Thursday, July 8, 2010

(19)PELANCARAN BUKU MEMOIR ABDULLAH C .D C.BAHASA CINA DIWAKILI OLEH SAUDARA ANAS DARI KG PERDAMAIAN SUKHIRIN,THAILAND

Pelancaran Buku Memoir Abdullah C.D Bahasa Cina diwakili oleh Saudara Anas dari Kampung Perdamaian Sukhirin, Thailand


Sejarah merupakan buku teks yang penting. Membaca sejarah boleh menajamkan akal. Memahami sejarah boleh memberi kefahaman tentang kebangkitan atau keruntuhan sesuatu bangsa. Mao Ze Dong pernah memberi satu pedoman bahawa “ Bagi parti politik yang membimbing pergerakan revolusi yang besar, jikalau tiada teori revolusioner, tanpa pengetahuan sejarah, serta tanpa pengertian yang mendalam terhadap pergerakan praktikal, mustahil kemenangan dapat dicapai” Oleh yang demikian, mengetahui fakta sejarah yang sebenar termasuk bahagiannya yang kurang sempurna, barulah kita dapat menguasai hukum perkembangan masyarakat. Dari kejadian-kejadian yang lalu ia menjadi iktibar untuk hari ini.

Akan tetapi, sejarah yang ditulis oleh penjajah dan pihak penguasa yang memutarbelitkan fakta sejarah dengan sewengang-wenangnya, dan bersikap nihilism sejarah menafikan dan memutarbelitkan perjuangan revolusi nasional melawan imperialism, memfitnah dan memberi lebel pejuang kemerdekaan sebagai “pengganas” Mereka juga memperlakukan sejarah yang serius sebagai “seorang gadis yang disolek dengan sesuka hati” Pihak British mengatakan dialah yang mengurniakan kemerdekaan negara kita; dan UMNO pula mengatakan kononnya kemerdekaan itu adalah daripada usaha mereka memintanya dari British. Namun, generasi baru hari ini adalah generasi yang lebih berakal dan berpengetahuan tinggi tetap memiliki persepsi yang berbeza. Mereka yang berakal tentu sekali berasa amat muak terhadap sejarah rasmi yang menyanjung dirinya itu. Kini, memeriksa semula sejarah yang disusun oleh fikiran kolonialis dan imperialis yang memutarbelitkan fakta-fakta adalah cabaran yang paling kritikal kepada rakyat dan pengkaji sejarah. Rakyat sebenarnya menuntut sesuatu yang bersifat kemanusiaan, menggunakan sejarah yang tepat untuk membimbing negara dan memeriksa diri sendiri, agar dengan itu masyarakat yang dibentuk dapat digerakkan ke arah satu peradaban baru yang mengutamakan kepentingan kemanusiaan. Dengan demikian, barulah negara kita dapat mengelak diri dari menjadi porak peranda seperti Afghanistan dan sebagainya.

Sdr Afandi Penterjemah Buku Memoir Abdullah C.D.
Dakyah dan propaganda yang disebarkan oleh penjajah British dan pihak penguasa terus menerus memberi momokan terhadap PKM, kononnya PKM adalah parti orang Cina”, “ PKM adalah Pengganas dan PKM tidak beragama serta menentang kehidupan beragama” . Juga dakyah palsu “ semua orang Melayu menentang komunis dan menolak ideologi ini dan sebagainya” Kaedah siasah yang diamalkan British ini telah memperdayakan ramai rakyat, maka tidak hairanlah ramai orang yang menyimpan salah faham terhadap PKM. Bahkan dari kalangan mereka, ada yang menamakakan dirinya sebagai pakar dalam mengkaji soal PKM sekoyong-koyong telah membuat kesimpulan kononnya PKM yang berundur ke kawasan sempadan telah “tercungap-cungap dan berada diambang maut”. Malah ada juga dari kalangan perajurit lama yang tidak memahami perjuangan praktikal sampai-sampai mengemukakan pandangan dan usulan “Tentang hubungan antara etnik” yang berbunyi “ Parti harus ada dasar agama yang jelas… seperti menghormati kepercayaan agama Islam…” Sebenarnya dalam tentera kita kebebasan beragama dipraktikan secara harmonis malah mengizinkan upacara-upacara ibadat mengikut kepercayaan masing-masing di amalkan.

Kejahilan mereka terhadap Jabatan Kerja Melayu PKM dan dasar-dasar yang berkaitan itu membuat saya terkejut. Bagaimanapun, segala persoalan dan kemusykilan itu akan mendapat jawapan yang tepat setelah membaca Memoir Abdullah C.D dan “My Side of History yang ditulis oleh Chin Peng.

Abdullah C.D telah menceritakan tentang riwayat hidupnya yang luar biasa. Dari masa kanak-kanak hingga menjadi pelajar dan meniup semangat kesedaran kemerdekaan bangsa, menyertai PKM untuk memperjuangkan kemerdekaan pada masa mudanya kemudian mencebur diri ke dalam perjuangan anti- Jepun pimpinan PKM. Menganggotai PKM dan akhirnya mematangkan diri menjadi pemimpin yang berkeinsafan tinggi serta memiliki pandangan hidup dan kefahamannya tentang teori yang amat dikagumi. Beliau sanggup bertanggungjawab dalam pelbagai aspek termasuk membina personaliti yang unggul dikalangan kader-kader Melayu. Kepimpinan Abdullah C.D dalam Jabatan Kerja Melayu serta keputusan Jawatankuasa Pusat PKM mengarahkan Regimen ke-10 beredar ke kawasan sempadan dan sebagainya, adalah keputusan strategik serta berpandangan jauh. Beliau telah membuktikan kebersamaannya dalam membangunkan dan mematangkan sahsiah pasukan Melayu dan Jabatan Kerja Melayu Regimen Ke 10.

Dalam masalah bangsa, huraian Abdullah C.D tentang prinsip kesamarataan semua bangsa. Orang Tionghua dan orang India yang datang ke Malaya telah menetap menjadi tenaga produktif yang maju menjadi komponen yang penting bagi masyarakat Malaya. Semua bangsa bersama-sama mencipta tamadun dan kemakmuran serta menikmati kekayaan secara adil. Fikiran kuno yang mementingkan kaum dan bangsa sendiri sebenarnya adalah fahaman yang dicipta dibawah polisi perkauman kerajaan British. Fahaman ini sebenarnya satu fahaman yang boleh memudaratkan bangsa dan negara. Pandangan beliau yang matang dan berpandangan jauh ini mampu menjadi senjata yang ampuh buat menentang teogi karut UMNO tentang kaum pendatang serta fahaman perkaumannya yang ekstrem.

Huraian Abdullah C.D tentang pembangunan kawasan basis sempadan, perkembangan dan pengukuhan pasukan, serentetan pertempuran melawan kempen kepung basmi, dan proses Perundingan Damai 1989 serta usaha Penandangan Persetujuan Damai Hadyai, telah menerangkan bagaimana dicapainya penyelesaian secara terhormat sekaligus ini membuktikan bahawa teori dan omong karut UMNO kononnya “PKM tercungap-cungap berada diambang maut” Kini biarlah kekarutan itu pergi dari sini, jahanam !

Akhir sekali, saya mengharap kalian membawa balik memoir ini, dan beransur-ansur menikmati isi kandungannya yang begitu kaya apabila ada masa terluang dan mendapatkan kebenaran sejarah yang bermanfaat daripadanya.

Sekian Selamat Sejahtera malam sekali lagi saya ucapkan

No comments:

Post a Comment