politik kebenaran,sejarah yang tersirat menunjukan sejarah itu betul2 berlaku di negara ku sendiri, untuk tatapan generasi terkini dan kelansungan.
Thursday, July 1, 2010
(4) PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI SUNGAI MANIK
PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI SUNGAI MANIK
Sementara itu, segera setelah fasis Jepun menyerah diri, di Sungai Manik dan daerah Teluk Anson, Perak telah berlaku peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang didalangi fasis Jepun. Kawasan ini merupakan salah satu pangkalan penting gerakan tentera kita dalam masa Perang Anti-Jepun. Akan tetapi di sana terdapat sejumlah penyamun Kuomintang yang melakukan berbagai kejahatan, seperti merompak, membunuh dan mengganas di kalangan orang ramai. Oleh sebab para penyamun ini orang Tionghua dan menyamar diri sebagai tentera kita, maka orang Melayu menjadi terkeliru menyangka tentera kitalah yang melakukan semua keganasan itu. Mereka pun berasa tak puas hati terhadap tentera kita, lalu ada yang pergi membuat pengaduan kepada fasis Jepun yang kemudian datang menyerbu ke situ menangkap sejumlah orang Melayu anasir cergas kita dan massa. Fasis Jepun juga telah menggunakan kesempatan itu untuk di satu pihak, memfitnah parti dan tentera kita serta menghasut orang Melayu supaya memusuhi dan memerangi orang Tionghua; di lain pihak ia telah memaksa semua orang yang ditangkap tadi supaya mengabdi kepada polisi pemcahbelahan perpaduan bangsa-bangsanya.
Seorang anasir cergas kita bersama 6 orang penduduk kampung yang ditangkap musuh itu telah berkhianat dan bersetuju menerima syarat-sayrat fasis Jepun untuk melawan dan membunuh penyokong-penyokong parti komunis dan orang-orang Tionghua serta melawan tentera kita dengan cara membentuk satu pasukan parang panjang dengan orang kampung yang telah tertipu. Fasis Jepun telah membekalkan mereka 7 laras senapang serta 10 butir bom tangan, kemudian menghantar mereka balik ke Sungai Manik setelah mendapat latihan. Akan tetapi kerana mereka tidak cekap menggunakan senjata itu, mereka telah menukarnya dengan parang panjang dan memaksa orang kampung menjadi anggota kumpulan parang panjang untuk menyerang orang Tionghua. Dalam serangan terhadap orang Tionghua yang tiba-tiba itu, mereka membunuh siapa sahaja yang dijumpai, tak kira kanak-kanak, wanita dan orang tua. Di bawah serangan mengejut demikian, massa rakyat Tionghua terpaksa berundur ke kawasan Langkap meminta perlindungan tentera kita yang berkedudukan di Bidur ketika itu. Kemudian tentera kita menghantar 1 kompeni ke pekan Langkap untuk mengawal keadaan. Akan tetapi, anggota-anggota kumpulan parang panjang mengejar massa rakyat itu sampai ke Langkap.
Berdepa dengan keadaan yang genting di mana keselamatan orang ramai terancam, tentera kita tampil ke depan membentuk satu barisan pertempuran di tebing sebatang anak sungai serta melarang anggota-anggota parang panjang dari menyeberanginya. Kawan-kawan member nasihat kepada anggota-anggota parang panjang supaya pulang dan jangan membunuh sesama sendiri, akan tetapi, penyerang-penyerang itu tetap berdegil dan terus mara. Kerana tidak sampai hati hendak menembak, kawan-kawan berundur ke barisan kedua dengan diburu oleh orang-orang parang panjang. Setelah kawan-kawan tiga kali berundur dan setelah nasihat dan amaran kawan-kawan tidak dipedulikan oleh anggota-anggota parang panjang yang menjadi semakin bengis itu, komander kompeni terpaksa mengeluarkan perintah supaya melepaskan tembakan. Setelah para pemimpin dan sejumlah anggota mereka tumbang dan dongeng tentang kekebalan mereka terdedah, anggota parang panjang yang lain pun membuka langkah seribu. Kawan-kawan kita telah mengesan mereka hingga ke Sungai Manik, merampas 2,000 hingga 3,000 bilah parang mereka. Kawan-kawan kemudian menjalankan pendidikan secara berulang-ulang di kalangan orang ramai, barulah permusuhan bangsa-bangsa itu dapat dikendurkan, keadaan dapat ditenteramkan dan hubungan persahabatan Melayu – Tionghua beransur-ansur dipulihkan.
PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI TELUK ANSON
Untuk bertapak semula di Malaya, imperialis British melalui pasukan 136 dan tentera rasminya , dengan kejinya telah melaga-lagakan bangsa-bangsa, menimbulkan penyembelihan bangsa-bangsa serta memfitnah parti dan tentera kita untuk membangkitkan kemarahan orang ramai khasnya orang Melayu terhadap parti dan tentera kita.
Akibat komplotan British ini, beberapa peristiwa berdarah yang serius telah berlaku di beberapa negeri khususnya di Perak. Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.
Di Perak, iaitu di kawasan antara Teluk Anson dan Parit, satu peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa telah berlaku akibat hasutan British. Apabila Jepun menyerah diri, tentera kita telah beredar dari pangkalan-pangkalan desa di sana lalu ke bandar untuk menguasainya, meninggakan kawan-kawan penyusun massa yang tidak begitu ramai dan tidak cukup persenjataan di situ. Mengambil kesempatan itu, imperialis British telah menghantar satu platun askar India yang beragama Islam daripada pasukan British untuk memasuki kampung-kampung di Teluk Anson bagi menjalankan hasutan dan membangkitkan pergaduhan bangsa-bangsa. Kerana terpengaruh oleh hasutan mereka, berates-ratus anggota parang panjang di situ telah bangkit mengamuk , membunuh ramai massa rakyat bangsa Tionghua. Kerana tentera kita tidak ada di sana, kawan-kawan penyusun massa tidak berupaya menghalang kemaraan anggota-anggota parang panjang, bahkan ada di antara mereka yang terkorban atau tertangkap. Di bawah serangan mengejut itu, orang ramai telah melarikan ke Teluk Anson dan Parit, tetapi terus dikejar oleh anggota-anggota parang panjang. Massa rakyat yang berkumpul di Teluk Anson, bertubi-tubi mendesak tentera kita untuk melakukan serang balas. Kawan-kawan kita secara susah payah telah berkali-kali menjalankan pendidikan, menasihati mereka supaya menahan diri, akhirnya barulah kawan-kawan kita dapat menghalang mereka daripada menyerang balas dan mencegah berlakunya peristiwa bunuh membunuh yang lebih besar.
Sungguhpun di Parit dan Teluk Anson parti dan tentera kita dapat mencegah peristiwa saling membunuh yang lebih besar, akan tetapi di Bekor, berhampiran dengan Manong, Kuala Kangsar, parti kita gagal berbuat demikian. Pada mulanya, kerana hasutan penjajah British, sejumlah anggota parang panjang dari kampung – kampung Melayu telah pergi menyerang kampung-kampung orang Tionghua dan membunuh sejumlah orang Tionghua. Massa rakyat Tionghua telah berundur ke kawasan tentera kita dan menuntut menyerang balas. Ketika itu, tentera kita telah meninggalkan kawasan tersebut. Kawan-kawan penyusun massa kita berusaha keras untuk mengendurkan keadaan dan menenteramkan mereka, serta menjelaskan polisi parti bahawa kerana ini adalah pertentangan di kalangan rakyat, kita tidak boleh menyerang balas, tapi hanya boleh membela diri bila diserang. Akan tetapi, perasaan mereka sudah begitu membakar kerana mereka rasa sudah dianiayai, jadi mereka pun tidak puas hati terhadap tentera kita, lalu mereka pergi menyerang balas tanpa pengetahuan kawan-kawan penyusun massa kita.
Di kampung-kampung Melayu yang diserang itu, terdapat organisasi parti kita dan ada kawan-kawan Melayu bergerak di sana. Kawan-kawan kita berusaha keras untuk mencegah pembunuhan yang sia-sia itu daripada berlaku. Seorang kawan Melayu anggota parti yang pandai berbahasa Tionghua telah pergi ke jambatan yang merentangi sungai di situ dan menyeru orang Tionghua di seberang sana supaya jangan menyerang kampung-kampung Melayu. Akan tetapi, malangnya nasihat dan rayuan tidak dipedulikan. Orang Tionghua terus merempuh dan membunuhnya, kemudian pergi menyerang dan membakar 80 buah rumah serta membunuh ramai orang Melayu. Dengan demikian lagi satu tragedi ngeri yang berpunca dari hasutan British telah terjadi di mana massa rakyat Melayu dan Tionghua telah saling membunuh antara satu sama lain.
bersambung dengan Bagaimana Berlakunya Pembunuhan Bangsa-bangsa di Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang
artikel terdahulu:
DATOK ONN DAN KIAI SALLEH DALANGI PERISTIWA PEMBUN...
PERJUANGAN PARTI DAN TENTERA KITA MELAWAN KOMPLOTA...
MENGAPA BERLAKUNYA PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA MENJEL...
Dicatat oleh Mat Amin pada 06:55
Label: Anti-Jepun, Dokumen, PKM, TAJRM 9 ulasan:
Yong berkata...
Pandainyer awak buat cerita. Fitnah Kiai Salleh lagi.
2010 Januari 11 07:57
Sosialis Hijau berkata...
Harap YONG boleh ceritakan perkara yang sebenar jika beliau mengatakan bahawa Sejarah ini adalah rekaan dan satu fitnah kepada Kiai Salleh.
Kami menanti ceria sebenar dari YONG. Sila sertakan sekali dengan fakta.
Jika tiada cerita dari YONG atau mereka yang mengatakan sejarah ini rekaan dan fitnah maka kami anggap cerita atau sejarah yang di paparkan oleh Blog Kini Dan Silam adalah benar dan akan di arkibkan kedalam minda anak anak dan generasi selepas ini.
Gua tunggu cerita Lu YONG.
2010 Januari 11 09:44
Indera Segara berkata...
Menurut buku Fatimah Adam iaitu Ahmad Boestamam satu biografi politik..Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaakob dan Ahmad Boestamam bekerja dengan Jepun sewaktu penjajahan Jepun di nusantara ini..
pemilik blog blh tolong komen skit?
2010 Januari 11 13:01
putihmerah berkata...
lu bikin apa cerita?lu kapal mana?lu mana mari?
2010 Januari 11 13:09
Orang tua berkata...
Salam Sejahtera SoSIALis hijau,
Bagi pihak Yong, kalau saudara nak tau kisah Almathum KIYAI SALLEH sila ke entry berikut:http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-211786.html
Saya sendiri anak jati Batu Pahat dan merasakan betapa hibanya bila tahu ramai orang MELAYU sebangsa saudara yang diREBUS hidup-hidup oleh Bintang Tiga. Tempat tersebut hingga kini terkenal dengan nama KELAB REBUS. Nak tau lebih detai datang sendir kat Batu Pahat dan tanyalah kebanyakan orang lama Batu Pahat.
Sekian
2010 Januari 11 13:57
Sosialis Hijau berkata...
Buat Indera Segara :
Adalah perlu di ingatkan bahwa sewaktu penjajahan Jepun Pejuang2 kemerdekaan telah mengatur beberapa startegi untuk mencapai kemerdekaan. Burhanudin, Boestamam dan Boestamam bekerjasama dengan Jepun untuk mendapat kemerdekaan secara aman dari Jepun. Manakala beberapa aktivis kemerdekaan sepeeti abdullah CD dan Rashid Maiden masuk ke hutan untuk memberi tekanan kepada pihak Jepun dari luar.
Saya dapat rasakan Indera Segara hanya membaca nota kaki pada buku berkenaan tanpa membaca dan memahami isi buku tersebut.
Beliau juga boleh merujuk kepada penulis yang sama tentang biografi Dr Burhanudin.
Indera Segara juga perlu tahu selepas Jepun Di kalahkan dan undang2 darurat di istiharkan, Mustaffa Hussin telah menyertai UMNO dan Dr Burhanudin telah menyertai PAS. Abdullah CD terus memberi tekanan kepada penjajah dengan gerakan bersenjata.
Selepas Dato' Onn melepaskan jawatan sebagai presiden umno Mustaffa Hussin telah bertanding merebut jawatan presiden UMNO dengan Tengku. Tengku hanya menang 1 undi sahaja untuk melayakkkan beliau menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi PM pertama di malaya.
Ini adalah strategi yang telah di susun dengan rapi oleh pejuang2 terdahulu.
Jikalah bukan kerana Dato' Onn menentang kemerdekaan selepas kekalahan jepun sudah Pasti negara akan mencapai kemerdekaan lebih awal dan perdana Menteri yang pertama sudah tentu Dr Burhanudin Al Helmi.
harap Mat Amin membetulkan fakta yang saya tulis jika tersilap.
2010 Januari 11 14:15
Tanpa Nama berkata...
Agak terkejut pendedahan Pak Amin ini bagi mereka yang masih terkurung mindanya. Bagi mereka yang dah baca memoir pejuang dari Rejimen 10, ini merupakan bahan tambahan.
Hakikatnya parang panjang yang muncuk ketika itu didalangi oleh Jepun dan British. Ini fakta yang amat jelas. Tujuan kedua-dua penjajah ini ialah sama saja, iaitu nak meruntuhkan perpaduan semua kaum yang sudah dijalin oleh PKM melalui kerjasama menentang fasis Jepun.
Dan yang amat penting lagi dirasakan bahawa sekarang ini sudah berlaku peritiwa membakar gereja. Mengikut berita sudah melibatkan 8 gereja. Ini sama seperti sejarah yang telah dipaparkan Mat Amin. Harap semua ambil perhatian agar peristiwa seperti dulu tidak berulang lagi.
Ingat, Peristiwa 13 Mei dicetukan oleh UMNO dengan mempergunakan keadaan ketika itu.
Dol
2010 Januari 11 14:43
Indera Segara berkata...
sosialis hijau..
kenapa plak pak sako kembali ke kampung?
kenapa beliau tidak bekerja dengan jepun jgk?
apa beza antara berunding dengan jepun dan berunding british utk mendapatkan kemerdekaan secara aman?
jika saya ingin membaca nota kaki sahaja, baik la saya tidak membeli buku tersebut..baca kat kedai je pun boleh..
2010 Januari 11 15:00
Sosialis Hijau berkata...
Jawapan cukup mudah. Berunding dengan jepun adalah untuk mendapatkan kemerdekaan mutlak tetapi berunding dengan British untuk terus menjadi barua kepada british.
Namun begitu harus di ingatkan UMNO tidak pernah berunding dengan British untuk mendapat kemerdekaan tetapi umno hanyalah mengikut segala arahan Britsh.,
British terpaksa memberi kemerdekaan setelah mendapat tekanan hebat daripada PKM. INi di akui sendiri oleh tengku.
Buktinya jelas apabila Jepun di kalahkan mereka tidak meninggal sedikit pun pengaruh mereka atau kepentingan mereka di Malaya sebagai sesuatu yang boleh boleh mempengaruhi pemerintahan mutlak rakyat.
Yang menghalang kepada rakyat menubuhkan negara mereka sendiri ialah Dato Onn. Dato' Onn mahu negara ini terus di tadbir oleh British.Malah beliau menghina bangsanya sendiri dengan berkata hendak membuat jarum pun tak tahu, bagaimana nak memerintah negara sendiri.
Bila British menjajah semula Malaya rakyat masih terus memberi sokongan kepada parti2 kiri. Sebelum mengkuat kuasakan undang2 darurat British telah menubuhkan UMNO untuk menarik orang melayu agar terus menjadi barua british setelah parti2 kiri di haramkan.
Pemimpin2 umno telah didik agar tidak percayakan kepada Tuhan dan hanya percaya kepada kekuasaan Inggeris.
Sila baca Memoir Khatijah Sidek ketua kaum Ibu UMNO. Beliau menceritakan bagaimana UMNO adalah sebuah parti milik golongan atasan dan barua British. Ini adalah cerita dari ketua wanita UMNO sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment