Sunday, July 25, 2010

(40) S,A,GANAPATHY DIGANTUNG BERJUANG NASIB KAUM INDIA

S.GANAPATHY DI HUKUM GANTUNG KERANA PERJUANGKAN NASIB KAUM INDIA




Pada penghujung kurun ke 19, wujud pelbagai organisasi untuk memperjuangkan hak pekerja. Walaupun tidak menggunakan nama kesatuan (Union) tetapi corak perjuangannya seiras-iras sama dengan perjuangan kesatuan pekerja. Kebanyakannya tidak beroperasi secara terbuka kerana pada ketika itu polisi penjajah British di Malaya dan Singapore ialah 'menghapuskan gerakan kesatuan sejak di peringkat permulaan". Memahami polisi ini, kesatuan pekerja terpaksa beroperasi secara rahsia dan dilabelkan sebagai kongsi gelap oleh majikan dan penjajah British. Walaupun begitu, penjajah membenarkan pendaftaran beberapa organisasi di bawah peruntukan ordinan persatuan sejak 1889 di Singapura dan 1895 di Malaya. Pada peringkat ini hanya kesatuan-kesatuan untuk pekerja mahir Cina yang berkerja sebagai mekanik didaftarkan.
Penglibatan pekerja India dalam kesatuan pekerja tidak berlaku pada masa ini kerana kebanyakan pekerja yang dibawa masuk dari India melalui Sistem Kontrak masih lagi berkemelut dengan masalah sosial dalaman seperti pembahagian kasta, dilayan seperti hamba sehingga tidak dibenarkan keluar dari estet dan pelbagai lagi. Masalah yang dihadapi adalah berbentuk "survival", jadi tidak ada ruang yang kondusif untuk memperjuangkan hak mereka yang ditindas oleh golongan majikan.
Antara pemberontakan awal yang prominan yang dipentaskan oleh pekerja estet pelbagai kaum adalah mogok pada 1912 sekitar Kuala Lumpur. Mogok untuk kenaikan gaji..dan ia tidak mampu mengugat kedudukan kukuh majikan barat kerana ia sungguh rapuh. Rapuh kerana tidak ada solidariti dan kesenambungan dalam tindak tanduknya. Walau bagaimanapun ia serba sedikit sudah mula menggertak majikan barat.

H.D Griffiths, yang merupakan ahli Federal Legislative Council pada ketika itu menuduh mogok ini didalangi oleh kumpulan kongsi gelap. Menurutnya sekiranya majikan barat mengalah kepada tuntutan kuli, kekacauan ini akan menular kepada masalah yang lebih serius lagi. Pandangan majikan barat terlalu serong kepada kesatuan pekerja sehingga menyembunyikan kesalahan dan kelemahan mereka dan sebalik menuduh kesatuan pekerja sebagai kumpulan kongsi gelap.

Kesedaran untuk Berkesatuan


Pada tahun 1920an, pelbagai faktor seperti pendidikan dan pergolakan politik di China yang memperlihatkan kebangkitan nasioanalisme di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen dan penglibatan dan kedatangan pendukung fahaman komunis di Singapura serta pembentukan Nanyang General Labour Unions (NGLU) dalam tahun 1925 mula menampilkan organisasi pekerja yang lebih tersusun dan pertambahan aktiviti mogok di Singapura.
Menjelang 1927, 42 kesatuan pekerja dengan sebanyak 5000 ahli sudah bergabung di bawah naungan NGLU. Antara tahun 1926 dab 1927, beberapa siri mogok telah disusun oleh pekerja Singapore Traction Company. Kerani estet dan sektor kerajaan British mula berorganisasi untuk membentuk kesatuan pekerja masing-masing. Pada tahun 1929,seramai 11 589 pekerja kurang mahir dalam sektor perlombongan bijih timah telah membentuk kesatuan mereka di Kinta, Perak.
Kerajaan British mula gelisah dengan perkembangan ini terutama dengan penglibatan mereka yang berfahaman kiri dan Nanyang GLU. Polis telah diarah untuk memantau kesatuan ini termasuk melabelkan kesatuan ini sebagai kumpulan kogsi gelap.
Ekoran ini, menjelang tahun 1928 hingga 1931 pergerakan Nanyang GLU hampir-hampir dihapuskan oleh polis walaupun ia tidak begitu aktif dalam pergerakannya. Antara yang menjadi pemangkin kepada kelembapan NGLU berpunca apabila British Trade Union Congress (BTUC) "menarik diri" pada hari yang ke 10 setelah melancarkan mogok am British pada tahun 1926. Kesatuan-kesatuan lain di bawah pimpinan Nanyang GLU juga menerima nasib yang sama.
Kebangkitan Pekerja India di Malaya


Seperti kata pepatah Tamil yang berbunyi " Kutte kutte kuniyaravan madaiyan, kuniya kuniya kutteravan madaiyan" - maksudnya: Orang yang mengalah kepada penindasan adalah bodoh dan orang yang menindas secara berterusan adalah bodoh juga". Frasa kedua amat cocok untuk majikan British di Malaya. British tidak langsung sekali menduga pekerja Indian yang dibawa ke Malaya sebagai hamba abdi akan bangun untuk menentang penindasan majikan di estet. Tetapi suasana ini tidak berlaku sehingga kedatangan para profesional seperti guru, doktor, penulis, peniaga, peguam dan ramai lagi bersama-sama dengan kumpulan nasionalis India ke Malaya.

Ada catatan yang menunjukkan ramai pegawai British di Malaya menentang cadangan agar tahanan politik yang dibuang negeri dari India dihantar ke negeri-negeri Selat untuk kerja-kerja kuli berat seperti pembinaan jalan raya kerana "masalah" yang ditimbulkan oleh para nasionalis ini - semangat menentang penjajah British.

Ramai di antara tahanan politik radikal dari India mati dalam tahanan di sini. Seperkara menarik yang dicacatkan adalah tentang panggilan cacian "Keling" yang digunakan terhadap orang India secara umumnya di negara ini. Apabila tahanan politik ini dibawa turun dari kapal, tangan dan kaki mereka digari. Justeru itu, orang India yang dibawa ke Malaya dengan cara ini dikenali sebagai "Keling" - perkataan yang mungkin berasal daripada bunyi rantai yang digari pada tangan dan kaki. Oleh itu, ia sensitif sekali bagi orang India kerana ini seolah-olah mencaci mereka sebagai penjenayah (sama seperti cacian sesetengah rasis terhadap orang Australia yang rata-ratanya terdiri daripada penjenayah yang dibawa dari Britain).
Perjuangan orang india untuk menentang penindasan bermula pada tahun 1930an dan melalui pelbagai liku-liku dan perit maung yang getir. Keadaan pekerja yang menyedihkan kerana kekurangan makanan, tempat tinggal yang tidak terurus dengan ketiadaan "privacy" di mana pekerja-pekerja ditempatkan di rumah-rumah panjang yang tidak ada hadangan yang sesuai sehinggakan menyukarkan kehidupan anak perempuan dan kaum wanita, sukar untuk suami isteri tinggal bersama, tekanan jiwa kerana terpisah daripada sanak saudara di India dan pelbagai masalah sosial menyebabkan pekerja estet mula sedar untuk bangun dan berhadapan dengan penindasan sebegini (lebih banyak maklumat dapat diperoleh sekiranya membaca novel "Rampar Mara Thopinnile (tamil) - terjemahan tajuk: "Di Ladang Getah" oleh penulis Tamil - Agilan)



Antara yang menjadi titik tolak kepada perjuangan pekerja India adalah penghantaran pulang seramai 180 000 pekerja ke India dari tahun 1930 sehingga 1933. Ramai dihantar pulang dalam keadaan "tulang tengkorak" kerana pengangguran di Malaya yang berpunca daripada kemelesetan ekonomi dunia - The Great Depression. Ini terang-terang menunjukkan kelemahan British dalam menangani imigran dari India dan salah satu kelemahannya berpunca daripada sistem Kontrak. Justeru itu, sistem ini dimansuhkan setelah mendapat tentangan daripada Parti Kongres India, Ekoran ini, pada tahun 1938, dengan resolusi daripada Parti Kongres India, Kerajaan British India untuk memansuhkan pengambilan pekerja kurang mahir ke Malaya. Ini memberikan ruang untuk kesatuan pekerja di Malaya untuk memperjuangkan kenaikan gaji mereka dengan laungan slogan No Worker- No Employer- No Empire!!

Dicatat oleh WASIAT

No comments:

Post a Comment