MAZLAN ALIMAN (ANAK) Perjuangan Kaum Tani dan Penjajah berulang kembali. Cumanya kini dalam versi moden. Melihat kepada sejarah hubungan tanah,tuan punya tanah tiada berpisah. Kerananya bermula kemelut dan konflik.
Perjuangan Red Indian melawan pendatang kulit putih, pendatang Yahudi dengan Arab Palestin dan penjenayah kulit putih dengan pribumi Australia. Semuanya tentang bab tanah. Penindas dan yang kena tindas.
Bumi kita juga tidak terkecuali. Perjuangan Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Rosli Dhobie, Rentap, Mat Kilau dan Dato Maharaja Lela semuanya tentang tanah, cukai tanah, tanah pusaka.
Tok Janggut kena gantung dan diarak keliling Kota Baru oleh penjajah Inggeris kerana tanah. Begitu juga Haji Abdul Rahman Limbong kena buang negeri hingga matipun kerana tanah. Sama juga nasib pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain. Selain faktor ugama penentangan mereka terhadap penjajah, isu tanah juga adalah antara faktor utamanya.
Cumanya pemimpin UMNO sahaja yang dikurniakan tanah kerana jadi barua penjajah Inggeris.
Kita melihat perjuangan anak-anak peneroka serta ibubapa mereka selaku peneroka mempunyai persamaan perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong dan lainnya dari segi penuntutan hak hasil tanah mereka.
Jika dahulu,penjajah Inggeris menggunakan istana untuk melabelkan pejuang sebagai penderhaka dan pengkhianat, kini UMNO dan FELDA(tentunya UMNO menerajuinya)menggunakan wirid yang sama untuk melabel anak-anak Generasi Kedua sebagai,"kacang lupakan kulit"," tidak tahu berterima kasih" dan "pengacau dan penghasut".
Kini, Mazlan Aliman dan anak buahnya umpama Tok Janggut dan barisan pejuang keadilan dan kemerdekaan manakala UMNO meliputi Najib,Maslan, Yusof Nor umpama penjajah Inggeris yang selamanya "menjajah pemikiran" peneroka FELDA.
Kini gelombang kebangkitan Generasi Kedua FELDA yang terdiri dari anak-anak peneroka bermula. Sejak kemenangan peneroka di FELDA Kemahang Kelantan menegakkan keadilan walaupun belasan tahun menunggu penuh kesabaran menyemarakkan lagi semangat menegakkan keadilan.
Perjuangan Mazlan dan ANAK bakal menempuh ujian yang besar. Jika Suhaimi Saad dan Mohammd Sabu pernah dihantar ke Kem Kemunting demi membela warga peneroka walaupun mereka berdua bukan anak peneroka, tentunya Mazlan juga barangkali lebih hebat lagi diuji dan diancam.
Teruskan perjuangan mu wahai Mazlan agar namamu tercatat dengan tinta emas sebaris dengan pejuang kemerdekaan yang sebenar seperti Tok Janggut,Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong dan seangkatan dengannya di seluruh negara.
Kepada PMNajib, harga maruah peneroka FELDA bukannya senilai RM370 setahun. Lebih kurang RM1 sehari.Hinanya warga peneroka kalau begitu cuba "dirasuah"kan oleh Najib untuk duit raya.
No comments:
Post a Comment