Monday, September 5, 2011

(4) Kes Noramfaizul: Penganjur Terlalu Pentingkan Publisiti - Timb KP Utusan Malaysia

Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan (gambar) menyalahkan pihak penganjur Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ekoran kematian jurukamera BernamaTv, Noramfaizul Mohd. Nor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui facebooknya, Zaini membandingkan kerja amal luar negara yang dibuat oleh Mercy Malaysia yang tidak pernah kecoh dengan media pun.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

Kenyataan orang nombor dua media Umno ini dsiarkan oleh Berita Harian.

Berita Harian melaporkan:

Timbalan ketua pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini hassan bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan pihak penganjur misi bantuan kemanusiaan yang gagal menyediakan persediaan keselamatan akibat TERLALU MEMENTINGKAN PUBLISITI DARIPADA MEDIA.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.


(Laporan Berita Harian)

Penganjur missi ini adalah Kelab Putera 1 Malaysia yang dipimpin oleh Abdul Azeez Rahim yang juga Ketua Putera Umno.

Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia adalah badan yang direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Melalui kenyataan Zaini jelas, missi kelab ini bukan sekadar mahu membantu tetapi juga sarat dengan missi politik iaitu untuk publisiti dan kini salah seorang wartawan Malaysia menjadi mangsanya.

Selain Zaini, wartawan kanan Utusan Zulkiflee Bakar, juga mempersalah pihak penganjur kerana gagal membuat kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu negara sebelum menghantar bantuan bagi memberikan ruang kepada semua yang terbabit untuk membuat persediaan.

Harakahdaily difahamkan, rombongan ini disertai oleh 54 anggota yang terdiri dari sukarelawan Kelab 1 Malaysia di samping wartawan dari

11 comments:

Anonymous said...
Apsal tak tulis dalam Utusan?

Utusan & TV3 ada brani ke lapur sebijik mcm mamat ni tulis dalam FB?

Mari kita tengok sapa yg kena??
Anonymous said...
Itu kita kena faham...kalau si mamat nie tulis dalam Utusan, alamat periuk nasi dia tak berasap lah. Tetapi kira cukup bagus dah dia ada juga niat dan berani berkata sesuatu walaupun bukan di ruangan Utusan.
Anonymous said...
udah2 la tu...semua nak dipolitikkan...esok2 bapak kau mati pun kau politikkan jugak....asal lain parti je nak dipolitikkan...
admin said...
anon 1:33, pergilah tegur utusan & bharian tu kerana politikkan kes trsebut. Lain kali kalau bapak kamu kena tembak atau mati kena langgar dlm accident, x pyh dakwa apa2 kat mahkamah, x pyh politikkan, x payah siasat apa2, dah takdir dia mati.
Anonymous said...
setuju benar ngan admin nye bola tanggung...kena sebijik....anon 1:33
kg kerkau said...
ini serangan ke atas najib. semua org dah berani tibai najib.

apa-apapun takziah untuk keluarga allahyarham. jgn tunggu je, lepas ni tuntut keadilan dari putera umno. dah tau tempat tu bahaya lain kali buat laa persediaan rapi.

daripada dok pi somalia, baik gotong royong buat jalanraya kat hulu banat di sabah sarawak.
Anonymous said...
Betul seperti yang diperkatakan oleh Timb. Ketua Pengarang Utusan Malaysia. Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia mengada-ada sangat semasa bercakap kat TV tu. Kalau buat kerja amal kat bumi Malaysia tak apalah, ini bumi Somalia yang sentiasa bergolak..UN dan US pun lari.
ketuanancukong said...
ana tgk mamak abdul azez ni terlampau ghairah pi negara2 bermasalah dan terlampau kemaruk publisiti walhal bantuan sebenarnya boleh disalurkan terus melalui penerbangan khas oleh TUDM.mungkin dia ni mahu mendapat pujian dan nama,kos penerbangan dan segala keperluan dia dan rombongan kat sana pun sebenarnya boleh menampung bantuan kemanusiaan tanpa perlu bwk rombongan ke sana.ada hikmah di sebalik semua ini...ana tgk tiap2 hari muka dia ja kat Tv3,dah naik meluat,,walhal org yang celik pun boleh persoalkan kos dan sumber kewangan dia kat sana dari mana,bukan duit mak bapak dia pun..malah wartwan yg pi sana pun bukan kemahuan mereka tapi atas arahan apa nak buat,,,last2 da jadi terhegih2 ckp jgn salahkan sesiapa,,da tau last2 terkena batang hidung sendiri...
Anonymous said...
Hakikatnya..... ini adalah kerja amal yang tak Ikhlas, mengharapkan imbalan.........

cth dh ada di zaman Rasulullah, mereka yg pergi berperang kerana nakkan harta rampasan perang (dlm kes ini publisiti.....)Rasulullah kata.... tempat mereka kat neraka......(bukan Allahyarham tapi si Putera UMNO.......)
Anonymous said...
semua komen betul melainkan komen anon 1.33. komen pencacai harap rezeki umno bagi...tuiiiii
Anonymous said...
alahai putera umno....kira gagal lah misi ni....semua terkedu...he he.kalu berjaya...gah satu malaya.ada yg dpt gelaran datuk.ALLAH MAHA MENGETAHUI NIAT KAMU
semua media tradisional di samping para blogger Umno. -HD

No comments:

Post a Comment