Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Rindu pulak dekat blog ni lepas hampir 5 hari pak cik tak update pasai ada projek lain. So, ari ni pak cik nak melepaskan rindu pak cik kat blog ni dengan berkongsi lagi dengan korang keilmuan-keilmuan dalam islam.
Sebelum tu, marilah kita renung balik tragedi Tsunami yang dah menghentam negara Jepun. Kesian diorang. Namun, setiap apa yang terjadi adalah perkara yang hikmah. Mungkin ALLAH ingin membersihkan maksiat dalam negara tersebut, sapa tahu. Tapi yang pak cik bengang adalah ada jugak segelintir rakyat Malaysia yang agak bodoh mempermainkan isu seperti ini.
Dahlah Jepun tu kena langgar tsunami, si Rosmah tu leh lak cakap itu adalah kesan daripada pembangunan yang pesat. Adoi la, tsunami takde kena mengena dengan environment. Tsunami tu gempa bumi dalam laut, tak de kena langsung dengan isu alam sekitar. Ia bersifat natural je. Dan betapa rendahnya akal kartunis yang lukis gambar otromen melarikan diri dari tsunami dalam berita harian , haisyh.. Sensitif la. Kesian mereka tu.
Dan ada juga yang melihat kejadian ini adalah sebagai tanda bahawa Imam Mahdi telahpun memerintah dunia. Dia memerintah menggunakan pancaindera sahaja. Perkara ini telah diramalkan oleh Nabi Daniel AS, yang mana diberi kelebihan untuk meramal masa hadapan. Dan terbukti ia telahpun terjadi. Terima kasih kepada seorang pengkomen atas info tersebut.
Ok, kita berbalik kepada topik utama kita. Fana? apa tu Fana,.. What the heck is that? Fana ni dalam bahasa arab, yang bermaksud, hancur, lebur luluh, binasa. Penggunaan fana ni banyak digunakan oleh kalangan ahli Zikir.
Apa yang dimaksudkan oleh fana ni adalah bila hati tidak lagi mengawal anggota badan. Hati seakan-akan lupa bahawa dia mempunyai jasad. Hati telah tenggelam dalam ingatan terhadap ALLAH, yang mana pada ketika itu menolak semua anasir laghoo selain ALLAH.
Biasa kalo tengok orang yang Fana ni, orang awam mesti cakap diorang ni gila. Seperti mana yang kita ketahui, Fana ni mampu membuatkan seseorang tu lupa bahawa dia mempunyai sebuah anggota badan yang perlu untuk ditadbir.
Begitulah bagaimana sang pencinta ALLAH mencintai ALLAH hingga ke tahap tersebut sehingga mampu untuk menidakkan naluri manusia seperti makan dan minum. Lazatnya cinta pada ALLAH tak setara dengan cinta manusia.
Ini baru dinamakan cinta yang menggilakan.
Seperti mana Rasulullah SAW pernah beritahu kat umat dia, supaya beribadatlah sehingga orang menganggap kamu gila, maka ini lah yang mereka cuba sahut dan akhirnya, dibayar dengan Halawah Iman.
Semua manusia mempunyai iman, tetapi berapa ramai yang telah merasa iman tersebut. Untuk sampai ke rasa yang manis tu, ada banyak rasa pahit yang kena kita rasa. Hanya manusia yang sanggup untuk menerima pahit sahaja yang layak untuk merasa kemanisan tersebut.
Andai anda telah dipanggil gila oleh jiran anda akibat beribadat, berbanggalah kerana ALLAH telahpun mengkalungkan sebuah kalungan Gila kepada anda.
Bersediakah korang untuk menjadi Gila?
No comments:
Post a Comment