorang think-tank PAS.
Dalam sebuah artikel terbitan Harakahdaily.net pada hari Ahad, pusat penyelidikan PAS itu berkata, semenjak tertubuhnya PKM pada bulan Mei 1930, parti itu sangat aktif dalam kempen untuk kemerdekaan tanahair.
“Dalam zaman pemerintahan Jepun, Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) dan komrad-komradnya adalah antara golongan paling gagah-berani yang melawan Jepun.
“Mereka bergerak dalam hutan, (tidur) berlantaikan tanah dan beratapkan langit demi melawan Jepun dan mencapai kemerdekaan yang sejati. Adilkah sumbangan mereka itu dinafikan sekarang?”
Pusat tersebut berkata, perjuangan PKM tidak selesai dengan Jepun, mereka juga (terus) melancarkan perjuangan bersenjata menentang British bagi merebut kemerdekaan.
Sungguhpun PKM berhasrat hendak mendirikan negara komunis – tetapi ditolak oleh orang Melayu dan Islam – adalah tidak betul menafikan sumbangan parti itu terhadap perjuangan kemerdekaan negara, katanya.
Justeru itu, pusat tersebut merasa amat penting sekali semua fakta sejarah berkaitan dengan kemerdekaan tidak tertinggal.
Perjuangan bukan saja terbatas kepada mereka yang di meja perundingan, tetapi termasuk juga dari golongan yang sanggup berkorban nyawa berjuang demi kemerdekaan, tambahnya.
“Sebelum Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tuntutan itu sudah lama bergema. Banyak peristiwa bersejarah telah berlaku bukan saja oleh Umno dan Perikatan.
“PKM dan parti-parti nasionalis Melayu telah mengangkat senjata menentang British. Abdullah CD, Rashid Mydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad adalah di kalangan pemimpin-pemimpin yang berjuang menuntut kemerdekaan.”
PKM meletakkan senjata berikutan perjanjian damai yang ditandatanginya dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember, 1989 di Haadyai selatan Thailand.

Chin Peng, yang berada di Thailand, kini terlibat dalam satu perjuangan legal dengan kerajaan Malaysia atas tuntutannya untuk pulang ke tanahair.
Pusat penyelidikan PAS itu juga berkata bahawa sejarah telah membuktikan wujudnya parti-parti nasionalis Melayu lebih awal daripada Umno dalam perjuangan kemerdekaan.
Parti-parti tersebut adalah Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas), Baris Tani Se-Malaya (Batas) dan Majlis Tertinggi Se-Malaya (Mata).
Perayaan Merdeka akan lebih bererti apabila rakyat sudah mengetahui dan menerima gambaran sebenar tentang perjuangan kemerdekaan kita, katanya lagi.
Apabila ini berlaku, kerajaan tidak perlu berulang-ulang kali mengingatkan rakyat tentang perayaan Merdeka, kerana “ianya (perayaan itu) sudah menjadi milik bersama semua rakyat Malaysia”.
Sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) berperanan dalam perjuangan kemerdekaan negeri ini, demikian kata seorang think-tank PAS.
Dalam sebuah artikel terbitan Harakahdaily.net pada hari Ahad, pusat penyelidikan PAS itu berkata, semenjak tertubuhnya PKM pada bulan Mei 1930, parti itu sangat aktif dalam kempen untuk kemerdekaan tanahair.
“Dalam zaman pemerintahan Jepun, Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) dan komrad-komradnya adalah antara golongan paling gagah-berani yang melawan Jepun.
“Mereka bergerak dalam hutan, (tidur) berlantaikan tanah dan beratapkan langit demi melawan Jepun dan mencapai kemerdekaan yang sejati. Adilkah sumbangan mereka itu dinafikan sekarang?”
Pusat tersebut berkata, perjuangan PKM tidak selesai dengan Jepun, mereka juga (terus) melancarkan perjuangan bersenjata menentang British bagi merebut kemerdekaan.
Sungguhpun PKM berhasrat hendak mendirikan negara komunis – tetapi ditolak oleh orang Melayu dan Islam – adalah tidak betul menafikan sumbangan parti itu terhadap perjuangan kemerdekaan negara, katanya.
Justeru itu, pusat tersebut merasa amat penting sekali semua fakta sejarah berkaitan dengan kemerdekaan tidak tertinggal.
Perjuangan bukan saja terbatas kepada mereka yang di meja perundingan, tetapi termasuk juga dari golongan yang sanggup berkorban nyawa berjuang demi kemerdekaan, tambahnya.


“Sebelum Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tuntutan itu sudah lama bergema. Banyak peristiwa bersejarah telah berlaku bukan saja oleh Umno dan Perikatan.

“PKM dan parti-parti nasionalis Melayu telah mengangkat senjata menentang British. Abdullah CD, Rashid Mydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad adalah di kalangan pemimpin-pemimpin yang berjuang menuntut kemerdekaan.”
PKM meletakkan senjata berikutan perjanjian damai yang ditandatanginya dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember, 1989 di Haadyai selatan Thailand.

Chin Peng, yang berada di Thailand, kini terlibat dalam satu perjuangan legal dengan kerajaan Malaysia atas tuntutannya untuk pulang ke tanahair.


Pusat penyelidikan PAS itu juga berkata bahawa sejarah telah membuktikan wujudnya parti-parti nasionalis Melayu lebih awal daripada Umno dalam perjuangan kemerdekaan.


Parti-parti tersebut adalah Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas), Baris Tani Se-Malaya (Batas) dan Majlis Tertinggi Se-Malaya (Mata).


Perayaan Merdeka akan lebih bererti apabila rakyat sudah mengetahui dan menerima gambaran sebenar tentang perjuangan kemerdekaan kita, katanya lagi.


Apabila ini berlaku, kerajaan tidak perlu berulang-ulang kali mengingatkan rakyat tentang perayaan Merdeka, kerana “ianya (perayaan itu) sudah menjadi milik bersama semua rakyat Malaysia

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

Label: KENYATAAN AKHBAR

SUASANA DI PERKAMPUNGAN KOMUNIS

Salam,






Tuesday, August 17, 2010

(38) PERJUANGAN KAUM TANI DAN PENJAJAH BERULANG KEMBALI

MAZLAN ALIMAN (ANAK) Perjuangan Kaum Tani dan Penjajah berulang kembali. Cumanya kini dalam versi moden. Melihat kepada sejarah hubungan tanah,tuan punya tanah tiada berpisah. Kerananya bermula kemelut dan konflik.




Perjuangan Red Indian melawan pendatang kulit putih, pendatang Yahudi dengan Arab Palestin dan penjenayah kulit putih dengan pribumi Australia. Semuanya tentang bab tanah. Penindas dan yang kena tindas.



Bumi kita juga tidak terkecuali. Perjuangan Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Rosli Dhobie, Rentap, Mat Kilau dan Dato Maharaja Lela semuanya tentang tanah, cukai tanah, tanah pusaka.



Tok Janggut kena gantung dan diarak keliling Kota Baru oleh penjajah Inggeris kerana tanah. Begitu juga Haji Abdul Rahman Limbong kena buang negeri hingga matipun kerana tanah. Sama juga nasib pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain. Selain faktor ugama penentangan mereka terhadap penjajah, isu tanah juga adalah antara faktor utamanya.



Cumanya pemimpin UMNO sahaja yang dikurniakan tanah kerana jadi barua penjajah Inggeris.



Kita melihat perjuangan anak-anak peneroka serta ibubapa mereka selaku peneroka mempunyai persamaan perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong dan lainnya dari segi penuntutan hak hasil tanah mereka.
Jika dahulu,penjajah Inggeris menggunakan istana untuk melabelkan pejuang sebagai penderhaka dan pengkhianat, kini UMNO dan FELDA(tentunya UMNO menerajuinya)menggunakan wirid yang sama untuk melabel anak-anak Generasi Kedua sebagai,"kacang lupakan kulit"," tidak tahu berterima kasih" dan "pengacau dan penghasut".




Kini, Mazlan Aliman dan anak buahnya umpama Tok Janggut dan barisan pejuang keadilan dan kemerdekaan manakala UMNO meliputi Najib,Maslan, Yusof Nor umpama penjajah Inggeris yang selamanya "menjajah pemikiran" peneroka FELDA.



Kini gelombang kebangkitan Generasi Kedua FELDA yang terdiri dari anak-anak peneroka bermula. Sejak kemenangan peneroka di FELDA Kemahang Kelantan menegakkan keadilan walaupun belasan tahun menunggu penuh kesabaran menyemarakkan lagi semangat menegakkan keadilan.



Perjuangan Mazlan dan ANAK bakal menempuh ujian yang besar. Jika Suhaimi Saad dan Mohammd Sabu pernah dihantar ke Kem Kemunting demi membela warga peneroka walaupun mereka berdua bukan anak peneroka, tentunya Mazlan juga barangkali lebih hebat lagi diuji dan diancam.



Teruskan perjuangan mu wahai Mazlan agar namamu tercatat dengan tinta emas sebaris dengan pejuang kemerdekaan yang sebenar seperti Tok Janggut,Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong dan seangkatan dengannya di seluruh negara.



Kepada PMNajib, harga maruah peneroka FELDA bukannya senilai RM370 setahun. Lebih kurang RM1 sehari.Hinanya warga peneroka kalau begitu cuba "dirasuah"kan oleh Najib untuk duit raya.








(37) PERANG KELANG

Raja Abdul Samad menjadi Sultan Selangor


Pada tahun 1859, Raja Abdul Samad bin Raja Abdullah ibni almarhum Sultan Ibrahim Shah, telah dilantik menjadi Sultan Selangor bergelar Sultan Abdul Samad menggantikan ayah saudara baginda almarhum Sultan Muhammad Shah yang telah mangkat pada tahun 1857. Sultan Abdul Samad bersemayam di Bandar Langat yang disebut Bandar Termasa.

Perang Kelang bermula

Pada tahun 1866, seorang cucu almarhum Sultan Muhammad Shah bernama Raja Mahadi bin Raja Sulaiman ibni almarhum Sultan Muhammad Shah, dengan pengikutnya dari Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya, iaitu orang Bangkahulu, Batu Bara, Mendahiling dan Rawa yang berasal dari Sumatera, telah menyerang Kelang yang diperintah oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar adik Raja Jumaat Lukut.

Semasa serangan Raja Mahadi, Raja Abdullah telah melarikan diri ke Melaka sementara puteranya Raja Ismail menentang serangan tersebut. Raja Ismail telah dikalahkan oleh Raja Mahadi dan beliau juga telah melarikan diri ke Melaka. Sejak itu Raja Mahadi memerintah Kelang dan beliau membuat perkampungan di Pengkalan Batu.

Sultan Abdul Samad murka

Sebagai pemerintah Kelang, Raja Mahadi telah melaksanakan pungutan cukai keatas bijih timah yang dijual melalui Sungai Kelang terutama bijih timah yang dilombong di Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya. Walaubagimanapun, Raja Mahadi tidak memberi sebahagian daripada hasil cukai tersebut kepada Sultan Abdul Samad yang sebelum itu menerima $500.00 setiap bulan daripada Raja Abdullah. Ini telah menimbulkan kemurkaan Sultan Abdul Samad terhadap Raja Mahadi.

Wakil Yamtuan

Pada tahun 1867, Sultan Abdul Samad telah mengahwinkan puteri baginda iaitu Tengku Arfah dengan seorang anak raja dari Kedah iaitu Tengku Dhiauddin ibni almarhum Sultan Zainul Rashid, iaitu adik kepada Sultan Kedah masa itu, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tengku Dhiauddin lebih dikenali dengan nama Tengku Kudin.

Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin sebagai wakil baginda dengan gelaran Wakil Yamtuan bagi menjalankan pentadbiran pemerintahan di seluruh negeri Selangor. Surat kuasa perlantikan Tengku Kudin telah dikurniakan dalam suatu istiadat yang dijalalankan pada 26hb Jun 1868.

Setelah perlantikan tersebut, Sultan Abdul Samad telah memberikan Langat kepada Tengku Kudin. Tindakan baginda ini tidak dipersetujui oleh putera baginda yang bernama Raja Musa, Raja Kahar dan Raja Yaakub yang dikenali juga dengan nama Tengku Alang. Raja Mahadi juga tidak bersetuju dengan tindakan baginda memberikan Langat kepada Tengku Kudin. Disebabkan penentangan tersebut, Tengku Kudin telah baik ke Kedah untuk mengumpulkan orang-orangnya untuk dibawa ke Selangor.


Perang Kelang II

Semasa Tengku Kudin berada di Kedah iaitu pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail bin Raja Abdullah bersama dengan angkatannya seramai lebih kurang 100 orang telah datang dari Melaka untuk menyerang Raja Mahadi di Kelang. Perang tersebut bermula dengan angkatan Raja Ismail menyerang dan menawan kubu pihak Raja Mahadi di Kuala Kelang. Selepas itu, angkatan Raja Ismail telah mengepung pihak Raja Mahadi di Kelang. Raja Ismail juga meminta bantuan dari Tengku Kudin.

Setelah dua bulan lamanya angkatan Raja Ismail melaksanakan kepungan tersebut, dalam bulan Oktober 1869, Tengku Kudin dengan angkatannya seramai 500 orang telah tiba dan bersatu dengan angkatan Raja Ismail. Sultan Abdul Samad juga telah menghantar 200 ratus orang askar dari Langat unuk membantu Tengku Kudin dan Raja Iamail melawan Raja Mahadi. Semasa kepungan tersebut, pasukan meriam Tengku Kudin yang diketuai oleh seorang berbangsa Perancis bernama de Fontaine telah membedil kota Raja Mahadi di Pengkalan Batu dengan tidak berhenti-henti.

Setelah enam bulan lamanya kepungan keatas pihak Raja Mahadi dijalankan, pihak Raja Mahadi pun keputusan bekalan makanan. Ini menyebabkan Raja Mahadi lari meninggalkan Kelang dan Kelang pun jatuh ke tangan Tengku Kudin.

Perang Kanching

Semasa angkatan Raja Ismail, Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad mengepung pihak Raja Mahadi di Kelang, berlaku pula pertempuran dekat Bukit Kanching yang terletak tidak beberapa jauh di utara Kuala Lumpur, yang dikatakan berpunca dari pertelingkahan bekenaan jual beli bijih timah. Pertempuran tersebut adalah diantara angkatan Kapitan Cina Kuala Lumpur iaitu Yap Ah Loy bersama angkatan Raja Asal dan Sutan Puasa yang datang dari Kuala Lumpur menyerang pelombong-pelombong bijih timah Cina di Kanching. Dianggarkan seramai 30 orang Cina di Kanching telah dibunuh oleh angkatan Kapitan Yap Ah



(36) WASIAT RAJA MELAYU


Wasiat Raja Melayu



Setelah Melaka alah oleh Portugis kerajaan Melayu yang terkuat muncul di Acheh. Acheh turut menakluk Perak, Pahang dan Johor. Apabila Acheh menakluk negeri-negeri raja-raja dan pembesar-pembesarnya di bawa ke Acheh. Ketika waris Sultan Melaka yang bersemanyam di Johor ditewaskan oleh Acheh sultan dan pemb esar-pembesarnya di bawa ke Acheh. Antara yang dibawa ke sana adalah bendahara Tun Muhammad yang lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang, pengarang Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Kesultanan Melayu Acheh berada dikemuncaknya di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Ratu Elizabeth I mengirimkan perutusannya kepada Sultan Acheh melalui Sir James Lanceister. Acheh juga melakukan hubungan diplomatik dengan Turki dan Perancis.

Acheh juga mencipta revolusi pemikiran dan bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengucapan seni dan falsafah melalui pemikir seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Dari segi aspek agama, pemikiran falsafah dan kemajuan bahasa Melayu Acheh jauh mengatasi apa yang dicapai oleh Melaka.

Setelah menaklukki Pahang Sultan Iskandar Muda membawa putera sultan Pahang ke Acheh. Putera tersebut diberikan pendidikan di Acheh, dikahwin dengan puteri baginda dan dilatik sebagai pengganti yang dikenali sebagai Sultan Iskandar Thani.

Hamka dalam Dari Perbendaharaan Lama mencatitkan wasiat Sultan Iskandar Muda kepada penggantinya. Berikut adalah wasiat raja tersebut:


......., dan lagi Raja-raja hendaklah mengamalkan 8 perkara. Pertama, hendaklah selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekalian Wazir-wazir dan Menteri Hulubalang dan sekalian pegawai dan dengan sekalian rakyat. Kedua, janganlah Raja-raja menghinakan Alim-Ulama dan yang ahli akal bijaksana.

Ketiga, segala yang datang dari pihak musuh daripada seterunya jangan sekali-kali raja percaya. Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir Sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang.

Kelima, hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. Hendaklah mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan Alim-Ulama dan sekalian Sipahi dengan membalas jasanya masing-masing dengan tertib. Keenam, hendaklah raja menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Iaitu seperti yang telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; Pertama Al-Qur'an, Kedua Al-Hadis, ketiga Ijma', keempat Qias, maka....... keluar daripada itu pun empat perkara: Pertama hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam.


Ketujuh, janganlah raja-raja itu duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil. Kedelapan, hendaklah raja-raja itu memeliharakan hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa senang hati, kerana ia banyak kebaktian kepada raja.

Hendaklah raja itu memeriksa sekalian wazir-wazir dan Hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut Qanun kerajaan. Dan tiap-tiap yang salah itu hendaklah dihukum dengan tertib menurut kesalahan dosa yang diperbuat, sesudah diperiksa dengan sehalus-halusnya, supaya jangan zalim menjatuhkan hukum.

Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan Alim-Ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri dari bersahabat dengan ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan maghzul*kan dia dan mengharap minta keridhaan raja. maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat, seperti dajjal...............

* Maghzul = kata-kata lucah-cabul tentang perempuan, yang diucapkan ketika senda gurau

Kutipan dari

"Qanun Asyih Darussalam"

(Peraturan Pemerintahan Acheh) di zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1637)



Saturday, August 14, 2010

(35) TERSELAMAT DARI ROGOL




Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang

bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam

perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan

yang diambil pula agak tersorok dan

tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,

berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa

takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan

bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong

itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak

sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca

ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar

Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu

bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib

baik lelaki itu buat tidak endah dan

perempuan ini selamat sampai ke

rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki

yang tidak dikenali dekat lorong yang

dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia mtersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih


yang dia lihat semalam adalah perogol

itu.



Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek

melalui kawad cam dan selepas siasatan

dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.



Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut

walhal dia keseorangan di masa tu,

tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak

tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta

kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol

tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke

tempat lain).



Dia pun tanya perogol itu..



“Why don’t you do anything to me on that

night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya

malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa

tu?)


Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw

two young man walking with you. One on your right side and the other one

was by your left side. If you were alone

of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu

saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan

awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.

Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah

pasti awak jadi mangsa saya..)
Melin

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar

penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat

Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi

yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurut

segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan

memelihara kita. Wanita tadi

pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga

batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga

hambaNya yang sentiasa ingat akan

diriNya.



"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat

memeliharanya hingga subuh. Barang siapa

yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...

semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...

sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari

kejahatan syaitan yang di rejam…….



Friday, August 13, 2010

(34) NIZAR CAUVINIST(PERKAUMAN)


USAHLAH SIAPA POLITIK MELAMPAU,BINALAH NEGARA YANG TERCINTA

(33) LAGU MENGUNDI PILIHANRAYA 1955

LAGU YANG TAK PERNAH DIDENGAR SILA LAH AMATI

(32)WANITA JADI IMAM SEMBAHYANG JAMAAH

Saksikan seorang wanita menjadi imam sembahyang jamaah di Toronto Canada yang disiarkan oleh Vision TV Canada. Mereka adalah antara kumpulan-kumpulan Islam progresive/liberal yang memperjuangkan Women for Imam movement.DOAKAN SUPAYA MEREKA DIBERI PETUNJUK!

(31) UPACARA BAPTIS BEKAS MUSLIM DI VATICAN

Majlis pembaptisan yang berlangsung di Vatican Easter Service melibatkan seorang penulis muslim terkenal Itali, kelahiran Mesir, Magdi Allam yang secara rasminya memeluk agama Kristian dalam majlis tersebut


VATICAN CITY (AP) - Italy's most prominent Muslim, an iconoclastic writer who condemned Islamic extremism and defended Israel, converted to Catholicism Saturday in a baptism by the pope at a Vatican Easter service.

An Egyptian-born, non-practicing Muslim who is married to a Catholic, Magdi Allam infuriated some Muslims with his books and columns in the newspaper Corriere della Sera newspaper, where he is a deputy editor. He titled one book "Long Live Israel."


As a choir sang, Pope Benedict XVI poured holy water over Allam's head and said a brief prayer in Latin.


"We no longer stand alongside or in opposition to one another," Benedict said in a homily reflecting on the meaning of baptism. "Thus faith is a force for peace and reconciliation in the world: distances between people are overcome, in the Lord we have become close."
Vatican Television zoomed in on Allam, who sat in the front row of the basilica along with six other candidates for baptism. He later received his first Communion.
Allam, 55, told the newspaper Il Giornale in a December interview that his criticism of Palestinian suicide bombing provoked threats on his life in 2003, prompting the Italian government to provide him with a sizable security detail.
The Union of Islamic Communities in Italy—which Allam has frequently criticized as having links to Hamas—said the baptism was his own decision.
"He is an adult, free to make his personal choice," the Apcom news agency quoted the group's spokesman, Issedin El Zir, as saying.
Yahya Pallavicini, vice president of Coreis, the Islamic religious community in Italy, said he respected Allam's choice but said he was "perplexed" by the symbolic and high-profile way in which he chose to convert.
"If Allam truly was compelled by a strong spiritual inspiration, perhaps it would have been better to do it delicately, maybe with a priest from Viterbo where he lives," the ANSA news agency quoted Pallavicini as saying.
The nighttime Easter vigil service at St. Peter's Basilica marked the period between Good Friday, which commemorates Jesus' crucifixion, and Easter Sunday, which marks his resurrection.
Benedict opened by blessing a white candle, which he then carried down the main aisle of the darkened basilica. Slowly, the pews began to light up as his flame was shared with candles carried by the faithful, until the whole basilica twinkled and the main lights came on.
The pope administers baptism "without making any 'difference of people,' that is, considering all equally important before the love of God and welcoming all in the community of the Church," said the Vatican spokesman, the Rev. Federico Lombardi.
Allam, who has a young son with his Catholic wife and two adult children from a previous relationship, indicated in the Il Giornale interview that he would have no problem converting to Christianity. He said he had even received Communion once—when he was 13 or 14— "even though I knew it was an act of blasphemy, not having been baptized."
He did not speak to the press Saturday and his newspaper said it had no information about his conversion.
Allam said in the interview that he had made a pilgrimage to Mecca, as is required of all Muslims, with his deeply religious mother in 1991, although he was not otherwise observant.
"I was never practicing," he was quoted as saying. "I never prayed five times a day, facing Mecca. I never fasted during Ramadan."
Allam also explained his decision to title a recent book "Viva Israele" by saying he wrote it after he received death threats from Hamas.
"Having been condemned to death, I have reflected a long time on the value of life. And I discovered that behind the origin of the ideology of hatred, violence and death is the discrimination against Israel. Everyone has the right to exist except for the Jewish state and its inhabitants," he said. "Today, Israel is the paradigm of the right to life."
In 2006, Allam was a co-winner, with three other journalists, of the $1 million Dan David prize, named for an Israeli entrepreneur. Allam was cited for "his ceaseless work in fostering understanding and tolerance between cultures."
There is no overarching Muslim law on conversion. But under a widespread interpretation of Islamic legal doctrine, converting from Islam is apostasy and punishable by death—though killings are rare.
Egypt's highest Islamic cleric, the Grand Mufti Ali Gomaa, wrote last year against the killing of apostates, saying there is no worldly retribution for Muslims who abandon their religion and that punishment would come in the afterlife.
On Wednesday, a new audio message from Osama bin Laden accused the pope of playing a "large and lengthy role" in a "new Crusade" against Islam that included the publication of drawings of the Prophet Muhammad that many Muslims found insulting.
Lombardi said Thursday that bin Laden's accusation was baseless. He said Benedict repeatedly criticized the Muhammad cartoons, first published in some European newspapers in 2006 and republished by Danish papers in February.

(30) BAYANGAN ORANG SEMBAHYANG DI PINTU MASUK MASJID


Bayangan seorang sedang bersembahyang yang muncul di Masjid Divrigi, Turki. Bayangan ini, berketinggian hamper 4 meter, mula tersebar luas dikalangan pelancung sejak 2005, hanya dapat dilihat dipintu pagar sebelah barat masjid semasa waktu zohor sahaja.

SUMBER:dari Anatolia News Agency

(29) BOLEH SOLAT TIGA KALI SEHARI DI TURKI

Boleh sembahyang tiga kali sehari di Turki


Ankara, 10 Okt 2007 (AKI) – Penganut Islam Turki dibenarkan bersembahyang hanya tiga kali sehari mulai hari Rabu berbanding lima kali – tanpa perlu rasa bersalah melakukan dosa.


Ahli majlis saintifik Universiti Istanbul, Muhammad Nour Dughan, telah mengeluarkan fatwa kontroversi iaitu mengurangkan kewajipan sembahyang dari lima kepada tiga kali sehari.


Tindakan tersebut telah menimbulkan perdebatan hangat di samping bantahan dari imam-imam dan ulama Islam.


Undang-undang Shariah membolehkan seseorang itu bersembahyang tiga kali sehari, terutamanya apabila berada dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan.
Fatwa terbaru ini telah meluaskan pilihan membenarkan orang Islam bersembahyang tiga kali sehari, sekiranya mengalami kesibukan berkaitan urusan kerja atau peribadi.


Sebelum ini, tajuk yang sama telah bincangkan secara meluas di Mesir dan mendapat sokongan beberapa pihak.


Jamal al-Banna, adik kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan al-Banna, menyokong fatwa dari Turki itu.


“Menggabungkan sembahyang telah menjadi keperluan moden,” katanya kepada laman web al-Arabiya. “Dalam kebanyakan kes, terdapat mereka yang tidak dapat mengerjakan sembahyang dalam waktu kerana tekanan dalam kehidupan moden.”


Al-Banna sering dikritik kerana intepretasi moden beliau terhadap undang-undang Islam. Menurutnya lagi, Nabi Muhammad sendiri memberi pilihan kepada pengikut-pengikutnya apabila sembahyang tidak dapat dilakukan dalam masa-masa tertentu.

Salah seorang ahli Majlis Tertinggi Hubungan Islam Mesir, Sheikh Youssef al-Badri, menolak alasan yang diberikan dengan berhujah bahawa penggabungan sembahyang hanya boleh dilakukan apabila berada dalam perjalanan, sakit, hujan atau mengerjakan haji.


Original Text : adnkronos



Turkish Muslims will be allowed to pray only three times a day from Wednesday instead of the usual five - without fear of committing a sin.


A member of the scientific council of Istanbul University, Muhammad Nour Dughan, has issued a controversial fatwa or religious edict cutting Islamic prayer requirements from five to three times a day.


The move has provoked widespread debate as well as opposition from orthodox imams or Muslim clerics.


Sharia law allows for the possibility of praying three times a day in case of sickness or travel.


The fatwa extends this option allowing Muslims to pray three times a day, especially when they are heavily committed with work or personal issues.


The Turkish debate echoes a similar one that has already taken place in Egypt where the fatwa has also drawn support.


Jamal al-Banna, brother of the founder of the Muslim Brotherhood, Hasan al-Banna, endorsed the Turkish move.


"Merging prayers has become a modern necessity," he told the al-Arabiya website. "In most cases, people do not always perform the five prayers on time due to the pressures of modern life."


Al-Banna is often criticised for his modern interpretation of Islamic rules. He said the Prophet Mohammad himself had given followers this option that could be applied when prayers cannot be carried out in a given time.


A member of Egypt's Supreme Council for Islamic Affairs, Sheikh Youssef al-Badri, rejected the argument saying it was unacceptable to merge prayers unless it was due to travel, illness, rain or pilgrimage.

jamal al-bana

Wednesday, August 11, 2010

(28) SIAPA YANG MABOK BN KE PR 2 KALI 5

Melayu Mabuk Dalam Derita …..!




Sudah 53 tahun kita telah menyaksikan kebobrokan UMNO mentadbir dan mengurus negara. Sebuah parti yang menetas dari inkubator penjajah dengan paradigma perjuangan kaum yang memperalatkan quota Melayu dalam DEB demi membina empayar harta kelas bangsawan. Seperti British pernah mendakwa bahawa mereka melindungi kepentingan Melayu, UMNO juga mempunyai slogan yang sama. Tanpa mereka sedar selama 53 tahun mereka telah melupakan kepentingan majoriti orang-orang Melayu. Orang Melayu bukan sahaja yang telah memberi undi kepada UMNO juga merupakan jumlah masyarakat pengguna terbesar di Malaysia.


Selama 53 tahun itu juga ramai orang-orang Melayu yang miskin terus bersyukur kerana mereka mempunyai sebuah parti Melayu yang sentiasa berjuang untuk mengangkat martabat dan tahap ekonomi yang tidak pernah terangkat itu, malah semakin hari bangsa Melayu semakin jauh tertinggal di belakang bangsa-bangsa lain di Malaysia dalam semua bidang.


Selama 39 tahun DEB yang dirangka untuk menjulang 30 peratus ekuiti Melayu namun hingga kini tidak sampai 20% yang dicapai. Dasar UMNO sebenarnya lebih condong untuk melahirkan kapitalis Melayu Baru yang berteduh di bawah payung DEB. UMNO sebenarnya telah melupai majoriti Melayu yang menjadi pembayar cukai dan masyarakat pengguna terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara.


Walaupun diketahui bahawa Malaysia tidak mempunyai comparative advantage dalam pengeluaran kereta namun kerana mimpi Tun Dr. Mahathir projek ini tetap dilaksanakan. Akibatnya sudah 30 tahun rakyat menderita. Demi melindungi Proton, rakyat terpaksa membayar harga yang berlipat kali ganda terhadap kereta-kereta yang diimport. Sedaya upaya setiap isirumah bertekad untuk memiliki kereta walaupun terpaksa membayar hutang yang tidak pernah akan langsai. Berjuta-juta rakyat yang disenarai hitam malah tidak kurang juga yang menjadi bangkrap – hanya kerana kereta dan mereka tidak pernah tahu bahawa harga yang mereka bayar adalah berlipat kali ganda berbanding yang dibayar oleh rakyat di negara jiran.


Selama lebih 30 tahun dasar mengenai AP dirangka bagi melindungi industri proton dan selama lebih 30 tahun juga AP telah dikurniakan kepada komprador dan Kapitalis Melayu Baru suku sakat UMNO – BN. Selama 30 tahun juga di bawah dasar kawalan – perlindungan ini, kerajaan telah merompak berjuta-juta pengguna. 65 peratus dari masyarakat pengguna ini adalah Melayu. Bukankah dasar ini bertentangan polisi untuk meningkatkan ekonomi Melayu melalui DEB yang sedang didebatkan di luar sana ? Atau apakah ini hanya satu muslihat UMNO untuk mengaut kekayaan dalam keadaan rakyat yang sedang mabuk dalam derita. Sepanjang hayat memandu kereta yang mereka hutang.


Sebagai satu contoh di bawah perlindungan ini sebuah kereta Honda Jazz di Indonesia berharga RM36,000 tetapi di Malaysia nilainya ialah RM108,000 atau tiga kali ganda lebih tinggi. Katakan pada kadar 4% faedah bank untuk 9 tahun pinjaman yang dibuat oleh rakyat Malaysia untuk kereta ini ialah sebanyak RM146,000 dan jika dibayar dalam tempoh 9 tahun jumlah bayaran sebulan ialah sebanyak RM1,351.00. Jumlah faedah bank yang ditanggung pengguna ialah sebanyak RM 38,000 atau sebanyak RM351.00 sebulan. Jumlah cukai (secara berbanding) yang disedut oleh kerajaan UMNO ialah sebanyak RM72,000 atau sebanyak RM666.00 sebulan berbanding dengan harga di Indonesia daripada seorang rakyat.

Jika harga tanpa AP dan perlindungan oleh projek pemimpin UMNO ini rakyat pengguna boleh mengumpul lebihan sebanyak RM 666.00 sebulan yang boleh digunakan untuk membiayai, sewa rumah atau persekolahan anak-anak dan sebagainya. Begitu juga tanggungan hutang dalam bentuk faedah bank jika harga kereta itu hanya RM36,000 yang dibayar dalam masa 5 tahun sahaja kadar fedah bank hanyalah RM7,200 sahaja atau hanya RM120.00 sebulan. Inilah riba yang diurus melalui cukai dan keuntungan niaga menerusi AP UMNO yang sedang menjerut leher rakyat. Begitu juga dengan harga kereta-kereta yang lain seperti Toyota Camri 2.4L yang hanya berharga 69,969.00 tetapi dijual di Malaysia dengan harga RM170,000. Kereta Toyota Altis yang hanya RM46,000 tetapi kerajaan Malaysia telah menekan pengguna yang kebanyakannya orang-orang Melayu dengan harga sebanyak RM112,000.00 atau tiga kali ganda lebih tinggi. Dalam pada itu harga kereta proton tidak juga murah. Harganya terpaksa mahal demi menutup kos kerana sekil pengeluaran dan pasaran yang kecil. Jadi semua ini ditanggung oleh pengguna dan majoritinya orang Melayu.

Honda Jazz yang berharga RM36,000 di Indonesia dan RM 108,000 di Malaysia


Rakyat Malaysia dan orang Melayu terus membayar nilai keuntungan AP kroni UMNO, cukai dan faedah bank yan g sebenarnya adalah nilai riba yang diharamkan oleh Allah di dalam al-Quran. (pendapat penulis mengenai riba - ia adalah perdagangan atau jual beli yang mengambil untung berlipat kali ganda atau "profiteering" dalam bahasa Inggeris) .


Dengan dasar dan sistem ini bolehkah ekuiti Melayu 30 % tercapai ? segala tenaga rakyat digembleng untuk menimbus hutang dan bagaimana mereka boleh membaiki tahap ekonomi diri dan mereka menjadi orang-orang bermaruah. Mengenai riba ini al-Quran telah mengisytiharan perang untuk mereka;

“Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu ialah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya” Al-Baqarah :275


Juga lihat ayat berikut ;

“Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin” Al-Baqarah :278


dan
“Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.


Allah telah mengisytiharkan perang terhadap orang-orang yang makan riba dan orang-orang yang tidak menentangnya. Benarkah Mufti Tan Seri Harussani seorang yang percaya terhadap ayat-ayat Allah yang sepatutnya menyanggah kerajaan UMNO yang memeras rakyat dengan sistem ribanya yang lebih dahsyat dari sistem yang diamalkan oleh negara dan bank-bank di negara Yahudi. Dalam soal ini kenapa diam…?

Soalnya kenapa rakyat tidak dapat melihat segala kebobrokan ini. Dalam derita yang dilalui kenapa rakyat masih boleh menyokong UMNO pada setiap pilihanraya ? Selepas 53 tahun yang berlalu tidak cukupkah untuk bangsaku menilai tentang kebobrokan dasar-dasar UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang hidup bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa. 53 tahun mabuk dalam derita ! dan siapakah yang boleh membangkitkan orang-orang Melayu supaya mereka sedar bahawa sudah 53 tahun mereka telah ditipu. DEB hanya satu utopia kerana dasar-dasar UMNO-BN yang mengiringi dasar ini bersifat menindas dan akan menjadikan orang Melayu seperti ayam yang kelaparan di kapok dan itek yang haus di kolam. Segala kekayaan negara dibaham oleh suku sakat UMNO dan BN sedang rakyat terus mabuk dalam penderitaan.


KAH,KAH,KAH,MABUK KEPAYANG ,AMBOI ROSMAH MANSOR

Tuesday, August 10, 2010

(27) SEMBAHYANG JUMAAT DALAM GEREJA


Oleh: satubenih



"Sebuah Gereja Katolik berubah menjadi sebuah masjid setiap hari Jumaat, untuk membolehkan penganut Islam menunaikan sembahyang Jumaat. Dalam kariah gereja Our Lady of Assumption of Ponzano Veneto berhampiran Venice, sebuah bandar romantik Itali, dewan utamanya diubahsuai untuk kegunaan sembahyang Jumaat. Ketua paderi kariah gereja tersebut, Don Aldo Danieli, 71, menegaskan, "Tak berguna bercakap tentang dialog antara agama kalau kita tidak membuka pintu untuk mereka. Pope John Paul II selalu mengucapkan, 'wahai saudara-saudara Muslim'. Kenapa kita harus menutup pintu gereja untuk mereka?

Terdapat kira-kira 11,500 orang penduduk di Ponzano, dengan jumlah keluarga imigran sebanyak 232 menjadikan jumlah kasar penduduk Islam sekitar 650 orang. Kebanyakan mereka datangnya dari Negara-negara Afrika Utara dan Eropah Timur. Dua tahun lalu, Don Aldo memutuskan untuk membenarkan imigran-imigran Muslim menggunakan beberapa bahagian dalam gereja. Pada setiap hari Jumaat, purata kehadiran penganut islam untuk bersembahyang adalah sebanyak 200 orang. Tapi dalam bulan Ramadan, jumlahnya meningkat ke 1000-1200. “Mereka minta kebenaran dan saya kata ya, lagipun, bahagian dapur dan dewan dah penuh dengan sarang labah”.
Keputusan Don Aldo itu telah menimbulkan rasa tidak puas-hati di kalangan beberapa orang ahli kariah. Terdapat juga bantahan di kalangan bishop tempatan dan paderi yang sampai ke pengetahuannya. “Saya belum lagi meminta kebenaran dari bishop, kerana pada saya ia adalah satu bentuk kebajikan. Kebenaran tak diperlukan untuk buat kebajikan. Selain dari itu, saya lebih tua dari bishop tersebut dan juga, pernah menjadi professor beliau di seminary (sekolah paderi). Sekalipun jika dia melarang saya, saya tidak akan berganjak,”kata Don Aldo dalam nada tegas. Dia tidak ragu-ragu untuk berkata, “Orang Islam yang bersembahyang adalah lebih baik dari orang Kristian yang tidak sembahyang. Anda silap jika menggelar saya seorang yang bersikap perkauman,”. Dalam masa dua tahun yang lalu, Don Aldo telah menerima email dan surat –surat yang menasihati beliau supaya “terus kekal bersama jamaah kariahnya”. Menurut Don Aldo lagi, “pope menggesa supaya pintu dibuka untuk Nabi Isa: Nabi Isa juga berada bersama orang Islam.”
Akhir-akhir ini, Itali menjadi destinasi kegemaran imigran terutamanya, dari kalangan beragama Islam dari Afrika Utara dan Eropah Timur. Berhubung dengan situasi ini, masyarakat awam mempunyai pendapat yang berbeza. “Akhirnya, satu isyarat jelas tentang keterbukaan dan penerimaan’, kata seorang dari mereka. “Tak guna untuk bercakap tentang keterbukaan dan kemudian tidak mengamalkannya apabila diri sendiri mempunyai prasangka. Paderi begini membuat kami percaya tentang masa depan,” tulis yang lain. “Perkara yang paling menyedihkan ialah apabila bilangan jemaah pada hari Jumaat lebih ramai dari jemaah hari Ahad”, komen yang lain. “Harap-harap pastor tidak masuk Islam”, sindir seorang lagi. Sungguhpun begitu, majoriti orang awam menyokong pastor Don Aldo. Dalam arus perubahan globalisasi, Itali beransur-ansur dapat membiasakan diri dengan imigran-imigran yang berlainan agama dan budaya. Kes-kes seperti ini telah membawa kepada bertambahnya perdebatan tentang integrasi dan imigrasi di peringkat kawasan dan kebangsaan, dan ini sangat penting bagi Itali, yang mana di dalamnya terletak Jantung Agama Kristian.
Source : Islamic Bulletin

Secebis harapan : Wahai pembaca budiman, Berita Islam Global (BIG) memerlukan sokongan anda bagi meneruskan usaha-usaha mengeluarkan berita-berita berkualiti dan terkini. Justeru itu, korbankan sedikit tenaga anda untuk klik di mana-mana ruang iklan (jika ada) sebelum keluar dari blog ini. Kesudian anda didahului dengan jazakallahu khairan kasira.
A Catholic Church turns into a mosque every Friday, to enable the Muslim believers to offer their Jumha prayers. In the parish of Our Lady of Assumption of Ponzano Veneto near Venice, the romantic city of Italy, the main hall is converted for use for Jumah prayers.The pastor of the parish, Don Aldo Danieli, 71, affirms, "It's useless to speak of religious dialogue and then bang the door on their face. Pope John Paul II addressed them as, 'dear Muslim brothers'. How can we close our church doors to them?"

At Ponzano, there live some 11,500 people of whom 232 families are immigrants, making

Monday, August 9, 2010

(26) BENARKAH? UMNO PERJUANG MERDEKA


Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ini telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Parti ini adalah parti yang mula-mula sekali menjadikan "MERDEKA" sebagai slogannya, dan menjadikan warna merah dan putih sebagai bendera untuk parti PKMM.


Dengan selogan "MERDEKA" PKMM telah berjaya menghimpunkan seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa mengira agama dan fahaman ideologi. Namun ia tidak mendapat sokongan dikalangan bangsawan Melayu dan juga kakitangan kerajaan (pro penjajah)

Pimpinan tertinggi PKMM pada awalnya dipimpin oleh Mokhtarudin Laso seorang yang amat keras didalam perjuangannya, namun beliau menghilangkan diri dan dikatakan bahawa beliau telah ke Sumatera Barat, untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mokhtarudin Laso satu mesyuarat telah diadakan di 'Rumah Merdeka' di Kampung Bahru untuk menstrukturkan semula PKMM.
Struktur organiasasi PKKM yang baru adalah:


Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy Naib

Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako)

Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni


Ahli Jawatankuasa :

1. Abdullah CD (Cik Dat Abdullah)

2. Ahmad Boestamam

3. Musa Ahmad

4. Khatijah Ali

5. Abu Bakar Al Baqir


Aishah Ghani telah mengantikan tempat Khatijah Ali apabila PKMM berpindah ke Kuala Lumpur. 'Mak Inang' nama timangan yang digunakan oleh Aishah Ghani untuk penulisan akhbar rasmi PKMM yang bernama 'Pelita Malaya'. Aishah Ghani telah meletakkan jawatan setelah beliau menjawat jawatan didalam kerajaan British. Tempat beliau kemudiannya diisi oleh Shamsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.


PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:


1. API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP

2. AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.


3. BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas, Johar - Kadir dan Negeri Sembilan - Ibrahim Baba.


4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.


5. Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.


6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.


7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.


8. Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.


8. Kesatuan Opera Melayu.


9. Persatuan Pemandu Teksi.


10. PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.


Pada tahun 1947, iaitu sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA

UMNO Dato Onn

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.


Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTA

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.


Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, dan telah menolak Perlembagaan Rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.


Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) UMNO, Dato' Onn Jaafar.


British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)


AYUH BUKTIKAN BAHAWA UMNO ITU PEJUANG KEMERDEKAAN!!!!




(25) NASIB MUFTI PALESTIN DAN SHAMSIAH FAKIH

Nasib Mufti Palestin dan Shamsiah Fakeh... oleh:MARHEIN Isu tentang sejarah pembabitan Mufti Palestin Sheikh Muhammad Amin Husaini dengan Hitler dan juga pembabitan orang Melayu dalam Rejimen 10 PKM adalah suatu perkara menarik untuk kajian. Dua isu ini mempunyai 2 pandangan sisi. Pandangan popular adalah pandangan dari pihak yang berkuasa dan menguasai media.

Pandangan ini juga dimasukkan dalam subjek Sejarah maupun filem-filem.Palestin yang bersekongkol dengan Menahem Begin, Irgun dan Haganah yang menyembelih rakyat Palestin di Dier Yasin! Yang pastinya selama British menjajah negara kita TIADA seorangpun pimpinan UMNO dibunuh,digantung,dipenjara dan dilabelkan sebagai pengkhianat, pengganas dan penderhaka. Mengapa?

 Fikir sendiri. Selama ini kita disogokkan tentang kejahatan Nazi dan Hitler. Hitler dilabelkan sebagai manusa yang laparkan darah Yahudi. Buku-buku sejarah banyak menceritakan tentang "keganasan dan kezaliman" Nazi pimpinan Hitler. Dikuatkan dengan propaganda Yahudi dengan peristiwa "Holocaust". Banyak filem tentang peperangan antara Amerika dengan Jerman menceritakan dakyah kehebatan Amerika dan kezaliman Nazi. Tiba-tiba kita disajikan satu lagi fakta tentang Hitler dan Nazi.

Bagaimana pembabitan Mufti Palestin dengan Hitler. Juga hubungan Kerajaan Uthmaniyyah Turki dengan Tentera Nazi dalam menghadapi Tentera Bersekutu. Di sini kita melihat hubungan Sheikh Husaini dengan Hitler dan Uthmaniyyah dengan Nazi. Semuanya membabitkan musuh yang sama Yahudi. Kita juga melihat bagaimana pihak Yahudi yang menguasai media,akhbar dan filem begitu ghairah menggambarkan "kejahatan dan kezaliman" Hitler dan Nazi. Mesti ada sebabnya. Antaranya untuk menutup dan menghapuskan fakta tentang hubungan Mufti Palestin dan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Hitler dan Nazi.


Hubungan erat Mufti Palestin dengan Hitler dan Nazi untuk menentang musuh yang sama Yahudi mengundang kepada kita untuk berfikir. Ketika itu Palestin sudah mula didatangi Yahudi. Palestin mula dijajah pendatang Yahudi dari Eropah yang dibantu Amerika dan British. Tentunya Mufti Palestin bersama Hitler untuk bersama-sama menentang penjajahan Yahudi Palestin kerana Hitler mempunyai pengalaman tentang kejahatan Yahudi di Jerman. Begitu juga di negara kita. Ramainya pejuang kemerdekaan dilabelkan sebagai "pengganas komunis" atau Golongan Kiri. Itu belum lagi gelaran penderhaka dan pengkhianat.


Bermula dengan Datuk Maharaja Lela, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh seterusnya Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmi, Abu Bakar Baqir, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin hinggalah Assyahid Ibrahim Libya dan terkini Anwar Ibrahim. Semuanya "menerima nasib yang sama" dari skrip yang sama oleh Sang Penguasa! Kita disogokkan dalam buku Sejarah tentang "kejahatan" Golongan Kiri dan PKM.Puluhan tahun buku sejarah di sekolah membawa propaganda ini. Kta tidak dibawa berfikir mengapa Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin lari ke hutan dan bergabung dengan PKM ?

Kita juga disogokkan dengan "kejahatan " PKM membunuh Pesuruhjaya British Henry Gurney.Palestin yang bersekongkol dengan Menahem Begin, Irgun dan Haganah yang menyembelih rakyat Palestin di Dier Yasin! Yang pastinya selama British menjajah negara kita TIADA seorangpun pimpinan UMNO dibunuh,digantung,dipenjara dan dilabelkan sebagai pengkhianat, pengganas dan penderhaka. Mengapa? Fikir sendiri. Tetapi kita tidak dibawa berfikir siapakah dia Henry Gurney? Beliaulah antara pembunuh