Sunday, July 11, 2010

(22) PERISTIWA MEMALI ISU SEBENAR (ISA) AL SHAHID USTAZ IBRAHIM

 LIBYAAI SHAHID IBRAHIM

Tragedi Memali : ‘Tidak kami sangka polis sanggup membunuh’ (1)

Posted by Anak Sungai Derhaka at 12:08:00 AM


Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 masih tersemat di dalam fikiran kebanyakan orang terutama masyarakat Baling dan lebih-lebih lagi ahli keluarga 14 orang yang korban.


Menurut Kementerian Dalam Negeri melalui jawapan Dewan Negara pada April 26, 2010, spekulasi yang mendakwa Musa Hitam (tatkala itu timbalan perdana menteri) memberi arahan untuk menembak penduduk kampung semasa peristiwa berdarah Memali pada tahun 1985 adalah tidak benar.


Menurut keterangan kementerian, pihak polis telah menjalankan operasi untuk menangkap Ibrahim Mahmud dan 35 orang pengikutnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.
Semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim Mahmud dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing. Pihak polis telah menyeru kepada mereka supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman. Demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan, kata Kementerian Dalam Negeri dalam jawapannya.


Peristiwa tersebut telah mengorbankan empat orang anggota polis dan 14 orang awam termasuk Ibrahim Mahmud manakala 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.

Mengikut cerita seorang saksi


Saya mengambil inisiatif untuk bertemu dan mewawancara dengan salah seorang penting di belakang peristiwa ini; Senator Yusof Husin di bangunan Parlimen pada April lalu bagi mengetahui sendiri (mengikut perspektif beliau) mengenai peristiwa tersebut.


Yusof Husin, 56, dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada Jun-Nov 1985 dan kemudiannya dari Oktober 1987 hingga awal 1989.


Faisal: Boleh Pak Yusof terangkan sedikit dahulu secara umum perisitiwa Memali.


Yusof: Peristiwa Baling adalah kerana ISA. Kerana kerajaan pada ketika itu untuk menangkap Ibrahim Libya (nama betul Ibrahim Mahmud) di bawah ISA.


Sebelum itu biarlah saya jelaskan siapakah Ibrahim Libya.


Ibrahim Libya ini merupakan seorang ulama tempatan yang sebelum itu belajar di sekolah rendah di sekolah pondok, di kawasan Baling, madrasah di Kepala Batas, Pulau Pinang. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Kemudian India dan selepas itu menyambung pelajaran ke Libya.


Sebab itulah dia dikenali sebagai Ibrahim Libya, atas kursus dakwah yang diambilnya di sana.


Dia kembali ke tanahair pada awal 1970an dan dia bekerja di Jabatan Perdana Menteri, di Pusat Islam. Sehinggalah akhir pada penghujung tahun 1976 dia meletakkan jawatan dan dia bekerja dengan kedutaan Libya sebagai seorang pendakwah. Dan disitulah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.


Pada tahun 1978, dia menyertai PAS dan menjadi calon di DUN Bayu dan selepas itulah dia aktif di dalam PAS menyampaikan ceramah di merata tempat dan ceramah-ceramahnya amat diminati. Ceramah-ceramahnya di sekitar Kedah dan di utara Perak pada ketika itu.


Sehinggalah pada September 2, 1984, lebih kurang pada pukul 2 pagi, dia dikepung oleh lebih 100 orang anggota polis untuk menangkap beliau di bawah ISA.


Dan pada ketika itu orang kampung keluar beramai-ramai menghalang pasukan polis daripada menahan beliau di bawah ISA.


Percubaan pasukan polis untuk menangkap beliau pada hari itu menemui kegagalan.


Kalau tak silap saya, pada tarikh yang masa, Haji Mat Sabu, Suhaimi Shaib dan ustaz Abu Bakar Chik berjaya ditahan di bawah ISA.


Kejayaan dakwah Ibrahim Libya


Anak murid ustaz Ibrahim Libya di Memali yang kebetulan merupakan tenaga pengajar utama mendidik masyarakat Memali yang sebelum itu masyarakat Memali amat terkenal dengan masyarakat yang tidak mempedulikan hal-ehwal keagamaan dan sebagainya.


Dan apabila dididik oleh Ibrahim Libya ini maka masyarakat kembali taat setia sehinggakan kita mendapati 100 peratus penduduk Memali menyertai PAS.


Apabila dia gagal ditangkap di bawah ISA, maka dia menyembunyikan diri suatu tempat di Baling dan kami sebagai anak muridnya ketika itu bermesyuarat apakah kesudahan bila seorang Tok Guru tidak dapat menyampaikan ilmu. Kami membuat keputusan untuk membawa balik ke Memali.


Di mana kami meletakkan setiap masa mempunyai lebih kurang 5-20 orang untuk mengawal. Kegiatannya ialah kuliah subuh setiap pagi di rumahnya sendiri, dan kuliah maghrib di madrasah Memali dalam proses pembinaan.


Semua secara sukarela. Kami mula menghidupkan kembali madrasah Memali.


Pada 13 Oktober 1985, kami mula membuka madrasah Memali sebagai sebuah sekolah rendah dengan pengajian penuh dan pelajar pada ketika itu 23 orang sahaja.


Jadi, dalam suasana berkawal itu ada berbagai-bagai cubaan yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk menahannya tetapi semuanya gagal.


Pada 22 Oktober 1985, tamrin dan ceramah pada malamnya yang dihadiri oleh seorang tokoh dari Terengganu di mana pada malam itulah berlakunya suatu peristiwa. …. Apabila ceramah tersebut diadakan, sekatan jalan diadakan di jalan masuk dan keluar Memali. Maknanya dari Baling satu hala, dan dari Sik satu hala.


Pihak polis mengadakan kedua-dua sekatan menyebabkan orang ramai di kampung yang kebanyakannya tidak mempunyai cukai jalan, insurans motosikal dan sebagainya tidak dapat hadir. Lalu kami menyediakan sebuah van untuk mengangkut peserta-peserta tamrin untuk hadir di ceramah tersebut.


Di mana akhirnya van ditahan oleh pasukan polis di lokasi lebih kurang 2km dari Madrasah Memali jalan dari Sik….


Ditahan maka riuhlah suasana di tempat program di Memali itu dia telah ditahan ditahan oleh polis. Dan pada ketika itu juga lalu sebuah kereta peronda polis yang mana kereta peronda polis itu di dalamnya terdapat Tuan OCPD Baling, Tunku Muzaffar.


Di mana lebih kurang 200-300 orang mengepungi kereta polis itu dan ada yang bertindak meletakkan senjata di tengkuk ketua polis daerah Baling dan pada ketika itu saya muncul untuk menenangkan keadaan, dengan ringkasnya menyelamatkan ketua polis daerah Baling itu dan dialah orang yang saya bertemu kembali di Parlimen baru-baru ini.
Terdapat tiga orang sahaja di dalam kereta peronda tersebut. Dia di depan, di belakang seorang, dan pemandu.


Faisal: Tunku Muzaffar ada niat untuk membuat tangkapan?
Yusof: Kebetulan dia lalu di situ. Suasana tegang berlaku ketika itu kerana keadaan jam hari ditahan.
Sebahagian besarnya penuntut madrasah sedang mengikuti program. Tetapi kalau mahu dikira lebih kurang seribu orang.
Jadi peristiwa malam itu selesai. Dan sejak itu, polis berbagai-bagai cubaan tetapi rundingan dengan kami secara langsung tidak ada tetapi cuma ada beberapa cubaan meminta supaya ustaz Ibrahim Libya menyerah diri kepada polis dan dia berkali-kali menegaskan bahawa dia tidak akan menyerah diri kerana dia hendak ditahan di bawah ISA.


Akta yang zalim, yang menahan seseorang tanpa perbicaraan dan dia akan menentang dengan jiwa raganya.


Adakah alasan dia sebagai pendakwah menjadi alasan dia dikehendaki oleh kerajaan?
Selalunya ISA ini memberitahu alasan ditahan, sebab apa ditahan. Jadi, dia belum ditahan dia belum [tahu].


Tetapi kita merasakan dia seorang yang lantang suaranya dalam menyampaikan ceramah-ceramah, mengkritik kerajaan dan sebagainya. Itu di antara sebabnya.


Dia diberitahu untuk menyerahkan diri kerana didakwa mempunyai senapang patah kepunyaan dia sendiri. Saya sendiri dan adiknya, Allahyarham ustaz Ismail pergi serah ke balai polis Baling kepada OCPD Baling, Tunku Muzaffar. Saya sendiri pergi serahkan sendiri senjata-senjata itu.


Keadaan agak panas dan kita tahu bahawa dalam Perhimpunan Agung Umno hujung tahun 1985, wakil Kedah yang berucap dalam persidangan agung meminta kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri bertindak tegas untuk menangkap Ibrahim Libya yang kononnya di Memali itu sudah menjadi sarang subversif yang menghimpun senjata-senjata untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.


Pembekalan ke penduduk kampung? Siapa yang membekal?


Sebenarnya tiada. Dan apabila berlaku peristiwa itu, kami tidak menyangkakan bahawa pihak polis sampai ke peringkat pembunuhan, sehingga sanggup membunuh. Tetapi apabila berlaku peristiwa itu pada 19 September 1985, awal subuh, kami dimaklumkan lebih 4,000 anggota polis, dari polis hutannya, UTK, FRU dan semua unit polis yang dihantar seramai 4,000 yang dihantar untuk mengepung rumah ustaz Ibrahim Libya.


Penduduk di situ, kalau kata ‘Kg Memali’ ingat lebih 500 orang. Dan itu pun, bukan semuanya yang terlibat.


Pagi-pagi itu lebih kurang 8 pagi, pasukan yang lengkap kereta perisai membuat sekatan di kedua-dua hala untuk menyerah diri dan pada ketika itu saya sendiri, yang dilantik oleh penduduk, anak murid Ibrahim Libya sebagai wakil mereka.


Jadi kita berunding dengan ustaz Ibrahim dan beliau memberitahu bahawa sudah sampai masanya dia membuktikan bahawa dia tidak akan tunduk kepada ISA iaitu penentangan kepada suatu akta yang dia tidak boleh terima sama sekali. Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Libya.


Jadi, pihak polis pada ketika itu mula menembak gas pemedih mata pada jam 8 pagi ke kawasan rumahnya.


Di kawasan rumahnya seramai 160 orang kami berkumpul. Apabila gas pemedih mata itu dilepaskan, dengan tidak diduga, salah satu daripada tiub terkena ketua Mujahiddin.


Terdapat seorang kanak-kanak anak kepada Mat Jah Hassan yang jatuh dan pengsan. Pada ketika itu umurnya bawah 10 tahun. Pada ketika itu, salah seorang daripada kami, iaitu cikgu Shafie Abdullah apabila beliau melihat kanak-kanak itu jatuh, dia menyangkakan kanak-kanak tersebut sudah mati.


Saya memberi arahan bahawa tidak ada seorang pun boleh keluar dari kawasan rumah. Pintu pagar kami ikat supaya tidak ada seorang pun boleh keluar masuk dari rumah.


Ustaz Ibrahim tidak mahu kita yang menyerang pihak polis, biarlah kita di kawasan rumah kita dan kawasan rumah kita dan membiarkan takdir menentukan.


Dan dia tidak mahu menyerah diri sama sekali.


Dan apabila Cikgu Shafie melihat keadaan itu, maka dia keluar dari kawasan rumah dan meluru ke unit pasukan polis yang sedang melepaskan tembakan gas.


Dia bergerak 50 meter dari tempat persembunyiannya lalu dia ditembak dan dia mati di situ juga. Bukan dia sahaja yang keluar tetapi terdapat 3-4 orang yang meluru keluar mengikutnya dengan tujuan untuk menahannya kepada pergi ke unit yang melepaskan tembakan.


Dia membawa parang bersamanya lalu ditembak.



Bahagian kedua wawancara ini akan disiarkan esok.


Labels: Around the Blogs, Tragedi Memali

6 Comments:

1. blogenstarz said... July 10, 2010 2:28 AM

Jangan ambil bahagian dari sebelah pihak sahaja.

Bagaimana pula dengan nasib balu2 pasukan keselamatan yang terkorban semasa menjalankan tugas pada masa itu.

Jangan jadikan peristiwa MEMALI itu sebagai bahan yang akan MEMALUkan balu2 mereka yang terkorban mempertahankan IBRAHIM LIBYA !

Jalankan kajian terperinci berkaitan isu ini sebelum dijadikan MODAL bagi KEDUDUKAN ANDA SEKARANG.

Anonymous said... July 10, 2010 10:34 AM

Sedara blogenstarz...


Sedara mungkin orang luar yang yang tak tahu apa2 langsung ttg peristiwa ini.


Tanyalah orang-orang lama @ polis pencen yang bebas @telus pemikiran tanpa 'bias' kpd mana2 pihak.. ..apakah info yang depa dapat untuk menyerang penduduk Memali?


Mengapakah cerita polis terbunuh akibat peluru makan tuan tidak diexposekan kepada umum?
Tentang balu polis, camana perasaan balu2 mangsa Memali, saya percaya, camtu jugak perasaan mereka, cumanya mereka 'merasa' pencen suami mereka yang memulakan

peristiwa bersejarah yang tak mungkin dilupakan, manakala balu2 mangsa masih membongkok mengadap pokok getah untuk menyuapkan mulut anak2 kecil yang kelaparan.


Tentang MALU???...Siapa yang mulakan....????

FMZam said... July 10, 2010 11:43 AM

blogenstarz,


Jangan mengata sebelah pihak sahaja. Ada banyak blog yang hentam semacam tak pun buat kajian. Kami orang baca blog lagi tau selama ada blog kami tau mana yang masuk telinga kiri keluar telinga kanan dan mana yang masuk telinga kiri keluar pun telinga kiri. Yang buat kami lekat kat blogger ialah blogger yang suka menulis dan mendengar tulisan orang lain tak kira apa, bukan blogger yang suka dipuji dan tak keluarkan tulisan yang menghentam dia macam blog 1Malaysia tu.

teratailiar said... July 10, 2010 2:43 PM

butuh hang blogenstarz!!!


lu beranak tahun bila?


jangan dok dengar sebelah pihak sajer? kalu dengar cerita gomen tak per?


macam2 tuduhan hang pa kata...


sarang komunis la...


tempat ajaran sesat la...


sampai hari ni kerajaan x bukti...


bila masa nak keluar fatwa, Majlis Fatwa Kebangsaan ambik 2 minggu nak keluar fatwa x syahid.


kalu x syahid hangpa wajib gali dan aruskan balik jenazah macam mati biasa. Pasal apa x buat?


Majlis Fatwa Kedah kata x syahid pasal 'semi-bughah' (pemberontak).

tak ada dalam fiqh islam istilah 'SEMI-bughah'.



kalu bughah kenapa Sultan Kedah cemar duli p lawat kubur as-syahid kat Parit Panjang.



sori tuan sungai...



aku bab Memali ni memang menyirap


pembunuh jemaah dan saudara Islam ku, takkan ku reda sampai mati.Aku akan tuntut di sana.
tu pun Umno kata kami pengganas, ekstremist. Butuh pak hang.

Bodoh!!!!

Anonymous said... July 10, 2010 6:20 PM

aku agak blogenstarz ni hatinya dah gelap disebabkan umno..nak suruh buat apa..?tunjukkan bukti dulu mengatakan memali tu sarang pengganas....sampai skrg x ada bukti yg kukuh....lain kali nak aku nak habaq kat hang blogenstarz bengap..bodoh..nak momen sesuatu topik tu..cari fakta dulu..ini main hentam jer..hang tau x...kes memali ni..orang akan ingat sampai bila2..klu blogenstarz aku x tau lah..mungkin dia ni dari keluarga yg buta sejarah..ishhh..klu aku kenal hang blogenstarz..aku ludah muka hang..hang ni mmg jahil sejahil2nya..

Anonymous said... July 10, 2010 8:23 PM

time tu memang la aku xde lagi tp pew yg aku tahu dan berdasar kn pew yg aku bace sbelom nie dah nmpk sgt kerajaan nk mnjatuhkn pembangkang dgn mnyatakn pembangkang nie pengganas....

kalau pembangkang nie la yg kerajaan kata pengganas abes yg kerajaan berbaek dgn amerika tu wt pew??

aku rase kerajaan dah mata rabun kot...

pengganas dunia yg nk hapus kn umat islam tu pergi la buat baek tp yg dy kate pengganas yg ingin petegak kn islam di peranangi habis-habisan....

pk2 kn lah...

dulu zaman bdak mmg aku sokong umno tp skunk aku dah matang dan dah nmpk ape yg btol dan salah....

dari kite mmbunuh sesama umat islam lebey baek kite bersatu perangi israil dan sekutunya yg byak mmbunuh umat islam yg x berdosa

No comments:

Post a Comment