politik kebenaran,sejarah yang tersirat menunjukan sejarah itu betul2 berlaku di negara ku sendiri, untuk tatapan generasi terkini dan kelansungan.
Thursday, July 22, 2010
(29) MALAYU BANGSA YANG MUDAH DI TIPU
BRITISH PELINDUNG KEPENTINGAN MELAYU
Persis itukah yang berlaku sepanjang penjajahan British di Tanah Melayu? Walaupun negaranya sangat kecil di Eropah namun negeri ini telah dinamakan Great Britain dan empayarnya pula dikatakan tidak sempat untuk matahari terbenam. Sehingga Perang Dunia 1 (1914) jumlah keluasan tanah jajahan British dianggarkan seluas 12 juta batu persegi atau satu pertiga dari keluasan permukaan bumi. (The end of British Imperialism., Collected Essay 2006 Roger Louis page 44).
Di antara penjajah-penjajah dunia, British dianggap paling berpengalaman dan licik. Portugis, Belanda, Perancis dan Spanyol satu persatu telah lenyap namun British tetap teguh antara kuasa Imperialis dalam order baru dunia bersama Amerika.
Strategi pecah-perintah adalah menjadi dasar kuasa imperialis ini dulu dan sekarang. Mereka beraksi sebagai pelindung apabila timbul krisis di antara kaum atau suku bangsa di negara jajahan seperti Afrika India dan termasuk Malaya. Di Malaysia dasar imperialis ini diwarisi oleh UMNO yang bukan sahaja melakukan pecah-perintah tetapi telah mengkhianati bangsa sendiri pula.
Perhatian British bukan sahaja dalam bidang politik ekonomi dan pentadbiran tetapi mereka juga menghalusi adat resam dan budaya masyarakat Melayu. Pegawai-pegawai Inggeris seperti Frank Swettenham, R.J. Wilkinson, R.O Winstedt, J.M Gullick dan M. Sheppard yang banyak menulis tentang sejarah dan sastera Melayu juga sebenarnya pengkaji bahasa, adat, kepercayaan dan agama orang-orang Melayu secara mendalam. Hasil penyelidikan ini diguna bagi mempermudahkan hegemoni Inggeris di Malaya. Mereka perlu kuasai fikiran raja-raja, pembesar-pembesar Melayu, ulama dan seterusnya seluruh bangsa Melayu.
Setelah menghalusi sifat-sifat orang Melayu, maka Penjajah Inggeris telah mengekalkan orang Melayu dalam pertanian tradisional. Mengasingkan mereka dari aktiviti ekonomi kapitalis di bandar. Melayu tidak begitu terlibat dalam sektor lombong, estet dan pembangunan. Mereka pun tidur dan berulit mimpi mekar dengan apa yang ada dikampung. Tidak mengambil kisah terhadap pemunggahan harta mereka oleh Inggeris ke kapal-kapal dagang di Pelabuhan. Di waktu malam mereka mendengar ceramah agama, berzanji dan marhaban.
Buruh-buruh dari negeri China pun dibawa masuk dengan banyaknya. Sebuah Perjanjian buruh murah yang diberi nama “Perjanjian Kuli Tienchin” telah ditandatangani Inggeris – Feodal China bagi membolehkan transmigrasi buruh secara besar-besaran. Orang China dijadikan lembu di lombong-lombong (Lihat Abdullah C.D; Darurat dan Kemerdekaan 1998 hal 78)
Pada tahun 1920an buruh China telah mencecah 250,000 ramainya. Inggeris mula mengalih tumpuan bahawa yang mengancam kepentingan Melayu bukanlah Inggeris tetapi orang China. Jumlah orang China di Malaya pada tahun 1930 sudah hampir menyamai orang Melayu.
Dalam pada itu pula penjajah British telah membawa masuk buruh-buruh India untuk bekerja di estet getah, Jalan raya, jalan keretapi dan lain-lain. Pada tahun 1920an sudah terdapat 346,000 buruh India dalam sector-sektor ini.
Ketiga-tiga bangsa ini diasing-asingkan dalam sektor ekonomi masing-masing dan sengaja menggambarkan bahawa orang-orang China dan Indialah yang mengancam nasib orang Melayu di tanah airnya sendiri. Kepada orang Melayu mereka menggambarkan bahawa merekalah sebagai payung pelindung bagi kepentingan orang Melayu. Strategi ini sengaja diwujudkan sebagai alat adu domba bangsa-bangsa ini dan boleh digunakan apabila keadaan memerlukan nanti. Pergaduhan kaum di Sungai Manik Perak dan Batu Pahat Johor pada tahun 1945 sebenarnya adalah komplot British yang terancang awal dari strategi itu. Justeru itu mereka boleh kembali memerintah Malaya walaupun pernah lari seperti Itik ketika dihalau Tentera Fasis Jepun pada tahun 1941.
Tatkala Negara dilanda tentera Fasis Jepun, mereka bekerjasama dengan MPAJA di bawah PKM demi mempertahankan Malaya. Bila perang tamat Inggeris kembali dan menuduh PKM bertanggungjawab terhadap pembunuhan-pembunuhan yang telah berlaku itu sedang yang melakukannya ialah penyamun Komintang yang menjadi alat British. MCA adalah parti yang lahir dari kumpulan Komintang ini. PKM tanpa dapat membela diri dari tuduhan jahat ini terus dihujani dengan propaganda British. 11 juta risalah dicetak dan di sebarkan setiap bulan. Komunis adalah musuh Islam dan orang Melayu perlu menjuauhinya. Hingga hari ini orang Melayu lebih kompromi dengan kuasa imperialis ini dari cuba untuk duduk mendengar tentang apakah yang sebenarnya telah berlaku.
Dalam Himpunan Gagasan Melayu Perak pada 17 Julai lalu, Ramlah Adam telah membuat satu kenyataan bahawa sejahat-jahat Inggeris tetapi tetap prihatin terhadap orang Melayu. Mereka telah serahkan kembali negeri ini kepada orang Melayu ….. Semua ini adalah kerana keprihatinan Inggeris itu.
Jika ini tidak terjadi maka siapakah yang akan menjadi care taker kepada segala harta Inggeris yang ditinggalkan selepas Merdeka ? Fikiran ini adalah antara kesan daripada Imperialism British. Pelajar dan profesor – professor kangkung membuat rujukan dan menulis buku daripada apa yang didapati dari buku-buku yang ditulis oleh orang Inggeris tanpa membuat penyelidikan yang mendalam. Fikiran British yang sebenar dapat dilihat dari kenyataan ini.
“ Nothing we have done has tought them to govern themselves; we are merely teaching them to co-operate with us… “ Sir Frederick Weld, Governor of Straits Settlements, 1880-1887
Apakah bezanya antara British dan UMNO? Pemimpin UMNO menyambung … “Orang Cina adalah ancaman terhadap kepentingan Melayu” Dalam waktu yang sama pemimpin UMNO menjadi kaya raya adalah kerana orang Cina juga. Menjadi rakan kongsi tanpa modal. Menjadi maling projek-projek kerajaan dan diserahkan kepada orang Cina dan menjadi malaun kepada bangsa sendiri. Menjadi komprador APs sedang modal berdagang adalah dari orang Cina.
Hari ini UMNO sangat lemah, tidak berkeyakinan dan tidak dapat meramal masa depannya. Dibenci dan dilaknati oleh bangsa sendiri kerana amalan rasuah yang meresapi ke dalam kerajaan dan organ parti hingga ke akar umbi. Rasuah sistemik ini turut memusnah akar tunjang sistem kehakimannya dan badan penguatkuasa rasuah SPRM sendiri.
Himpunan Gagasan Melayu Perak 17.7.2010 kita mendengar ucapan Harussani – Mufti Perak. Bercakap soal pepecahan dan perpaduan Melayu demi survival politik Melayu. Ucapannya tidak menyentuh soal sebab dan masalah asas UMNO.
UMNO menjadi lemah bukan kerana PAS dan PKR ! UMNO lemah kerana pemimpin parti dan kerajaan yang RASUAH (ditekankan) dan salah guna kuasa. Kenapa Tan Seri Dato Seri Mufti tak sebut soal RASUAHNYA PEMIMPIN UMNO ? Takut fulus, pangkat dan pingat terbang ?. Kita perlu melihat kepada problem bukan symptom of the problem ! JIka UMNO tidak berupaya dipulihkan dari rasuah, parti ini perlu dihumban kerana nasib rakyat adalah lebih penting dari survival UMNO. Rakyat Melayu tidak boleh berlindung di bawah pemimpin yang rasuah. Jika UMNO bersih, PKR dan PAS akan mati meragan. Orang Melayu akan bersatu. Hari ini UMNO bukan sahaja dibenci oleh PKR, PAS, dan lain-lain bangsa tetapi oleh ahli-ahlinya sendiri. Kita mahu bertanya berapa lama mahu menipu bangsa sendiri ?
Melayu: BANGSA YANG MUDAH DITIPU (BahagianII)
MELAYU: BANGSA YANG MUDAH DITIPU
( Bahagian II )
Dari atas kapal lagi Inggeris sebenarnya telah membuat analisis tentang akal intelek raja-raja Melayu, budi perangai pembesar-pembesar Melayu, tegak - condong guru-guru agama dan juga tidak lupa tentang bagaimana sikap orang Melayu terhadap orang luar. Tidak hairan kalau ada orang tua-tua Melayu yang berakal ketika itu telah menyindir dengan berbagai kiasan terhadap keterlaluan mereka dengan berbagai bidalan seperti “Kaduk naik junjung” “dagang lalu nasi ditanak anak dipangkuan menangis kelaparan” dan sebagainya. Bidalan ini menggambarkan sikap orang Melayu yang tidak sihat. Dengan berbagai kelemahan ini maka Inggeris telah merangka berbagai taktik dan strategi untuk menipu dan menekan bangsa ini.
Salah satu dasar Inggeris yang sangat berkesan ialah dasar pecah-perintah. Dasar ini bukan suatu yang baru malah British telah kenakan terhadap banyak negara lain yang dijajah seperti Palestin dan Israel, tanah Arab, India, Pakistan dan Bangladesh dan lain-lainnya. Disebabkan orang Melayu tidak diajar berfikir oleh ulama-ulama maka mereka tidak begitu sedar, malah hingga hari ini pun mereka tidak sedar terhadap dasar pecah-perintah UMNO yang melakukan perkara yang sama. Orang Melayu berfikir bahawa mereka melihat kerana mereka ada mata. Mereka fikir matalah yang menyebabkan mereka dapat melihat. Mereka lupa kalau dalam gelap kita tidak dapat melihat dan minda yang gelap tidak dapat membezakan.
Kita memang melihat dengan mata tetapi mata hanya dapat melihat apabila ada cahaya. Dengan cahaya kita dapat membeza-bezakan sesuatu yang dilihat sama ada putih atau kelabu, kawan atau musuh dan sebagainya. Kerana tidak ada cahaya dalam minda maka mereka tidak dapat mengesan tipudaya Inggeris dan membandingkan juga tipudaya UMNO. Bagaimana mereka boleh dapat cahaya? Ini berpunca antaranya daripada masalah kediktatoran ulama juga yang bukan sahaja telah memesongkan dan menyembunyikan ajaran Allah malah mereka telah memasung minda masyarakat Melayu dengan dogma-dogma agama yang bercanggah dengan ajaran Allah. Jadi orang Melayu, raja-raja dan pembesar Melayu walaupun ada mata tetapi mereka tetap rabun.
Sekiranya mereka berpegang dengan ajaran Allah mereka tentu sekali tahu bahawa perkataan mufti dan khadi itu sendiripun tidak terdapat di dalam al-Quran. Perkataan kadhi itu adalah bahasa pentadbiran yang telah dicipta dan digunakan oleh British bagi tujuan pecah-perintah pentadbiran kuasa. Mufti adalah orang yang diberi kuasa membuat tafsiran tentang undang-undang shariah dan mengeluarkan fatwa. Hingga kini pun ia terus kekal dalam undang-undang shariah negeri. Negeri asing fatwa pun asing malah kadang-kadang cuti umum pun tidak sama. Masyarakat di pecah dan dikecai-kecai hingga tidak boleh berfikir dalam wadah yang satu. Setiap negeri mempunyai enakmen shariahnya dan tidak sama dengan negeri yang lain pula. Siapakah yang mewujudkan dualism dan pemisahan undang-undang syariah mengikut negeri hari ini kalau bukan British?
Perkataan mufti berasal dari perkataan arab “afta” yang bermaksud untuk menasihat atau memberi pandangan. Sementara perkataan kadhi pula bermaksud orang yang menjalankan tugas. Kedua-dua jawatan ini diletakkan di bawah kuasa sultan dalam setiap negeri. Mereka juga mempunyai pengaruh dan pengikut tersendiri.
Langkah lebih konstruktif mula disusun. D.O dan Kadhi diasing dan terasinglah Melayu dari soal pentadbiran negara. Mufti dan kadhi akan angguk asal saja ada fulus. Soal cukai dan hasil mahsul negara itu bukan soal mufti dan kadhi. Soal mereka ialah soal kahwin dan cerai serta khalwat malwat yang mereka sangat minat. Jika fatwa mereka bercanggah ini juga akan menguntungkan Inggeris kerana ia boleh terus memecahbelahkan masyarakat dan di sini Inggeris dapat mengenalpast i siapakah dari ulama atau mufti yang boleh dijadikan aparat untuk mengeluarkan fatwa.
Para mufti akan memberi fokus dalam soal sah batal nikah, dan bagaimana hendak membersihkan diri apabila bersama dengan isteri. Terjongkit juga ekor mereka apabila mereka telah diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen nikah tanpa disedari bahawa mereka telah diasingkan dari pentadbiran politik dan ekonomi negara.
Melayu: Bangsa yang mudah ditipu (Bahagian 1)
MELAYU: BANGSA YANG MUDAH DITIPU
( Bahagian 1 )
Bila Inggeris mula menjejak kaki di Tanah Melayu perkara yang pertama mereka tahu tentang Melayu ialah masalah alma mater, masalah sekolah, masalah buku dan masalah minda yang mundur menjadi selimut orang Melayu. Sejak dulu orang Melayu bukanlah satu bangsa yang suka membaca dan berfikir. Mereka juga tidak suka menulis dan mencatat justeru mereka tidak mengambil penting soal masa dan tarikh peristiwa tertentu. Mereka campur adukkan sastera dan sejarah dan namakannya Sejarah Melayu. Mereka lebih senang mewarisi sejarah yang ditulis oleh British. Yang anehnya mereka menganggap apa yang ditulis oleh orang asing tentang mereka adalah satu sejarah dan mereka mendewakannya.
Dari dulu hingga sekarang orang Melayu lebih suka mendengarceramah dan ‘labun’ tentang apa saja termasuk ajaran agamanya. Dalam hal ini mereka juga tidak suka bertanya atau menyelidik. Jika banyak bertanya mereka boleh dianggap sebagai lemah iman oleh guru-guru agama mereka. Jika membaca tanpa berguru boleh dianggap pula sebagai … berguru dengan syaitan. Jadi guru-guru agama ini secara tidak langsung telah mendidik agar Melayu jangan membaca, jangan bertanya, dan jangan terlalu menyelidik kerana ini boleh membawa mudharat. Orang Melayu tidak dipimpin supaya menjadi masyarakat yang suka membaca, menulis dan membuat penyelidikan sebaliknya mereka digalakkan menerima apa saja yang diceramahkan tanpa banyak soal…. “Dunia ini milik orang kafir dan akhirat itu adalah tempat untuk kita” …inilah ajaran-ajaran yang telah membelenggu masyarakat Melayu-Islam beratus tahun sejak ia telah melalui fasa-fasa perkembangan sejarahnya.
Fasa yang pertama yang telah dan sedang dilalui ialah fasa ‘kediktatoran ulama’. Kediktatoran ulama’ adalah suatu keadaan di mana ulama’ telah menipu rakyat kerana kepentingan kedudukan mereka. Segala fatwa mereka tidak boleh dipersoal dan harus diterima bulat-bulat. Agama bukan sahaja telah menjadi candu masyarakat malah menjadikan orang Melayu pasif dan tidak berupaya berfikir untuk mengubah kehidupan mereka. Pandangan hidup atau world view menjadi begitu terbatas dan mindanya mudah dijajah. Fasa kediktatoran politik-ekonomi juga bukanlah terasing dari kediktatoran ulama. Ia saling lengkap melengkapi dalam membina kelangsungan minda yang pasif di kalangan rakyat Melayu. Kediktatoran ulama’ turut menghilangkan cahaya ajaran al-Quran lalu meninggalkan rakyat dalam kegelapan beratus tahun lamanya.
Kediktatoran politik-ekonomi (capitalism) pula adalah kediktatoran yang di bawa dan diwarisi daripada penjajah menerusi sistem kapitalis yang dipaksakan ke atas rakyat. Sistem ini mengambil segala lebihan (surplus) yang dihasilkan rakyat atas nama negara dan dieksploit oleh kelas penjajah/pemerintah.
Baca lagi... Comments (2)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment