Wednesday, July 7, 2010

(16) BINTANG 3


Bintang 3 yang dimaksudkan ialah TAJRM atau MPAJA. Tentera ini dibawah pimpinan PKM, sama seperti TPNM atau TRM. Disiplin dan tingkah lakunya sama sahaja.


TAJRM bergerak dalam masa perang dunia kedua. Ia dibubarkan oleh Lai Te yang tak mahu menentang British dan tak mahu mengisytiharkan kemerdekaan Malaya serentak dengan Indonesia. Lai Te adalah seorang sepai 3 lapis yang menyusup menjadi Setia Usaha Agung PKM.


Akan tetapi harus diambil perhatian bahawa pada masa perang dunia kedua, selain TAJRM juga wujud pasukan2 penyamun kuomintang. Mereka mempunyai persenjataan yang baik2.


Tentang senjata TAJRM: Pada mulanya senjata diberikan penjajah British, tapi itu sebahagian kecil sahaja. Kemudian mereka dapat memungut senjata yang ditinggalkan penjajah British. Sehingga akhir perang, barulah penjajah British menghantar senjata untuk membantu TAJRM. Sejumlah besar senjata yang diberikan penjajah British itu disimpan dan digunakan untuk melancarkan perang melawan penjajah British apabila diidytiharkan darurat pada Jun 1948.


Bila meletusnya darurat, pasukan TAJRM tadi dikumpul semula 8 rejimen semuanya untuk melancarkan perang terhadap British. Pasukan ini dinamakan TPNM atau Tentera Pembebasan Nasional Anti-British.



No comments:

Post a Comment