Wednesday, August 11, 2010

(28) SIAPA YANG MABOK BN KE PR 2 KALI 5

Melayu Mabuk Dalam Derita …..!




Sudah 53 tahun kita telah menyaksikan kebobrokan UMNO mentadbir dan mengurus negara. Sebuah parti yang menetas dari inkubator penjajah dengan paradigma perjuangan kaum yang memperalatkan quota Melayu dalam DEB demi membina empayar harta kelas bangsawan. Seperti British pernah mendakwa bahawa mereka melindungi kepentingan Melayu, UMNO juga mempunyai slogan yang sama. Tanpa mereka sedar selama 53 tahun mereka telah melupakan kepentingan majoriti orang-orang Melayu. Orang Melayu bukan sahaja yang telah memberi undi kepada UMNO juga merupakan jumlah masyarakat pengguna terbesar di Malaysia.


Selama 53 tahun itu juga ramai orang-orang Melayu yang miskin terus bersyukur kerana mereka mempunyai sebuah parti Melayu yang sentiasa berjuang untuk mengangkat martabat dan tahap ekonomi yang tidak pernah terangkat itu, malah semakin hari bangsa Melayu semakin jauh tertinggal di belakang bangsa-bangsa lain di Malaysia dalam semua bidang.


Selama 39 tahun DEB yang dirangka untuk menjulang 30 peratus ekuiti Melayu namun hingga kini tidak sampai 20% yang dicapai. Dasar UMNO sebenarnya lebih condong untuk melahirkan kapitalis Melayu Baru yang berteduh di bawah payung DEB. UMNO sebenarnya telah melupai majoriti Melayu yang menjadi pembayar cukai dan masyarakat pengguna terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara.


Walaupun diketahui bahawa Malaysia tidak mempunyai comparative advantage dalam pengeluaran kereta namun kerana mimpi Tun Dr. Mahathir projek ini tetap dilaksanakan. Akibatnya sudah 30 tahun rakyat menderita. Demi melindungi Proton, rakyat terpaksa membayar harga yang berlipat kali ganda terhadap kereta-kereta yang diimport. Sedaya upaya setiap isirumah bertekad untuk memiliki kereta walaupun terpaksa membayar hutang yang tidak pernah akan langsai. Berjuta-juta rakyat yang disenarai hitam malah tidak kurang juga yang menjadi bangkrap – hanya kerana kereta dan mereka tidak pernah tahu bahawa harga yang mereka bayar adalah berlipat kali ganda berbanding yang dibayar oleh rakyat di negara jiran.


Selama lebih 30 tahun dasar mengenai AP dirangka bagi melindungi industri proton dan selama lebih 30 tahun juga AP telah dikurniakan kepada komprador dan Kapitalis Melayu Baru suku sakat UMNO – BN. Selama 30 tahun juga di bawah dasar kawalan – perlindungan ini, kerajaan telah merompak berjuta-juta pengguna. 65 peratus dari masyarakat pengguna ini adalah Melayu. Bukankah dasar ini bertentangan polisi untuk meningkatkan ekonomi Melayu melalui DEB yang sedang didebatkan di luar sana ? Atau apakah ini hanya satu muslihat UMNO untuk mengaut kekayaan dalam keadaan rakyat yang sedang mabuk dalam derita. Sepanjang hayat memandu kereta yang mereka hutang.


Sebagai satu contoh di bawah perlindungan ini sebuah kereta Honda Jazz di Indonesia berharga RM36,000 tetapi di Malaysia nilainya ialah RM108,000 atau tiga kali ganda lebih tinggi. Katakan pada kadar 4% faedah bank untuk 9 tahun pinjaman yang dibuat oleh rakyat Malaysia untuk kereta ini ialah sebanyak RM146,000 dan jika dibayar dalam tempoh 9 tahun jumlah bayaran sebulan ialah sebanyak RM1,351.00. Jumlah faedah bank yang ditanggung pengguna ialah sebanyak RM 38,000 atau sebanyak RM351.00 sebulan. Jumlah cukai (secara berbanding) yang disedut oleh kerajaan UMNO ialah sebanyak RM72,000 atau sebanyak RM666.00 sebulan berbanding dengan harga di Indonesia daripada seorang rakyat.

Jika harga tanpa AP dan perlindungan oleh projek pemimpin UMNO ini rakyat pengguna boleh mengumpul lebihan sebanyak RM 666.00 sebulan yang boleh digunakan untuk membiayai, sewa rumah atau persekolahan anak-anak dan sebagainya. Begitu juga tanggungan hutang dalam bentuk faedah bank jika harga kereta itu hanya RM36,000 yang dibayar dalam masa 5 tahun sahaja kadar fedah bank hanyalah RM7,200 sahaja atau hanya RM120.00 sebulan. Inilah riba yang diurus melalui cukai dan keuntungan niaga menerusi AP UMNO yang sedang menjerut leher rakyat. Begitu juga dengan harga kereta-kereta yang lain seperti Toyota Camri 2.4L yang hanya berharga 69,969.00 tetapi dijual di Malaysia dengan harga RM170,000. Kereta Toyota Altis yang hanya RM46,000 tetapi kerajaan Malaysia telah menekan pengguna yang kebanyakannya orang-orang Melayu dengan harga sebanyak RM112,000.00 atau tiga kali ganda lebih tinggi. Dalam pada itu harga kereta proton tidak juga murah. Harganya terpaksa mahal demi menutup kos kerana sekil pengeluaran dan pasaran yang kecil. Jadi semua ini ditanggung oleh pengguna dan majoritinya orang Melayu.

Honda Jazz yang berharga RM36,000 di Indonesia dan RM 108,000 di Malaysia


Rakyat Malaysia dan orang Melayu terus membayar nilai keuntungan AP kroni UMNO, cukai dan faedah bank yan g sebenarnya adalah nilai riba yang diharamkan oleh Allah di dalam al-Quran. (pendapat penulis mengenai riba - ia adalah perdagangan atau jual beli yang mengambil untung berlipat kali ganda atau "profiteering" dalam bahasa Inggeris) .


Dengan dasar dan sistem ini bolehkah ekuiti Melayu 30 % tercapai ? segala tenaga rakyat digembleng untuk menimbus hutang dan bagaimana mereka boleh membaiki tahap ekonomi diri dan mereka menjadi orang-orang bermaruah. Mengenai riba ini al-Quran telah mengisytiharan perang untuk mereka;

“Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu ialah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya” Al-Baqarah :275


Juga lihat ayat berikut ;

“Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin” Al-Baqarah :278


dan
“Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.


Allah telah mengisytiharkan perang terhadap orang-orang yang makan riba dan orang-orang yang tidak menentangnya. Benarkah Mufti Tan Seri Harussani seorang yang percaya terhadap ayat-ayat Allah yang sepatutnya menyanggah kerajaan UMNO yang memeras rakyat dengan sistem ribanya yang lebih dahsyat dari sistem yang diamalkan oleh negara dan bank-bank di negara Yahudi. Dalam soal ini kenapa diam…?

Soalnya kenapa rakyat tidak dapat melihat segala kebobrokan ini. Dalam derita yang dilalui kenapa rakyat masih boleh menyokong UMNO pada setiap pilihanraya ? Selepas 53 tahun yang berlalu tidak cukupkah untuk bangsaku menilai tentang kebobrokan dasar-dasar UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang hidup bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa. 53 tahun mabuk dalam derita ! dan siapakah yang boleh membangkitkan orang-orang Melayu supaya mereka sedar bahawa sudah 53 tahun mereka telah ditipu. DEB hanya satu utopia kerana dasar-dasar UMNO-BN yang mengiringi dasar ini bersifat menindas dan akan menjadikan orang Melayu seperti ayam yang kelaparan di kapok dan itek yang haus di kolam. Segala kekayaan negara dibaham oleh suku sakat UMNO dan BN sedang rakyat terus mabuk dalam penderitaan.


KAH,KAH,KAH,MABUK KEPAYANG ,AMBOI ROSMAH MANSOR

No comments:

Post a Comment