Ingin menjadi wali Allah?
Keperkasaan
dan kehebatan menjadi keinginan setiap manusia menempuh kehidupan di
dunia. Keinginan yang tiada had menyebabkan manusia sering terpengaruh
dengan unsur kurang wajar seperti syihir dan amalan syirik. Ada yang
menyedarinya dan sebahagian besar tidak mengetahui apa yang mereka
kuasai itu dimurkai Maha Pencipta. Ada pula yang menyangka (tertipu atau
ditipu) bahawa kekuatan dan kuasa luar biasa mereka selaras dengan
agama dan menganggap semua itu seumpama karamah atau kelebihan yang di
anugerahkan.
Antara perkara yang sering manusia itu terpengaruh ialah kelebihan atau menyalahi adat:
1, Kuat dan Kebal.
2. Memukau dan Menguasai sama ada manusia, haiwan atau lain-lain.
3. Menghilang diri atau Ghaib
4. Pantas Bergerak. Ke suatu tempat sekelip mata.
5. Berjalan di atas air atau terapung di udara.
6. Membaca fikiran orang lain
7. Mengetahui kejadian masa hadapan atau di tempat lain, melihat masa lampau.
8. Meneroka alam ghaib
Tidak
mustahil semua ini boleh dicapai sama ada melalui jalan benar atau
jalan yang salah. Jalan benar hanya dikuasai oleh para insan bertaraf
wali Allah sahaja dan ia di panggil "karamah". Sememangnya itu semua hak
manusia yang telah di sediakan oleh Allah. Apa yang perlu manusia itu
lakukan ialah menuntut (bukan belajar) menurut cara dan syarat yang
telah Allah dan Rasul tetapkan.
Namun
seperti semua ketahui, manusia itu bersifat amat bergopoh gapah dan
tidak sabar menanti anugerah dari Maha Pencipta dan mengambil jalan
pintas untuk segera mencapainya. Atas sebab itu sering sahaja manusia
itu tersalah langkah kerana didorong oleh nafsunya sendiri. Makhluk
halus yang terdiri dari jin dan iblis mengambil peluang segera membawa
manusia tersebut ke arah yang bersalahan dengan apa yang Allah tetapkan.
Mereka menyesatkan manusia itu dengan mudah.
Masalah
kedua ialah manusia sering sahaja mengikut bisikan syaitan
kerana syaitan telah menguasainya. Syaitan telah bersarang di dalam
hatinya. Sukar bagi manusia menewaskan nafsu syahwat akibat dari godaan
keduniaan menyebabkan mereka kerap melakukan perkara yang bersifat zalim
terutama kepada diri mereka sendiri.
Bolehkah manusia biasa seperti kita menjadi wali Allah?
Jawapannya
adalah: Ya. Wali Allah itulah sebenar-benar khalifah di atas muka bumi
ini. Setiap manusia dituntut untuk mencapainya. Cuma tahap dan keupayaan
berbeza antara sesaorang sesuai dengan bakat yang Allah telah tetapkan.
Bergantung juga kepada ketekunan dan kesungguhannya serta berkat doa
dari insan yang mengasihinya. Walaubagaimanapun, bagi kes tertentu, ia
kelihatan sangat mudah. Tidak mustahil jika Allah menghendakinya.
Bagaimana Caranya?
Ada dua jalan yang pernah ditempuh oleh orang terdahulu.
1. Membersihkan dirinya dari sifat kebinatangan dan kesyaitanan untuk masuk ke wilayah insan..
2. Melakukan ritual dengan bimbingan mursyid secara berperingkat.
Lebih cepat jika dapat lakukan kedua-duanya serentak.
NAFSU LIDAH
Pernahkah kita mendengar bahawa sesiapa yang bercakap bohong, di akhirat nanti lidahnya akan digunting. Ia menunjukkan bahawa percakapan bohong amatlah ditegah tetapi kini ia diambil mudah dan dusta bermaharajalela. Inilah punca kenapa hati manusia menjadi gelap dan terlepas peluang mendapat hidayah.
Perbuatan lidah ini amatlah mudah, ringan dan ada masanya menghiburkan tetapi mengawalnya amatlah payah. Antara perbuatan melalui lidah ini ialah:
Berdusta
Berkata sia-sia
Mengumpat
Marah
Menyakiti Orang seperti meyindir, menghina, memperolok.
Ketawa (terbahak-bahak)
Bersiul
Makan dan minun yang haram.
Memandangkan begitu mudah manusia terseret kearah kejahatan lidah ini, hukum telah dipaksakan kepada setiap umat termasuk umat Islam. Bagi memulakan mujahadah kearah kebaikan diri, setiap orang wajib mengawal lidahnya sebelum dapat mengawal lain-lain perbuatan.
Harus diingat bahawa kesalahan lidah ini berunsurkan syaitan. Hasutan syaitanlah yang membawa diri kita kepada kesalahan ini. Apa sahaja yang melibatkan syaitan sememangnya sukar diatasi malah akan melarat kepada lain-lain kesalahan yang tidak pernah kita terfikirkan sebelum itu.
Jika kita dapat mengatasi nafsu ini, masa depan kita untuk mencapai wilayah insan amatlah cerah.
ANJURAN
Seperti yang disebut diatas tadi, jalan yang terbaik mencapai maksud penyucian kerohanian ini ialah dengan melaksanakan dua kaedah serentak iaitu Tanzil dan Tarqi melalui bimbingan mursyid.
Inilah yang dianjurkan oleh Ustaz Haji Ahmad atau nama lain Tok Mat Janggut. Bagi memudahkan orang ramai berpeluang kembali semula kepada landasan tauhid sepertimana yang diajar oleh Rasulullah saw kepada para sahabatnya, Syeikh kepada Ustaz Haji Ahmad, Syeikh Haji Mahmud iaitu ulama yang diamanahkan oleh syiekhnya Tok Kenali telah mengambil langkah menubuhkan ABJAD.
Kini ABJAD telah
di daftarkan secara rasmi sebagai NGO dan juga sebagai pertubuhan seni
mempertahankan diri. Bersandar kepada dua sebab ini, ia memudahkan
aktiviti dijalankan, bebas bergerak dan menjalankan dakwah kerohanian di
seluruh negara. Penerangan yang teratur dapat disebarkan dikalangan
orang ramai secara selamat dan tidak menyalahi undang-undang. Ahli ABJAD
juga telah melebar ke luar negara terutama Indonesia. Saya mendapat
maklum seorang ulama yang dihurmati dan tinggi martabatnya di sana telah
datang menemui Ustaz Haji Ahmad untuk mendapatkan talqin syahadah. Anda
bagaimana?
No comments:
Post a Comment