politik kebenaran,sejarah yang tersirat menunjukan sejarah itu betul2 berlaku di negara ku sendiri, untuk tatapan generasi terkini dan kelansungan.
Sunday, July 18, 2010
(27) PAHLAWAN DATO DOL SAID TABOH NANING
Sorang! Sorang!
Muzium Alor Gajah ada pameran mengenai pahlawan Naning, Dato Dol Said. Tulisan pameran menulisnya sebagai pahlawan yang menentang British pada tahun 1831-32. Semasa itu, Naning adalah sebahagian dari Melaka.
Dol Said menentang cukai yang dikenakan oleh British. Pada Julai 1831, British menghantar askar seramai 150 orang. Oleh kerana, ada sokongan dari pembesar-pembesar Seri Menanti, Sg Ujung, Johol, Muar, dan lain-lain, tewaslah British dalam Perang Naning I.
Menyedari bukan mudah menentang dengan sendiri, maka British meminta atau kemungkinan memaksa Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau memberi bantuan tenaga askar. Dia bersetuju menghantar 600 askar membantu British. Mungkin Yamtuan Muda Rembau ini setuju dengan cukai yang dikenakan oleh British kerana dia dapat bahagian komisyen dari cukai yang dikutip dan ada jawatan sebagai Chief Kadhi.
Pada Mac 1832, British menyerang Naning sekali lagi dengan askar seramai 1,200 orang. Kali ini, tidak ada bantuan dari jpembesar-pembesar lain seperti sebelum ini. Kemungkinan British sudah menggunakan Yam Tuan Muda Rembau untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu lain dari membantu pemberontak atau lebih tepat, penentang British.
Husin cuba membayangkan Dato Dol Said sedang beratur dengan tenteranya menghadapi tentera British dan tentera Yamtuan. Dia pun mengangkat tangan untuk memberi isyarat untuk menyerang. Dengan suara kuat dan pelat Nogori, dia menjerit, "Sooraangggg!!!!!!!"
Semasa sedang bergerak mengarah menuju tentera British, baru disedari bahawa yang lain tidak ikut serang dan dia keseorangan. Kalahlah Dato Dol Said dalam Perang Naning ke II.
Mungkin sejarah tidak tulis, Dato Dol Said mendapat bantuan dari orang-orang Johor. Oleh kerana panglima-panglima tersalah beritahu Dato Dol Said bahawa yang membantu adalah orang-orang Johol, dia tersilap memberi arahan serang dalam pelat Nogori. Ini tidak difahami oleh orang Melayu Johor.
Itu jenaka saja. Namun, sejarah hari ini menyanjung mereka sebagai pahlawan kerana menang Perang Naning I, tetapi hakikatnya dia tewas dan perjuangan menentang British tidak beroleh kemenangan. Maka, sejarah kita yang tertulis mengagongkan mereka yang tewas.
Tulisan di Muzium juga tidak beritahu bahawa dia dikhianati orang-orang Melayu lain yang penakut atau mudah di "beli" oleh British. Selain itu, kebanyakkan orang Melayu memberi kesetiaan membabi buta kepada Yam Tuan Muda Rembau, walaupun dia bersekongkol dengan anasir asing dan penjajah demi kekayaan diri dan jawatan.
Husin terfikir ...
Hari ini, kita sanjung mereka sebagai pahlawan dan disempenakan sekolah dan jalan dengan nama mereka, seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman, Si Bongkok, dan lain-lain.
Buat apa di sanjung mereka sekarang
Hanya untuk memberi pengagongan palsu konon-konon orang Melayu hebat dan ada hero?
Dulu orang Melayu khianat mereka. Semasa berjuang, orang Melayu tunggu dan lihat, dan tidak sama membantu. Malah, mereka dikalahkan orang Melayu juga. Bagi yang tidak dapat hilangkan diri seperti Mat Kilau, bila mati dihina oleh orang Melayu sendiri.
Sebenarnya sejarah orang Melayu selepas zaman kegemilangan Melaka pentadbiran Tun Perak/Hang Tuah, penuh dengan penakut, pembelot, pengaut, pengkhianat, hasad dengki, setia membabi buta dan lain-lain sifat-sifat cela tetapi yang diagongkan bangsawan Melayu.
Sejarah Melayu ini sedang berulang ...
Karakter Yam Tuan Muda Rembau pun ada. Entah mungkin, ayahanda pada (Jibrael) Ali?
"Raja" lemah dan "Rajah" akan menjadi begitu berkuasa di "takhta" dan mahkamah hingga orang Melayu akan akur setia atau merintih menerima keputusan kedua-dua mereka.
Sekarang kita dengar selalu, sikit-sikit menyokong dan hanya menyerah bulat-bulat kepada pucuk kepimpinan. Bila memberi pendapat, akan disangkal dengan alasan tak tahu maklumat disebaliknya.
Kalau pendapat kritikal, dituduh konon-konon pemecah perpaduan. Pahlawan yang banyak menyumbang dan berani memberontak menentang penjajah luar, kita tidak hirau. Malah, sanggup dia di "gantung terbalikan" dengan dimalukan dengan tuduhan. Padahal kepincangan yang membahayakan agama, bangsa dan tanahair begitu jelas
Kini, wakil penjajah sudah berada di dalam dan menghuru-harakan iktisad, siasah, masyarakat, dan agama orang Melayu. Kalau digantikan pun, penggantinya adalah wakil penjajah yang menunggu di tepi untuk melakukan yang sama. Penjajah tidak payah menyerang tetapi hanya mengatur melihat dari luar saja.
Orang Melayu hari ni kebanyakkan mereka adalah penakut tidak berani bersuara, mementingkan diri sendiri, gila kuasa, mudah ditipudaya belit, mudah digelapkan mata dengan kata-kata manis, dan pengkhianat alif, ba dan ta.
Tunggu masa, kita pasti akan terjajah sekali lagi.
Wow! Layak dijual orang Melayu - otak mahal pasal tak guna, setia macam anjing cukup kasi makan tulang, mudah ditarik hidung macam kobau, dan harga lebih mahal dari unta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
L..; I am interested in Melayu rajas.o you have a bigger pictre of him?.Thank you. Salam hormat: DP Tick gRMK/Pusaka
ReplyDeletepusaka.ticktiscali.nl
I believe this is not a picture or sketching of Dato' Dol Said, this picture reflects to the Perak King. The original sketches of this picture is written in one of the books which I had seen and read it before. Please do some amendments in due respect of the history value.
ReplyDeleteSaya percaya ini adalah bukan gambar atau lukisan tentang Dato' Dol Said. Gambar ini adalah berkenaan gambar Raja Perak. Keaslian lukisan gambar ini ada diterangkan di dalam satu buku yang telah lihat dan baca dahulu. Ada baiknya dilakukan ralat untuk menjaga keaslian nilai sejarah.