Sejarah Politik saya penuh dengan liku dan warna-warni, yang elok, yang buruk, untuk ingatan terakhir
Saya dilahirkan di Kg Lubok Kawah, Temerloh, Pahang pada 8.12.1944. Ayah saya adalah seorang pejuang didalam Angkatan Pemuda Insaf, sayap Pemuda kepada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Kg Lubok Kawah adalah sebuah kampong rebolusi, penduduknya adalah pejuang-pejuang kebangsaan menuntut kemerdekaan Tanah Air.
Kampong ini diisytihar kawasan hitam oleh Kerajaan Inggeris kerana kesemua penduduknya kecuali yang mempunyai anak kecil menyertai PKMM, API dan AWAS.Pilihanraya peringkat Negeri meminta agar PKN diberikan sekurang-kurangnya 8 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen, tetapi semuanya ditolak oleh PAS atas alasan bahawa PKN ada sebuah parti yang kecil dan hanya PAS dan DAP sahaja layak bertanding. Dengan sikap yang ditunjukkan oleh Wakil Pas itu saya dan Sdr Nizam keluar dari bilik rundingan kerana jika PKN tidak layak untuk bertanding maka tidak ada menfaatnya kami menghadiri rundingan, dan saya mengeluarkan kenyataan bahawa seluruh DUN di Negeri Pahang ini ditandingi oleh PAS sahaja dan kami dari PKN menyokong calon-calon yang diletakkan oleh PAS.
Ini menyebabkan saya dipanggil ke Ibu Pejabat PKN di Kuala Lumpur dan saya diberikan katadua oleh Timbalan Presiden PKN pada waktu itu, Dr Chandra Muzzafar supaya saya letak jawatan sebagai Ketua PKN Temerloh dan lain-lain jawatan dalam parti kerana kehadiran saya dikatakan merosakkan hubungan dengan PAS. Chandra meminta saya akur saja dengan kehendak PAS kerana ramai pemimpin-pemimpin PKN bergantung harap kepada sokongan PAS untuk menang.
Kalau inilah sikap seorang Timbalan Presiden, maka hancurlah PKN. Pengertian saya bahawa PKN akan terus menjadi parti yang kecil dan kewujudannya hanya bergantung kepada PAS. Sungguh malang PKN mempunyai Timbalan Presiden yang begitu dhaif dari segi politik. Saya hanya minta 8 kerusi sahaja di Pahang, majoriti kerusi masih ditangan PAS, dan DAP pula hanya bertanding di bandar-bandar sahaja. Maka kalau tuntutan PKN untuk 8 kerusi itu dikatakan boleh memecahkan kerjasama dengan PAS dan kalau hanya PAS dan DAP sahaja yang layak bertanding dan PKN tidak layak bertanding di Pahang, maka apalah gunanya kerjasama pembangkang itu. Bagi saya, kalau PAS, DAP dan PKN sama-sama boleh bertanding walaupun PAS melebihi DAP dan PKN, itu adalah kerjasama yang lebih tulin dan jujur.
Saya bukan saja letak semua jawatan saya dalam PKN bahkan saya terus keluar dari PKN. Saya hanya kembali kepada PKN/PKR apabila Dato Seri Anwar dibebaskan dari penjara dan didalam kelam malam di Sg Gau, beliau terlihat kepada saya dan menyatakan kepada saya: "Suhaimi, come back".
Lama juga saya mengambil masa untuk kembali kepada Parti Keadilan Rakyat, itu pun selepas pujukan dari Sdr Nizam Abdul Hamid dan galakan dari Dr Syed Husin Ali.
Pada 27hb November 2007 di rumah Sdr Nizam Hamid, bersama-sama dengan 30 yang lain, saya menyertai kembali Parti Keadilan Rakyat. Saya yakin dan hormat kepada pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim dan saya yakin dan hormat kepada Dr Syed Husin Ali, dan Alhamdulillah, KEADILAN yang saya kembali itu sudah tidak ada Dr Chandra Muzzafar dan Marina Yusof yang juga seorang pemimpin yang lemah dan yang bergantung kepada kekuatan PAS semata-mata.
Didalam bulan Januari 2008, saya berbincang dengan Sdr Zakaria Hamid bahawa saya ingin menegakkan satu Cabang Parti Keadilan Rakyat di Kuala Krau kerana disana belum ada Cabang/Bahagian parti lagi.
Tidak ada seorang ahli pun di Kuala Krau. Tetapi saya ada rakan-rakan yang sanggup bersusah berpayah bersama-sama. Saya fotostat ucapan-ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim dan saya edarkan dari rumah ke rumah dibantu oleh Sdr Razak Hussain, Sdr Suhaimi Abdullah, kemudian dibantu oleh rakan-rakan dari Kuala Lipis, dan kemudian muncul Sdr Man Kadir dengan puak gerabaknya dari Lanchang. Man Kadir adalah ahli PAS, dan beliau telah meminta izin dari PAS untuk menyertai PKR dan membantu di Kuala Krau.
Sehingga bulan Mac 2008, hanya ada lebih kurang 20 orang Ahli Parti Keadilan Rakyat Kuala Krau, tetapi diatas rundingan dengan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS membenarkan PKR bertanding untuk DUN Jenderak. Belum sempat kami menubuhkan ranting PKR di DUN Jenderak, Pilihanraya Umum telah diumumkan. Namun, walaupun tidak ada ranting dan dengan keahlian yang kecil, kerja-kerja kami telah meliputi seluruh DUN Jenderak. Setiap minggu sebelum Pilihanraya itu kami telah sampai membuat edaran kesetiap buah rumah di DUN Jenderak, dan telah mendekati orang Asal di 10 buah perkampongan mereka.
Memang kami tidak memikirkan untuk menang didalam PRU itu tetapi target kami nak mengurangkan majoriti BN. Alhamdulillah, kami berjaya mmengurangkan majoriti BN hingga 50%, calon PKR (saya sendiri) hanya kalah dengan 1300+ undi sahaja. Ini bererti bahawa kami hanya memerlukan lebihkurang 700 undi sahaja untuk menang tipis didalam PRU-13.
Kini kami mempunyai ranting-ranting di 10 buah perkampongan Orang Asal, dan di kampong-kampong tradisi Melayu yang dulunya langsung tidak boleh dihampiri seperti Kg Paya Luas, Kg Gong Halt, Kg Dato Sharif Ahmad, dan kami jug
Kampong ini juga adalah kampong tempat pengajian, perkampongan pondok yang utama di Negeri Pahang, dan Tuan Gurunya yang kami kenali sebagai Tok Ayah, mempunyai pandangan progresif memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air dan anaknya sendiri, Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah seorang pejuang API.
Ayah saya bersama dengan puluhan anak-anak muda Kg Lubok Kawah telah ditahan oleh Inggeris dan mereka merengkok didalam Kem-Kem Tahanan Inggeris di Morib dan Batu Gajah dan hanya bebas dari tahanan menjelang Kemerdekaan Malaya.
Penduduk kampong ini yang sudah tua, termasuklah datuk dan nenek saya, dan wanita yang mempunyai anak-anak kecil, seperti ibu saya terpaksa berpindah randah dari satu kampong ke satu kampong, membawa kami ke Kg Bangau, Kg Batu Papan, Kg Padang Tenggala, Kg Chatin, Kg Penak dan Kg Berhala Gantang, dan hanya dapat kembali ke Kg Lubok Kawah menjelang Hari Merdeka bilamana kampong kami diisytiharkan Kawasan Putih kembali, dan diwaktu itulah ayah saya dibebaskan dari tahanan, dan beliau tidak dibenarkan pulang ke Lubok Kawah, dan kami berpindah ke Temerloh, Pahang, duduk mendiami Rumah Rakit, di mana ayah saya bekerja sebagai Tukang Masak di Restoran Kedai Makan International dan nenek saya berjual barang-barang kampong di sekitar bandar Temerloh, manakala datuk saya, seorang pencen guru agama, mengajar Quraan kepada penduduk sekitar Kuala Semantan.
Saya, abang saya dan pupu saya yang tinggal bersama bersekolah di Sekolah Melayu Bandar Temerloh, yang terkenal sebagai Sekolah Lanjut (kerana disana terdapat sebatang pokok lanjut yang besar).
Setelah mendapat berita bahawa Ibu Saudara saya (adik kepada emak saya) dan Pak Itam saya (suami kepada Ibu Saudara saya) mereka akan bebas dari Tahanan Politik Inggeris, ayah dan datuk saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Berhala Gantang (kampong asal datuk saya) agar keluarga kami dan keluarga Ibu Saudara saya dapat tinggal serumah.
Ibu Saudara saya, Mak Itam Zauyah (adalah salah seorang ketua Awas) dan Pak Itam saya Abdul Rahman Md Noor adalah salah seorang pejuang API yang kemudiannya menjadi salah seorang anggota Regimen ke-10.
Diantara anggota keluarga saya yang mati digantung oleh Inggeris adalah Omar Mat Amin, yang mati ditembak oleh askar-askar upahan Inggeris, ialah Pokde Uda(Uda Haji Ismail (adik ayah saya), Ayahcik Tar (Mokhtar Haji Ibrahim), adik emak saya, dan diantara yang ditahan didalam Tahanan Kem-Kem Tahanan Inggeris adalah Abg Hashim Idris (masih hidup), Abg Yaakob (meninggal), Abang Kadir (masih hidup tapi sangat uzur), Mak Ngah Minah (sudah meninggal), Abang Manap (sudah meninggal), Abang Samah (sudah meninggal), dan puluhan yang lain yang tak dapat saya sebutkan satu persatu, mereka itu samada adik beradik ayah saya, atau adik beradik emak saya, atau pupu saya sebelah ayah saya dan pupu saya sebelah emak saya.
Ada beberapa pejuang yang menyertai Regimen ke-10 yang masih hidup iaiatu Embong Miah (anak kepada Makngah Minah) dan Embong Maryam (adik kepada Abang Hashim) yang sekarang ini masih berada di perkampongan di Selatan Thai.
Ayah saya, Pak Itam saya, dan pupu-pupu saya yang diketuai oleh Allahyarham Abu Samah Mat Amin menyertai Parti Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Ahmad
Boestamam dan kampong-kampong Melayu di Temerloh yang menjadi kawasan terkuat parti itu adalah Kg Batu, Kg Tg Batu, Kg Lebak, Kg Pangsenam, Kg Buntut Pulau, Kg Paya Luas, Kg Batu 4, Jalan Maran, Kg Paya Kecik, Kg Tualang, dan didalam pilihanraya-pilihanraya untuk DUN Semantan, PRM pada waktu itu hanya kalah dengan bilangan yang kecil sahaja, Abu Samah hanya kalah 120 undi sahaja dikalahkan oleh calon Perikatan Datuk Awang Ngah Ibrahim di DUN Semantan.
Ideologi Marhaen (iaitu ideologi perjuangan untuk kaum boroh, petani dan golongan yang berpendapatan kecil) menjadi anutan ideologi saya, dan saya tetap berpegang kepada ideologi itu walaupun saya pernah berpindah randah dari satu parti politik kepada satu politik yang lain. Saya adalah seorang marhaenis.
Datuk saya adalah seorang bekas guru agama dan beliau adalah pakar didalam ilmu tajwid, beliau berpondok di Kelantan sehingga berbelas tahun, dan apabila kembali dari Kelantan, beliau menjadi seorang guru agama di sekolah-sekolah Melayu sehinggalah beliau pencen. Maka di rumah keluarga saya samada di Lubok Kawah, di Kuala Semantan mahupun di Berhala Gantang, akan sentiasa penuh dengan anak-anak murid yang belajar mengaji Al-Quraan. Dan saya mengambil peluang itu untuk mengaji bersama dan semasa saya darjah 3 sekolah Melayu, saya sudah khattam Al-Quraan, dan menjadi tenaga pengajar kepada kanak-kanak yang baru nak membaca Al-Quraan.
Pada tahun 1958, saya masuk Abu Bakar School didalam Remove Class, suatu darjah peralihan dari berbagai aliran sekolah Melayu, Cina dan Tamil ke sekolah Inggeris. Pada tahun 1963, kami mengambil perperiksaan Overseas School Certificate dan Alhamdulillah kesemua kami daripada Remove Class telah mencapai pencapaian baik dan hampir kesemua dari kami dapat melanjutkan pelajaran hinggalah ke universiti-universiti tempatan dan luar negara, dan saya sendiri melanjutkan pelajaran ke London.
Semasa di bangku sekolah (Abu Bakar School) saya terlibat membantu calon Parti Rakyat Malaya dan gabungannya Parti Boroh Malaya (Socialist Front) didalam beberapa Pilihanraya Umum. Sebagai kanak-kanak saya mengepalai rakan-rakan
sekolah saya (unit berbasikal) dengan menampalkan poster-poster untuk Socialist Front. Semasa Pak Sako menjadi calon di kawasan Parlimen Temerloh, saya ambil cuti bersekolah hampir lebih 2 bulan, dan saya mengikut Pak Sako menjalankan kempennya.
Pak Sako kalah kecil sahaja iaitu dalam lingkungan 1000 undi sahaja di Parlimen Temerloh. Dan selepas itu saya kembali semuala ke sekolah. Guru Besar sekolah, Sivapakiam, betul-betul marah kepada saya, saya ditempeleng beberapa kali, dan saya diberikan public canning. Tetapi selepas itu, dia pujuk saya kembali dengan berkata:"Boy, you are too young to be involved in politics, I want you to study, I want you to get through your exam, and with good education, you can involve yourself in politics." Selepas hari itu, dia sentiasa memerhatikan saya.
Setelah selesai Form Five, saya tidak mahu menyusahkan ibu-bapa saya lagi, kerana mereka adalah orang miskin dengan pendapatan yang sangat kecil. Saya menyertai kumpulan kontraktor di bandar Temerloh dengan menjadi tenaga boroh bergaji kecil. Saya libatkan diri dengan tenaga membina surau, balairaya, masjid dan rumah-rumah dibawah kontraktor atau subkontraktor, dan setiap bulan dapatlah gaji sebanyak RM150 (kurang atau lebih). Jumlah itu sudah besar dizaman itu.
Saya dapat kumpulkan wang dan saya berhijrah ke Negeri Sembilan iaitu ke sebuah estet getah, Middleton Estate di Rompin, Bahau.
Malangnya, ayah saya mendapat tahu dan setelah dia mencari saya, akhirnya terjumpa saya sedang menoreh getah disana. Dia paksa saya balik ke kampong, Kg Lubok Kawah. Tetapi saya bosan duduk di kampong kerana tidak ada kerja dan saya tidak mahu membebankan ibu dan ayah saya.
Maka bertemulah saya dengan seorang kawan yang sama-sama kerja boroh dibawah kontraktor di Temerloh, dengan bermodalkan setiap seorang RM30.00 kami memulakan satu kerja sub-kontrak iaitu kerja-kerja mengecat. Kami diberikan kerja-kerja sub-kontrak, dan kontraktor-kontraktor yang mengambil kami sangat berpuas hati kerana kami berjaya menjalankan kerja-kerja kami lebih awal dari tempoh yang dibenarkan. Apa kami buat? Kami kerja siang-malam, di waktu malam kami gunakan lampur gasolin, dan kami bekerja hingga larut malam, dan awal pagi esuknya kami sudah mula bekerja.
Akhirnya, kerja-kerja kami yang baik itu diketahui umum di Temerloh. Maka kedai-kedai di Temerloh mula mengambil kami untuk menjalankan kerja-kerja mengecat. Mereka suka kepada kami kerana kami mengambil upah yang lebih rendah daripada pengecat-pengecat lain. Maka pada waktu itu, poket kami sentiasa berisi wang.
Ada rakan-rakan kami yang sudah menjadi guru memandang rendah kepada kami, tapi kami perduli apa? Poket kami penuh. Kami tidur di hotel-hotel Temerloh, kami makan di restoran-restoran Temerloh, dan kami ada basikal Raleigh (bukan senang nak beli basikal Raleigh masa itu). Mereka pandang rendah kepada kami kerana kami sentiasa berseluar dan berbaju yang dipenuhi dengan cat-cat. Tapi poket mereka kosong!
Ayah saya tidak setuju saya meneruskan kerja itu. Saya bincang dengan ayah saya bahawa kalau saya meneruskan kerja-kerja yang saya lakukan itu sudah tentu satu hari nantii saya akan menjadi kontraktor yang berjaya, dan saya nyatakan bahawa saya boleh membantu ayah-ibu saya yang miskin.
Tapi ayah saya bertegas mahukan saya menyambung pelajaran saya. Dia ambilkan borang Maktab Mara. Saya tidak mahu isi borang itu. Dia carikan seorang guru yang tolong isikan borang itu dan dia paksa saya tandatangan borang itu. Saya tandatangan dan ayah saya yang hantarkan borang itu. Tak lama dapatlah berita bahawa permohonan saya itu lulus dan saya diminta melapur diri di Maktab MARA di Petaling Jaya. Bidang yang saya ambil, tanpa pengetahuan saya, kerana bukan saya mengisi Borang Permohonan itu ialah Stenography, satu bidang yang lebih khusus untuk kaum wanita.
2 tahun saya di Maktab Mara, an ada interview di Pejabat Perdana Menteri Malaysia untuk seorang Stenographer dan dia cadangkan kepada saya supaya saya pergi interview itu.
Saya pergi interview, dan sebelum interview, saya diuji kelajuan trengkas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya lulus kedua-duanya, dan esuknya saya diminta melapur diri dan bekerja dibawah Setiausaha Rendah di Jabatan Perdana Menteri dan saya juga bertugas di bawah seorang Penolong Setiausaha yang bertanggungjawab kepada Kabinet dan Perlembagaan.
Bertugaslah saya disana. Tetapi dihujung-hujung minggu saya tetap bersama dengan perjuangan politik saya iaitu Parti Sosialis Rakyat Malaysia (nama baru kepada Parti Rakyat Malaya) dengan Sdr Kassim Ahmad selaku Presidennya dan Dr Syed Husin Ali selaku Setiausaha Agungnya. Masa itulah saya berkenalan dengan semua pimpinan PSRM termasuklah Sdr Sanusi Osman, Sdr Halim Ali, Sdr Syed Hamid Ali, Sdr Hasnul Hadi, Sdr Satar Haji Dahan, Sdr S.T.Gamany, Sdr Mohideen Kader, Sdr Razak Ahmad, Sdr Zulkifli Ismail, Sdr Sivasubramaniam, dan yang lain-lain.
Saya suka belajar ideologi. Di hujung minggu saya turut mengikuti lawatan-lawatan Dr Syed Husin Ali yang memberikan kelas-kelas politik di Johor, di N. Sembilan, di Selangor, di Perak dan di Pahang.
Dengan memahami ideologi perjuangan untuk kaum pekerja, petani, dan nelayan serta golongan berpendapatan rendah, saya menjadi komited dengan perjuangan itu. Bagi saya UMNO-MCA-MIC adalah parti-parti politik yang menggunakan rakyat ramai untuk faedah golongan kapitalis, dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat ramai.
Semasa itu kerap kali saya bertemu dengan Ahmad Boestamam dan Hasnul Hadi yang menggalakkan saya melanjutkan pelajaran saya, kami sentiasa bertemu di Kg Baru, makan bersama.
Didalam tugasan saya di Jabatan Perdana Menteri, akhirnya saya menjadi P.A kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Perdana Menteri. Saya diminta bertugas di Alor Star, Kedah dan tinggal di rumah Tunku sehinggalah saya memohon kepada Tengku untuk tinggal di Hotel.
Bertugas dengan Tengku cukup menyeronokkan. Dia bersikap sebagai seorang bapa yang baik. Tidak pernah marah, tidak pernah memberikan arahan-arahan yang sukar. Setiap pagi sebelum Suboh saya mengikut Tengku pergi "boating", balik dari boating, dia memberikan kerja-kerja yang mesti saya lakukan sebelum jam 12.00 tengah hari.
Selepas makan tengah hari, Tengku biasanya berehat dan melelapkan mata sehingga jam 2.00 petang. Kemudian, dia akan tandatangani surat-surat yang telah saya sempurnakan. Jam 4.00 petang, dia selalunya mengajak saya berjalan-jalan dengan keretanya ke tempat-tempat tertentu seperti makam kaum keluarganya dan dia akan bercerita dengan saya kisah setiap daripada ahli keluarganya yang sudah meninggal itu. Ada kalanya dia membawa saya ke Gunung Jerai, disana ada teratap kecil untuknya berehat, dan disana dia akan bercerita dengan saya kisah-kisah dizaman mudanya, dizaman sebelum dia menyertai UMNO, kisah rakan-rakannya, yang sesetengahnya pada masa itu sudah berada di pihak pembangkang.
Tetapi Tengku sentiasa menghormati kawan-kawannya. Dia sentiasa minta hubungkan dia dengan Gharib Rauf, seorang pejuang politik yang telah mengikut jejak langkah Onn Jaafar. Dia juga meminta saya hubungkan dia dengan Lim Kean Siew, walhal, Kean Siew adalah pemimpin Parti Boroh Malaya. Tengku kata, tentu ada sebab mereka itu menjadi pembangkang, tetapi mereka itu adalah kawan-kawan saya. Didalam Parlimen kami bercakap mengikut dasar parti masing-masing tetapi diluar Parlimen, kami adalah kawan.
Cukup ramai kawan-kawan Tengku didalam Pembangkang, dan secara peribadinya, Tengku tidak pernah berkata yang tidak baik terhadap kawan-kawannya itu kecuali di Parlimen. Sungguh ikhlas sikap Tengku.
Semasa bersama Tengku itulah berlangsungnya perjumpaan di Alor Star, di rumahnya, belaku kunjungan daripada pimpinan Indonesia untuk menandatangai perdamaian antara Indonesia dan Malaysia dan berakhirnya Konfrontasi Indonesia ke Malaysia.
Tengku telah bincangkan dengan saya dalam Bahasa Inggeris untuk saya buatkan satu ucapan bagi menyambut kedatangan rombongan Indonesia. Saya telah buat ucapan untuk Tengku dalam Bahasa Inggeris secara deraf. Kemudian, saya serahkan deraf itu kepada Tengku. Beliau memperbetulkan mana-mana yang patut dibetulkan dan menambah mana-mana yang patut ditambah.
Setelah selesai ucapan Tengku secara final itu, saya meminta izin kepada Tengku untuk kembali ke Hotel saya untuk mengenakan baju Melayu.
Kemudian saya kembali semula ke rumah Tengku, tetapi semua orang termasuk saya tidak dibenarkan masuk ke rumah Tengku kerana rombongan Indonesia sudah mahu sampai, dan saya memberitahu pihak keselamatan bahawa saya adalah petugas di rumah Tengku, juga tidak diperdulikan.
Rupa-rupanya Tengku sedang mencari saya kerana beliau mahu ubah ucapannya didalam Bahasa Inggeris itu ke Bahasa Melayu. Senu Abdul Rahman, masa itu ada bersama Tengku, dan Tengku pinta Senu terjemahkan ucapan itu ke Bahasa Melayu. Alhamdulillah, sempat Datuk Senu terjemahkan.
Beberapa hari sebelum perjumpaan rombongan Indonesia ke rumah Tengku, saya mendapat arahan dari Timbalan Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak, supaya menjaga line talipon Tengku dengan teliti. Tun Razak tidak mahu Tengku bercakap dengan beberapa pemimpin iaitu Maccapagal, Presiden Filipina dan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana Tun kurang meyakini kewibawaan Tengku, kerana Tengku adalah seorang yang sangat lemah lembut, dan mungkin Tun takut ada perkara-perkara yang akan bocor.
Maka setiap kali saya menerima panggilan dari Presiden Filipina itu dan Perdana Menteri Singapura itu, saya sentiasa berdalih mengatakan Tengku sedang sibuk melayan tetamu, walaupun pada ketika itu Tengku ada dihadapan saya. Dan Tengku sentiasa bertanya: Siapa itu? Saya jawab dengan betul, samada Macapagal atau Lee Kuan Yew. Tengku senyum saja, dan dia selalu berkata: Kenapa Tun tak bagi saya cakap?
Semasa bertugas dengan Tengku itu, saya diberikan kemudahan menaikki gerabak keretapi yang dikhaskan untuk Perdana Menteri. Jadi, jika saya mahu kembali ke Kuala Lumpur, saya akan meminta Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas itu. Sebenarnya, saya tidak mahukan gerabak khas itu, cukup dengan tiket pergi balik sahaja, tetapi Tengku yang menetapkan supaya saya gunakan gerabak khas itu.
Satu kisah telah berlaku semasa dalam perjalanan dari Alor Star ke Kuala Lumpur, saya terjumpa seorang kawan sekolah, dia bekerja sebagai seorang guru di Alor Star. Saya tengok dia tidak ada tempat tidur. Saya ajak dia ke gerabak saya untuk tidur. Dia ikut. Tapi bila sampai di gerabak itu dia tidak mahu masuk. Dia kata dia tidak layak. Saya pun kata saya tidak layak, tapi gerabak ini adalah dikhaskan untuk saya. Dia tidak percaya, dan dia teruslah pergi ke tempat duduk asalnya.
Al-kisah cerita lainnya, semasa bertugas di rumah Tengku, saya nampak anggota polis yang menjaga rumah Tengku itu adalah pangkat pupu dengan saya: Yaakob bin Derani dari Kg Berhala Gantang, Temerloh. Saya beritahu kepada Tengku, dan masa makan tengah hari itu, Tengku pinta saya panggilkan Yaakob. Saya panggil Yaakob. Dengan penuh gementar, Yaakob menolaknya: "Mi, jangan, kalau bos saya tahu makan di rumah Tengku, saya akan terus dibuang kerja".
Saya beritahu kepada Tengku, dan Tengku sendiri pergi keluar rumah dan memegang tangan Yaakob dan pimpinnya masuk kedalam rumah, ke meja makan, dan makan bersama Tengku. Yang makan bersama Tengku hanyalah saya dan Tengku sahaja.
Ini adalah masalah protokol. Semasa sebelum bertugas dengan Tengku, saya dikehendakki belajar perkara-perkara protokol, pertama membahasakan diri sebagai "patik" dan menjawab Tengku dengan bahasa: "Ku", dan jangan sekali nmaka luluslah saya. Pensyarah saymenaikki kereta Tengku duduk bersamanya dibelakang, mesti duduk di depan, dan sekali-kali jangan makan bersama Tengku walaupun dipelawa.
Saya akur dengan protokol itu, dan memang itulah yang saya lakukan semasa bertugas dengan Tengku. Tetapi kesemua protokol itu ditolak tepi oleh Tengku, bahkan Tengku melarang saya membahasakan diri sabagai patik. "No, no, no,"kata Tengku,"you should not use "patik", talk to me like you talk to others, use "saya","
Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang Perdana Menteri yang saya sanjungi dari segi keperibadiannya, walaupun dasar politiknya saya tolak, saya tetap berpandangan bahawa dasar UMNO ada pro-kapitalis dan tidak sesuai dengan jiwa saya yang sosialistik.
Tidak lama kemudian dari itu saya ditukarkan ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan saya diletakkan dibawah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri. Datuk Abdullah Ahmad adalah bos saya. Tetapi di waktu malam tertentu dan di hujung minggu saya dikehendakki bertugas di rumah Tun Haji Abdul Razak Hussain, Timbalan Perdana Menteri.
Cukup berbezalah antara Tengku dan Tun dari segi perwatakannya dan pembawaannya. Untuk Tun, saya menderafkan ucapan-ucapannya jika tidak menyentuh masalah dasar seperti ucapan-ucapannya bagi merasmikan perkara-perkara yang mudah seperti merasmikan balairaya, jambatan, dan projek-projek kampong.
Semasa itulah saya berkenalan dengan Dato Aziz, Zakaria, dan YB Michael Chen. Dato Aziz sentiasa membaca tulisan-tulisan saya melalui Utusan Malaysia, dan dia menggalakkan saya menjadi penulis. Manakala Dato Michael Chen mahu saya meneruskan pelajaran saya dan jika boleh dibidang undang-undang, dan ini bersesuaian sangat dengan galakan dari kawan-kawan saya seperti Ahmad Boestamam dan Hasnul Hadi.
a menyatakSaya memohon untuk masuk Universiti Malaya apabila saya lulus Higher School Certificate (dengan belajar malam dan bersendirian). Permohonan saya diterima kerana kelulusan HSC saya agak baik. Semasa di Universiti Malaya, saya mohon untuk memasukki Lincoln's Inn, London untuk mengaji Undang-Undang (Bar-at-Law). Setelah beberapa bulan saya di Universiti Malaya, saya mendapat surat dari Lincoln's Inn yang menempatkan saya sebagai seorang pelajar disana.
Saya menalipon YB Michael Chen akan berita itu, dan dia pinta saya datang ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri bertemu dengannya. Semasa bertemu dengannya itu, beliau telah menaliponkan kepada JPA dan hanya "hanya" dengan talipon itu, saya diberikan biasiswa Persekutuan untuk belajar di London. Semudah itu? Ya, semudah itu! Walhal, semasa saya di Sekolah Menengah, semasa keadaan ibu-bapa saya tidak mampu menanggung persekolahan saya, dan dengan recommendation dari guru besar saya dan dengan keputusan perperiksaan saya yang baik, permohonan saya mendapatkan biasiswa tidak pernah dilayan oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Rupa-rupanya menjadi "kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri" adalah kelayakan untuk mendapatkan biasiswa Persekutuan.
Namun, saya dikehendakki mengembalikan semula semua pembiayaan biasiswa itu apabila saya keluar dari perkhidmatan Kerajaan sebelum tamat tempohnya apabila saya berhenti menjadi Magistrate.
Di London, saya berpeluang membaca. Bukan saja membaca buku-buku akademik, saya dapat membaca buku-buku politik yang diharamkan di Malaysia. Saya dapat menghadiri perjumpaan-perjumpaan yang tidak dibenarkan di Malaysia. Saya menyertai gerakan antarabangsa didalam berbagai persatuan, termasuk persatuan-persatuan pro-Palestin menentang Zionism, persatuan pelajar-pelajar progresif menentang US Imperialism, dan pelbagai persatuan yang lain.
Pemikiran saya berkembang dengan ilmu dan pemikiran baru. Didalam saya berada di tahun akhir, Datuk Abdullah Ahmad, ada datang berjumpa saya dan Wan Ismail, menjemput kami kembali ke Tanah Air, menyertai UMNO dan bertanding atas tiket Barisan Nasional. Jawapan Wan Ismail dan saya adalah mudah dan jelas bahawa kami tidak menghendakki UMNO dan kalaupun kami bertanding didalam Pilihanraya, kami akan bertanding diatas tiket parti kami masing-Wan Ismail atas tiket PAS dan saya atas tiket PSRM. Akhirnya Wan Ismail menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Saya tidak ada masa untuk dibuangkan semasa di London. Pada waktu itu saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, Surina. Biasiswa yang saya perolehi hanya cukup untuk lebih kurang 1 minggu sahaja, untuk makan-minum, sewa rumah dan tambang menambang. Saya terpaksa bekerja. Dan saya bekerja di kilang plastik setelah bekerja di merata-rata tempat sebagai tukang masak, tukang jual buah, jual pinggan-mangkuk dan sebagainya.
Di kilang plastik ini pendapatan saya agak besar juga, khususnya, apabila bekerja "piece work". Saya kadang-kadang boleh dapat hingga 50 pound sehari. Masa itu 1 pound bernilai RM8.50 wang Malaysia.
Bukan sahaja pendapatan itu cukup untuk saya sekeluarga, sempat lagi saya menghantar kepada ibu saya di kampong (ayah saya sudah meninggal pada waktu itu).
Saya juga bertekad untuk terus tinggal di England dan memohon untuk menjadi permanent resident di London, dan permohonan saya telah diluluskan oleh Home Office (Kementerian Dalam Negeri). Saya kira dari London saya ingin kumpulkan secukup wang untuk kembali ke Malaysia, dan bertekad tidak mahu bekerja makan gaji dan ingin bekerja sendiri. Dan jika dituntut akan membayar gantirugi kepada Kerajaan Malaysia atas biasiswa yang saya terima itu.
Setelah saya menamatkan pengajian saya di Lincoln's Inn, saya terus bekerja di kilang plastik itu, tetapi setelah beberapa bulan, saya menerima taligram dari abang saya meminta saya balik segera, kerana ibu kami sakit tenat. Saya terus berhenti kerja, dan esuknya saya, isteri dan Surina sudah didalam perjalanan pulang. Sampai dil Lapangan Terbang Subang, saya terus mengambil teksi dan terus ke Kg Lubok Kawah. Saya lihat emak saya elok segarnya dan sedang menyangkul di luar rumah.
masing,Melihat keadaan itu saya terus bersalam dengan emak saya, memohon maaf darinya, dan dia terus memeluk cucunya yang masih kecil tetapi sudah petah bercakap. Tetapi emak saya langsung tak faham cakap cucunya kerana cucunya bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Petang itu juga saya pergi ke rumah abang saya di Mengkarak dan saya terasa sangat marah kepadanya. Saya tanya abang saya kenapa dia hantar taligram begitu. Dia kata, kalau dia tak hantar taligram begitu, sudah tentu saya tidak mahu balik lagi. Maknanya, abang saya sayang kepada saya dan ibu saya, jadi, hilanglah marah saya.
Beberapa hari selepas itu saya melapur diri di Pejabat Peguam Negara dan saya bertugas sebagai Pegawai Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara.
Beberapa bulan disana saya ditukarkan ke Bahagian Kehakiman menjadi Magistrate di Kuala Lumpur. Selang beberapa bulan saya ditukarkan menjadi Magistrate di Mahkamah Magistrate, Ipoh. Semasa menjadi Magistrate Ipoh berlaku satu tindakan mogok di sebuah kilang di Ipoh. Sahabat saya bernama Zulkifli, seorang anggota PSRM, memberitahu saya. Dan saya belikan minuman dan biskut untuk diedar-edarkan kepada mereka yang mogok dan saya juga turun kesana untuk menunjukkan simpati saya.
Kehadiran saya disana telah dikesan, dan saya diberikan ingatan oleh bos saya bahawa saya tidak boleh hadir ke tempat seumpama itu.
Selang beberapa bulan saya di Ipoh, saya menerima surat tukar ke Sitiawan. Dan belum sempat saya di Sitiawan, saya mendapat perintah tukar ke Sg Petani. Ini sudah lebih. Saya turun ke Kuala Lumpur bertemu dengan Pendaftar dan memberitahunya bahawa saya tidak kisah tukar kemana-mana baik ke kawasan paling ulu di Malaysia, tetapi biarlah saya berada disesuatu tempat itu beberapa tahun sebelum ditukarkan kemana-mana tempat yang lain kerana pada waktu itu anak saya, Surina sudah mulai bersekolah.
Pendaftar dengan sombongnya mengatakan bahawa sebagai pegawai Kerajaan saya kena ikut perintah. Oleh kerana itu, saya bersama-sama dengan 24 orang Magistrate yang lain yang berada didalam keadaan seperti saya, dengan serta merta (notis 24 jam) letak jawatan sebagai Magistrate.
Kembali saya ke Kuala Lumpur tanpa sebarang pekerjaan. Dan saya dan keluarga menumpang di rumah abang ipar saya di Section 14, Petaling Jaya.
Tidak lama kemudian, seorang rakan saya yang bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menalipon saya mengatakan ada kekosongan jawatan Pegawai Undang-Undang di Dewan Bandaraya. Secara main-main, saya buat permohonan. Dapat tak dapat tak kisah, kerana saya mahu memulakan Chambering bagi menyediakan saya untuk membuat private practice sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara. Dan kawan saya, Sdr S.T. Gamany sudah pun bersetuju untuk mengambil saya sebagai pupilnya.
Rupa-rupanya dalam keadaan kita tidak begitu taksub mencari kerja, permohonan saya di DBKL itu diterima dan saya diminta segera melapurkan diri untuk bertugas walaupun belum ditemu-duga.
Maka bertugaslah saya di DBKL sebagai Pegawai Undang-Undang, dan setelah beberapa ketika saya bertugas, barulah saya dipanggil untuk interview, sebagai suatu formaliti sahaja.
Semasa bertugas di Dewan Bandaraya, saya banyak belajar dari En Zaini Ismail, seorang pembantu undang-undang. Walaupun kelulusannnya hanyalah SPM, tetapi dia betul-betul cekap. Hampir kesemua Bye-Laws yang ada di DBKL diderafkan olehnya. Be
lehnya. Beliau dibantu oleh En Mohamed, sebagai Pegawai Pendakwa, Raja Arif Pegawai Pendakwa, dan Asiah Pegawai Pendakwa.
Zaini ni cukup kelakar orangnya. Kalau tak tahan dengan kelakar dan jenakanya, rumah tangga orang pun boleh runtuh. Tetapi dia sangat baik, dan sentiasa memberikan pertolongan. Saya memang berpegang kepadanya untuk menyiapkan sebarang deraf undang-undang. Walaupun kita lulus undang-undang dan Zaini hanya lulus SPM, tetapi beliau mempunyai kepakaran didalam hal deraf menderaf ini, sehinggalah kita tahu kerja itu dan faham melakukannya.
Di DBKL, saya aktif didalam pelbagai Persatuan. Saya menjadi Timbalan Presiden Kelab Sukan DBKL, saya menjadi Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan DBKL, saya juga menjadi Pengerusi Bersama Whitely Council, dan Kesatuan-Kesatuan Sekerja DBKL yang merangkumi Cuepacs, MIG, dan Bomba DBKL, dan diperingkat nasional sebagai Timbalan Presiden Majlis Bersama. Saya dilantik sebagai Presiden Persatuan Kakitangan Melayu DBKL, dan Presiden Persatuan Seni Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Tugas berat yang diberikan oleh Datuk Bandar, Tan Sri Yaakob Latiff kepada saya ialah untuk meruntuhkan rumah kedai di Jalan Ipoh bagi membolehkan jalan itu dilebarkan dan diluruskan, sedangkan penduduk-penduduk kedai itu enggan berpindah walaupun diberikan pampasan yang agak lumayan, iaitu 4 tahu tinggal percuma di flat-flat Bandaraya selain wang tunai, dan tanah kedai itu ditambah di bahagian belakangnya.
Saya pinta kepada Datuk Bandar 3 bulan untuk melaksanakannya iaitu untuk memindahkan penghuni-penghuni jalan Ipoh. Datuk Bandar berseloroh dengan saya, bahawa dia boleh beri 3 tahun, kerana usaha DBKL sudah berjalan 10 tahun masih belum berjaya.
Seperti biasa saya beri notis kepada pekedai-pekedai, saya jemput mereka berunding, saya beritahu mereka pampasan yang mereka akan dapat.
Semuanya mereka tolak. Maka saya berunding pula dengan JKR, Telecom, LLN. Rundingan itu adalah untuk memotong air, elektrik dan talipon. Kemudian saya berunding dengan Polis untuk menjaga keselamatan.
Menggunakan kemudahan DBKL sendiri, kami runtuhkan disebelah dapur bangunan kedai itu, dan kami sediakan kemudahan untuk penghuni-penghuni berpindah ke flat-flat yang kami sediakan. Masih juga penghuni-penghuni itu enggan berpindah.
Fasa kedua ialah untuk meruntuhkan bahagian depan kedai-kedai itu disamping menyediakan kemudahan-kemudahan untuk berpindah.
Apabila mereka melihat bahawa "kami mean business" barulah mereka meminta kami menghentikan kerja-kerja meruntuhkan itu, mereka bersetuju berpindah dalam beberapa hari, kami menyediakan kemudahan berpindah, dan membayar tunai pampasan, dan menjalankan ukur untuk tapak tanah dibelakang kedai itu.
Kalau lihat sekarang, Jalan Ipoh itu sudah lurus dan lebar, dan pemilik-pemilik kedai disana membina kedai yang lebih selesa, jauh lebih baik dari kedai asalnya.
Kejayaan dalam masa tak sampai 3 bulan itu memberikan satu laluan yang lain kepada saya iaitu meruntuhkan rumah-rumah setinggan sekitar Kuala Lumpur. Nampaknya Datuk Bandar memberi keyakinan kepada usaha-usaha saya. Tetapi saya sangat tersentak apabila meruntuhkan sebuah rumah setinggan di Kg Pandan? (kalau tak silap).
Setelah memberi amaran bahawa rumah itu akan diruntuhkan maka rantai-rantai besi diikatkan kepada tiang-tiang rumah dan diikatkan kepada jentolak-jentolak. Sekali rentap oleh 4 jentolak, maka jatuhlah rumah setinggan itu. Apabila runtuh gitu saman-saman yangmaka berlari-lari siibu dan anak-anaknya memegang kaki saya dengan melaung sekuat-kuatnya.
Melihat keadaan itu melinang jatuh airmata saya, dan didalam hatii saya berkata: Takkanlah kerja sekejam ini saya lakukan. Saya anak kampong, anak orang miskin, takkanlah kerja sebgini yang patut saya lakukan. Saya menangis!
Saya perintahkan penguatkuasa saya untuk menaikkan semula rumah yang sudah menyembah bumi tadi. Saya belikan pinggan, mangkuk, periuk, sudu dan alat-alat dapur yang sudah musnah dan saya belikan makanan untuk tengah hari itu secukupnya untuk keluarga itu, dan saya arahkan penguatkuasa DBKL bahawa dari hari itu saya tidak lagi akan mengetuai kerja-kerja meruntuhkan rumah-rumah setinggan.
Sebelah petangnya saya berjumpa dengan Datuk Bandar memberitahunya bahawa saya tidak sanggup lagi menjalankan kerja-kerja meruntuhkan rumah setinggan, dan kalau saya tidak ditukarkan dengan kerja-kerja yang lain, saya pohon letak jawatan serta merta.
Tan Sri Yaakob Latif memang seorang yang luas keperimanusiaannya. Beliau faham akan dilema saya. Dan beliau bertanyakan kepada saya, "kalau tak runtuhkan rumah setinggan ini, macam mana kita nak kawal perumahan setinggan yang tumbuh macam cendawan di KL ni?"
Saya pun tidak tahu apa nak jawab dan apa nak buat. Tetapi Datuk Bandar memberikan saya 2 minggu untuk mendapatkan jawapan yang sewajarnya.
Maka dalam tempoh itu, saya dan pegawai-pegawai saya membuat perbancian setinggan-setinggan yang ada di Kuala Lumpur, dan keadaan mereka di Kuala Lumpur.
Didalam jawapan saya kepada Datuk Bandar, saya pinta supaya kawasan-kawasan setinggan di Kuala Lumpur diberikan kemudahan-kemudahan sesuai dengan kedudukan mereka sebagai penghuni bandar. Disana mesti ada jalanraya yang baik, mesti ada bekalan elektrik dan mesti ada bekalan air bersih dan mesti ada bekalan talipon dan lain-lain kemudahan.
Kemudian, didalam perancangan DBKL membina rumah-rumah pangsa, setinggan-setinggan setempat hendaklah dipindahkan ke rumah pangsa berkenaan. Sebelum itu DBKL hendaklah mendirikan Rumah-Rumah Panjang untuk menempatkan setinggan-setinggan di kawasan terlibat. setinggan-setinggan ini dipindahkan kerumah panjang dan apabila siap flat-flat DBKL, maka mereka dipindahkan ke flat-flat tersebut. Flat-flat itu pula dibuat secara sewa-beli, apajuga sewa yang dibayar dianggap nanti sebagai bayaran pembelian flat itu. Program ini berjalan dengan baik sehinggalah masalah setinggan dapat diuruskan dengan baik.
Saya diberikan lagi satu tugas untuk mempastikan jalan-jalan raya di Kuala Lumpur tidak menjadi begitu sesak. Untuk mengatasi masalah itu maka jalan-jalan di Bandaraya bukan sahaja perlu dilebarkan, tetapi hendaklah didirikan viaduct-viaduct dan lebih banyak jalan keluar. Untuk kerja-kerja itu memerlukan kewangan yang besar, dan salah satu sumber kewangan yang diperolehi ialah melalui pinjaman Bank Dunia oleh kerajaan Persekutuan.
Diantara syarat-syarat kelulusan Bank itu ialah pengujudan satu bahagian baru di DBKL iaitu Traffic Warden untuk membantu Polis Traffic di Kuala Lumpur, disamping menyediakan satu Section Baru dibawah Jabatan Penguatkuasa yang dinamakan Unit Terkandas, bagi menarik dengan serta merta semua kenderaan yang terkandas diatas jalanraya.
Saya dilantik untuk mengetuai Bahagian Baru ini. Dari segi Unit Terkandas, saya bahagiankan Kuala Lumpur kepada 4 section, dan setiap satu section diberikan kepada satu kontraktor penarik. Ini mudah kerana tidak melibatkan apa-apa peruntukan baru, sekadar melantik unit-unit penarik yang efisien.
Dari segi mengujudkan Unit Traffic Warden, DBKL memerlukan pegawai-pegawai dan kakitangan terlatih. Saya memerlukan peruntukan besar bini. Malangnya tidak ada "vote" untuk itu dan saya diberi pilihan untuk mengambil kakitangan daripada semua Jabatan yang ada di DBKL. Apa lagi lah. Mana-mana kakitangan yang tidak dikehendakki oleh Jabatan masing-masing di "sedekahkan" kepada Jabatan yang baru ini.
Yang gemuk gedempol, yang perut buncit, yang tak bermaya, semuanya diserahkan kepada saya. 40 orang kesemuanya. Saya buatkan satu perbarisan untuk ditonton kepada Datuk Bandar. Mengeleng kepala Datuk Bandar. "Inilah Polis engkau Suhaimi, boleh buat tak?"
Itulah cabaran kepada saya. Saya pinta 6 bulan dari Datuk Bandar untuk menjadikan 40 orang itu sebagai pasukan yang hebat dan terlatih.
Saya hantar 40 orang ini termasuk saya sendiri berlatih dibawah Supt Abdul Samad di tempat latihan Polis. Saya pinta kerjasama Samad supaya dalam tempoh 4 bulan itu, 40 "penyamun" ini menjadi pasukan warden traffic yang terbaik. Mereka akan menjadi cerdas fizikal dan mental. Dari segi perundangannya, saya yang lanyak!
Alhamdulillah, selepas 6 bulan, saya kawadkan semula 40 orang itu dihadapan Datuk Bandar, tersenyum Datuk Bandar dan beliau ucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas. Berbagai-bagai soalan yang ditanyakan kepada warden traffic ini untuk menguji kecekapan mereka. Dan dijawab oleh mereka dengan memuaskan. Dan soalan akhir adalah dari saya secara bergurau. Soalannya: "Kalau saudara-saudara lihat sebuah kereta di parkir dihadapan Robinson (sekarang dah tak ada) ditempat yang tidak ada petak parkir, apa saudara-saudara akan lakukan?" Mereka jawab "Keluarkan saman!" Saya bertanya lagi: "Apa kata kalau kereta itu kepunyaan Datuk Bandar?" Mereka jawab: "Tetap saman". Datuk Bandar yang duduk disebelah saya terus menjawab secara berbisik ke telinga saya: "P..i mak you".
Secdara privatenya Datuk Bandar puas hati dengan kerja saya dan mencadangkan supaya saya meneruskan kerja di DBKL, beliau berhadap dapat melantik saya selaku Ketua Pengarah. Tetapi ada rakan saya yang lebih lama bertugas disana yang beliau itu memang terpingin sungguh untuk menjawat jawatan itu.
Semasa di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sempat jugalah saya mewakili DBKL semasa perbincangan untuk penderafan Akta Kerajaan Tempat dan lain-lain Akta bersangkutan dengan jalan dan parit untuk diluluskan di Parlimen.
Semasa bertugas di DBKL saya mengambil peluang untuk bertanding didalam PRU pada tahun 1974 diatas tiket Parti Sosialis Rakyat Malaysia di kawasan parlimen Maran. Saya kalah dengan teruk kerana pada masa itu PSRM hanya mempunyai 2 ranting sahaja satu di Chenor dan satu lagi di Paya Bungor, tetapi tidak hilang deposit.
Saya letak jawatan dari DBKL dengan notis 24 jam. Setelah kalah saya berkira-kira untuk menjalankan Chambering. Tetapi apabila saya sampai di rumah saya di Petaling Jaya, saya terima surat dari Datuk Bandar, meminta saya bertemu dengannya di Pejabatnya. Esuknya saya pergi ke Pejabat Datuk Bandar untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.
Rupanya dia betul-betul marah. Kehadiran saya dibiliknya tidak diperdulikan sehinggalah saya berkata: Tan Sri, jika Tan Sri tidak berhajat bertemu dengan saya, saya datang dilain kali sahaja"
Mendengar itu dia menghempas pennya ke meja. Langsung tidak dipelawanya saya duduk. Terus dia memulakan "kemurkaannya" kepada saya "p..i mak engkau. Kau bertanding Parti Kominis! Apa menang! Kau tahu sampai 3 kali Tun Razak talipon saya, dia kata dia nak engkau bertanding atas tiket BN, tapi kau pilih tanding atas tiket kominis.!" marah betul Datuk Bandar, tak pernah saya lihat dia marah macam tu.
agi melakukan kerja dikeluarkan oleh Bahagian iTakkan saya nak biarkan dia marah tak henti-henti, saya jawab: "Tan Sri, saya sudah letak jawatan 24 jam sebelum saya bertanding tu, dan saya bukan bertanding Parti Kominis, saya bertanding PSRM." "Serupalah tu!" jawabnya.
"Saya betul-betul sayangkan awak, saya nak awak ambil jawatan tertinggi dalam Dewan ni, tapi awak buat kerja macam ni. Kalau nak bertanding kenapa pilih pembangkang, Tun mahu awak bertanding tiket BN, awak memalukan saya lah!"
Macam-macamlah Tan Sri Yaakob marahkan saya dan dia ulangi sebagai pegawai DBKL awak pergi bertanding pembangkang!
Saya ulangi cakap saya bahawa saya sudah hantar surat letak jawatan 24 jam. Datuk Bandar ambil surat itu didalam lacinya. "Ini..ini...ini surat letak jawatan?" katanya sambil mengoyakkan surat itu.
"Berapa lama awak absent dari kerja?" Dia tanya saya, dan saya jawab 15 hari Tan Sri. "Oh..15 hari ya, saya potong gaji awak 15 hari, dah pergi kerja sekarang? Dan jangan buat kerja gila lagi!"
Mendengarkan itu, keluar juga air mata saya, bukan kerana kena marah, tetapi rupa-rupanya di lubuk hati Orang Tua itu, sebenarnya dia benar-benar sayangkan saya.
Maka bertugaslah saya semula di DBKL. Namun, saya sudah hilang keseronokan saya bekerja di DBKL. Walaupun saya menjadi Ketua Jabatan dalam tempoh yang paling singkat, saya sudah tidak seronok lagi bertugas di DBKL. Namun, saya segan untuk berjumpa Datuk Bandar untuk letak jawatan.
Didalam saya bertugas di DBKL, saya juga membuat Chambering di Tetuan Daim & Gamany dibawah penjagaan Peguam S.T. Gamany. Beliau adalah anggota Jawatankuasa PSRM pada ketika itu.
Setelah 9 bulan Chambering dan diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, saya beranikan diri dan bertemu Datuk Bandar untuk meletakkan jawatan di DBKL. Beliau bertanya (semacam interview) kenapa saya mahu berhenti, sudah ada kerja ke atau tidak, bagaimana pendapatan famili untuk tinggal di KL.
Saya katak bahawa saya sudah diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara dan berhajat menjalankan firma guaman saya sendiri di Kuala Lumpur dan memohon perkenan Datuk Bandar agar firma saya dimasukkan menjadi Panel Peguam DBKL. Dan saya beritahu juga isteri saya bertugas sebagai seorang Setiausaha di Syarikat Perumahan yang besar di Kuala Lumpur.
Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada saya dan mengatakan bahawa jika menghadapi perkara-perkara sukar, datanglah menemuinya semula, jika ada apa-apa yang boleh diberikan pertolongan.
Maka habislah fasa saya makan gaji. Bermulalah saya menjadi seorang Peguambela dan Peguamcara. Rakan-rakan saya semasa belajar di London ramai yang memgang berbagai jawatan didalam berbagai Bank. Saya temui mereka semuanya, termasuklah Syed Hamid Albar yang menjadi Pegawai Undang-Undang di Bank Bumiputra.
Saya juga menemui bos isteri saya untuk mendapatkan kerja-kerja guaman untuk projek perumahannya yang besar.
Tiba-tiba saya berhadapan dengan sebegitu banyak kerja dan saya tidak berupaya menyelesaikan kerja-kerja itu. Saya mengajak kawan-kawan saya seperti James Khor, Zulkifli Amin dan Matthias Chang untuk menyertai saya. Dan akhirnya saya namakan firma saya sebagai Suhaimi, Khor, Zulkifli & Chang mula-mula berpusat di Penthouse, Bangunan MIC.
Setelah beberapa tahun disana kami membuka cawangan di Temerloh dan Jerantut. Saya dapati business di Temerloh dan Jerantut sangat baik, dan saya mengambil keputusan untuk menetap di Temerloh. Rakan-rakan saya tidak tu dibuat obersetuju. Akhirnya, kami membuat persetujuan gentleman iaitu mereka bertiga mengambil firma di Kuala Lumpur dan saya mengambil firma di Temerloh dan Jerantut. Di Temerloh dan Jerantut, akhirnya saya mengambil pekongsi-pekongsi baru seperti Harcharan Singh, Abdullah Sidek, dan Tan Yen Yen.
Akhirnya mereka juga membuka firma sendiri dan saya mengambil Zamani dan Rozilan sebagai pekongsi, dan seterusnya mereka membuka firma sendiri, dan kini saya berkongsi dengan anak saya Surina Suhaimi dengan 2 orang Legal Assistants.
Saya sendiri sudah hilang keseronokan untuk menjalankan kerja-kerja guaman, sudah lebih 30 tahun saya bertugas sebagai peguam, tidakhenti-henti berlawan di Mahkamah. Kini, tengok Mahkamah pun dah loya, dan tidak mahu lagi menjadi peguam, dan saya serahkan 100% firma guaman saya kepada Surina.
Dari segi politik dan sosial, saya menempuh pelbagai liku hidup. Perjuangan saya didalam PRM terhenti apabila parti itu berpecah dua di Negeri Pahang dengan Pengerusi PRM Pahang dituduh sebagai talibarut Kerajaan. Saya amat sedih dengan pertuduhan itu, Pengerusi PRM Pahang dengan rela hati meletakkan jawatan kerana tak sanggup pengorbanannya selama ini akhirnya menerima tuduhan jahat yang melampau.
Hampir kesemua anggota PRM di Temerloh keluar dari parti sehingga lumpuhlah PSRM/PRM di Temerloh. Saya adalah "binatang" yang berpolitik. Kalau tak berpolitik, saya tak tahu apa nak buat. Saya sertai PAS.
Semasa didalam PAS saya menumpukan kerja-kerja membela nasib peneroka-peneroka Felda yang kena pecat dari Felda. Alhamdulillah, mereka yang dipecat dan ingin menyertai semula Felda berjaya dikembaliikan semula sebagai peneroka Felda.
Akhirnya, kerja-kerja saya melampaui dari bidang undang-undang, tetapi memperjuangkan tuntutan peneroka-peneroka Felda khususnya mendapatkan Hakmilik Individu keatas tanah ladang mereka.
Dibawah Perjanjian Asal diantara Peneroka Felda dan Felda termaktub bahawa Felda akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk dikeluarkan Suratan Hakmilik kepada 20 orang Peneroka Felda diatas nama Koperasi apabila peneroka-peneroka itu telah menjelaskan BK (hutang mereka) kepada Felda.
Saya merasakan bahawa amatlah tidak adil bagi peneroka-peneroka Felda yang telah mengeluarkan keringat, titik peluh serta pengorbanan mereka, tetapi tidak dapat memilikki Suratan Hakmilik secara individu.
Saya perjuangkan hakmilik individu, dan ini membawa saya ke hampir seluruh rancangan Felda di seluruh Semenanjung, sehingga akhirnya saya dijadikan "persona non grata" di rancangan -rancangan Felda sehinggakan saya disekat dan dihalau dari rancangan Felda kononnya saya menjadi pemecahbelah masyarakat peneroka Felda. Tetapi tuntutan untuk Hakmilik Individu ini amatlah popular dikalangan peneroka-peneroka Felda, sehinggakan dihampir keseluruhan rancangan Felda di seluruh Negara begitu ramai ahli-ahli UMNO yang sedar, keluar beramai-ramai dan menubuhkan cawangan-cawangan PAS, dan jika Felda atau Kerajaan tidak bertindak segera, maka akan lumpuhlah UMNO di rancangan-rancangan Felda.
Untuk menyekat tuntutan peneroka yang adil ini dan untuk menyekat penghijrahan beramai-ramai ahli-ahli UMNO kepada PAS, maka saya ditahan di bawah ISA diatas tuduhan memecahbelahkan masyarakat peneroka-peneroka Felda.
Penahanan saya tidak memberhentikan tuntutan peneroka-peneroka Felda, tetapi yang menjadi pemutus kenapa saya ditahan di bawah ISA kerana saya menganjurkan Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda di Markas PAS di Sg Gau. Saya telah dipanggil melalui Dato Yeop Mahidin untuk bertemu dengan MB Pahang, Dato Najib ketika itu, dengan tujuan supaya saya tidak mengadakan Konvensyen itu, dan jawapan saya adalah mudah. Perjuangan Peneroka tetap diteruskan dan kami tidak menunggu ikhsan dari Menteri Besar Pahang.
Alhamdulillah, saya telah dikorbankan, saya telah ditahan dibawah ISA kerana kedegilan saya untuk terus menganjurkan Konvensyen itu. Hanya yang mendukakan saya ialah sahaat-sahabat saya tidak meneruskan Konvensyen itu apabila saya ditahan. Sungguh mengecewakan saya.
Semasa ditahan dibawah ISA, saya disiasat hingga ke hari yang ke 59 dari 60. Siasatan yang dibuat keatas saya lanngsung tidak ada kena-mengena dengan keselamatan dalam negeri. Saya dipinta memberikan pandangan saya terhadap Tuan Guru Haji Hadi, terhadap Ustaz Abu Bakar Hamzah, terhadap "fatwa" kononnya Haji Hadi memfatwakan bahawa UMNO itu kafir, terhadap ucapan-ucapan saya kononnya saya mengkafirkan UMNO, hubungan saya dengan parti komunis Malaya, kenapa saya menentang Pindaan Perlembagaan yang dibawakan oleh Mahathir untuk mengurangkan kuasa-kuasa Raja.
Saya jawab kesemuanya. Haji Hadi Awang adalah seorang ahli politik Islam yang terkemuka berjuang melalui PAS untuk mengujudkan pemerintahan Islam dan sebagai Orang Islam sepatutnya kita tidak menentang perjuangan untuk memertabatkan Islam di Negara ini. Terhadap Fatwa UMNO kafir, saya ulaskan bahawa Haji Hadi tidak memfatwakan UMNO itu kafir, tetapi beliau mengulas tentang tipisnya sempadan antara iman dan kufur yang kita boleh tergelincir ke alam kekufuran dengan niat kita, lisan kita dan perbuatan kita; saya katakan saya menyokong kemasukan semula Ustaz Abu Bakar Hamzah kedalam PAS tetapi jika beliau ingin bertanding ke jawatan-jawatan penting didalam PAS, Insya Allah, sukar baginya, tetapi untuk beliau bertanding ke jawatankuasa, saya katakan saya sendiri boleh menyokongnya; saya cukup marah apabila ditanyakan hubungan saya dengan Parti Komunis Malaya, kerana saya tidak pernah terlintas untuk menjadi anggota parti itu, saya pernah menjadi anggota Parti Rakyat Malaya, sebuah parti yang didaftar secara sah mengikut undang-undang Malaysia dan PRM bukanlah Parti Kominis bahkan ideologi sangat berbeza apabila saya dikatakan berucap dengan menuduh UMNO sebagai kafir, saya cabar mereka supaya membawakan bukti, dan mereka membawa banyak tape untuk dimainkan didepan saya, dan apabila dimainkan dikesemua tape itu terdapat ucapan saya yang berkata: PAS tidak pernah mengkafirkan UMNO, bahkan PAS mengajak Orang-Orang Islam supaya meyokong PAS untuk menegakkan Islam di Malaysia, so, mereka hilang "pot" didalam isu ini.
Isu yang mereka mahu perangkap saya ialah mengenai tentangan saya terhadap Pindaan Perlembagaan. Terus terang saya menyatakan bahawa saya dan Orang Melayu tidak bersetuju dengan tindakan Dr Mahathir Mohamed mahu mengurangkan kuasa Raja. PAS telah mengambil tindakan menentang Pindaan Perlembagaan itu. Pandangan saya itu cuba diputarbelit oleh mereka kononnnya saya menyokong Raja-Raja Melayu supaya ujud pertentangan antara UMNO dan Raja-Raja Melayu dan senanglah bagi PAS untuk melaga-lagakan UMNO dengan Raja-Raja Melayu. Putarbelit mereka tidak menjadi kerana Pindaan tersebut memang menghilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu memang tidak bersedia menerima Pindaan Perlembagaan itu dan mereka terpaksa menerima Pindaan itu kerana dipaksakan diatas kekuatan politik semasa UMNO.
Sebahagian dari isu yang dibawakan oleh pegawai penyiasat itu langsung tidak ada kena mengena dengan politik atau keselamatan Negara tetapi isu-isu peribadi saya, samada saya mempunyai ahli-ahli keluarga yang menjadi anggota polis, kenapa saya pilih menjadi seorang peguam dan isu-isu peribadi.
Tetapi isu yang benar-benar nak dibahaskan ialah tentang tuntutan Peneroka Felda. Penyiasat menyatakan bahawa saya ingin memecahbelahkan masayarakat peneroka Felda. Saya jawab mudah sahaja bahawa demokrasi itu memang mengandungi unsur-unsur pecahbelah, ada yang menyokong A dan ada yang menyokong B, maka apabila ramai orang Melayumenyokong PAS, kuranglah orang Melayu menyokong UMNO, itu pun pecahbelah juga, tetapi itulah pecahbelah yang dibenarkan oleh demokrasi.
Saya berjuang menuntut untuk peneroka-peneroka Felda mendapat geran atau hakmilik individu kerana bagi saya peneroka-peneroka ini adalah terdiri daripada orang-orang Melayu, memperjuangkan hak dan kepentingan mereka keatas tanah mereka adalah perjuangan menegakkan mereka sebagai orang Melayu, dan perjuangan ini tidak bersalahan dengan undang-undang kerana mereka kini telah mendiami di rancangan Felda, telah mengeluarkan peluh dan keringat danberkorban untuk menjayakan ladang mereka, maka berhaklah mereka menuntut hakmilik individu keatas tanah mereka.
Didalam pertuduhan terhadap saya tetap juga isu memecahbelahkan masyarakat peneroka Felda itu dijadikan pertuduhan utama terhadap saya.
Apabila saya dibebaskan pada tahun 1986, saya dibuang daerah ke Melaka Tengah untuk selama 2 tahun pula. Saya tidak boleh keluar dari rumah kediaman saya dari jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi.
Syarat ini saya telah langgar. Seorang kawan saya yang pernah tinggal di Temerloh, dia orang Melaka, telah membawa saya keluar makan selepas jam 8.00 petang, dia kata tak ada masalah kerana abang dia adalah Ketua SB Melaka, dan dia talipon abang dia yang dia nak bawa saya keluar.
Esuknya saya terus dipanggil ke Balai Polis Melaka Tengah untuk menjawab pertuduhan bahawa saya telah ingkar syarat. Jawapan saya mudah. Kalau itulah perangkap nak digunakan terhadap saya, maka perangkap itu sudah menjadi. Adik Ketua SB Melaka bawa saya keluar dan dia beritahu abangnya, dan abangnya membenarkan, dan apabila saya pergi maka saya didatangkan pertuduhan. Saya kata bawalah saya ke Mahkamah dan buat pertuduhan disana!
Tetapi mereka tidak mengambil apa-apa tindakan dan saya dibebaskan dengan amaran.
Maka berlaku Pilihanraya Umum. PAS menghendakki saya menjadi calon. Maka saya menjadilah calon Parlimen Temerloh dengan hanya menghantarka "songkok" sahaja mewakili diri saya berlawan dengan Dato Sabbaruddin Chik. Tanpa kehadiran saya, Sabbaruddin hanya mendapat lebihkurang 4000 sahaja majoriti, dan majoriti itu adalah terkecil didalam sejarah Pilihanraya Umum di kawasan Parlimen Temerloh dimana pembangkang diwakili oleh PAS. Taklah kuat mana rupanya UMNO tu, berlawan dengan songkok pun tak dapat majoriti yang biasa dia dapat! Wakil calon saya adalah sdr Man Kadir.
Walaupun saya diletakkan dibawah perintah tahanan rumah di Melaka, saya dapat berinteraksi dengan kawan-kawan didalam PAS. Saya tolong aturkan strategi di Melaka melalui kawan-kawan. Dan saya syaratkan sekurang-kurang 5 buah cawangan PAS dapat ditubuhkan di Melaka setiap bulan, dan saya aturkan setiap kawasan PAS di Melaka mengadakan minima satu ceramah umum bagi setiap minggu dan pada hari Ahad pula diadakan Kuliyyah oleh Ustaz Jalaluddin, Pesuruhjaya PAS Melaka.
Saya juga ujudkan kerjasama PAS di Negeri-Negeri Selatan Tanah Air, saya namakan PAS Selatan-Selatan. Saya dibantu oleh Sdr Man Kadir.
Ini tidak memberikan rekod saya yang baik kepada UMNO/BN. Semasa Operasi Lalang apabila lebih dari 120 orang pemimpin-pemimpin Pembangkang ditahan dibawah ISA, saya turut juga ditahan dengan pertuduhan-pertuduhan palsju, mana bisa saya menjadi pengancam keselamatan negara sedangkan keluar rumah dari jam 6.00 petang hingga 6 pagi tidak dibenarkan.
Pertuduhan-pertuduhan terhadap saya ditahan dibawah ISA di bawah Operasi Lalang ini sangat melucukan, sebagai contoh: Saya mengancam keselamatan Negara kerana saya menyokong Iran menentang kerajaan Arab Saudi. Contoh lagi, saya menyokong minyak kelapa sawit Malaysia untuk menentang minyak soya bean Amerika. Lucu sungguh lucu, tetapi inilah tindakan memalukan kerajaan Malaysia!
Saya hanya ditahan lebih kurang 6 bulan sahaja, dan selepas itu saya dibebaskan dan sangat melucukan juga bahawa saya dibuang daerah ke Temerloh, ke rumah saya sendiri. Fahamlah saya, bahawa saya ditahan dibawah Operasi Lalang semata-mata kerana untuk tidak membenarkan saya tinggal lebih lama di Melaka, kerana kehadiran saya di Melaka mencemaskan UMNO Melaka!
Maka kembalilah saya ke tanah tumpah darah saya sendiri, tetapi rupa-rupanya menjadi penyebab pula untuk saya tidak kekal lama didalam PAS. Orang-orang yang tidak pernah ditahan dibawah ISA, entahkan mereka tu cemburu agaknya tidak ditahan dibawah ISA, mula melabelkan saya sebagai pemecahbelah PAS, kononnya saya telah merancang untuk menggulingkan Ustaz Fadhil Nor dan kononnya saya bersekongkol dengan Haji Hadi dalam usaha itu. Saya sungguh keciwa. Saya terus talipon Ustaz Fadhil dan tanya dia samada dia ada terima beritabegini, dan dia jawab ada, dari orang Pahang juga, dan dia beri juga imbas-imbas orangnya, dan saya tahu sumber beritanya kerana orang ini memang menghendakki saya dikeluarkan dari PAS sejak awal lagi.
Saya tanya Ustaz Fadhil samada dia percaya akan berita itu, dan saya hampir tidak percaya dengan jawapan Ustaz Fadhil, tetapi itulah jawapannya: MUNGKIN.
Saya betul-betul tidak sangka dengan jawapan itu kerana hubungan saya begitu akrab dengan Ustaz Fadhil, kami berceramah diatas satu pentas di banyak Negeri, termasuk di Kelantan, Pahang dan Kedah.
Saya kira saya sudah sampai penghujungnya didalam PAS dan saya keluar serta merta dari PAS dengan perasaan sangat keciwa!
Saya mendiamkan diri, tidak mahu lagi berpolitik, saya ingin tumpukan didalam kerjaya saya dibidang undang-undang.
Dari segi sosial dan sukan, saya adalah Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Temerloh dan Ahli Jawatankuasa Negeri Pahang. Dibidang sukan, saya pernah menyandang Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Malaysia, Setiausaha pertubuhan itu di peringkat Negeri Pahang dan Presiden persatuan itu di peringkat Daerah Temerloh, pernah pula menjadi Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah Temerloh dan AJK Persatuan Bolasepak Negeri Pahang, Badminton, pernah menjadi Presiden Persatuan Badminton Melayu Temerloh dan AJK Persatuan Badminton Melayu Pahang. Saya adalah Pengadil Bolasepak yang bertauliah.
Dari segi sukan berbasikal, saya pernah membawa kontigen berbasikal Malaysia ke pertandingan dunia dia Jepun, dan saya sendiri adalah seorang jurulatih bertauliah dan menghadiri kursus kejurulatihan berbasikal di Manila.
Kesilapan yang terbesar saya didalam politik ialah menyertai UMNO. Jiwa saya langsung tidak ada dengan UMNO, dan semasa didalam UMNO pun saya merasakan parti itu gagal memperjuangkan hak orang-orang Melayu bawahan, yang untung didalam UMNO hanyalah golongan kapitalis, golongan korporat dan pemimpin-pemimpin UMNO. Orang melayu bawahan tetap terpinggir, tetapi pimpinan UMNO yang licik itu dapat menggunakan orang Melayu yang susah untuk menyokong mereka.
Sebenarnya langsung tidak ada persamaan diantara Pimpinan UMNO dengan orang Melayu yang menjadi ahli UMNO, ibarat bumi dengan langit bezanya.
Seperti yang saya sayang kepada PRM kerana perjuangannya membela rakyat Marhaen dan tertindas, saya sayangkan PAS kerana perjuangan Islamnya.
Saya masuk PAS bukan kerana politiknya diperingkat awal tetapi kerana perjuangan Islamnya. Saya mula-mula belajar-berguru dengan Ustaz Ishak, YDP PAS Kawasan Temerloh. Saya ikuti dia dan bawa dia kemana saja dia mengajar, saya belajar dengan tekun.
Ini membawa saya ke Masjid Rusila untuk Kuliyyah Jumaat Haji Hadi, dan terkadang-kadang membawa saya ke Dewan Zulkifli di Kota Bharu mengikuti kuliyah Tuan Guru Nik Haji Abd Aziz. Saya beli semua kaset-kaset Haji Hadi dan Nik Aziz. Saya pasang dalam kereta, saya pasang di pejabat, saya pasang di rumah, dan kadang-kadang saya beli lebih untuk kawan-kawan yang lain.
Tetapi apa yang kita sayangkan tidak dapat diteruskan diatas sebab-sebab diluar kuasa kita, itu adalah penentuan Allah subhanahua Taala.
Yang sangat menyedihkan saya apabila pemimpin idola saya, Dato Seri Anwar Ibrahim, dipecat dari jawatan Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri, dan Menteri Kewangan.
Masa itulah saya dan rakan-rakan di Temerloh menubuhkan NGO atas nama ADIL yang ditubuhkan oleh Wan Azizah diperingkat kebangsaan. Dan Apabila kumpulan pejuang-pejuang Reformasi menubuhkan Parti Keadilan Nasional, saya dan rakan-rakan di Temerloh turut menubuhkan PKN Bahagian Temerloh dengan saya selaku Ketua, Nizam Hamid selaku Timbalan Ketua, Amir Aziz (juga seorang Peguam) selaku Naib Ketua, Zakaria Hamid selaku Ketua Pemuda dan Surina Suhaimi (anak saya) selaku Ketua Wanita. Diperingkat Negeri Pahang saya dilantik selaku Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya dan saya juga dilantik jk Pilihanraya peringkat pusat.
Masa itu sudah hampir kepada Pilihanraya Umum dan saya selaku Pengaraha ada ranting di Felda Jenderak Utara, Kg Jenderak, Estet Sg Tekal, Tmn Seri Desa, dan keahlian PKR di DUN Jenderak kini sudah dapat mengatasi Cabang-Cabang PKR yang sudah tertegak hampir 10 tahun yang lampau. Kini kami membantu pula rakan-rakan PR khususnya PAS di Kuala Krau dengan menubuhkan ranting-ranting di Felda Jengka 22, Felda Jengka 11, Kg Matau dan Kg Rumpun Makmur,
Insya Allah didalam Pilihanraya akan datang ini, PR akan menang di DUN Jenderak, DUN Kerdau dan DUN Jengka dan Parlimen Kuala Krau. Kerja kami berterusan, tidak ada henti-hentinya sejak kami menapak kaki di Kuala Krau, dan setiap minggu kami adakan 2 hingga 3 ceramah. Hanya di musim Piala Dunia ini kehadiran ceramah kami amat merosot, kami dikalahkan oleh FIFA, tetapi kami yakin UMNO tidak mungkin berjaya mengadakan sebarang ceramah di musim pertandingan bolasepak ini.
Bagaimana pun ceramah-ceramah kami di waktu siang hari tidaklah terjejas, dan kehadirannya sentiasa bertambah.
Peristiwa semasa perasmian penubuhan Parti Keadilan Nasional Pahang pada tahun 1998 yang tak dapat saya lupakan.
Anak saya, Surina, yang menjawat jawatan Ketua Wanita PKN Temerloh pada waktu itu berjaya mengumpulkan lebih RM6000 hasil kutipan daripada rakan-rakan di Temerloh. Wang itu dibelanjakan untuk persediaan penubuhan PKN Pahang dengan menyediakan poster bagi seluruh Pahang dan lain-lain perbelanjaan supaya perasmian itu menjadi besar dan gah. Saya telah memohon menggunakan Dewan Tun Razak di Temerloh, dan diluluskan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Temerloh dan memperolehi permit polis.
Disaat terakhir, Polis membatalkan permit dan Majlis Perbandaran Temerloh membatalkan penggunaan Dewan. Bayaran kami untuk kegunaan Dewan sebanyak RM800.00 telah dikembalikan. Polis dan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran, kedua-duanya, memohon maaf, mereka menyatakan bahawa pembatalan itu adalah diatas arahan "Orang Atas" dan pegawai-pegawai lain menyatakan "diatas arahan Menteri Besar Pahang".
Kami dengan serta merta mencari tempat alternatif, dan Sdr Zul dari Paya Jauh memberikan laluan di Kg Paya Jauh, di sebuah rumah berhadapan padang bola.
Apa nak kata malam itu lebih dari 10000 manusia, ada yang kata 15,000 ada yang kata 20,000 manusia yang hadir. Diatas sebesar-besar padang bola itu penuh manusia, dan sepanjang-panjang dari Jalan Maran membawa ke Kg Paya Jauh ribuan manusia yang masih berjalan kakii menuju kampong Paya Jauh.
Satu pentas khas dibuat dihadapan padang. Memang pihak Polis mengepong semua jalan masuk untuk mempastikan Wan Azizah tidak sampai ke Kg Paya Jauh.
Dan apabila Wan Azizah tiba-tiba muncul di atas pentas menghairankan puak-puak Polis yang bertugas. Maka bermulalah mereka berteka-teki dan ada yang mengatakan bahawa Wan Azizah telah menaikki bot dari Kuala Semantan ke Kg Lebak Seberang dan dari Lebak Seberang dibawa dengan basikal atau motosikal.
Sebaik saja saya mempengerusikan Majlis itu, pihak Polis sudah menerpa kepada saya mengatakan bahawa Majlis itu kena dihentikan serta-merta kerana tiada permit. Saya tidak hiraukan langsung. Saya terus jemput Datin Seri (masa itu belum Dato Seri lagi) Wan Azizah berucap bagi merasmikan penubuhan Parti Keadilan Nasional Negeri Pahang. Tetapi belum sempat Wan Azizah berucap bekalan elektrik dipotong. Gelap gulita. Dan tidak ada pembesar suara, tetapi Wan Azizah tetap merasmikannya walaupun hanya dapat didengar oleh puluhan orang didepan pentas sahaja.
Dalam keadaan itu pun Pihak Polis meminta saya membatalkan Majlis itu. Saya hanya berkata kepada Polis itu, jika awak boleh laungkan supaya Majlis ini dibatalkan, launglah. Polis memegang tangan saya meminta saya membatalkan Majlis. Dan didalam keadaan itu saya menjemput Tuan Guru Haji Mohd Baki, Pesuruhjaya PAS Pahang diwaktu itu membacakan doa.
Alhamdulillah, hampir 30 minit Tuan Guru membacakan doa. Resah Polis, mereka tetap menyuruh saya memberhentikan Majlis. Saya hanya kata: "Kalau kamu Orang Islam, angkatlah kedua belah tangan kamu, kan ini bacaan Doa!"
Dr Syed Husin yang turut hadir meminta saya menjauhkan diri dari Polis itu kerana dia nampak Polis yang ada atas pentas itu sudah semacam mahu bertindak keatas saya.
Setelah tamat bacaan doa, Majlis bersurai dan semasa Majlis bersurai masih ribuan manusia menuju Paya Jauh.
Kami meninggalkan Paya Jauh mengikut jalan dalam yang polis sendiri tidak tahu, iaitu jalan tanah merah merentasi kg Paya Luas, keluar ikut jalan (yang sekarang ini terletak Hospital Sultan Ahmad Shah), Wan Azizah dibawa dengan motosikal oleh Setiausaha PKN Temerloh, Allahyarham Hamzah Lateh mengikut jalan lain yang juga tidak diketahui oleh Polis.
Pada hari esuknya, kawan-kawan yang ada di Tenaga Nasional mengatakan bahawa mereka diarahkan untuk memutuskan elektrik ke seluruh kawasan dari Kg Paya Pulai membawa ke Seberang Temerloh.
Kami, pada malam itu, dapat mengadakan perjumpaan kecil di Hotel Seri Malaysia Temerloh, itu pun dibuat booking diatas tiket MLM.
Siapa jahat? Lu fikirlah sendiri.
Banyak lagi peristiwa-peristiwa kehidupan saya bagaimana anak seorang pejuang kemerdekaan ini, anak orang kampong dari petani miskin ini, seorang yang mengejar pelajaran walaupun terpaksa menoreh getah dihujung minggu, mengambil upah menerangkan pangkal anak-anak getah milik pekebun-pekebun, dan bagaimana anak orang miskin ini terpaksa memotong dan menjual ikatan lalang sebagai penutup bumi di estet Kg Awah semata-mata untuk meneruskan persekolahan, akhirnya bertugas di Jabatan Perdana Menteri, belajar di Universiti Malaya dan meneruskan pelajaran di bidang undang-undang, Bar-at-Law di Lincoln's Inn, London, menjadi Magistrate dan akhirnya Pegawai Undang-Undang sebelum menjadi Peguambela-Peguamcara. Tidak ada perkara yang disesalkan didalam hidup saya, kecuali, saya mengotorkan rekod saya dengan menyertai UMNO. Najis rasanya berada didalam UMNO, sebuah parti feudal Melayu yang bersekongkol dengan kapitalis dan menindas orang-orang miskin Melayu tetapi memperalatkan orang Melayu untuk kekuasa politik mereka. Itu sajalah kekesalan saya!
Saya tuliskan riwayat ringkas ini untuk saya tinggalkan kepada waris-waris saya, bahawa jika mahu berpolitik, pilihlah parti yang bukan saja berjuang untuk rakyat tetapi ideologinya adalah ideologi rakyat. Kini perjuangan rakyat dipelopori oleh Parti Keadilan Rakyat dan jika mahu pilih perjuangan Islam, pilihlah parti PAS! KEADILAN, PAS dan DAP kini berada didalam satu bumbung - PAKATAN RAKYAT. Sertailah perjuangan yang dibawakan oleh Pakatan Rakyat.
Kepada rakan-rakan saya didalam PR, saya memohon untuk menarik diri dari semua jawatan politik selepas ini, melainkan jika hanya terpaksa, kerana tanggungjawab saya kepada keluarga belum selesai. Walaupun saya seorang peguam, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa harta, wang ringgit untuk anak-anak saya yang masih menganggur. Sepanjang saya menjadi seorang peguam, apa juga pendapatan yang saya ada, saya habiskan untuk perjuangan. Saya terlupa kepada tanggungjawab saya kepada anak-anak saya, rupa-rupanya mereka terpinggir dan kini sedang menganggur. Maka di akhir hayat saya ini, saya mahu memberikan tumpuan saya kepada mereka agar mereka terlepas dari kongkongan pengangguran dan Insya Allah, mereka itu sangat memahami perjuangan saya, dan mengerti kenapa 2 kali saya ditahan ISA, dan mereka boleh meneruskan perjuangan rakyat, namun, bagaimana mereka mahu berjuang jika mereka menganggur. Saya akan dapat alas untuk tempat mereka berpijak dan kerja-kerja kearah itu sedang saya dan anak-anak saya lakukan sekarang.
Kepada PKR, saya tetap bersamamu, tetap akan membantu rakan-rakan yang akan bertanding didalam PRU akan datang, hanya sekadar tidaklah lagi mampu bergerak seperti yang saya lakukan sekarang.
SELAMAT BERJUANG, REFORMASI!
No comments:
Post a Comment