politik kebenaran,sejarah yang tersirat menunjukan sejarah itu betul2 berlaku di negara ku sendiri, untuk tatapan generasi terkini dan kelansungan.
Sunday, August 1, 2010
(1) TENGKU RAZALEIGH ROBOHKAN SISTEM POLITIK MUNAFIK
KULI: Robohkan Sistem Politik Munafik, Pembohongan Dan Rasuah
Posted on Saturday, July 31 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber TvSelangor
Tengku Razaleigh Hamzah, seru generasi baru bangkit merobohkan sistem politik yang dibina selama ini atas nama pembohongan dan rasuah.Di dialog bersama pimpinan pelapis masa hadapan di ibu negara hari ini, Tengku Razaleigh berkata generasi muda harus bangkit memperbetulkan sistem politik hari ini yang diporak-perandakan rasuah dan salahguna kuasa generasi sekarang.
Tengku Razaleigh Hamzah, seru generasi baru bangkit merobohkan sistem politik yang dibina selama ini atas nama pembohongan dan rasuah.
Di dialog bersama pimpinan pelapis masa hadapan di ibu negara hari ini, Tengku Razaleigh berkata generasi muda harus bangkit memperbetulkan sistem politik hari ini yang diporak-perandakan rasuah dan salahguna kuasa generasi sekarang.
Generasi baru diseru bingkas dan berani bertindak memandu halatuju baru untuk negara sebelum Malaysia punah ekoran kebejatan kelompok politik hari ini.
Dalam ucaptamanya di Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di Kuala Lumpur, Tengku Razaleigh berkata golongan politikus enggan mengatasi permasalahan akar yang mencengkam kerana mereka semakin boyot dengan sistem yang dibina atas air mata rakyat dan harta negara.
Jika generasi muda masih lagi teragak-agak dalam merangka pelan tindakan hari ini, maka tiada lagi Malaysia yang sebaiknya untuk rakyat di masa hadapan.
"Tidak dapat disangkal lagi, Malaysia semakin mundur. Berbilion ringgit telah dirompak dari negara ini, dan berbilion lagi disedut keluar di saat struktur politik kita keruntuhan. Tetapi di sini kita berhimpun dalam keadaan selesa, dalam sebuah negara yang tampaknya 'masih berfungsi'. Selalunya begitulah. Namun ini semua berlaku kerana urustadbir yang kurang baik dan bukan kerana kemewahan membuak-buak tanahair kita," kata Tengku Razaleigh.
"Kamu dilahirkan dalam sebuah negara dengan sumber asli, budaya dan sosial yang amat kaya. Malangnya kita menghakis kelebihan yang dikurniakan ini dengan salahurus dan rasuah. Dengan tipudaya, cerita dongeng dan perompakan. Kita punyai kelompok politikus yang tidak mahu atau tidak mampu menangani permasalahan pokok hari ini kerana mereka semakin boyot dan selesa dengan sistem yang dibina dari tipudaya dan rompakan," tegas Tengku Razaleigh lagi.
Tengku Razaleigh berkata generasi hari ini yang mahu melakar masa hadapan baru untuk Malaysia tidak perlu merangka pelan tindakan yang akur pada slogan dan retorik pemerintah hari ini.
Beliau mempersoalkan hadirin di persidangan hari ini mengapa mereka perlu menunggu restu atau membuntuti politikus-politikus yang boyot memakan harta rakyat yang diselewengkan.
"Anak muda hari ini, tegas kamu, mahu memetakan masa hadapan Malaysia. Kamu kata kamu tidak lagi mahu dipandang sebelah mata, dan membiarkan masa hadapan ibu pertiwi di tangan generasi sekarang ini," kata Tengku Razaleigh.
"Kamu katakan lagi bahawa kamu mahu rampas kemudi negara dan mahu terlibat sama dalam percaturan bangsa dan masyarakat. Saya, sebenarnya, turut berkongsi perasaan yang sama. Bahkan, ramai rakyat Malaysia yang merasakan begitu juga. Mereka sudah letih dengan keluhan yang tidak dipedulikan, dan letih dengan rendahnya tahap kita sekarang ini. Ya, betul kata kamu. Generasi yang berkuasa hari ini telah menghampakan rakyat Malaysia," tegas Tengku Razaleigh.
"Namun langkah pertama untuk merampas kemudi negara ialah bukan dengan meminta sokongan dari Perdana Menteri, atau mana-mana Menteri, untuk merestui kerja-kerja aktivis kamu. Ahli-ahli politik, termasuk saya, adalah orang gaji kamu. Kamu tidak memerlukan slogan-slogan kerajaan yang dirumuskan agensi asing untuk menyimpulkan projek kamu. Kamu hanya perlu mengorak langkah dan menzahirkannya," tambah beliau lagi.
"Inilah masa untuk bangkit. Kebangkitan ini boleh berlaku di sini, disaat ini, di persidangan ini. Bukan esok, atau lusa, tetapi hari ini," tegas Tengku Razaleigh.
Tengku Razaleigh menyorot perhatian hadirin supaya membandingkan wibawa dan integriti pemimpin generasi Merdeka kepada barisan ahli-ahli politik hari ini.
Meskipun pemimpin terdahulu bukanlah individu yang sempurna, namun mereka lebih jujur dan memahami aspirasi sebuah negara bangsa. Malaysia suatu masa dahulu di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman memimpin negara-negara lain di arena antarabangsa dari penubuhan Kumpulan G-15 kepada Pertubuhan Negara-Negara Islam dan kempen anti-Apartheid.
"Hari ini kita punyai munafik bertopengkan moral dan agama, yang menipu, yang memperdaya, yang pecah amanah, tetapi tidak minum arak, yang menyemai dan membedung sistem pendidikan negara untuk semua rakyat Malaysia, sementara mereka menghantar anak-anak mereka ke akademi-akademi elit di negara Barat," ujar Tengku Razaleigh.
Beliau berkata generasi baru perlu mempunyai jatidiri yang jitu dalam merangka perubahan. Generasi muda hari ini tidak boleh takut akan risiko jika mereka benar-benar mahu mencantas sistem politik hari ini yang membusuk dari dalam dengan korupsi.
"Jangan sama sekali kamu izinkan ahli-ahli politik yang kamu jemput untuk berucap disini memandang rendah pada kamu. Jangan kamu benarkan mereka melambung kamu dengan pujian-pujian seperti kamulah harapan masa hadapan negara dan puji-pujian yang sewaktu dengannya. Andaikatalah terpejam mata kamu dialun kata-kata muluk mereka, maka kamu juga telah menyertai kabilah mereka, kabilah yang menjahanamkan bangsa," kata Tengku Razaleigh.
"Sekiranya mereka sebut bahawa masa hadapan di tangan kamu, minta dengan sopan supaya mereka serahkan masa hadapan kepada kamu terlebih dahulu. Kamu tuntut mereka jawab mengapa menteri kabinet yang termuda sekarang ini berumur 45 tahun dan dipenuhi mereka-mereka yang meragukan," tambah beliau.
"Kabinet Malaysia era Merdeka mempunyai purata umur 30 tahun. Kamu bukanlah generasi pertama yang bijak pandai. Generasi saya juga tidaklah terlalu bodoh. Tetapi kamu mungkin menjadi generasi pelajar dan mahasiswa pertama dalam 50 tahun sejarah negara yang menganjak negara ini melalui transformasi sebenar. Perubahan yang amat-amat mendesak," tegas Tengku Razaleigh.
"Bukanlah maha liberal namanya untuk meminta politik, dasar ekonomi, dasar pendidikan dan semua yang dirumus mengikut acuan kaum dihapuskan. Itu namanya semakin matang. Cuba kamu lihat makna liberal dalam kamus," tambah beliau.
Ibu Pertiwi Tuntut Generasi Muda Bangkit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment