Thursday, August 18, 2011

(43) Imam Mahdi telah pun lahir di muka bumi ini?

"Kebenaran hadith Nabi SAW yang menceritakan kedatangan Imam Mahdi pada akhir zaman.

Sebelum kita membicarakan tentang persoalan Imam mahdi ada baik nya kita membicarakan tentang kebenaran hadis Nabi SAW itu terlebih dahulu.Hadis hadis Nabi SAW merupakan kalam kedua yang mulia selepas Al Quran, dan kita wajib menyakini nya sebagai satu kebenaran yang akan pasti terjadi. Apa saja ucapan atau pu perkataan Nabi SAW itu adala perkataan yang terpelihara, Nabi maksum dari sebarang perlakuan dosa baik dari segi ucapan atau pun perlakuan perbuatan.Jadi jangan diragukan sama sekali tentang akan dating nya Imam Mahdi itu Sekarang mari kita sama sama melihat pada hadis hadis Nabi SAW yang menyebutka tentang perihal Imam Mahdi itu..

Ummu Salamah ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda: "Imam Mahdi itu dari keluargaku dari keturunan anak Fatimah" (Sunan Abu Dawud Kitab Al-Fitan wal-Malahim.
Bab Dzikru al-Mahdi, Ibn Majah, Al Hakim dan At Thabra عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الْأَنْفِ يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ Abu Sai'id al-Khudriy ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda:"Imam Mahdi dari keluargaku, lebar dahinya, mancung hidung-nya, pada masanya dunia penuh keadilan dan kedamaian serta kejujuran, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan, ia akan menjadi khalifah dimuka bumi selama tujuh tahun" (HR. Abu Dawud, Kitab al-Fitan wal-Malahim.
Bab Dzikru al- Mahdiy ) Dalam hadis ini mengambarkan bahwa Imam Mahdi itu dari keturunan Nabi SAW, dan ia hanya dapat menjadi khalifah dimuka bumi ini hanya sekitar 7 tahun sahaja.Dan sebelum datang nya Imam Mahdi, dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kemaksiatan.Dengan ketentuan Allah dunia berubah menjadi penuh berakah.
Ini pula tanda2 yang sudah berlaku tentang kemunculan Imam Mahdi; "Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut2 2 gerhana pada bulan Ramadhan.." (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al mahdi Al Muntazar) "Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi." (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi) "Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan." (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym dalam al-Fitan) "Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37) Jika kita melihat kepada dalil2 di atas maka fahamlah bahawasanya tanda2 kemunculan Imam Mahdi ini sudah berlaku. Yaaaa, gerhana bulan dan matahari pernah direkodkan berlaku pada bulan Ramadhan pada tahun 1981 dan 1982. “Dari hadis ini adalah jelas mengambarkan bahwa Imam Mahdi telah pun lahir dimuka bumi ini, hanya kita masih dirasiakan olih Allah dimana kah Imam Madi ini berada. Kita pergi pula ke tanda2 yang lain yang sudah pun berlaku.
Tanda2 seterusnya ialah kemunculan bintang berekor atau komet melintasi bumi.” "Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur." (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi 'alamat Al Mahdi Al Muntazzar) "Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan." (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32) “Jika kita melihat kepada dalil2 di atas, Nabi pernah mengatakan bahawa antara tanda2 kemunculan Imam Mahdi itu ialah munculnya bintang berekor(komet). Yaaaa, bintang berekor atau komet ini pernah direkodkan melintasi bumi pada tahun 1986.
Komet ini merupakan sebuah bintang terang bersinar yang melintas dari Timur ke Barat. Ini terjadi setelah gerhana matahari dan bulan pada tahun 1981 dan 1982.” Tanda2 yang lain pula ialah berlakunya peperangan yang besar di bulan Syawal. "Akan ada huru hara di bulan Syawal (bulan kesepuluh dalam kalender Hijriyah), pembicaraan tentang perang di bulan Dzulqae'dah (bulan kesebelas dalam kalender Hijriyah) dan pecahnya perang di bulan Dzulhijjah (bulan kedua belas). "(Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn 'Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat'is-saat, hal. 166) Tiga bulan yang dimaksudkan dalam hadits ini kebetulan bertepatan dengan bulan-bulan berkecamuknya Perang Iran-Iraq.
Pemberontakan(huru hara) pertama atas Shah Iran berlangsung pada 5 Syawal 1398 (8 September 1976), seperti yang ditunjukkan oleh hadits Tiga bulan yang dimaksudkan dalam hadits ini kebetulan bertepatan dengan bulan-bulan berkecamuknya Perang Iran-Iraq. Pemberontakan(huru hara) pertama atas Shah Iran berlangsung pada 5 Syawal 1398 (8 September 1976), seperti yang ditunjukkan oleh hadits ini, dan perang meletus antara Iran dan Iraq pada bulan Dzulhijjah 1400 (Oktober 1980). Bila kita melihat kepada dalil2 di atas, cuba kita perhatikan satu persatu bahawa semua tanda2 itu berlaku dalam lingkungan jarak tahun yang dekat. Bermula dari tahun 1976 ketika huru hara pertama pemberontakan ke atas Raja Iran iaitu Shah Iran Pahlevi(jatuh pada tahun 1979) pada bulan Syawal. Dan peperangan Iran-Iraq pada tahun 1980 pada bulan Dzulhijjah.
Selepas itu berlaku pula 2 gerhana dalam bulan Ramadhan pada tahun 1981-1982(2 tahun berturut2). Dan yang akhirnya berlaku pula lintasan bintang berekor(komet halley) mendekati bumi dari arah timur ke barat pada tahun 1986. Tanda2 yang Nabi khabarkan ini benar2 telah berlaku. Sekitar dari tahun 1976 sehinggalah tahun 1986. Jika menilik kepada hadis2 Nabi tadi bahawa Imam Mahdi akan muncul bila berlakunya tanda2 tersebut. Adakah muncul di sini membawa maksud zahirkan diri?? Jika dengan maksud zahirkan diri, jadi di mana Imam Mahdi sekarang??? Hadis tentang kemunculan Imam mahdi itu bahasa kiasan yang kita andaikan bahawa muncul di situ dengan maksud lahir.
Bukan zahirkan diri. Kebarangkalian Imam Mahdi telah lahir(muncul di dunia ini) pada tahun 1981 atau 1982 ketika berlakunya 2 gerhana dalam 1 bulan (Ramadhan) dulu. Jika Imam Mahdi telah dilahirkan pada tahun 1981 maka umur Imam Mahdi sekarang sekitar 29 tahun(bukan muktamad). Ini kerana sekarang sudah tahun 2010. 2010 ditolak dengan tahun 1981 maka kita akan dapat 29. Diceritakan bahawa Imam Mahdi akan zahirkan dirinya ketika berumur 40 tahun(kemungkinan). Perbinangan ini akan dilanjutkan pada bab 2 insyAllah.
"

No comments:

Post a Comment