2/13 = ( Misi Mata 1 ) Iblis Memanfaatkan Dajjal
((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
2/13 = ( Misi Mata 1 ) Iblis
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia,
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik...
dan melarang daripada segala perkara yang salah...
dan kamu pula beriman kepada Allah.
[Al-Quran]
[Surah Al-Imran]
[Ayat Ke 110]
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum kepada sidang pembaca sekalian...
Alhamdulillah,
kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya,
berkenaan ((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
yang akan dimanfaatkan kelak oleh anda & waris2 anda di kemudian masa...
Semoga dengan kehadiran artikel kali ini,
tidak menyebabkan sekatan dilakukan oleh "mereka" terhadap siri akan datang.
Tuan-puan yang dihormati...
Seseorang yang tahu dirinya adalah prodigi,
tidak membiarkan ilmu itu melilit dirinya seorang atau untuk manfaatnya sahaja,
bahkan dengan berkongsi ilmu PENANGKIS inilah melalui siri Artikel ini,
ia mendatangkan kebaikan yang pasti jua membantu dirii orang lain di akhirat kelak,
oleh itu kami nasihatkan anda,
janganlah sesekali jadi GOYYIM,
janganlah sesekali jadi CATLE,
jangan sesekali jadi BINATANG TERNAK,
dengan kata lain,
janganlah anda menjadi KAFIR akan ayat2 Allah & signal2 Allah yang hadir sekarang.
Buka pintu mata hati anda,
dan jangan berpura-pura tidak mengetahui yang ini adalah tanda2
yang Allah zahirkan untuk anda semua mengerti yang ini adalah tanda2
untuk MUKMIN bersiap sedia dengan SUATU KEDATANGAN yang diJANJIkan.
Pesan kami lagi sekali...
janganlah anda menjadi KAFIR akan signal2 Allah yang hadir sekarang,
samada berupa cuaca dunia, bangunan2 dunia, moral akhlak, dll.
(HATI YANG BERSIH pasti dengan pantas faham apa makna kami ini)
////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
NO.1
(JANGAN MENGHAMPIRI SIFAT ORANG KAFIR, SEDANGKAN ANDA ORANG ISLAM):
Dan sesungguhnya...
Kami jadikan untuk neraka jahanam...
banyak dari jin & manusia...
yang mempunyai *hati*...
tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) !!! ,
dan yang mempunyai *mata*...
tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) !!! ,
dan yang mempunyai *telinga*...
tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) !!!,
mereka itu seperti *BINATANG TERNAK*,
bahkan mereka lebih sesat lagi !!!
mereka itulah orang-orang yang lalai !!!
[Al-Quran]
[Surah Al-A’raf]
[Ayat Ke 179)
NO.2
(SEKIRANYA ANDA ORANG ISLAM, JANGAN MENGHAMPIRI SIFAT ORANG KAFIR)
Sesungguhnya orang-orang kafir,
sama sahaja kepada mereka...
Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran,
mereka tidak akan beriman.
Allah materaikan atas *hati* mereka & *telinga* mereka...
dan pada *mata* mereka...
ada penutupnya...
dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[Al-Quran]
[Al Baqarah]
[Ayat 6-7]
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Tuan puan sidang pembaca sekalian,
Artikel salam peringatan ini ditulis tanpa jadual,
kerana apa yang kami tulis ini telah sedia ada di minda kami,
telah lama difilemkan dalam akal kami,
sehinggakan seolah2 apa yang telah terjadi semalam dan hari ini,
bagaikan telah diFILEMkan dan diSIMULASIkan dalam pemikiran kami selama ini,
tidak menjadi hairanlah kepada golongan kami kerana apa yang akan terjadi,
adalah apa yang telah dari KAMI menfilemkannya dalam minda2 kami,
kesan daripada kami berjaya memecahkan kod2 Al-Quran & Al-Hadis
untuk manfaat umat akhir zaman...
Kepada umat ini yang fasih slangnya dengan Bahasa Melayu.
anda dikira bertuah kerana kitab ini disampaikan di alam maya dalam bahasa MELAYU.
sekiranya artikel ini memberi manfaat kepada nyawa anda di akhirat,
maka kebaikan itu kembali kepada empunya yang meyakini akan Artikel ini,
dan kesudahan yang baik, HANYAlah bagi makhluk2 yang berTAKWA.
Sesungguhnya engkau...
tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi,
tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
[Al-Quran]
[Surah Qasas]
[Ayat Ke 56)
Artikel ini akan memecahkan kod2 Al-Quran & Al-Hadis,
yang amat berkait rapat dengan jalur lebar peristiwa hari ini.
Ingat...
jangan sekali pun melabelkan kami peramal & penyihir,
kerana tuduhan anda itu akan berbalik ke tunjang asal iaitu Nabi Muhammad,
kebanyakan kata2 baginda telah terbukti terjadi hari ini,
lebih tepat kami katakan terjadi di zaman kita sahaja...
tidak pula berlaku di zaman di saat nabi kita melafazkan tanda2 itu...
dan...
bukankah semua yang terjadi hari ini telah benar2 mempunyai 100% matriks
dengan segala jalur kata2 baginda dalam Hadis Sahih ?
Kalau ya betul....
Kalau anda yakin kata2 Nabi benar...
JANGAN SEKALI PUN ANDA LABELKAN KAMI SEBAGAI PERAMAL BERPANGKAT PENYIHIR,
sekiranya di tengah2 siri Artikel ini,
akan terjadi peristiwa2 yang 100% sama dengan apa yang kami bentangkan...
kerana apa...
kerana kami memecahkan kod2 jaringan matriks...
sesungguhnya tuan-puan...
ayat2 Al-Quran hampir kesemuanya bersifat "MASA DEPAN"
kerana itulah anda akan terkejut...
hanya manusia yang DISINARI NUR akan senang memintas signal yang hadir...
Dalam Siri Artikel ini...
anda akan saksikan sendiri jaringan matriks antara Kitab Al-Quran + Al-Hadis,
dengan jalur-lebar SEGALA MISTERI AKHIR ZAMAN,
yang akan anda melihat SECARA LIVE pembuktian kajian kami !!!
Tuan-puan semua...
kerana dari banginda jualah menjadi ASBAB artikel ini hadir di akhir zaman,
janganlah menjadikan diri anda seperti ARAB JAHILIYIAH,
seperti Goyyim mahupun Binatang ternak yang ditutup mata telinga & hati,
yang sudah ditunjukkan depan bijik mata tentang BULAN TERBELAH 2 pun,
masih tidak beriman kepada Muhammad !!!
Hidup anda sudah melangkaui 1400 tahun sejak kemangkatan baginda Nabi Muhammad,
sepatutnya...
dengan kemodenan hari ini,
anda lebih pantas meYAKINi setiap signal yang Allah hadirkan,
samada dalam bentuk cuaca bumi, pemerintahan manusia, dan tanda2 pelik la ni...
baiklah...
kita mulakan sekarang !!!
((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
2/13 = ( Misi Mata 1 ) Dendam Iblis & Memanfaatkan Dajjal
JARINGAN MATRIKS NOMBOR_1:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu,
lalu Kami membentuk rupa kamu,
kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam...
lalu mereka sujud melainkan Iblis...
dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
Allah berfirman:
“Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?”
Iblis menjawab:
“Aku lebih baik daripada Adam,
Engkau jadikan aku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”
Allah berfirman:
“Turunlah engkau dari Syurga ini,
kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya;
oleh sebab itu keluarlah,
sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”.
Iblis berkata:
Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan”.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh”.
Iblis berkata:
“Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat...
demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus;
Kemudian aku datangi mereka,
dari hadapan mereka...
serta dari belakang mereka...
dan dari kanan mereka...
serta dari kiri mereka...
dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur...!!!”.
Allah berfirman:
“Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir.
Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu,
tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan kamu semuanya...!!!
[Al-Quran]
[Al-A'raf]
[Ayat 11 ~ 18]
JARINGAN MATRIKS NOMBOR_2:
Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,
serta Aku tiupkan padanya roh dari ku,
maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali,
Melainkan Iblis;
ia enggan turut bersama mereka yang sujud.
Allah berfirman:
Hai Iblis,
apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”.
Iblis menjawab:
“Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya”.
Allah berfirman:
“Kalau demikian,
keluarlah engkau daripadanya,
kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah diusir.
“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat”.
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku...
Jika demikian,
berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan”.
Allah berfirman:
“Dengan permohonanmu itu,
maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
“Hingga ke hari – masa yang termaklum”.
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku!
Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
demi sesungguhnya...
aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
Allah berfirman:
“Inilah satu jalan yang lurus,
yang tetap Aku memeliharanya.
“Sesungguhnya hamba-hambaKu,
tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka,
kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat.
“Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu,
tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka.
[Al-Quran]
[Al-Hijri]
[Ayat 28 ~ 43]
JARINGAN MATRIKS NOMBOR_3:
Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam...
maka mereka sujudlah melainkan iblis...
Dia berkata:
“Patutkah aku sujud kepada yang Engkau jadikan dari tanah ?”
Dia berkata lagi:
Khabarkanlah kepadaku...
inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku ?
Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat,
tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit”.
Allah berfirman:
“Pergilah...!!!
Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka...
maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu...
dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka...
dan turut – campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak...
dan janjikanlah mereka...
Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Sesungguhnya hamba-hambaKu,
tiadalah engkau mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka...
cukuplah Tuhanmu menjadi Pelindung...!!!
[Al-Quran]
[Al-Isrok]
[Ayat 61 ~ 65]
=======================================================================================================
Tuan-puan semua...
dendam Azazil = Iblis = Lucifer
tidak sekali pun pernah terpadam...
dendam beliau sehingga hari ini telah pun melewati beribu2 tahun...
dahulunya...
beliau bukanlah makhluk yang jahat...
tapi asbab kepada dugaan yang Allah hadirkan berupa penciptaan Adam di dalam galaksi ini,
telah menyebabkan beliau gagal dalam ujian ini,
kegagalan beliau dalam ujian ini menunjukkan beliau bukanlah MALAIKAT,
walaupun beliau pernah memimpin berjuta2 malaikat dari pelbagai galaksi yang berwarna-warni,
semenjak beliau dilucutkan martabat tertingginya dari kalangan malaikat sebagai pemimpin HEBAT...
semenjak beliau mendengar sendiri perkataan LAKNAT dari Allah,
beliau merajuk + sedih + dendam + marah + benci + bersungguh-sungguh (kepada ADAM)
Tuan-puan...
hanya kerana ASBAB kecil iaitu tidak tunduk sujud tanda hormat kepada bapa kita Adam !!!
maka beliau telah terkeluar dari senarai terhormat makhluk2 di "galaksi sana"
now...
apakah jaringan MATRIKSnya dengan hidup kita ini...?
Untuk menyelamatkan hamba2nya dari tempias DENDAM kesumat Iblis ini,
Allah telah menghadiahkan *ILMU*nya berupa wahyu kepada manusia2 pihannya,
dengan *ILMU* inilah...
maka...
makhluk2 berakal dapat meneruskan hidup penuh rahmat MELALUI JALAN YANG LURUS !!!
Apakah ilmu2 itu ?
Ilmu-ilmu ini adalah wahyu2 & ilham2 & mimpi2 yang tercatat kemas dalam skrol di bawah,
termasuklah yang telah terakam kemas dalam naskah tertua berikut:
- nama-nama benda isi galaksi ( untuk kegunaan Adam )
- suhuf-suhuf ( kepada beribu2 nabi pada SETIAP BANGSA )
- kitab Talmut
- kitab Zabur
- kitab Taurat
- kitab Injil
- kitab Quran
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Inilah ilmu2 yang menjadi penyelamat kepada seluruh Bani Adam
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Tapi sayang 1001 kali sayang...
Iblis sentiasa mengemaskini DENDAMnya supaya misinya
untuk memasukkan semua keturunan Adam ke NERAKA,
sentiasa UP TO DATE dan sesuai dengan pergerakan tamadun manusia...
KLU MERBAHAYA NO.1 :
Iblis berkata:
“Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat...
demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus;
Kemudian aku datangi mereka,
dari hadapan mereka...
serta dari belakang mereka...
dan dari kanan mereka...
serta dari kiri mereka...
dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur...!!!”.
KLU MERBAHAYA NO.2 :
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku!
Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
KLU MERBAHAYA NO.3 :
Dia berkata:
“Patutkah aku sujud kepada yang Engkau jadikan dari tanah ?”
Dia berkata lagi:
Khabarkanlah kepadaku...
inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku ?
Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat,
tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit”.
////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Inilah kata2 Iblis yang menjadi ancaman semua umat manusia, termasuklah UMAT NABI MUHAMMAD
////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Sekarang...
kami bawa anda "back to future..."
mari anak-anak semua mari kita baca ini cerita...
1400 tahun yang lepas...
Baginda Nabi Muhammad telah melepaskan 1 kata2 yang paling menyayat hati...
bibir baginda yang merah delima itu mengeluarkan kata2 untuk kita....
berbunyilah.....
((( Umatku......Umatku..............................Umatku....... )))
lalu...
baginda pun mangkat........
tahukah anda apa jaringan matriks sebutan umatku2 umatku dengan situasi hari ini ?
Jawapannya = Dendam Iblis 1 + Ancaman Fitnah Akhir Zaman Al Masih Dajjal
Memanfaatkan Dajjal
Kami Bawakan Kepada Anda
((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
2/13 = ( Misi Mata 1 ) Dendam Iblis & Memanfaatkan Dajjal
///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Tahukah anda,
apa beza Misi Iblis & Misi Dajjal ?
jawapannya...
Misi Iblis = memasukkan seramai mungkin keturunan Adam & keturunan Hawa ke Neraka
Misi Dajjal = memerintah planet bumi mengikut caturan fitnahnya (selari dengan impian IBLIS)
Kehadiran Dajjal di akhir zaman adalah bonus untuk Iblis,
supaya dengan kehadiran DAJJAL lah,
umat Muhammad dapat dimasukkan dengan paling ramai sekali,
sebelum dipintas oleh Al-Masih Mahdi & Al-Masih Isa.
Apakah senjata2 Iblis & senjata2 Dajjal ?
Di bawah adalah jawapan kami untuk anda...
Setiap apa yang Nabi Muhammad sampaikan adalah berupa simbolik & mempunyai matriks,
ianya dilakukan sebegini rupa kerana kami yakin...
Nabi Muhammad sengaja menyebut sedemikian rupa supaya hanya umatnya di akhir zaman,
dapat memecahkan kod ini...
dan antara sebab lain ialah...
supaya rahsia kejayaan umat ISLAM tidak terbongkar dengan senang di kalangan
perisik2 orang kafir yang juga terdiri dari kalangan genius2 handal....
sebab itulah tuan-puan....
bila sesuatu kod itu berjaya kami pecahkan...
kami akan menggelatar ketakutan....
kerana kami tahu apa yang ramai manusia tak tahu.......
Tuan-puan semua...
matriks tak mungkin dipecahkan,
melainkan akhir garisan matriks itu bertembung pada zonnya,
dan kebanyakan zon2 matriks ucapan baginda Nabi Muhammad...
telah benar2 jatuh hanya kepada zon2 hari ini....
dengan kata lain,
jaringan matriks Al-Quran & Al-Hadis
telah bertembung dengan HARMONI & SEIMBANG hanya pada zaman kita sahaja !!!
sekali lagi kami ulangi...
95% dari semua tanda2 akhir zaman yang pernah dicatatkan dalam Al-Hadis,
hanya terjadi benar2 di zaman kita !!!
sekali lagi kami tulis...
BENAR2 terjadi di zaman kita aje !!!
sebab itulah tuan-puan,
kebanyakan dari AMARAN2 kami kepada anda,
samada tentang PERANG, EKONOMI, HIBURAN, bahkan terhadap CUACA DUNIA,
menjadi 100% terjadi,
contohnya Tsunami:
buktinya ?
* kami telah keluarkan amaran Tsunami pada 09 March 2011 at 03:33 waktu Tanah Melayu
* (3 hari kemudian)... Tsunami Mega telah melanda Jepun pada 11 March 2011
Pembuktian:
a) rujuk amaran pertama di alamat: http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak/posts/169217836460185
b) lihat kesan-kesannya di alamat: http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak/posts/169667716415197
(ini hanyalah contoh2 kecil sahaja...)
Dulu...
di awal kemunculan kami di alam maya...
ramai yang membantai kami dengan tuduhan PERAMAL, PENYIHIR,
selalu membuat cerita2 dongeng ala2 fantasi...
tetapi bila 1 per 1 hasil kajian kami menjadi kenyataan,
bahkan menjadi realiti 1 per 1 dan dibuktikan pula oleh perjalanan masa,
maka ramai yang terdiam ?
hanya kerana ASBAB kami memecahkan kod matriks ini,
but WHY ?
bukankah anda hidup di zaman moden ?
bukankah sepatutnya anda lekas percaya tentang signal2 akhir zaman ini,
apakah oleh kerana hasil kajian kami berkenaan Al-Quran & Al-Hadis,
menyebabkan anda menjadi lebih BENAK dari binatang ?
Ops...
/////////////////////////////////////////////////////
Jika kamu sangat mengharapkan...
agar mereka dapat petunjuk,
maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk
kepada orang yang diSESATkan-Nya,
dan sekali-kali mereka tiada mempunyai penolong !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 37 ]
/////////////////////////////////////////////////////
Kita sambung balik...
Tahukah anda,
apa beza Misi Iblis & Misi Dajjal ?
jawapannya...
Misi Iblis = memasukkan seramai mungkin keturunan Adam & keturunan Hawa ke Neraka
Misi Dajjal = memerintah planet bumi mengikut caturan fitnahnya
Kehadiran Dajjal di akhir zaman adalah bonus untuk Iblis,
supaya dengan kehadiran DAJJAL lah,
umat Muhammad dapat dimasukkan dengan paling ramai sekali,
sebelum dipintas oleh Al-Masih Mahdi & Al-Masih Isa.
Apakah senjata2 Iblis & senjata2 Dajjal ?
Di bawah adalah jawapan kami untuk anda...
Tahukah anda...
Dunia hari ini penuh dengan SIMBOL "1".
Sebenarnya tuan-puan...
simbol "1" adalah kelibat TRADEMARK kehadiran Al-Masih Dajjal & IBLIS ?
kenapa kami katakan begitu ?
Jawapannya:
Iblis Mata 1 = matanya telah dibutakan sebelah dengan jarum oleh Nabi Idris (kisah telur)
Dajjal Mata 1 = matanya mengikut banyak rekod2 Al-Hadis (adalah buta sebelah matanya)
Gabungan simbol "1" ini adalah apa yang Nabi telah luahkan sebagai FITNAH AKHIR ZAMAN.
Kerana itulah...
baginda sangat2 risau tentang nasib umatnya di akhir zaman,
jangan2 kerana penggabungan Misi si Mata 1 ini,
maka ramailah umat baginda yang sepatutnya tak masuk NERAKA,
langsung dikategorikan sebagai AHLI NERAKA,
hanya atas2 sebab mengikut "cara hidup" ciptaan Mata 1 ini
Baiklah...
Ini jawapan kami kepada fitnah akhir zaman = UJIAN MAHA BESAR (yang sedang melanda planet ini)
Dan ujian maha besar yang kami maksudkan ialah:
ujian dari si MATA 1 = ( Iblis Mata 1 & Dajjal Mata 1 )
melalui merekalah terhasilnya FITNAH AKHIR ZAMAN yang melewati
perkara2 berikut iaitu:
- matawang
- ekonomi
- hiburan
- makanan
- minuman
- pakaian
- cara hidup
- cara kerja
- cara pemerintahan
- ketenteraan
- media massa
- pasaraya
- teknologi
- sukan
- pemimpin
- permainan kanak-kanak
Semua ini adalah ujian untuk anda,
kerana anda akan mewarisi SYURGA yang kekal abadi lagi NIKMAT,
hanya apabila anda LULUS ujian ini,
samada ketika anda hidup ataupun ketika nyawa dicabut.
/////////////////////////////////////////////////////////////
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang...
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
/////////////////////////////////////////////////////////////
((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
2/13 = ( Misi Mata 1 ) Dendam Iblis & Memanfaatkan Dajjal
Ini adalah pecahan kod kami untuk anda sendiri menyusunnya di dalam nota anda.
Iblis = mempunyai dendam
Dajjal = mempunyai misi memerintah planet bumi mengikut ORDERnya
PENCERAHAN:
Iblis ada hasrat yang tak padam2...
iaitu memperelokkan apa yang HARAM menjadi MOLEK di depan mata manusia,
sedangkan si Dajjal pula...
telah menyediakan sistem pemerintahan dunia,
yang serba MOLEK yang NIKMAT yang selaras pula dengan hasrat IBLIS.
sebahagian dari anda yang membaca Artikel ini,
sudah terang lagi bersuluh berada di tengah2 sistem Dajjal.
Apa itu sistem Dajjal yang ELOK di depan mata manusia ?
sedangkan kerana sistem itulah,
hasrat IBLIS memasukkan seluruh manusia ke NERAKA,
terang-terang menjadi KENYATAAN....!!!
Ingat...
Anda sendiri boleh mengHAKIMi diri anda sekarang,
samada anda layak masuk NERAKA atau tidak,
ya....
semudah itu...
KLU Jaringan Matriks Al-Hadis NOMBOR 1:
Hadis Sahih, Riwayat Muslim:
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Kamu (orang Islam) akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu,
sejengkal demi sejengkal,
dan sehasta demi sehasta,
sehingga kamu (orang Islam) akan menuruti mereka (Yahudi Eropah & orang Kristian),
walaupun mereka (Yahudi Eropah & orang Kristian) memasuki lubang-lubang biawak.
Sahabat bertanya:
‘Siapakah mereka itu ya Rasulullah? ‘
Nabi menjawab:
‘Yahudi dan Nasara (orang Kristian), siapa lagi ?.’ ”
KLU Jaringan Matriks Al-Hadis NOMBOR 2:
Hadis Sahih, Riwayat Tarmizi, dari Amru Bin Syuaib, dari datuknya:
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam),
sesiapa yang menyerupai (meniru) selain daripada kami(cara hidup Islam).
Jangan kamu menyerupai orang Yahudi dan Nasrani (Kristian).
KLU Jaringan Matriks Al-Hadis NOMBOR 3:
Hadis Sahih, Riwayat Ahmad & Abu Daud, dari Ibnu Umar R.A. :
bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (cara hidup orang Kristian & orang Yahudi),
maka dia dikira termasuk ke dalam golongan itu.”
KLU Jaringan Matriks AL-Quran:
Surah Al-Maidah, ayat 51
Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil orang yahudi dan Nasrani,
menjadi pemimpin-pemimpinmu;
sebagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain.
Barangsiapa di antara kamu (orang islam) mengambil mereka menjadi pemimpin,
maka sesungguhnya orang (Muslim) itu termasuk golongan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
KLU Dari Iblis sendiri, tercatat dalam Al-Quran:
(sila rujuk Jaringan Matrik 1~3 di atas)
Iblis berkata:
” Wahai Tuhanku!
Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.
KLU Dari Nabi Muhammad sendiri:
:......Umatku......Umatku......Umatku.......
///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Nah.....
saksikanlah wahai manusia2 yang memahami Bahasa Melayu...
anda & seisi keluarga anda telah benar2 berada di tengah2 SISTEM DAJJAL,
1 sistem yang pernah diAMARANkan oleh setiap nabi2 di planet bumi,
tentang bencana FIRNAH BESAR yang akan dibawa Al-Masih Dajjal,
jangan2 kerana fitnah inilah boleh menyebabkan umat nabi2 itu...
senang2 sahaja masuk NERAKA,
maka sia2lah dakwah mereka,
tapi lebih menyakitkan hati kita sekarang...
FITNAH MAHA BESAR ini 1 pun tak tertimpa di umat2 yang lepas,
bahkan telah diTAKDIRkan untuk hadir di zaman kita,
lebih tepat kami katakan...
SEDANG TERJADI SEKARANG !!!
Now ini adalah jawapan kami:
- sistem matawang kertas (riba)
- sistem matawang digital (riba)
- sistem riba = kesudahannya adalah ke NERAKA
- siapa yang di sini yang tak terlibat dengan RIBA ?
- sistem makanan dunia (perhatikan molekul2 makanan anda, adakah benar HALAL ?)
- perhatikan cara perempuan berpakaian !!!
- lihat trend pemakaian seluar JEANS (sila study dari golongan manakah seluar ini ?)
- hiburan dunia
- minuman dunia
- pakaian dunia
- cara hidup yang sama sahaja di seluruh dunia
- cara kerja yang sama sahaja di seluruh dunia
- cara pemerintahan yang sama sahaja di seluruh dunia
- ketenteraan dan kostum tentera yang sama sahaja di seluruh dunia
- media massa yang sama sahaja di seluruh dunia
- pasaraya yang punya JENAMA yang sama sahaja di seluruh dunia
- teknologi yang sama sahaja di seluruh dunia
- sukan yang sama sahaja di seluruh dunia
- pemimpin yang sama sahaja TRENDnya di seluruh dunia
Dan perhatikan simbol "1",
telah dipakai tanpa SEDAR di seluruh dunia...
mari kami tunjukkan anda apa yang kami berjaya PECAHKAN !!!
1 bahasa yang sama,
1 cara hidup yang sama,
1 makanan yang sama,
1 nyanyian yang dikongsi bersama,
1 hiburan yang sama,
1 matlamat yang sama,
1 corak pemerintahan yang sama di hampir semua negara,
1 cara bekerja yang sama,
1 cara berdagang yang sama,
1 matawang yang sama,
1 jalan ke arah globalisasi dunia,
1 dunia 1 order yang sama,
dan yang paling penting sekali,
hampir seluruh negara di dunia ini,
mempunyai 1 slogan yang hampir sama pernah dipopularkan oleh negara Israel,
iaitu slogan 1 negara 1 dunia
1 ORDER DUNIA
ONE WORLD ORDER
(Selamat Datang Ke New WORLD ORDER)
ONE RING TO RULE THEM ALL ----------> TO HELL FIRE
IN THE DARKNESS BIND THEM
((( DENDAM IBLIS TELAH MENCAPAI KEMUNCAKNYA DI "ZAMAN KITA" )))
((( Dimanfaatkan Oleh Kehadiran Al-Masih Dajjal Tak Lama Aje Lagi )))
Sebab itulah...
bayang2 Mata 1 dan simbol Mata 1 ada di mana2 sahaja di planet bumi ini,
sebab sistem dunia hari ini,
MASTER MINDnya ialah...
((( SI MATA 1 )))
((( Kombinasi IBLIS + Dajjal )))
BUKTIKAN KAMI SALAH.
Hendak harapkan ulamak SEKULAR anda menceritakan hal seTELITI ini ?
Jauh panggang dari api....
ARTIKEL TAMAT
((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
2/13 = ( Misi Mata 1 ) Dendam Iblis & Memanfaatkan Dajjal
==================================================================================
Tuan-puan semua...
Menjadi tanggungjawap andalah,
untuk menyebarkan Artikel ini kepada bacaan umat manusia yang memahami Bahasa Melayu,
supaya dengan kesedaran akal yang telah Allah ciptakan untuk anda ini,
dapatlah anda niatkan untuk menyelamatkan seramai mungkin
sanak saudara anda dari pemahaman yang SALAH,
tentang salah faham jaringan matriks terhadap tanda2 besar Akhir Zaman,
yang akan kami sedang pecahkan KOD-KODnya dengan jalur-lebar situasi dunia hari ini,
dengan siri rantaian yang amat rapat...
melalui catatan agung Al-Quran & Al-Hadis
(sejenis kitab paling MISTERI yang membenarkan skrol2 yang lepas),
Tuan-puan semua...
Siri Artikel ini kami namakan sebagai ((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
kerana kami ingin hidupkan mata hati anda...
supaya anda dapat menelah & memintas pergerakan & perancangan "pertubuhan" mereka.
ALLAH MAHA KUASA...
MAKHLUK TIADA KUASA...
Sesungguhnya engkau...
tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi,
tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
[Al-Quran]
[Surah Qasas]
[Ayat Ke 56)
Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu,
agama yang 1 asas pokoknya...
dan Akulah Tuhan kamu,
maka sembahlah kamu terhadap aku.
Kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka,
mereka semuanya akan kembali kepada kami.
[Al-Quran]
[Al-Baqarah]
[Ayat 92~93]
Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu,
agama yang 1 asas pokoknya,
dan Akulah Tuhan kamu,
maka bertakwalah kamu kepadaKu.
Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka,
kepada beberapa pecahan,
tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
[Al-Quran]
[Al-Mukminun]
[Ayat 52~53]
...jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
[Al-Quran]
[Al-Imran]
[Ayat 102]
Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.
[Al-Quran]
[Al-Imran]
[Ayat 19]
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam,
maka tidak akan diterima daripadanya,
dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
[Al-Quran]
[Al-Imran]
[Ayat 85]
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya 2 jalan...
[Al-Quran]
[Al-Balad]
[Ayat 10]
///////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Itulah bezanya PENGETAHUAN & ILMU
//////////////////////////////////////////////////////////////////////////
1)
"Yang menggerakkan hati manusia ni ialah Allah,
Allah sendiri bagi nasihat kepada Nabi & semua Rasul-rasulnya...
supaya jangan bersedih kalau ada umatnya yang tak mau ikut jalan mengenal tuhan,
sebabnya yang bagi hidayah & petunjuk itu adalah datang dari Allah...
Allah yang pilih...
tapi ingat,
untuk dipilih kita kena mintak...!!! "
Nota:
- untuk terpilih sebagai orang yang SESAT,
anda tak perlu mintak pun !!!
2)
Dan jika Allah menghendaki,
tentulah Dia menjadikan kamu 1 umat,
akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya,
dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.
[Al-Quran]
[Al-Nahl]
[Ayat 93]
3)
Dan Allah,
sentiasa memberi petunjuk hidayahNya...
kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus...
[Al-Quran]
[Al-Baqarah]
[Ayat 213]
4)
Dan kepada Allah jualah...
tertentunya urusan memberi panduan...
yang menerangkan jalan yang lurus...
dan di antara jalan-jalan yang dituju...
ada yang terpesong dari kebenaran...
dan jika Allah kehendaki,
tentulah Allah memberi petunjuk kepada kamu semua. !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 9 ]
5)
Jika kamu sangat mengharapkan...
agar mereka dapat petunjuk,
maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk
kepada orang yang diSESATkan-Nya,
dan sekali-kali mereka tiada mempunyai penolong !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 37 ]
6)
Cahaya berlapis cahaya...
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya...
kepada NUR hidayahNya itu...
dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal bandingan...
untuk umat manusia...
dan Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nur ]
[ Ayat Ke - 35 ]
7)
Tunjukkan kepada ku jalan yang lurus...
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Fatihah ]
[ Ayat Ke - 6 ]
8)
Dan sesungguhnya...
Kami jadikan untuk neraka jahanam...
banyak dari jin & manusia...
yang mempunyai hati...
tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) !!! ,
dan yang mempunyai mata...
tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) !!! ,
dan yang mempunyai telinga...
tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) !!!,
mereka itu seperti BINATANG TERNAK,
bahkan mereka lebih sesat lagi !!!
mereka itulah orang-orang yang lalai !!!
[Al-Quran]
[Surah Al-A’raf]
[Ayat Ke 179)
=========================================
BUT YET MANY OF YOU ALWAYS DENY !!!
=========================================
Takkan Islam Hilang Di Dunia
Takkan Ahlul Bait Hilang Di Dunia
Takkan Raja2 Beriman Hilang Di Dunia
Takkan Dinar Hilang Di Dunia
Takkan Khalifah Hilang Di Dunia
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
ONE FLAG TO RULE US ALL
http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak?sk=info
www.Dinar-Emas.com
www.Dinarmas.com
www.Nubex.com.my
www.WorldIslamicMint.com
Di Saat Israel Menunggu Al-Masih Dajjal Raja Yahudi
Umat Melayu Menunggu Pertabalan Khilafah Al-Masih Mahdi
Wassalam.
14 Jamadil Akhir 1432
18 May 2011
Rabu
01:45 am
(Melaka Darul Islam, Tanah Melayu, Nusantara)
No comments:
Post a Comment