Sejarah pahlawan Melayu menentang penjajah tersimpan di Bukit Gantang
SEPANJANG perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld), yang jaraknya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Taiping, Perak kelihatan banyak pokok besar di sepanjang jalan terutama di kawasan Matang yang mungkin usianya mencecah ratusan tahun.
Pokok besar itu dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris dengan tujuan tertentu, ada yang mendakwa sebagai penanda kawasan laluan, penanda pendudukan kolonial dan ada juga yang mengatakan ia satu daripada kempen alam sekitar.
Laluan darat itu sebenarnya bersebelahan landasan kereta api bersejarah antara Taiping ke Port Weld sejauh 12 kilometer (km).
Di antara puluhan pokok besar itu, ada dua batang pokok besar, setinggi kira-kira 20 meter dan mungkin usianya mencecah hampir ratusan tahun yang terletak di arah bertentangan dengan pokok yang dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris.
Saiz ketinggiannya jika ditebang untuk dijadikan balak, ia boleh dipotong dua balak atau tual iaitu satu tual panjangnya bersamaan dengan saiz lori balak. Ukir lilit dianggarkan lebih satu pemeluk orang dewasa.Kakitangan Kompleks Sejarah Matang, Ahmad Khopapi menunjukkan pokok mempelam pauh sebesar dua pemeluk orang dewasa, benih pokok induk tempat tiga pejuang Melayu digantung mati.
Dua pokok mempelam pauh itu terletak di satu selekoh. Kedudukannya agak terpinggir, kawasannya tidak dijaga, dipenuhi lalang manakala sebuah rumah lama di tepinya kelihatan usang dan terbiar. Jika diteliti, kedudukannya di sebelah kanan dari arah Taiping betul-betul berdepan dengan Kompleks Sejarah Matang.
Mungkin ramai yang tidak peduli atau tidak tahu, di situlah sebenarnya British menggantung sehingga mati tiga pejuang dan pemimpin Melayu yang disabitkan kesalahan bersubahat dan membunuh Residen Perak yang pertama, James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch di Pasir Salak.
Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indut menghembuskan nafas terakhir di tali gantung yang diikat pada pokok induk mempelam pauh berkenaan.
Ketika berlakunya pembunuhan Birch, Pandak Indut adalah orang pertama yang merejam lembing kepada residen British itu disusuli libasan lembing oleh Si Puntung. Pandak Indut atau nama sebenarnya Ngah Kamdin dan menantunya, Dato Maharaja Lela disabitkan kesalahan bersubahat dalam serangan itu.
perjuangan besar mereka ini kerana menentang kekejaman Pemerintah pada masa itu. orang-orang Melayu telah bersatu kerana sudah tidak tahan dengan peraturan dan cukai yang di kenakan oleh penjajah kepada orang Melayu.
Asas penentangan mereka adalah kerana undang-undang yang zalim,menekan rakyat,diskriminasi agama,serta menjajah pemikiran anak Melayu. kekejaman dan tidak adil yang di lakukan oleh pemerintahan British menyebabkan pahlawan-pahlawan Melayu bangun berjuang diatas nama membela keadilan dan menuntut kemerdekaan.
asas penentangan ini mengatasi isu kedatangan British kerana sekiranya British adil dan membela rakyat sudah tentu pahlawan Melayu tidak akan menentang British. oleh kerana pemerintahan British yang menekan rakyat maka bangun lah pejuang-pejuang Melayu seperti Dato,Maharaja Lela,Dato'Sagor dan Pandak Indut
Dengan semangat pahlawan Melayu yang tersimpan di Bukit Gantang dapat menghidupkan kembali perjuangan menentang pemerintah yang rakus dan menindas rakyat.mudah-mudahan akan menjadi pendorong kepada petugas-petugas PAS di Bukit Gantang untuk mengalahkan Umno dan memberi pengajaran kepada pemerintah yang zalim dan rakus...
Pembunuhan pada 2 November 1875 itu banyak dicatatkan buku sejarah, jurnal, perbincangan tetapi yang pasti ia adalah kemuncak sejarah perjuangan Melayu menentang penjajah di Pasir Salak. Ia adalah sejarah agung yang dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air.
Dan kepada pejuang Agama, Bangsa dan tanah air perjuangan mereka tidak berakhir dan tamat di tali gantung sahaja tetapi di teruskan oleh pejuang-pejuang agama dan para pengundi Parlimen Bukit Gantang.-mstar
No comments:
Post a Comment