Penentang Chin Peng ialah bekas "tentera penjajah"
BY:WASIAT
Dari laporan akhbar Utusan Malaysia yang selalu membesar-besarkan berita tentang Chin Peng, nampak benar bahawa yang menentang kuat kepulangan Chin Peng ke negara ini ialah bekas tentera Melayu dan orang Melayu.
Hal ini barangkali tidak menghairankan, kerana pada zaman darurat dahulu merekalah yang berada di barisan hadapan untuk menentang Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) atau pasukan bersenjata PKM yang dipimpin oleh Chin Peng.
Sebahagian daripada tentera Melayu itu ada yang terkorban dan ada juga yang cacat seumur hidup kerana terpijak perangkap samar dan sebagainya. Sekarang bekas tentera yang masih hidup inilah yang begitu beria-ia mengutuk Chin Peng sebagai pengganas yang tidak boleh dimaafkan.
Akan tetapi, bekas tentera ini agaknya lupa bahawa pada zaman darurat dahulu mereka sebenarnya bekerja sebagai "askar penjajah", dan sama ada secara langsung atau tidak mereka telah memainkan peranan mempertahankan rejim penjajah dan memanjangkan hayat pemerintahan penjajah.
Sepatutnya pada zaman penjajahan, "orang jahat" yang mesti diperangi dan mesti dihalau dari negara ini ialah pihak penjajah, kerana merekalah yang menindas dan menghisap darah rakyat (walaupun secara halus).
Akan tetapi, pihak tentera Melayu itu telah berjuang di pihak penjajah dan agaknya tidak sedar mereka telah menjadi tali barut penjajah. Dan ini adalah pilihan mereka sendiri.
Oleh kerana mereka berpihak dan berjuang di pihak penjajah, maka tentu tidak dapat dielakkan mereka terpaksa berhadapan dengan TPNM yang berjuang untuk membebaskan Malaya dari cengkaman penjajah.
Jadi kalau dalam pertempuran dengan TPNM ada di antara mereka yang terkorban atau terpijak perangkap samar, mereka sepatutnya tidak menyalahkan TPNM kerana mereka bertempur adalah atas pilihan dan kehendak mereka sendiri.
TPNM ialah pejuang kemerdekaan yang mahu menghalau penjajah dari negara ini. Walaupun mereka berjuang secara bersenjata, itu adalah keperluan dan taktik perjuangan yang memang dijalankan oleh pejuang kemerdekaan di negara- negara terjajah yang lain pada masa itu.
Memang penjajah telah melebalkan mereka sebagai pengganas. Tapi pada asasnya mereka berjuang untuk membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah dan ini adalah hakikat tidak boleh dinafikan.
Isu sama ada mereka pengganas atau bukan pengganas sepatutnya tidak berbangkit.
Perjuangan secara bersenjata untuk menentang penjajah sudah pun dilakukan oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan para pahlawan Melayu yang lain. Adakah mereka itu pengganas?
Jadi sekiranya tentera Melayu berjuang untuk mempertahankan rejim penjajah dan gugur dalam pertempuran dengan TPNM yang berjuang untuk menghalau penjajah, maka kita sepatutnya tahu siapakah yang benar dan siapakah yang salah.
Pihak tentera Melayu tidak perlu menyalahkan pihak PKM dan Chin Peng dan menganggap Chin Peng sebagai pengganas, kerana pada hakikatnya mereka telah berjuang dipihak yang salah!
COMMENT
setahu saya la tuan, apa yang mereka(askar penjajah) dan keluarga mereka ini makan ketika zaman itu adalah ubi rebus,.... mereka tidak berduit, tidak berharta, bahkan sanggup bekerja apa sahaja untuk hidup,...mungkin mereka silap,...tapi mereka nak cari rezeki dan bekerja sebagai tentera dan polis yang di istilahkan untuk menjaga negara,....peperangan tersebut adalah diantara Malaysian vs Malaysian,....jadi, untuk apa kita menuding jari menyalahkan mana2 pihak,...kita terima lah kedua-dua pihak...dan isu chin peng, dia terbunuh orang yang tak berdosa,...tapi, tentera penjajah tak bunuh orang yang tak berdosa,...~..maafkan saya kalau saya tersilap fakta, ...sekadar pendapat...~
COMMENT: Orang Melayu akan bekerja dengan sapa yang memerintah. Mereka pernah jadi askar Jepun dan askar British. Kalau PKM dapat lama memerintah, maka ramailah yang jadi askar PKM.
No comments:
Post a Comment