Sunday, August 28, 2011

(61) BUKIT KEPONG MAT SABU

Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.

Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera.

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.

Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta?

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD?? -JALAN PULANG

di bawah adalah artikel dari Tukar Tiub...wajib baca

MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA

KOMENTAR TUKAR TIUB

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.


Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin.





Apa yang Mat Sabu sampaikan?


Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!

Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.net


Ulasan GB

Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka.

Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.

Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.

TAHNIAH MAT SABU!

Saturday, August 27, 2011

(60) JEJAK DAJJAL

KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL.

Mengenalpasti & Menyusun kod
Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam

Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.
Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

“Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?” Seorang sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Lalu baginda menyambung: “Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal.”

“Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: “Apakah kamu ini?”. 

Makhluk itu menjawab: “Aku pengintip rahsia (Jassasah)”

Mereka bertanya lagi: “Pengintip apa?”. 

Makhluk itu menjawab: “Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu.”

Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali. 

Kemudian mereka bertanya: “Siapa kamu ini?”

Lelaki yang dipasung itu menjawab: “Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan.” 

Mereka menjawab: “Ia sudah hampir tidak berbuah lagi.”

Lelaki dipasung itu bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?” 

Lalu mereka jawab: “Airnya hampir kering.”

Dia bertanya lagi: “Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?”

Mereka menjawab: “Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah).”

Dia bertanya: “Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?”

Mereka menjawab: “Ya. Mereka memeranginya.”

Dia bertanya lagi: “Bagaimana perlakuan mereka?”

Mereka jawab: “Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya.”

Lelaki itu berkata: “Itu benar terjadi?”

Mereka menjawab: “Benar. Itu yang benar terjadi”

Lelaki itu berkata: “Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baikkepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat.”

Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: “Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur”

Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: “Itulah yang aku dengar dari Rasullallah.”

Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.
Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:
- akan muncul pada akhir zaman
- mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- menyebar fitnah dan dusta

(59) Tasik Galilee

 

[url]http://www.rahsiadunia.com/thread-5.html[/url] (gambar tasik galilee..)

Tulisan asal artikel ini adalah dari zameer fisabilillah…but I don’t know what is his link so that’s why tak dapat nak link kan nama dia di sini.

Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah...
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,h adis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...
Saudara serumpunku, anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Saya ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas, Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun.
Dan anda semua perlu faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun, asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian, proses ini "sepatutnya" sudah berlaku…

- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita, benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku, rakan-rakan, semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba, menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku...Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja, dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan...sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu. Ketahuilah, Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi, dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat!!!

Sekali lagi saya ingatkan anda, bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012

Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT. Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna, apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR!
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan. Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini...Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi, gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang

Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali, sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan...dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila satu tanda besar keluar, perhatikan sekeliling anda, semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan? Bila satu tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...

Dan ingatlah wahai Muslimin, doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susur galur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad, dari susur galur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah, Solat 5 Waktu di tahiyat akhir, kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan terakhir, langsaikan hutang secepat mungkin, tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman, kumpulkan kain-kain yang tahan lama, ternak dan gembala kambing, ajar anak-anak menunggang kuda, simpan cermin mata anda sebaik mungkin, banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik, banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah, latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah, banyakkan berenang di waktu petang, minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh, kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)

tanda sekarang  : huru hara di tanah arab sdg berlaku..:'(
p/s : gerunnya...semoga ALLAH mengampunkan dosa umat islam semuanya..a

(58) Penggalian di bawah kota Baitul Maqdis : Satu pendedahan

Suara Peduli Palestin

 

Usaha rejim Zionis untuk merobohkan masjid al-Aqsa dan juga mengYahudikan Baitul Maqdis adalah serius. Usaha siang dan malam mereka amat memalukan umat Islam sedunia yang hanya memandang sepi terhadap apa yang telah berlaku, apa yang berlaku kini dan apa yang bakal berlaku terhadap kota suci Baitul Maqdis dan juga kiblat pertama mereka, iaitu Masjid al-Aqsa.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan dan terus berjalan sehingga kini. Bermula dengan merobohkan penempatan kaum Arab muslim dan Kristian di kota tersebut, membina penempatan Yahudi dan membawa para warga Yahudi dari seluruh dunia untuk mendiaminya, membawa pulang tulang belulang datuk nenek mereka dari Eropah dan Amerika untuk di tanam di dalam kawasan kota Baitul Maqdis, kini mereka telah ke tahap yang lebih agresif dengan membina tembok untuk memisahkan di antara umat Islam dengan Masjid al-Aqsa dan juga dengan menggali terowong di bawah bangunan Masjid al-Aqsa, serta pelbagai lagi makar mereka yang lain.
Suara negara Islam mesti mengaum bukan menikus

Di antara kesemua usaha mereka, usaha penggalian terowong di bawah kota Baitul Maqdis dan juga bangunan Masjid al-Aqsalah yang paling merbahaya. Ianya bukan hanya sekadar mengancam masjid suci tersebut yang merupakan masjid ketiga suci umat Islam, malah ianya mencabar maruah umat Islam dan juga bakal memadamkan sejarah yang telah terbina semenjak 1400 tahun yang lalu. Sayangnya persoalan ini tidak begitu diambil berat oleh umat Islam, walaupun ianya telah berlaku semenjak tahun 1967 lagi. Umat Islam sedunia hanya menyedari perkara tersebut apabila kerajaan rejim Zionis Israel merasmikan terowong yang mereka gali semenjak tahun 1967 itu pada 24 September 1996 apabila mereka merayakan sambutan “3,000 tahun bandar Daud”, sekaligus membuktikan pemilikan mereka terhadap kota dan juga tapak masjid berkenaan. Sayangnya, ianya semua telah terlambat, terowong tersebut telah pun menjangkau panjang sebanyak 488 meter dan juga dengan ketinggian melebihi 13 meter dan juga 20 meter di sesetengah tempat.
Kesedaran Umat Islam
Umat Islam juga hanya tersedar apabila pertubuhan-pertubuhan pengganas Zionis yang ingin membina kuil mereka meletakkan batu asas pembinaan kuil mereka di kompleks di bawah masjid al-Aqsa hadil galian mereka selama lebih tiga dekad. Sayangnya, tidak semua umat Islam sedar hal ini, jika ada yang sedar, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Lebih malang lagi, para pemimpin umat Islam yang mengetahui hal ini hanya rela berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan serius selain daripada merayu kepada pihak Zionis agar tidak meneruskan tancangan mereka sahaja. Pertubuhan OIC juga bagaikan tidak berkuasa apa-apa di berhubung kes ini, buktinya, sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang mereka ambil untuk mengahalang usaha Zionis untuk terus menggali di bawah Masjid al-Aqsa dan juga kota Baitul Maqdis.
Para pengunjung yang kini bebas memasuki terowong tersebut untuk tujuan pelancongan akan dapat melihat dengan jelas pelan masa depan rejim Zionis terhadap kota tersebut. Satu peta eletronik yang memaparkan pelan masa depan kota tersebut didakwa berdasarkan apa yang tercatit di dalam “Old Testament” ataupun Torah menurut panggilan Kaum Yahudi. Yang menariknya, Masjid al-Aqsa tidak langsung disebutkan di dalam pelan tersebut, yang ada hanyalah gambar Beit HaMikdash ataupun kuil Sulaiman yang mereka ingin bina di atas tapak masjid. Ternyata sudah, iautlah objektif uatama mereka, iaitu membina kuil tersebut dan meruntuhkan Masjid al-Aqsa. Perayaan 3000 tahun Bandar Daud itu, menurut pihak berkuasa Zionis adalah antara usaha mereka untuk memberitahu dunia bahawa kaum Yahudi Zionislah adalah pemilik paling berhak ke atas kota lama tersebut dan mereka berhak menentukan apa yang akan berlaku kepada kota tersebut dan juga tapak masjid berkenaan. Terowong tersebut hanyalah permulaan…perjalanan pelan masa depan mereka masih jauh. Ini selaras dengan ucapan mantan Perdana Menteri-Perdana Menteri rejim Zionis dan juga pemimpin-pemimpin Zionis yang lain yang berbunyi “Urshalem (Baitul Maqdis) adalah ibu kota Israel sampai bila-bila”.
 
Mungkinkah al-Quds hanya boleh ditatap dibuku2 sejarah atau muzium pada masa akan datang ?


Jelas dan pasti, mereka tidak hanya sekadar mengukir kata-kata seperti kebanyakan pemimpin umat Islam. Mereka telah membuktikannya dengan pembinaan terowong tersebut dan juga usaha-usaha menghalau umat Islam dan umat Kristian keluar dari kota Baitul Maqdis serta mempersukarkan umat Islam dari memasuki Masjid al-Aqsa setiap waktu. Usaha mengubah bentuk-bentuk bangunan yang bercirikan Islam kepada reka bentuk arkitek Yahudi kuno giat dijalankan. Nama-nama jalan dan kawasan-kawasan penempatan yang asalnya mempunyai ciri-ciri Islam dan Arab kini ditekuarkan kepada nama-nama Yahudi dan nama-nama berinspirasikan cerita-cerita di dalam “Old Testament”. Lebih dahsyat lagi, Masjid al-Aqsa sendiri seolah-olah tidak wujud di kawasan tersebut, dan seringkali dipanggil sebagai “Temple Mount” sahaja. Perakara ini tanpa disedari telah diadaptasi oleh media-media barat. Malah CNN katika melaporkan tentang Baitul Maqdis tidak menyebutkan Masjid al-Aqsa, tetapi mengikut panggilan kaum Zionis kepada tapak tersebut sebagai “The Temple Mount”. Tidak tahulah samada ini disedari oleh umat Islam ataupun tidak, yang pastinya jangan terkejut satu hari nanti jika media di negara-negara umat Islam pun akan menggunakan perkataan yang sama, hatta di Malaysia sekalipun.
Fasa-Fasa Pembinaan
Usaha jahat Zionis ini telah bermula semenjak tahun 1967 lagi, apabila mereka berjaya menawan kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Bermula dari tarikh tersebut, mereka telah memulakan penggalian di bawah Masjid al-Aqsa di atas alasan mencari kuil lama mereka yang didakwa telah tertimbus di dawah bangunan Masjid al-Aqsa. Selepas itu pelabagi percubaan lain yang mereka lakukan seperti membakar, percubaan meletupkan, merempuh masuk, melakukan penyembelihan ke atas mereka yang bersolat, dan yang terakhir sekali ialah ugutan-ugutan golongan fundamentalis Yahudi untuk merobohkan masjid al-Aqsa sebanyak lebih enam kali pada tahun 2005 sahaja, selepas Ariel Sharon menajisi Masjid al-Aqsa pada tahun 2000 yang lalu. Fakta yang tidak dapat disangkalkan dan ianya sangat-sangat membahayakan Masjid al-Aqsa ialah usaha penggalian terowong masih lagi aktif dilakukan, dan ianya berterusan sehingga kini dan di masa-masa hadapan, dan kita ianya telah mencapai fasa kelapan. Berikut adalah perincian kepada fasa-fasa penggalian terowong tersebut:

height="200"> Buka matamu luas2 !! Saya sedang dirogol oleh rejim Zionis sekarang !!
1) Fasa pertama (penghujung 1967 sehingga 1968):
Terowong sepanjang 70 meter di bawah tembok sebelah barat bangunan al-Haram al-Sharif (Masjid al-Aqsa), di sebelah belakang kawasan solat muslimah dan di bawah muzium Islam sehingga ke kubah al-Fakhriah.
2) Fasa Kedua (1969):
Terowong sepanjang 80 meter pula digali bermula daripada terowong yang telah digali sewaktu fasa pertama. Terowong kali ini digali sehingga mencecah pintu “Magharibah” juga di sebelah barat bangunan al-Harm al-Sharif. Ianya berada di bawah bangunan-bangunan milik Zawiyyah Fakhriah yang sekarang ini dikenali sebagai Institut al-Shafie.
3) Fasa Ketiga (bermula 1970, tergendala sebentar sehingga 1974, dan kemudian disambung penggaliannya semula pada 1975 sehingga kini:
Ianya digali sejauh 180 meter di bawah mahkamah Syariah bersebelahan dengan bangunan al-Haram al-Sharif, serta merupakan bangunan yang tertua di dalam kota Baitul Maqdis. Terowong yang digali ini berada di bawah lima pintu pagar utama Masjid al-Aqsa dan juga beberapa bangunan bersejarah serta empat buah masjid, kubah-kubah Qayt Bay, pasar al-Qatanin, beberapa buah sekolah dan juga kawasan-kawasan perumahan di sekitar Masjid al-Aqsa. Dianggarkan tiga ribu orang Arab Muslim yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.
4 & 5) Fasa keempat dan kelima (dari tahun 1973 sehingga 1974 di empat tempat yang berlainan):
Tempat pertama: Di bawah mihrab Masjid al-Aqsa, sehingga 20 meter jarak ketinggiannya.
Tempat kedua: Di kawasan tenggara Masjid al-Aqsa yang utama.
Tempat ketiga: Di kawasan sebelah barat Masjid utama.
Tempat keempat: Di sekitar keempat-empat pintu masuk utama ke masjid utama.
Di ketiga-tiga tempat tersebut, ketinggian terowong yang digali itu telah menjangkaui 13 meter ke bawah. Penggalian ini telah menyebabkan keretakan yang nyata di dalam kawasan Masjid yang utama (masjid Omar yang dikenali dengan Masjid al-Aqsa). Sebarang gegaran yang kuat sudah cukup untuk meretakkan masjid tersebut serta merobohkannya).
6) Fasa Keenam (Bermula pada tahun 1975 dan berterusan sehingga kini):
Terowongnya bermula dari tembok sebelah timur, di antara tembok Mariam dan juga kawasan Timur laut tembok kota Baitul Maqdis. Penggalian terowong ini menjejaskan kawasan perkuburan yang terdapat di atas terowong tersebut dan bersebelahan dengan Masjid al-Aqsa.
7) Fasa Ketujuh (Bermula 1975 sehingga kini):
Ianya bertujuan untuk meluaskan medan al-Buraq (ataupun dipanggil oleh kaum Zionis sebagai medan “Kotel” yang bermaksud tembok ratapan). Pembinaan medan tersebut sahaja telah memusnahkan beberapa bangunan milik umat Islam, seperti perpustakaan al-Khaliddiya (perpustakaan tertua yang wujud di Baitul Maqdis), Mahkamah Syariah dan juga 35 buah bangunan yang merupakan kawasan penempatan bagi 250 orang Arab Muslim yang mendiami kawasan tersebut. Terowong yang dibina adalah merupakan kesinambungan daripada medan tersebut dan menjadi sebahagian daripada kawasan “suci” bagi penganut agama Yahudi pro-Zionis.
8) Fasa Kelapan (Bermula 1976 sehingga kini):
Ianya bertujuan untuk mencari kubur-kubur lama milik raja-raja Yahudi yang mereka dakwa ditanam di bawah kota lama Baitul Maqdis mengelilingi kawasan sebelah barat Masjid al-Aqsa. Motto utama penggalian ini ialah “Discover the graves of the kings of Israel in David’s City”. Penggalian terowong ini telah menyebabkan keretakan pada tembok sebelah barat bangunan masjid utama secara keseluruhan.
Penggalian di waktu kini
Sehingga kini, pihak rejim Zionis meneruskan usaha penggalian terowong di bawah masjid. Panjang terowong yang pertama hasil dari kerja-kerja mereka sebanyak lapan fasa telah menjangkau 500 meter dari tembok al-Buraq (Kotel menurut Zionis) sehinggalah ke kawasan sebelah timur Baitul Maqdis. Terowong kedua pula bermula dari pintu al-Ghawanim di dalam bangunan masjid menjangkau sehingga kawasan perumahan Arab Kristian di dalam kota lama. Terowong ketiga pula bermula dari pintu Magharibah sehinggalah ke pintu al-Amud.


Gerakan intifada untuk menyelamatkan masjid Aqsa amat2 ditakuti rejim Zionis
Terowong-terowong ini pada asalnya hanyalah kawasan laluan air yang telah dibina semenjak zaman berzaman untuk mengalirkan air hujan yang turun sewaktu musim sejuk. Malangnya apabila pihak rejim Zionis berkuasa penuh ke atas kota Baitul Maqdis, mereka mendakwa ianya adalah sebahagian daripada bangunan lama kuil mereka (yang mereka panggil Beit Ha Mikdash). Terowong yang telah dibuka secara rasmi oleh kerajaan rejim Zionis pada 24 September 1996 sebenarnya hanyalah hasil pertemuan tiga saluran air bawah tanah yang wujud semenjak pemerintahan Islam lagi dan berakhir di pintu Alwad berdekatan dengan kubah batu (Qubah al-Sakhra). Usaha rejim Zionis hanyalah membesarkan terowong tersebut sehingga boleh dilalui oleh para pengunjung, dan kemudiannya mendakwa bahawa itu adalah sebahagian daripada kuil Sulaiman seterusnya menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi-lokasi suci mereka.
Pendedahan Syeikh Raed Salah
Usaha jahat rejim Zionis ini telah didedahkan oleh Syeikh Raed Salah, Dato’ bandar Umm al-Fahm dan juga ketua Harakah Islamiyyah (gerakan Islam) di dalam kawasan Palestin 1948 (yang dikenali sebagai negara Israel). Menurut Syeikh Raed Salah, “Rancangan jahat Zionis (menggali terowong-terowong yang wujud) adalah untuk membina kembali kuil Sulaiman yang mereka dakwa, dan mereka merancang untuk menukarkan masjid Marwani (tingkat bawah tanah Masjid al-Aqsa yang dibina semenjak zaman Marwan al-Hakkan salah seorang pemimpin Bani Umayyah) kepada kuil mereka di bawah tanah. Mereka juga bercadang untuk menghubungkan di antara masjid Marwani (yang akan mereka tukarkan kepada kuil) dengan tembok al-Buraq (tembok ratapan menurut dakwaan Zionis) menerusi sebuah terowong yang akan merentasi Masjid al-Aqsa. Syeikh Raed juga telah mendedahkan satu dokumentari yang pernah ditayangkan oleh salah sebuah saluran televisyen Zionis mengenai keruntuhan Masjid al-Aqsa yang bakal berlaku di dalam tempoh yang terdekat.
Menurut Syeikh Raed juga, tujuan utama penggalian terowong adalah untuk merobohkan masjid al-Aqsa secara semulajadi. Sebarang gegaran, samada berpunca dari gempa bumi atau letupan yang kuat sudah cukup untuk merobohkan masjid al-Aqsa. Jika berlaku yang sedemikian, pihak rejim Zionis akan berlepas tangan dan tidak akan bertanggung jawab di atas keruntuhan tersebut dan akan segera membina kuil mereka kerana mereka akan mendakwa Masjid itu roboh dengan sendiri, dan tanah tersebut akan menjadi milik mereka kerana tiada lagi masjid di atasnya. Apakah tindakan kita???

(57) SIAPA PAULUS (ISA AL MASIH)

Barangkali kita harus mencari bukti yang lebih kuat untuk menyelami kenapa kota Konstantinople menjadi lambang kemunculan Dajjal. Apabila ia berjaya ditakluki oleh umat Islam di bawah arahan seorang sultan terbaik sepanjang sejarah gerakan ketenteraan umat Islam, ia melambangkan kemenangan Islam. Kenapa tidak kekalahan umat Islam di Spain disebut sebagai petanda keluarnya Dajjal.

Untuk merungkai rahsianya, terdapat hadis Nabi saw yang mengingatkan umatnya supaya membaca surah al-Kahfi agar terselamat daripada fitnah al-masih Dajjal. Namun jika kita membaca al-Quran surah al-Kahfi dengan khusyuk serta mengetahui makna setiap perkataan dalam surah itu, kita tidak menemui nama al-masih Dajjal disebut di dalamnya.

Juga sudah tentu secara harfiah, kita tidak menemui hubung kait dengan kota Konstantinople. Namun jika kita membaca ayat 4 - 5 surah al-Kahfi, maka kita boleh menghubungkaitkan surah al-Kahfi dengan kota Konstantinople. Ayat 4 dan 5 surah al-Kahfi itu maksudnya:

“Dan juga Al-Quran itu member amaran kepada orang-orang yang berkata: ‘Allah mempunyai anak’. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta”.
(Surah al-Kahfi : ayat 4 – 5)

Ayat ini merujuk kepada kepercayaan Kristian berkenaan Nabi Isa as yang dipercayai penganut Kristian sebagai ‘Putera Tuhan’. Dalam kepercayaan Kristian, Tuhan adalah tiga dalam satu, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Kepercayaan bahawa Nabi Isa as atau Jesus Christ sebagai Son of God atau ‘Putera Tuhan’ bukan ajaran Nabi Isa as yang sebenar, tetapi adalah ajaran yang berasal dari Paulus.

Paulus yang dianggap sebagai ‘rasul Kristian’, yang menyampaikan ajaran Nabi Isa as sebenarnya tidak pernah menjadi murid Nabi Isa as. Malah Paulus tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa as. Sebaliknya, Paulus pada mulanya adalah musuh kepada Nabi Isa as yang terlibat dalam penangkapan dan penyiksaan pengikut-pengikut Nabi Isa as dengan kejam.

Prof. Dr. Ahmad Shalaby melalui buku beliau Perbandingan Agama-Agama Masehi memetik pengakuan Paulus sendiri yang mengakui bahawa dia pernah bersikap kejam terhadap para pengikut Nabi Isa as.

Paulus berkata, “Saya Yahudi Farisi bin Farisi atas harapan bangkitnya mayat-mayat. Kamu telah dengar dahulu dalam agama Yahudi bahawa saya adalah orang yang menyeksa gereja Tuhan secara melampaui batas dan melebihi teman-teman sebangsa saya kerana saya sangat cemburu mengenai tradisi-tradisi nenek moyang saya”.

Lukas, murid setia Paulus, mendedahkan kekejaman Paulus terhadap para pengikut Nabi Isa as:

“Saul (iaitu panggilan lain terhadap Paulus) rela orang-orang Masihi dibunuh, dia menyerbu gereja, memasuki rumah-rumah dengan menarik lelaki dan perempuan serta di penjarakan dan dia selalu mengancam untuk membunuh murid-murid Tuhan (iaitu para murid Nabi Isa as)”.

Pada tahun 38 Masihi, ketika Paulus atau Saul dalam perjalanan dari Jerusalem ke Damsyik dan telah hampir dengan Damsyik, kononnya secara tiba-tiba dia melihat cahaya memancar dari langit dan mendengar suara ghaib yang menyerunya, “Saul! Saul! Kenapa engkau menyiksaku?!”

Paulus lalu bertanya, “Siapakah engkau?”

Kononnya Paulus mendengar jawapan,

“Akulah Jesus yang kamu seksa”.

Lalu Paulus bertanya, “Hai Tuhan. Apakah yang akan engkau lakukan?”

Lalu kononnya Paulus mendengar suara berkata, “Bangunlah dan berpeganglah pada agama Masihi”.

Menurut Lukas, “Semenjak itulah dia (Paulus) menyebarkan di dalam pergaulan-pergaulannya tentang al-Masih (Nabi Isa as) bahawa dia anak Tuhan”.

Paulus sendiri mengakui bahawa dia tidak mengajar Injil yang merupakan wahyu Allah kepada Nabi Isa as, sebaliknya dia mengakui menerima ‘wahyu’ langsung dari Nabi Isa as yang didakwanya sebagai ‘anak Tuhan’ atau Son of God.

Ujar Paulus, “Saya memberitahu saudara-saudara bahwa Injil yang saya tablighkan itu bukanlah menurut perhintungan manusia sebab saya tidak menerimanya dari manusia dan saya tidak diajar, tetapi adalah ilham secara langsung dari Jesus Christ (Nabi Isa as)”.

Jadi jelaslah, kepercayaan Kristian bahawa Nabi Is as adalah Putera Tuhan mula disebarkan oleh Paulus pada tahun 38 Masihi, bukan melalui para murid Nabi Isa as yang berguru secara langsung dengan Nabi Isa as. Sebaliknya Paulus merekacipta akidah baru atas nama Nabi Isa as, bahawa Nabi Isa ialah ‘Putera Tuhan’ yang naik bertakhta ke langit di sebelah Tuhan.

Ajaran yang dimunculkan oleh Paulus atas nama Nabi Isa as itulah yang disebut oleh al-Quran dalam Surah al-Kahfi ayat 4 - 5, “Dan juga Al-Quran itu member amaran kepada orang-orang yang berkata: ‘Allah mempunyai anak’. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta”.

Jadi Paulus, warga Rome yang nama Yahudinya pula dikenali sebagai Saul adalah Anti Christ atau Dajjal versi Kristian. Namun, apa pula hubungan Paulus dengan Konstantinople? Jawapannya, kota Konstantinople mendapat nama itu sempena dengan nama pendiri kota itu, iaitu Constantine the Great.

Constantine the Great yang membangunkan Kota Konstantinople dan menamakan kota itu sempena namanya pada tahun 325 Masihi mengisytiharkan ajaran Paulus, bahawa Nabi Isa as adalah Putera Tuhan sebagai akidah rasmi agama Kristian Empayar Byzantium. Kemudian agama Kristian dari kerajaan Byzantium itu berpecah kepada dua. Satu aliran Ortodoks dan satu lagi adalah Katholik yang berpusat di Rome.

Sejak itu, ajaran tauhid Nabi Isa as dianggap bida’ah dan diperangi habis-habisan. Kisah penghuni gua yang di ceritakan dalam Surah al-Kahfi adalah kisah pada zaman berlakunya penindasan dan kekejaman terhadap ajaran tauhid Nabi Isa as, bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Pada 325 Masihi, satu mesyuarat diadakan di kota Nicea, di mana seramai 2 048 orang Uskup hadir dengan pendirian masing-masing. Ketika mesyuarat berlangsung, berlaku perdebatan hangat dan kecoh tentang akidah Kristian. Sebahagian menentang bahawa Nabi Isa as adalah ‘Putera Tuhan’. Mereka merupakan jumlah teramai, iaitu seramai 1 730 orang.

Sedangkan sebahagian lagi berkeras berpegang bahawa Nabi Isa as adalah ‘Putera Tuhan’. Mereka terdiri dari hanya 318 orang Uskup sahaja. Namun, Constantine the Great telah bersetuju dengan pihak minoriti itu. Ini kerana fahaman bahawa Nabi Isa as adalah ‘Putera Tuhan’ sesuai dengan kepercayaan Constantine sendiri, yang pada masa itu belum menganut agama Kristian. Sebaliknya dia menganut agama pagan.

Oleh itu, jelaslah bahawa kota Konstantinople adalah lambing ajran anti Christ yang merupakan sebutan Kristian terhadap al-Masih Dajjal.

Penaklukan Sultan Muhammad al-Fatih, boleh dikatakan bahawa baginda telah meruntuhkan lambang Dajjal versi Kristian, iaitu Kota Konstantinople. Baginda mengubahnya menjadi sebuah kota dalam wilayah Islam, yang sekarang dikenali sebagai Istanbul.

Tetapi menurut hadis Abu Daud, penaklukan kota Konstantinople tanda kemunculan Dajjal. Ia adalah Dajjal akhir zaman, iaitu Dajjal yang mengancam umat Islam dan ajaran Islam. Dajjal yang ditegaskan Rasulullah saw melalui sabdanya akan muncul di sebelah Timur!

Ia tidak lain tidak bukan adalah kebangkitan kuasa laut dunia Kristian yang dimulakan oleh Sepanyol dan Portugal pada akhir abad ke-15, yang bermula dengan penjelajahan angkatan laut Sepanyol dan Portugal untuk menjajah dunia Islam di sebelah Timur. Menyekat dan mengganggu pelayaran perdagangan umat Islam. Dalam misi penjelajahan dan penjajahannya, Sepanyol dan Portugal sangat dipengaruhi semangat perang salib yang memerangi Islam.

Sepanyol melupuskan kerajaan Islam Filipina (1565 Masihi), sementara Portugal memansuhkan Ketuanan Melayu Islam ke atas Melaka (1511 Masihi). Itu bukan Dajjal yang sebenar-benarnya, tetapi suatu petanda untuk gerakan Dajjal yang seterusnya.

Penjelajahan penjajahan Sepanyol dan Portugal direstui oleh Gereja Katholik di Rome melalui Perjanjian Tordisilla.

Ketika Sepanyol dan Portugal hilang kekuasaannya, ia diganti oleh Belanda dan Inggeris , dan Dajjal akhir zaman semakin nyata kelihatan. Dan ia kian nyata sehingga kini, jelas seperti matahari. Sabda-sabda Rasulullah saw merupakan kiasan yang bertepatan dengan kenyataan masa kini. Apakah kita ingin menafikan bahawa kita sedang di belenggui Dajjal? Apakah kita perlukan bukti-bukti yang lebih lanjut lagi? HK

Thursday, August 25, 2011

(56) Misteri Vatican City


 

 



Timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy? Kenapa bukan di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris), atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)? Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana?

Jika pusatnya di negara lain tidak mengapa lagi, tetapi mengapa Italy atau dengan kata lainnya negara bangsa Roman itu juga yang menjadi pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang menyebarkan Kristian adalah lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan sebenarnya ada dalang di sebaliknya.

Yesus lahir di bawah pentadbiran kerajaan Rom

Lahirnya Yesus adalah di sebuah tempat bernama Bethlehem di Palestine. Waktu itu kerajaan yang menguasai tempat itu ialah kerajaan Rom. Dipendekkan cerita, selepas Yesus menyebarkan ajaran Tauhidnya, dia dituduh sebagai pembawa ajaran sesat oleh orang2 Yahudi. Maka Yahudi dan kerajaan Rom telah sepakat untuk mengenakan hukuman salib terhadap Yesus.

Tetapi tidak kah anda merasa pelik, mengapa akhirnya kerajaan Rom dan orang2 berketurunan Yahudi sendiri yang menyebarkan agama Kristian? Termasuklah Paulus kerana Paulus adalah keturunan Yahudi dari sebelah bapanya. Yesus dituduh membawa ajaran sesat, tetapi akhirnya mereka sendiri yang menganut dan menyebarkan ajaran itu. Pelik tetapi benar bukan?

Yang lagi peliknya, ketika pemerintahan raja Konstantin, persidangan Niceae telah diadakan pada 325 AD (iaitu 325 tahun selepas kelahiran Yesus) yang mana hasil dari persidangan tersebut telah sepakat mengatakan bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan ataupun penjelmaan Tuhan dalam bentuk manusia. Ini bermakna Yesus diangkat menjadi Tuhan hasil dari UNDIAN manusia. Yesus dianggap sebagai Tuhan selepas 300 tahun ketiadaannya. Begitu lama masa yang diambil untuk mengangkat Yesus sebagai Tuhan.

Yesus sendiri tidak pernah mengaku sebagai Tuhan atau anak Tuhan dan tiada bukti dalam Bible yang mengatakan dia adalah Tuhan. Sedangkan raja Konstantin yang bertanggung jawab dalam persidangan Nicaea itu sendiri diragui keimanannya dalam Kristian oleh orang2 Kristian sendiri. Ada pendapat dalam Kristian sendiri mengatakan bahawa raja Konstantin memeluk Kristian kerana menjaga keamanan di dalam empayarnya semata-mata kerana waktu itu terlalu banyak berlaku selisih faham dan pecah-belah. Maka siapakah dalang yang telah membonekakan raja Konstantin?

Vatican City menjadi pusat pentadbiran Kristian Katolik dan pelbagai misteri


Zaman demi zaman berlalu, manusia pun sudah ramai yang lupa dan mengabaikan kisah2 lalu. Kini, Vatican City yang terletak di negara bangsa Rom iaitu Italy telah menjadi pusat pentadbiran bagi gereja2 Kristian Katolik iaitu mazhab Kristian yang paling ramai pengikutnya. Walaupun ia terletak dalam Rome, Italy, tetapi ia sebenarnya telah menjadi sebuah negara tersendiri sejak 1929 , secara ringkasnya negara kecil dalam sebuah negara besar.

Vatican City dikaitkan dengan ‘Black Magic’ dan banyak simbol dan gambar di Vatican City yang berunsurkan sihir. Gambar2 dan patung manusia telanjang pun banyak. Sedangkan dalam 10 commandments, Tuhan telah melarang membuat patung apa saja. Tetapi di sini, gereja sendiri telah melakukan larangan dalam 10 Commandments itu. Jika Vatican sendiri tidak segan silu dengan patung dan gambar manusia2 telanjang, apa lagi orang awam?

Pembunuhan Pope-pope Vatican juga telah banyak berlaku, kononnya Pope-pope itu dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada pergerakan rahsia itu. Pope yang bersekongkol dengan mereka akan dapat bertahan lama biasanya.

Vatican City juga dikaitkan bersekongkol dengan Zionis. Mengapa Zionist yang juga satu pakatan dari Illuminati mahu berbaik dengan Vatican City? Kerana melalui Vatican City mereka boleh mempengaruhi amat ramai umat manusia dan menjalankan operasinya secara halus. Dari dahulu lagi mereka tahu bahawa Vatican City mempunyai pengaruh yang besar terhadap dunia, maka tiada lain melainkan cuba mempengaruhi Vatican City itu sendiri secara halus untuk melaksanakan impian mereka.

Vatican City merupakan salah satu dari 3 pusat pentadbiran besar Illuminati;

1 – Washington DC - Sebagai pusat pentadbiran ketenteraan

2 – London city – Sebagai pusat pentadbiran ekonomi dan kewangan

3 – Vatican City – Sebagai pusat pentadbiran keagamaan

Ketiga2 wilayah tersebut merupakan wilayah bebas ‘independant states’. Mereka menjadikannya sebagai Triniti yang tidak suci.

Dan yang menjadi kekeliruan yang amat ketara sekali ialah munculnya simbol2 Illuminatidi dalam banyak gereja sedangkan Illuminati sendiri ialah satu pertubuhan Anti-Kristian yang mana umat Kristian sendiri mengetahui tentang akan munculnya golongan anti-Kristian tersebut, tetapi akibat tipu daya dan kelicikan Illuminati, maka masih ramai yang tidak menyedarinya dan buat2 tidak sedar. Saksikan video di bawah berkenaan dengan munculnya simbol2 Illuminati di dalam banyak gereja di seluruh dunia.


Obelisk di Vatican City




Di Vatican City juga terdapat sebuah ‘Obelisk’. Obelisk ialah satu menara yang tinggi di mana hujung di atas nya berupa sebuah piramid. Obelisk asalnya adalah senibina orang Mesir kuno dan banyak Obelisk telah dipindahkan dari Mesir dan diletakkan di negara2 lain contohnya di kota London. Adalah dipercayai Obelisk digunakan oleh Illuminati sebagai sebahagian mercu tanda mereka.

Obelisk merupakan simbol kepada tuhan matahari iaitu Amon Re / Ra. Maka mengapa di Vatican City pun ada didirikan simbol kepada tuhan matahari yang disembah oleh orang2 Mesir Kuno itu? Maka bukan sahaja Hari Ahad (SUN DAY) yang telah diputarbelitkan oleh Illuminati terhadap Kristian, agar menjadikan nya hari suci sedangkan Hari Ahad itu adalah hari suci orang2 menyembah tuhan matahari. Obelisk juga di antara satu tanda dan tipudaya mereka.

Negara-negara lain juga mempunyai Obelisk ini.

 Paris

 Egypt

 Ethiopia

Central Park

Lain halnya di Mekah yang mempunyai tiang seperti ini. Ada rasionalnya umat islam merejam tiang tersebut? jawapannya sangat rasional lah!


Pope benedict XVI dahulunya adalah seorang Nazi


Dari bekas seorang Nazi kini menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik. Dia dilahirkan pada 16 April 1927 di Marktl am Inn, Bavaria, Jerman. Nama sebenarnya ialah Joseph Alois Ratzinger. Sejak berusia 14 tahun, Ratzinger telah menyertai Hitler Youth kerana ia adalah satu kewajipan di sana untuk menyertainya apabila berumur 14 tahun, di bawah pemerintahan Nazi Adolf Hitler. Walaupun begitu, ayah Ratzinger merupakan seorang yang mempunyai fahaman yang bertentangan dengan Nazi kerana Nazi amat bertentangan dengan ajaran iman Katolik.

Walaubagaimana pun, selama bertahun2 juga Ratzinger terlibat dengan Nazi yang mana kemudiannya dia diserap terus ke dalam askar Nazi infantri Jerman. Dia pernah ditangkap oleh tentera Amerika dan menjadi tahanan perang.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Nazi juga telah dipengaruhi oleh gerakan illuminati. Tindak-tanduk Adolf Hitler di dalam Nazi adalah dibiayai oleh Zionist iaitu cabang dari Illuminati.

Bermula dari tahun 1959, beliau telah menjadi professor di Universiti Bonn, dan pelbagai lagi hingga lah sekarang ini beliau telah menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik dan bergelar Pope Benedict XVI.


Walaubagaimana pun beliau pernah memberi syarahan yang menimbulkan kemarahan umat Islam suatu ketika dulu pada 12 September 2006 di Universiti Regensburg, Jerman. Antara kata2nya yang begitu sensitif berbunyi;

“Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached.”

Yang bermaksud, “Tunjukkan padaku apa yang dibawa oleh Muhammad suatu yang baru, dan kamu akan dapati tiada apa2 melainkan kejahatan dan tidak perikemanusiaan, seperti menyuruh agar menyebarkan dengan pedang pegangan yang diajarnya“.


Washington juga mempunyai rahsia yang sama dengan Vatican City. Sila lihat video ini.


Illuminati amat suka bermain dengan simbol2 dan mereka sememangnya amat bijak dalam permainan simbol. Mereka menggunakan simbol2 kerana pergerakan mereka adalah secara rahsia. Mereka menggunakan simbol2 agar ianya diketahui oleh golongan mereka sahaja. Tetapi niat dan perbuatan yang jahat akhirnya akan terbongkar jua.

Ingatlah, Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk melaga2kan Anak Adam, menumpahkan darah sesama sendiri, menghasut agar saling benci-membenci, membuakkan rasa dendam hingga manusia berusaha membuat senjata2 , untuk menghancurkan sesama sendiri.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu