Tuesday, August 3, 2010

(14) TOKOH KANAN UMNO MALAYA PUAN SRI PUTIH MARIAH

KETUA WANITA UMNO 1: PUAN SRI DATIN HAJAH PUTIH MARIAH IBRAHIM RASHID (1946-1950):




Beliau seorang tokoh yang aktif dalam bidang kebajikan. Sejak awal lagi beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal Kaum Ibu iaitu sebelum Pergerakan Kaum Ibu UMNO di tubuhkan secara rasminya pada 1946. Bertitik tolak dari sini beliau telah berusaha menubuhkan bahagian-bahagian Wanita UMNO. Usahanya mendapat sokongan Dato’ Onn Jaafar, pengasas UMNO sendiri. Beberapa mesyuarat telah diadakan dan kemuncak perjumpaan itu telah diadakan di Butterworth, Pulau Pinang. Di sinilah Pergerakan Kaum Ibu UMNO (pada mulanya dipanggil Ahli-Ahli Perempuan UMNO) dan Puan Sri Datin Hajah Putih Mariah dilantik menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Malaya

Dicatat

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

Label: TOKOH KEMERDEKAAN KANAN



No comments:

Post a Comment