politik kebenaran,sejarah yang tersirat menunjukan sejarah itu betul2 berlaku di negara ku sendiri, untuk tatapan generasi terkini dan kelansungan.
Sunday, August 8, 2010
(23) PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA(PKMM)
SIRI BULAN KEMERDEKAAN KE 53 : PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA(PKMM)
Dengan mengenepikan faktor-faktor perkauman, gabungan PUTERA-AMCJA ini menegaskan pendiriannya yang anti-penjajahan British dan menentang ciri-ciri yang dianggapnya tidak demokratik yang masih dibenarkan wujud dalam perlembagaan Persekutuan. PKMM menegaskan bahawa cadangan-cadangan Persekutuan itu "tidak menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang demokratik" dan "kuasa yang sebenarnya diberikan kepada beberapa orang pegawai yang menari mengikut rentak "Pejabat Jajahan.2
Partai Kebangsaan Melayu Malaya atau ringkasnya PKMM merupakan sebuah parti politik yang mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi apabila Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presidennya yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis.
PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf atau API yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar atau AWAS yang dipimpin oleh Shamsiah Sutan Pakeh iaitu seorang anggota Parti Komunis Malaya. Bagaimanapun Ahmad Boestamam telah dapat merenggangkan API dari PKMM di bawah Mokhtaruddin Lasso dan pengaruh komunisme serta mengeluarkan manifesto yang berasingan dari PKMM.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin AI-Helmy telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947 PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Mohamed sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalistik.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain.
Pada hari pengisytiharan dasar-dasar perjuangan PKMM pada 30hb November 1945 ia telah mengeluarkan lapan (8) resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan sebagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sembilan Perkara 'Parti Komunis Malaya. Di samping itu kegiatan-kegiatan PKMM yang anti-UMNO dan anti-penjajah sangat dicurigai oleh Kerajaan. Usaha PKKM menubuhkan Pusat
Tenaga Rakyat atau PUTERA iaitu gabungan Parti-parti Politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action atau AMCJA yang bertujuan menentang Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu semakin membimbangkan pihak kerajaan.
RABU, 2010 OGOS 04
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment