Dengan namaNya, kita berserah diri memohon keampunanNya dan mengharap keberkatan dariNya.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.  
 | 
Dari seribu
 anak Adam lelaki dan wanita (manusia keseluruhannya) hanya 1 (satu) 
sahaja yang layak menjadi ahli Syurga sementara selebihnya 999 adalah Ahli Neraka. Siapakah
 mereka? Ingatlah hanya satu dari seribu, bilangan yang amat kecil. Ini 
sebagai panduan untuk kita mengenal diri sendiri sama ada  terdiri dari 
golongan 1 atau 999.
Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.”
Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.”
… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?”
Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Hadis ini mempunyai rahsia yang Rasulullah saw cuba sampaikan, Selama ini sukar untuk ditafsirkan secara telus dibimbangi salah tanggapan. Namun peristiwa demi peristiwa yang tejadi sejak kebelakangan ini mendorong kita untuk mengenal siapakah mereka, terutamanya Yakjuj dan Makjuj yang juga digambarkan sebagai ahli fasad iaitu pembuat kerosakan di muka bumi. Manusia dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
1. Golongan Beriman (ahli syurga)
2. Yakjuj dan Makjuj (ahli neraka)
Yakjuj dan Makjuj? Ahli neraka itu ialah Yakjuj dan Makjuj? Masya-Allah, kita juga mungkin tergolong di kalangan makhluk perosak ini? Yakjuj dan Makjuj adalah mereka yang terpedaya dengan nafsu, menzalimi diri dan dunia keseluruhannya, melakukan fasad. Itulah pesan Baginda Rasulullah saw. Untuk melepaskan diri dari kumpulan Yakjuj dan Makjuj, kita harus berusaha meningkatkan nafsu kita ke tahap yang diredhai Allah.
Hanya satu dari seribu.
 Mengapa begitu sukar anak Adam menjadi Ahli Syurga? Ia adalah 
disebabkan oleh nafsu manusia sendiri yang amat suka kepada kepalsuan 
berbanding kebenaran. Manusia yang dijamin ke Syurga ialah mereka yang 
sekurang-nya memiliki nafsu bertaraf MUTHMAINNAH.
 Iaitu nafsu yang sederhana tetapi dianggap terlemah dalam kelompok 
nafsu mulia dimiliki anak Adam. Hanya nafsu ini (muthmainnah) dan 
nafsu-nafsu yang lebih tinggi darjatnya sahaja yang diterima oleh Maha 
Pencipta. 
Itulah "Pintu Syurga" yang
 mampu dicapai oleh setiap insan dengan harapan meningkat lebih tinggi 
mencapai makam terpuji "Nafsu Radhiah, Mardhiah dan Kamaliah". Selain 
dari ini, anak Adam akan terjerumus ke dalam neraka yang amat dahsyat 
siksanya.
Nafsu yang tercela ialah nafsu "AMARAH" yang
 menjadi pakaian sebilangan besar anak Adam. Ia juga layak disebut 
sebagai nafsu haiwaniah, iaitu bersifat dengan sifat haiwan. Tiada 
kemuliaan bagi mereka yang mempunyai sifat sedemikian. Mereka bakal 
mendiami neraka. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari menjadi 
sebahagian dari mereka.
Nafsu Amarah, Lawamah dan Mulhimah adalah nafsu tahap rendah yang tidak ada jaminan Syurga.
Pembersihan
 nafsu perlu di lakukan berperingkat-peringkat dan sebaiknya dibimbing 
oleh MURSYID yang mengetahui rahsia zahir dan rahsia bathin. Sebelum itu
 kita mesti mengenali dan memahami bentuk dan tahap nafsu manusia ini.

NAFSU MANUSIA
Nafsu
 membawa pengertian kepada apa sahaja tabiat-tabiat atau kelakuan yang 
membabitkan perasaan marah, nafsu berahi dan syahwat dan semua 
sifat-sifat yang keji. Tetapi apabila nafsu -nafsu ini diasah dengan 
ibadah seperti zikir, maka dapatlah nafsu-nafsu ini berubah dari yang 
keji menjadi nafsu yang terpuji.
Adapun martabat-martabat nafsu manusia itu terbahagi kepada 7 martabat.
1. Nafsu Amarah.
-suka
 melakukan perbuatan yang keji dan hina dan tidak pernah terasa menyesal
 akan perbuatanya. Contohnya, dia tidak akan berasa kesal dan sedih bila
 meninggalkan solat. Inilah sehina-hina martabat nafsu dan tempatnya 
ialah neraka jahannam. Antara sifat orang yang memiliki nafsu ini ialah 
bakhil, sukakan dunia, panjang angan-angan, sombong dan bongkak, hasad 
dengki, inginkan keagungan, dendam, khianat, lalai kepada Allah dan 
mudah marah, takabbur, tamak, materialistik, sering mengikuti keinginan 
syahwat secara berlebihan.
Nafsu
 amarah ialah tahap nafsu yang paling rendah. Nafsu amarah cenderung 
mendorong manusia untuk melakukan perbuatan keji dan rendah. Keberadaan 
nafsu ini disebutkan dalam Surat Yusuf ayat 53. "Dan aku tidak 
membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu 
selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh 
Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
2. Nafsu Lawamah.
Tahap
 yang lebih tinggi ialah nafsul lawwamah. Manusia yang memiliki nafsu 
ini sering mengkritik dan menyesali tindakan yang tidak patut yang 
dilakukannya atas dorongan nafsul lawwamah. Keberadaan nafsu ini 
disebutkan dalam Surat Al Qiyamah ayat 2. ...dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)."
-ahli
 nafsu ini suka mengkritik diri sendiri atau mencela diri sendiri 
apabila melakukan kesalahan atau dosa. Nafsu ini lebih elok dari nafsu 
amarah tadi. Dia akan mencela diri sendiri kerana berbuat dosa dan 
salah. Namun nafsu ini tidak dijamin syurganya. Antara sifat-sifat nafsu
 ini ialah mencela diri sendiri, terdapat perasaan kecut hati bila 
melakukan kesalahan, ria', sifat-sifat keaipan hati, suka mendapat 
pijian, menyangkakan dirinya lebih baik dan bertabiat berfikir 
(bertafakur). Pada tahap ini seseorang akan menyesali perbuatan 
buruknya, dia sering merenung dan mengkritik semua perbuatannya yang 
lepas. Setelah itu dia berusaha agar perbuatan buruk yang telah 
dilakukan tidak berulang kembali.
3. Nafsu Mulhimah.
Tahap nafsu yang ketiga adalah nafsu mulhammah. Kedudukannya didalam Al-Qur'an ada disebutkan dalam Surat Asy Syam ayat 7-10 "...dan
 jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan 
kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya 
beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu ,dan sesungguhnya rugilah 
orang yang mengotorinya.."
-tatkala
 nafsu amarah dan lawamah tadi dapat dileburkan, maka berpindah pula 
kepada nafsu yang lebih tinggi dipanggil mulhimah. Di mana terkikis 
segala prasangka kotor yang datang dari syaitan dan diganti dengan 
malaikat atau Allah iaitu "ilham". Antara sifat nafsu ini ialah tidak 
sayangkan harta, berilmu laduni, sentiasa berasa cukup, timbul perasaan 
merendah diri pada Allah, taubat yang benar, sabar yang hakki, tahan 
menanggung kesusahan dan macm2 lagi sifat terpuji. Namun begitu, 
peringkat nafsu ini masih belum dijamin syurganya kerana ia masih berada
 diawangan yang mana boleh berubah bila-bila masa sahaja. Jika tidak 
diasah dengan betul, ia akan lenyap.
Orang
 yang telah mencapai tahap ini mampu mengendalikan dirinya dari 
mengikuti keinginan nafsu yang rendah. Ia dapat membezakan yang hak dan 
yang batil. Ia selalu menjaga dirinya dari melakukan perbuatan tercela 
dan selalu berusaha untuk meningkatkan iman dan taqwanya. Berusaha 
mengerjakan amal soleh sebanyak-banyaknya.
4. Nafsu Muthmainnah.
Tahap nafsu yang kempat ialah nafsu muthmainnah. Kedudukan nafsu ini didalam Qur'an disebutkan dalam Surat Al fajr 27-31. "Hai
 jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi 
diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah 
ke dalam surga-Ku."
-ahli
 nafsu ini adalah terpuji dan termasuk dikalangan wali kecil. Ahli nafsu
 ini dijamin syurganya. Biasanya ahli-ahli ini mempunyai keramat kecil 
seperti mengetahui hal-hal loh mahfuz dan mendapat ilmu secara ilham 
dari Allah. Dan tidak semestinya keramahnya dapat dilihat dengan zahir. 
Dan ahli nafsu ini doanya bersih dan makbul. Antara sifat ahli nafsu ini
 ialah, bermurah hati, tawakal yang benar, kuat beribadat, arif dan 
bijaksana, syukur yang benar, redha, taqwa, dan lain2 lagi sifat 
terpuji.
Orang
 yang telah mencapai tahap nafsu ini, jiwanya akan jadi tenang, penuh 
rasa tawakkal, reda dengan semua ketetapan Allah, tidak disentuh rasa 
terlalu berduka, sedih dan cemas.
5. Nafsu Radhiah.
-ahli
 ini memang dah ternyata menjadi wali Allah yang mulia. Ahli nafsu ini 
bertabiat luar biasa. Ia tidak takut akan bala Allah. Ia tidak 
memikirkan dosa dan pahala melainkan keredhaan Allah sahaja yang 
dinginkan. Duka dan gembira sama bagi mereka. Apa yang mereka katakan 
dianggap keramah. Seperti halnya Syeikh Abdul Qadir Jailani dimana 
tatkala setelah habis makan, dia menyeru kembali kepada segala tulang2 
ikan yang dimakannya agar hidup kembali. Maka ianya hidup kembali. 
Begitulah keramahnya manusia yang mempunyai martabat nafsu ini.
Orang
 yang mencapai tingkat ini selalu berasa puas dengan apa yang 
diterimanya daripada Allah. Bagi mereka kejadian baik mahupun buruk yang
 menimpa, sama sahaja. Hatinya tidak terpengaruh oleh kehidupan dunia. 
Mereka selalu kembali kepada Allah dan redha dengan setiap 
keputusan-Nya.
6. Nafsu Mardhiah
Tahap
 ini lebih tinggi daripada nafsu radhiah. Ia adalah orang yang sangat 
dekat dan dicintai Allah. Merekalah yang dimaksud oleh salah satu hadis 
Qudsi yang bermaksud:
“SENANTIASA HAMBAKU MENDEKATKAN DIRI KEPADAKU DENGAN MENGERJAKAN IBADAH IBADAH SUNAH HINGGA AKU CINTA PADANYA. MAKA APBILA AKU TELAH MENCINTAINYA, JADILAH AKU PENDENGARANNYA YANG DENGANNYA IA MENDENGAR, PENGLIHATANNYA YANG DENGANNYA IA MELIHAT, PERKATAANNYA YANG DENGANNYA IA BERKATA KATA, JADILAH AKU TANGANNYA YANG DENGANNYA IA BERBUAT, JADILAH AKU KAKINYA YANG DENGANNYA IA MELANGKAH, DAN AKALNYA YANG DENGANNYA IA BERFIKIR.”
Semua
 langkah dan perbuatannya dilakukan atas bimbingan dan petunjuk Allah, 
seperti apa yang telah dilakukan Nabi Khidir dan tidak difahami oleh 
Nabi Musa. Dia tidak bertindak dengan kemahuannya sendiri, melainkan 
dengan bimbingan dan kehendak Allah.
Ahli
 nafsu ini segala percakapan dan bicara mereka diredhai Allah. Jadi 
segala hal dari mereka mereka, air liur mereka, penglihatan mereka, 
pendengaran mereka, pergerakan mereka, dan seterusnya diredhai Allah. 
Seperti halnya Junaid, syekh Abdul Qadir Jailani dan ramai lagi.
7. Nafsu Kamil atau Kamaliah.
-makam
 nafsu yang tertinggi sekali. Mereka ini hidupnya di dunia ini dengan 
jasadnya bergaul dengan orang ramai, namun jiwa, ruh dan batinnya tetap 
dengan Allah semata2. Mereka ini sentiasa berada di dalam fana kepada 
Allah.
Nafsu
 ini adalah tahap nafsu para Nabi dan Rasul, manusia suci dan sempurna, 
wali2 besar, yang selalu berada dalam pengawasan dan bimbinganNya. 
Terpelihara dari perbuatan yang tercela.
Perjalanan Peningkatan Nafsu
Untuk
 meraih tahap nafsu dari peringkat rendah sampai yang tinggi seperti 
tersebut di atas memerlukan perjuangan yang gigih dan istiqamah. Tidak 
mudah dicapai dengan senang tanpa usaha ydan pengorbanan. Untuk naik 
dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi lazimnya memerlukan waktu 
yang cukup lama sampai bertahun tahun lamanya. Tidak mustahil pula 
mendapatkannya dengan cepat jika dikehendaki Allah swt, Tuhan yang Maha 
Berkuasa atas segalanya.
Insya
 Allah dengan hati yang bersih dan jernih kita boleh meraih kemenangan 
di dunia dan di akhirat. Insya Allah kita dapat menjalani hidup yang 
bahagia di dunia dan di akhirat, tidak ditimpa kesedihan dan duka yang 
berlarutan. Semoga kelak ditempatkan Allah di taman syurga yang abadi 
dan hidup kekal selamanya disana.
Maka,
 mungkin mustahil untuk kita menjangkau ke taraf nafsu mardhiah, radhiah
 dan kamaliah. Namun tidak mustahil jika Allah menghendakinya. Buat 
peringkat hamba memadailah berusaha menuju tahap Muthmainnah kerana kita ada peluang untuk mencapainyanya melalui usaha mujahadah yang penuh kesungguhan disamping mengharap redhaNya.
Cukuplah sekadar kita mencapai makam nafsu Muthmainnah
 jika nafsu yang tiga lagi terasa berat untuk dicapai kerana nafsu 
muthmainnah adalah selemah-lemah nafsu yang terpuji tetapi dijamin 
syurganya berbanding lawamah, amarah dan mulhimah yang tidak dijamin 
syurganya.
HAWA NAFSU MANUSIA
Oleh: Isa Ansori
Allah
 SWT. menciptakan manusia sebagai khalifah yang menguasai dan 
mendayagunakan bumi dan alam sekitarnya untuk kesejahteraan manusia.
وَإِذْ
 قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً 
قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ 
وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا
 لاَ تَعْلَمُونَ
“Ingatlah
 ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak
 menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa 
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat 
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa 
bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: 
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Al-Baqarah: 
30)
هُوَ
 الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى 
السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Dia-lah
 Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia 
berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha
 Mengetahui segala sesuatu”. (Al-Baqarah: 29)
Kesemuanya itu dalam rangka ikhlas beribadah mengabdi kepada-Nya.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”. (Adzariyat: 56)
وَمَا
 أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ 
حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ 
الْقَيِّمَةِ
“Mereka
 tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan 
keta’atan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya 
mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah 
agama yang lurus”. (Al-Bayyinah: 5).
Agar
 misi sebagai khalifah dapat berjalan, Allah memberi nafsu pada diri 
manusia sebagai sumber pendorong perubahan dan perkembangan selama 
manusia masih hidup. Pada nafsu itu diberi ilham tentang manakah 
keinginan-keinginan baik yang dibenarkan dan diridhai oleh Allah SWT. 
sehingga setiap proses mewujudkan keinginan-keinginan itu dapat bernilai
 ibadah dan mengabdi kepada Allah SWT. Serta manakah keinginan-keinginan
 buruk yang apabila diperturutkan maka proses mewujudkannya adalah 
maksiat kepada Allah SWT. Firman Allah:
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا. قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
“dan
 jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). maka Allah mengilhamkan 
kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya 
beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah 
orang yang mengotorinya”. (As-Syams: 7-10).
Selain
 nafsu, Allah SWT. juga menciptakan akal pikiran pada diri manusia, yang
 berfungsi sebagai pembantu nafsu dalam mempertimbangkan suatu 
keinginan, apakah mungkin atau tidak mungkin, logis atau tidak logis, 
bermanfaat atau tidak bermanfaat, baik atau buruk, diridhoi Allah atau 
dimurkai, dan seterusnya sekaligus mencarikan alternatif cara dan proses
 apabila ia diwujudkan. Dan sebagai standar penilaian itu adalah 
Al-Qur’an, wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
يُؤتِي
 الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا
 كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ
“Allah
 menganugerahkan al hikmah (kepahaman yang dalam tentang Al Qur’an dan 
As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang 
dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang
 banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil 
pelajaran (dari firman Allah)”. (Al-Baqarah: 269)
Hawa
 nafsu sebagai sumber dan pendorong segala keinginan pada diri manusia, 
dalam proses memunculkan suatu keinginan dan usaha untuk mewujudkannya, 
ada yang mendapat rahmat Allah sehingga mengikuti ilham dari Allah untuk
 selalu bertaqwa kepada-Nya. Ia bersedia dengan ikhlas mengikuti jalan 
Allah yang lurus, dan tidak berani untuk mendustai-Nya. Ia merasa aman 
dan tentram selalu berada dalam keridhaan-Nya dan menolak untuk 
bermaksiat kepada-Nya. Inilah nafsu yang disebut dengan “Nafsu 
Mutmainnah” yang akan dipanggil oleh Allah untuk menghadap dan 
bersemayam dengan tentram di sisi-Nya, seperti dalam firman Allah:
يَا
 أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً
 مَّرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي
“Hai
 jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi 
diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, dan 
masuklah ke dalam surga-Ku”. (Al-Fajr: 27-30)
Namun
 ada pula yang sebaliknya. Nafsu yang merasa puas dan tentram jika 
bermaksiat kepada Allah, menolak dengan keras segala seruan untuk 
mengabdi kepada Allah. Ia lebih suka mengikuti seruan syaithan. Ini 
seperti pada saat iblis raja syaithan menolak perintah Allah untuk 
bersujud kepada Adam. Iblis saat itu mengikuti hawa nafsu sombongnya 
yang menganggap bahwa dia lebih mulia dari pada Adam sebaba ia 
diciptakan oleh Allah dari api sedangkan Adam dari tanah. Firman Allah:
وَلَقَدْ
 خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ 
اسْجُدُواْ لِآدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ 
السَّاجِدِينَ. قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ 
أَنَاْ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ
“Sesungguhnya
 Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian 
Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka 
merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang 
bersujud. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud 
(kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis: “Saya lebih baik
 daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan 
dari tanah”. (Al-A’raf: 11-12).
Hawa
 nafsu yang senang bermaksiat dan mendurhakai Allah ini disebut dengan 
“Nafsu Amarah bi Su’” (Nafsu yang menyuruh kepada kejelekan), 
sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi Yusuf dalam firman Allah:
وَمَا أُبَرِّىءُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Dan
 aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya 
nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi 
rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha 
Penyayang”. (Yusuf: 53)
Kemudian,
 nafsu itu juga mempunyai sifat tidak pernah puas terhadap segala 
keinginan yang telah terwujud atau dalam proses perwujudannya. Jika 
nafsu mendorong untuk berbuat suatu kebajikan lalu berhasil 
mewujudkannya, maka ia akan menyesal mengapa tidak lebih banyak lagi 
kebajikan dapat ia wujudkan. Dalam posisi ini, sifat nafsu ini adalah 
baik dan mulia. Namun jika sebaliknya, nafsu amarah bi su’ yang 
mendorong kepada kejelekan dan berhasil mewujudkannya, maka ia pun tidak
 merasa puas, bahkan menyesali mengapa tidak lebih banyak lagi 
kemaksiatan ia wujudkan sehingga tercapai kepuasan, meskipun pada 
hakekatnya kepuasan yang ia kehendaki tidak mungkin akan tercapai. 
Rasulullah SAW. bersabda:
لوكان لإبن أدم واد من مال لابتغى اليه ثانيا ولو كان له واديان لابتغى لهما ثالثا ولايملأ جوف ابن أدم الا الترب ويتوب الله من تاب.
“Andaikata
 anak Adam memiliki satu lembah berisi harta pasti dia berharap untuk 
mendapatkan lembah yang kedua. Dan seandainya ia telah memiliki dua 
lembah berisi harta, pastilah dia berharap lembah yang ke tiga. Tidak 
ada yang dapat memenuhi keinginan perut anak Adam kecuali tanah (mati 
dikubur). Allah menerima taubat setiap orang yang bertaubat kepada-Nya”.
 (HR: Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi).
Sifat nafsu ini disebut dengan “Nafsu Lawwamah”, sebagaimana firman Allah:
وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ
“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)”. (Al-Qiyamah: 2)
Dalam
 penyesalan karena ketidak puasannya, nafsu lawwamah yang mengikuti 
nafsu amarah bi su’ berkeluh kesah seperti dalam Firman Allah:
إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا. إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا. وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا
“Sesungguhnya
 manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa 
kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat 
kikir,
فَأَمَّا
 الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ 
فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ. وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ 
عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ
“Adapun
 manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya 
kesenangan, maka dia berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila 
Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezkinya maka dia berkata: “Tuhanku 
menghinakanku”. (Al-Fajr: 15-16)
Inilah
 sekelumit hawa nafsu manusia. Hawa nafsu ini bersemayam dalam hati. 
Hati bukan dalam arti fisik berupa segumpal daging dalam tubuh yang 
terletak di dada kiri, tapi hati dalam arti yang lebih lembut dan 
abstrak yang disebut oleh Allah dan Rasulullah sebagai pusat pengendali 
baik dan buruk amal manusia. (Sekelumit tentang hati kami tulis di 
bawah. Insha Allah bahasan lebih lanjut pada tulisan lain).
Di
 dalam hati, hawa nafsu mutmainnah dan amarah bi su’ saling berebut 
pengaruh untuk menjadi sumber pendorong dalam setiap keinginan yang akan
 diwujudkan oleh manusia. Seluruh panca indera dan anggauta badan yang 
lain adalah sumber informasi untuk terwujudnya suatu kegiatan sekaligus 
sebagai pelaksana dalam mewujudkan keinginan itu.
Allah
 Maha Mengetahui, oleh sebab seluruh panca indera dan anggauta badan 
adalah sumber informasi dan sekaligus pelaksana hawa nafsu, maka Allah 
menurunkan tata aturan bagaimana mendayagunakan seluruh panca indera dan
 anggauta badan yang benar dan diridhai-Nya sehingga setiap perbuatan 
yang dihasilkan maka akan bernilai ibadah kepada-Nya.
Manusia
 dihiasi syahwat cinta kepada wanita, anak-anak, dan harta benda dunia 
lainnya, sehingga seluruh panca indera dan anggauta badan lainnya pun 
bekerja memberikan informasi kepada hati tentang apa yang ia lihat dan 
ingin rasakan, dan Allah pun menunjukkan bagaimana syahwat cinta kepada 
semuanya itu dimulai dari proses pemberian informasi sampai proses 
perwujudan kenikmatan dapat bernilai ibadah kepada-Nya.
زُيِّنَ
 لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ 
وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ 
الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ 
الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
“Dijadikan
 indah pada (pandangan) manusia kecintaan syahwat kepada apa-apa yang 
diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis 
emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. 
Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali 
yang baik (surga)”. (Ali-Imron: 14)
Sedikit
 contoh kami berikan, ketika mata seorang lelaki jatuh menatap wanita 
cantik di hadapannya, informasi ini dikirim ke dalam hati, lalu hiasan 
syahwat cinta kepada wanita yang diberikan Allah kepada manusia 
mendorong hawa nafsu merespon dengan beragam keinginan. Lalu Allah 
memberikan bimbingan kepada nafsu seperti dalam hadis Rasul SAW. bahwa: 
Pandangan pertama kepada segala sesuatu adalah memang pekerjaan mata, 
akan tetapi pandangan berikutnya adalah respon nafsu terhadap apa yang 
ia lihat, maka berhati-hatilah, kalau nafsu amarah bi su’ yang 
menguasai, maka pandangan yang berikutnya itu akan dikenai hisab oleh 
Allah. Dan Allah-pun mengajarkan bagaimana memandang yang dibenarkan, 
ialah pandangan ketika berta’aruf dan meminang untuk dijadikan isteri 
sah dalam rangka beribadah kepada-Nya saja yang dibenarkan.
Untuk ini Rasulullah SAW. bersabda:
قال رسول الله صلىالله عليه وسلم: لا يؤمن أحدكم جتى يكون هواه تبعا لما جئت به.
Rasulullah SAW. bersabda: “Tidak beriman salah seorang diantara kamu sehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran yang aku bawa” .
Rasulullah SAW. Juga memberi petunjuk kepada hati ketika nafsu mutmainnah dan amarah bi su’ saling berebut pengaruh:
عن
 وابصة بن معبد رضىالله عنه قال أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال 
جئت تسأل عن البر؟. قلت نعم. قال استفت قلبك البر مااطمأنت اليه النفس 
واطمأن إليه القلب. والإثم ماحاك فى النفس وتردد فى الصدر وإن افتاك الناس 
وأفتوك
“Wabishah
 bin Ma’bad r.a berkata: Aku mendatangi Rasulullah SAW, lalau beliau 
bertanya: “Engkau datang hendak menanyakan tentang kebaikan?”. Aku 
menjawab: “Ya!”. Nabi bersabda: “Mintalah fatwa pada hatimu. Kebaikan 
adalah apa-apa yang jiwa/nafsu dan hatimu merasa aman dan tentram. 
Sedangkan dosa adalah apa-apa yang menimbulkan keraguan dalam jiwa/nafsu
 dan hatimu meski kau meminta pendapat atau diberi pendapat oleh orang 
lain”. (HR. Ahmad bin Hambal dan Ad-Darimi)




